3 PAKAR DNA DI LANTIK WAKILI ANWAR-NAK TAHU KENAPA???DENGAR PENDEDAHAN ZUNAR DALAM VIDEO INI.

Anwar lantik tiga pakar DNA, forensik asing
Hafiz Yatim
Feb 17,
Pasukan peguam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan tiga pakar asing dalam bidang DNA dan forensik untuk membantu mereka dalam kes tersebut.

Dalam satu kenyataan, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau akan membawa tiga pakar tersebut ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur esok.

Mereka ialah pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Esok ialah keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Hakim yang sedang mendengar kesnya - Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian - menarik diri.

Manakala Mahkamah Rayuan pula telah menetapkan hari ini untuk memutuskan rayuan ketua umum PKR itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya. (BACA MALAYSIAKINI)

Umno resah fitnah ke atas Anwar mula jadi modal ceramah

Wednesday, 17 February 2010 3:17 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Fitnah yang terpalit ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menimbulkan riak gelombak resah dalam kalangan pimpinan Umno, BN ketika hal itu kembali hangat sebagai modal ceramah parti-parti pembangkang di mana-mana.

Bukit Aman misalnya mula memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa hal itu dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Laporan akhbar kini menunjukkan bahawa wujud ura-ura menangkap penceramah termasuk Anwar sendiri jika beliau terlibat membawa isu itu dalam setiap ceramah anjuran mereka, jika mahkamah mengeluarkan arahan.

Hal tersebut, menurut laporan media, boleh dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah. Ekoran itu, polis dikatakan sedang membuat pemantauan di semua ceramah politik khasnya yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara bagi memastikan arahan itu dipatuhi.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang mengguna kes Anwar itu sebagai modal untuk menarik perhatian orang ramai dalam ceramah politik.

Ekoran desakan itu, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein meminta orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan kes itu melalui ceramah-ceramah supaya segera tampil membuat laporan polis.

Masyarakat juga, tambah Hishammuddin, boleh membuat aduan kepada pejabat Peguam Negara secara terus untuk tindakan lanjut kerana hal itu boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

"Mereka juga boleh membuat aduan ke pejabat Peguam Negara dan pihak mahkamah," kata beliau.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata, kalau isu liwat Anwar itu dibiarkan bebas dibicarakan sebagai modal ceramah, perkara itu akan menjadi kebiasaan untuk mana-mana pihak untuk menjaja cerita bahawa mereka tidak bersalah di tempat-tempat awam.

Tambah beliau, KDN perlu mengambil tegas terhadap mana-mana pihak yang menjaja kes Anwar melalui ceramah-ceramah tertentu.

HE...HE...HE...DULU BUKAN DEMONTRASI TU MONYET KE????GAS TAK DAK MANA SYOKKKKK




Fuyoooo...orang lain tak bijak .Kita bijak dan bagaimana menerajui negara apabila banyak sangat benda hilang.Orang lain ,negara lain, tak pernah dengar pun enjin hilang ........satu contoh untuk bagaimana negara luar pandang Malaysia.Patut ini yang di buat demontrasi..He..he...he.....

Aniaya Kg Baru : “Nong Chik, minta maaf dan bentang draf di Parlimen” - DPPWP

Aniaya Kg Baru : “Nong Chik, minta maaf dan bentang draf di Parlimen” - DPPWP

Wednesday, 17 February 2010 9:34 AM Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Penduduk Kampung Baru dalam keadaan merbahaya! Benarkah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kini berura-ura mengguna perundangan untuk 'menghalau' penduduk secara terhormat?

Melihat kemelut ini, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencadangkan agar semua deraf atau cadangan pembangunan yang dirancang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini dibentang di Parlimen untuk dibahaskan segera.

"Semua deraf atau cadangan pembangunan DBKL hendaklah dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu selepas menerima maklumbalas dan cadangan rakyat kerana DBKL adalah organisasi yang bertanggungjawab membangunkan ibu negara dan bukannya membangunkan 'pekan koboi' yang kecil," kata Ketua DPPWP Kamaruzaman Mohamad dalam suatu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau turut merakam rasa kesal ke atas 'ugutan' Raja Nong Chik yang mahu menguna Akta Pengambilan Tanah 1960 dalam usaha 'memaksa' penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain di sekitar Kuala Lumpur untuk menyerahkan tanah mereka.

"Satu negara tahu bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa mengunakan peruntukan undang-undang.

Terdahulu, sebelum ini, Raja Nong Chik berkata dalam rancangan Bual Bicara di TV3 bahawa kerajaan kini mungkin sedang mengkaji suatu undang-undang yang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.

"Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya.

"Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya," kata Raja Nong Chik ketika menjelaskan kemungkinan tindakan undang-undang yang terpaksa digunakan ke atas para penduduk Kampung Baru.

Sebelum itu, Mohd Najib Abdul Razak pernah turun di Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di kampung itu, sama seperti janji-janji yang pernah ditaburkan oleh perdana menteri sebelum ini.

Kata Kamaruzaman, walaupun menteri-menteri sudah turun beberapa kali sebelum ini, namun tiada sebarang rundingan dan perbincangan mengenai bentuk pembangunan yang diinginkan penduduk.

"Nong Chik malah cuba memaksa penduduk menerima Deraf Cadangan Pembangunan Kampung Baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga ke hari ini masih gagal dibentang di Parlimen itu," tambah beliau lagi.

Nong Chik, minta maaf segera!

Menurut Kamaruzaman lagi, ekoran kenyataan Raja Nong Chik yang 'keras' dalam Bual Bicara sebelum ini, pihaknya mendesak agar menteri berkenaan segera tampil memohon maaf ke atas para penduduk Kampung Baru.

"Kami mahu Nong Chik meminta maaf serta menarik balik ugutan yang diberikan kepada penduduk Kampung Baru dan semua kampung yang berkaitan.

"Kami turut menolak pengunaan Akta Pengambilan Tanah dalam urusan pembangunan dan mahu kaedah rundingan digunakan tanpa ada sebarang maksud yang bertindih atau prejudis kepada kepentingan rakyat," tambah beliau lagi.

ADA KEMELUT DALAMAN RUPANYA

Oleh G. Manimaran dan Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Feb 17 — Barisan Exco Pemuda Umno membuat kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Najib Razak petang ini di sebalik desas-desus segelintir pemimpin sayap itu mahu menjatuhkan kepimpinan ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, seorang anggota exco yang mengesahkan pertemuan itu menyifatkannya sebagai “kunjungan biasa dan tiada kaitan dengan insiden” yang tercetus bulan lalu.

Ketika mesyuarat bulan lalu salah seorang exconya Hishamuddin Yahya dikatakan telah meminta Khairy agar berundur kerana didakwa tidak efektif memimpin pergerakan tersebut.

Hishamuddin juga dikatakan telah menggesa diadakan pemilihan baru untuk memilih barisan Pemuda Umno yang lebih berkesan.

“Pertemuan ini adalah ruang yang sesuai bagi kami menyelesaikan perbezaan kami. Memang ada sedikit kebenaran dalam maklumat yang terbocor ini, bagaimanapun ia tidak serius.

“Biar kami menemui perdana menteri terlebih dahulu,” kata seorang exco yang tidak mahu identitinya didedahkan.




ZAMAN PAK MERTUA DAH TAK ADA KUASA .NASIB LE......

Scandal, sodomy & murder Part 3 of 3

LAGI USAHA GELAPKAN PEMIKIRAN RAKYAT. JANGAN CAKAP,JANGAN SEMBANG, JANGAN BUAT APA-APA.HANYA DENGAR DAN TERIMA SAHAJA.

Lagi gesaan larang jaja kes mahkamah di jalanan


TIGA PULUH JUTA BERGANTUNG PADA SATU LUBANG




KUALA LUMPUR 16 Feb. - Selepas Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meminta kerajaan bertegas terhadap pihak yang mengadakan ceramah berhubung kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai pihak hari ini tampil dengan saranan yang sama.

Menurut mereka, tindakan menganjurkan siri ceramah terhadap kes mahkamah yang sedang dibicarakan itu boleh dianggap menghina mahkamah dan menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat.

Mereka meminta agar institusi kehakiman negara diberi kepercayaan sepenuhnya mengendalikan kes tersebut dan tidak membiarkan sikap tidak menghormati badan perundangan negara menjadi satu trend.

Profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang berkata, tindakan pihak tertentu menguar-uarkan kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh dianggap menghina institusi perundangan negara.

"Ucapan-ucapan yang boleh mempengaruhi kes di mahkamah seperti menghina peribadi hakim, mempersoalkan kes yang dibicarakan itu patut disabitkan atau tidak boleh menjurus kepada subjudis.

"Sesiapa sahaja tidak sepatutnya membuat sebarang komen tentang kes mahkamah kerana tindakan sedemikian bermaksud telah menganggu proses keadilan di mahkamah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu Abd. Aziz menyifatkan sikap pihak tertentu yang tidak lagi menghormati badan perundangan kini menjadi trend.

Beliau yang bimbang perkara itu akan berlarutan berkata, orang ramai kini lebih cenderung untuk mengetahui keputusan mahkamah menerusi blog atau laman web popular yang disensasikan oleh golongan yang gemar berpolitik berbanding media utama.

"Kita buat andaian sendiri mengenai sesuatu kes yang dalam perbicaraan, semua ini boleh dianggap menghina mahkamah,'' kata beliau.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim berkata, kes mahkamah sepatutnya hanya dirujuk dan dibincangkan dalam kalangan pihak mahkamah, bukan mereka yang mempunyai kepentingan politik.

Beliau meminta masyarakat agar berfikiran waras dan tenang apabila berhadapan dengan kes- kes di mahkamah dan tidak membuat andaian sendiri.

"Sama ada kes yang dibicarakan itu benar atau tidak, itu keputusan mahkamah menentukannya. Janganlah timbulkan kecelaruan. Kita perlu mempercayai keputusan hakim kerana mereka pakar mengenai undang-undang, perlembagaan selain adil dan saksama,'' ujar beliau.

Mengulas perkara sama, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader menyelar tindakan pihak yang menjaja kes mahkamah itu kerana ia boleh membawa impak yang buruk di kalangan masyarakat dan dibimbangi akan membawa masalah dalaman yang lain.

Sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera ke atas pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu, beliau turut menyarankan orang ramai memberi peluang kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes Anwar itu tanpa sebarang pertikaian.




ORANG RAMAI PERTIKAI BUKAN KERANA TIDAK MEMPERCAYAI MAHKAMAH.NAMUN ADA BEBERAPA PERKARA YANG MENYEBABKAN KEPUTUSAN DI PERTIKAIKAN.JADI BIARLAH ISU INI DIJALANKAN DENGAN TELUS DAN SEADIL-ADILNYA SEHINGGAKAN KES-KES LAIN PUN TIDAK DI PERTIKAIKAN.INI YANG RAKYAT MAHUKAN.RAKYAT MENGKRITIK BUKAN BERMAKNA TIDAK SAYANGKAN NEGARA. RAKYAT MENGKRITIK SUPAYA PEMERINTAH MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA LEPAS DAN DIJADIKAN IKTIBAR.ADAKAH PEMERINTAH MENGKAJI SOAL SOAL SEBEGINI???KENAPA SEBEGITU RAMAI YANG TIDAK PERCAYA???KENAPA BEGITU DAN TIDAK BEGINI.?JADI TERPULANG KEPADA PEMERINTAH UNTUK MEMIKIRKANNYA.

KERAJAAN NEGERI AKAN ADAKAN PERARAKAN BESAR BESARAN SEMPENA MAULIDIRRASUL



KERAJAAN NEGERI AKAN ADAKAN PERARAKAN BESAR BESARAN SEMPENA MAULIDIRRASUL

OLEH:Amiruddin Ahmad

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membalas kenyataan yang dibuat oleh akhbar Utusan dan dakwaan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu mengadakan operarakan Maulidurrasul sempenan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 26 Februari ini.

Dalam satu ceramah yang di adakan baru-baru ini di Kampung pelet, beliau yang turut berceramah bersama Sdr Mat Sabu, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sepertimaan yang di katakan akhbar utusan tersebut. Malahan beliau menafikan sekeras-kerasnya di hadapan 10 ,000 pendengar yang hadir dalam ceramah tersebut dimana beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan perarakan besar-besaran sebagai manyahut cabaran dan kenyataan yang di keluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin serta bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Tahun 2008 lalu saya hadir di perarakan yang di adakan di Seberang Jaya, tahun ini , jika saya di benarkan menyertaiya, saya akan turut serta. malah kita (kerajaan negeri)akan menghantar jemputan terhadap Timbalan perdana Menteri dan juga Pak lah sebagai tetamu undangan dalam perarakan yang akan di adakan dan menjemput mereka menyertai perarakan tersebut bersama-sama kita" demikain jelas beliau di ikuti dengan tepukan gemuruh dari puluhan ribu yang hadir mendengar ceramah.

Mengenai kes Dato Zahrain beliau menjelaskan bahawa tindakan keluar parti itu adalah di atas dasar peribadi dimana beliau menyatakan bahawa Dato Zahrain mahukan tender untuk anak syarikat kerajaan negeri yang mahu mengswastakan IGP sebanyak RM 40 juta. Namun dalam masa yang sama beliau mengemukakan syarikat di atas kepentingan beliau yang bernilai RM 2 sahaja. Beliau yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan YB Guan Eng terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

“ Kalau saya benarkan syarikat RM 2 berfungsi, maka sudah tentulah orang ramai akan mepersoalkan keredibiliti kerajaan kita.Dahulu kita laungkan agar kerajaan telus, namun kini kita cuba membuat perkara yang kita tentang dahulu.Jika syarikat RM 2 saya pasti semua yang berada di sini mampu untuk memohon mendapatkaN tender tersebut” di sambut dengan laungan dan tepukan gemuruh orang ramai.

Mengenai Tan Tee Beng pula beliau menjelaskan permintaan beliau memohon rumah kedai tidak dibenarkan kerana jika diberikan tahun ini tahun hadapan akan minta lagi. Beliau merujuk kepada tindakan beliau yang menghalang tindakan Tan tee Beng untuk mendapatkan sebuah rumah kedai.

“Jika inilah yang mereka minta dan mahu meninggalkan pArti demi kepentingan peribadi kerajaan tidak akan menghalang dan tidak boleh berbuat apa-apa.Kita mesti perkasakan rakyat dan tidak pernah di lakukan sebelum ini dan kini Pakatan Rakyat bantu.”

"Mengenai kes perobohan kedai yang di katakan berlaku,iaitu sebuah kedai di Batu Fereingghi ,kerajaan negeri mengambil pendekatan berunding kerana selain ianya menyalurkan ke dalam laut sisa buangan , ianya juga kotor dan tidak selamat.gerai tersebut di atas pokok , dan kita cadangkan 2 buah rumah kedai di kawasan tersebut sebagai gantinya."

Kerajaan negeri beri peluang berniaga seluasnya .Kita kerajaan rakyat,kita tidak buat .kalau ianya tidak timbulkan masaalah.Apa yang menjadi masaalah bagi kedai tersebut ialah kerana ianya telah mendapat banyak rungutan dari berbagai pihak.Dakwaaan kita meruntuhkan gerai melayu adalah tidak benar sama sekali.


Kontrak / tender terbuka.Dulu bergantung kabel politik sekarang tidak.PDC 70% dan PBA 67% kontraktor Melayu yang dapat dan bergantung kepada kebolehan masing-masing dan memartabatkan bangsa.Kontrak / tender terbuka.Dulu bergantung kabel politik sekarang tidak.PDC 70% dan PBA 67% kontrak tor Melayu yang dapat dan bergantung kepada kebolehan masing-masing dan memartabatkan bangsa kita orang Melayu. Malah kali ini kita lihat ramie peniaga Melayu sebenar yang dating dengan punya kelulusan dan kepakaran yang dulunya kita tidak nampak.

Kita tidak dapat satu sen pun duit kerajaan pusat.Dengan penjjimatan oleh kerajaan negeri, kita dapat jimat wang rakyat.Pada tahun 2008- dari deficit RM-35juta kita jadikan lebihan RM88 juta . pada tahun 2009 kita deficit RM – 40juta kita jadikan Tambahan 77 juta sepatutnya 92 juta kita bayar skandal tanah di zaman Bn sebanyak RM 15juta.

Sk agama rakyat kita tambah program dan bantuan sebanyak RM 24,5 . Di zaman Umno hanya RM12 juta diberikan .

"Warga tua di beri rm 100setahun sekurang-kurangnya .macam kifalah di kelantan.Ini semua kita lakukan untuk rakyat Pulaua Pinang. Dan adalah tidak adil untuk menyatakan kepada saya ,saya tidak membantu kaum Melayu. Saya lihat kali ini kontraktor yang datang pun wajahnya jernih dan bijak juga.Ini bukan macam dulu, kontraktor datang dengan wajah yang bengis dan orang pun takut", demikian jelas Yb Lim Guan Eng lagi.

AWAS PERANGKAP PERKAUMAN-MAT SABU






AWAS PERANGKAP PERKAUMAN-MAT SABU



Permatang Pauh- Sewaktu berceramah di Kampong Pelet , baru- baru ini bersama Ketua Menteri, dan jua Timbalan Ketua Menteri, Mat Sabu memberi peringatan buat semua bahawa awasi perangkap api perkauman yang sedang di mainkan oleh akhbar utusan dan mereka yang menentang usaha permuafakatan yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat.Turut hadir berceramah ialah Ketua Menteri YB Lim Guan Eng , Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor Othman,YB Salehman,YB Malek Kassim dan Ajk Pas Kawasan.

Beliau menjelaskan demikian sewaktu berceramah di Kampung Pelet.Menurut Mat Sabu, ianya cuba di lakukan pada sama peristiwa 1987 di mana "Operasi Lalang" di jalankan.Menurut beliau , pada waktu tersebut Lee Kim Sai mencadangkan agar adanya timbalan perdana menteri ke 2 di kalangan kaum cina. Ini menyebabkan Dato Najib yang seawaktu itu sebagai ketua pemuda mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur sehingga hampir mencetuskan pergaduhan, di tambah pula dengan mainan akhbar mereka. Menurut Mat Sabu Apa yang berlaku seterusnya ialah beberapa pimpinan pembangkang di tahan termasuk beliau .Lee Kim Sai ke Australia dan Najib ke Indonesia.”Najib pemimpin penakut” demikian jelas Mat Sabu.

Ini mesej dan agenda yang sama di mainkan .Bermula dengan perarakan kepala lembu, kemudian isu Allah, di bawa kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang tentang perobohan sebuah kedai yang dikatakan telah diruntuh, dan yang terbaru ialah peristiwa perarakan Maulidurrasul yang akan datang. “Isu nama Allah dan kritikan dunia luar berhubung dengan kes pembakaran gereja menjadikan negara kita malu di mata dunia dan orang luar negara mempersoalkannya.Kerajaan kemudiannya mengendurkan kes ini.

Bagi masyarakat di Malaysia, jika dahulunya perkara ini di jalankan mungkin ianya menjadi satu masalah yang amat besar buat negara. Malah isu nama Allah dan pembakaran gereja mendapat liputan luar dan seterusnya merosakkann nama Malaysia di mata dunia. “Namun kita bersyukur kerana yang di tahan tidak seorang pun orang kita” demikain jelas beliau dan di sambut puluhan ribu yang hadir dalam siri ceramah penerangan “Siapa Juara Rakyat.”.

Kini maklumat di terima dengan cepat. Kita sudah punya media alternative dan sebab itu segala cubaan yang di lakukan oleh mereka tidakv mendapat reaksi yang keras dari rakyat. Rakyat bukan di zaman Ghafar Baba dahulu, malahan di kalangan golongan muda dengan berbagai kemudahan internet menjadikan mereka cepat dan memahaminya.Maklumat mudah dan kita bukan berada di zaman jakun lagi.


“Begitu juga dengan isu pembanggunan.Jika dahulu hanya Kelantan sahaja yang dikatakan tidak membangun,kini Pakatan Rakyat (pembangkang) yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang, sudah tentu lah kini kerajaan tidak boleh memainkan isu pembanggunan lagi.Hanya isu perkauman sahaja yang akan menyelamatkan hayat Umno /Bn.Mereka di selamatkan oleh pengundi Sabah dan Sarawak” , jelas Mat Sabu.

Kita juga percaya bahawa cubaan ini yang cuba di lakukan di Pulau Pinang tidak berkesan.Rakyat telah mengetahui bahawa gerai yang beroperasi di tanjung bunga itu memang telah lama di beri amaran sejak Dato Azalina Othman Said lagi yang menghantar surat agar gerai tersebut di robohkan.Malahan Timbalan ketua menteri sendiri menghantar pegawai khasnya untuk berunding dan di berikan tapak baru. Gerai kedua pula ialah di Permatang Pauh dimana gerai tersebut adalah gerai kosong yang juga di laporkan oleh orang tempatan agar di robohkan.

Menurut Mat Sabu lagi, jika kita tidak berhati-hati keadaan huru hara dalam negara akan berlaku demi puncak kuasa.Kebajikan dan kedudukan keselamatan rakyat tidak diambil kira , malahan jika ada di antara pihak pembangkang yang berkata demikian sudah tentu di masukkan ke dalam penjara di Kamunting.

Jika dahulu media menggambarkan bahawa MCA, Gerakan di anggap sebagai parti kaum cina yang baik manakala DAP dianggap sebagai parti yang sama macam PAP di Singapura yang meminggirkan kaum Melayu. Manakala PAS pula digambarkan sebagai parti pelampau islam dan menakutkan kaum cina.

“Selagi Umno/bn berjaya menakutkan kedua-dua kaum ini ,maka Umno Bn akan mememritah sampai kiamat.Inilah yang kita hendak pecahkan agar kaum Melayu tidak takut untuk mengundi calon DAP dan juga kaum Tinghua mengundi kaum Melayu sama ada calon PKR atau PAS. Jika ini yang berlaku, umno melihat hayat mereka makin pendek.”

Kini suasana ini telah berubah, Minda rakyat telah berubah dan tahu menilai yang mana satu yang bernar dan mana satu yang fitnah.Kita tidak mahu apa yang telah di lakukan di Perak, cuba di lakukan juga di Selangor dan kini di Pulau Pinang.Namun ini tidak berjaya.Katanya lagi di sambut dengan laungan Takbir…

TEMURAMAH BERSAMA YB SENATOR MUSTAFFA YUSOF


TEMURAMAH BERSAMA SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI PKR PULAU PINANG YB SENATOR MUSTAFFA KAMAL YUSUF.



1. Adakah benar Zahrian merajuk tak dapat kontrak kelab golf.?


YB Senator Mustaffa Kamal Yusuf:Saya mendengar berita ini dari ketua Menteri berhubung dengan Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan YB Guan Eng terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) Beliau (Guan Eng) pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.


2. Mengenai peruntukan Pulau Pinang berapa banyak yang diberi kepada Melayu oleh DAP berbanding BN.Bilakah kerajaan negeri akan sebarkan risalah penerangan mengenainya?
Kita akan adakan roadshow di seluruh kawasan di Pulau Pinang(ketika rencana ini di tulis Ketua Menteri dan juga TKM1 serta DSAI sendiri turun berceramah di seluruh tempat di Pulau Pinang)

3. Betulkah Lim Guan Eng mempengerusikan majlis tender dan beri kepada kroninya?

Saya kira perkara ini tidak berlaku.

4. Benarkah DAP robohkan kedai/warong Melayu tak berlesen yang sebelum ini dibenarkan oleh BN.

Kedai yang di katakana di robohkan belum di robohkan lagi,Masih berunding.Kedai ini dulu pun telah di arahkan dan di cadangkan oleh Dato Azalina Othman Said agar di robohkan.Kita mengamil pendekatan berunding kerana selain ianya menyalurkan ke dalam laut, ianya juga kotor dan tidak selamat.Gerai di atas pokok , dan kita cadangkan 2 buah rumah kedai di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri beri peluang berniaga seluasnya .Kita kerajaan rakyat,kita tidak buat .kalau ianya tidak timbulkan masaalah.

Kontrak / tender terbuka.Dulu bergantung kabel politik sekarang tidak.PDC 70% dan PBA 67% kontrak tor Melayu yang dapat dan bergantung kepada kebolehan masing-masing dan memartabatkan bangsa kita orang Melayu. Malah kali ini kita lihat ramie peniaga Melayu sebenar yang dating dengan punya kelulusan dan kepakaran yang dulunya kita tidak nampak.

Kita tidak dapat satu sen pun duit kerajaan pusat.Dengan penjjimatan oleh kerajaan negeri, kita dapat jimat wang rakyat.Pada tahun 2008- dari deficit RM-35juta kita jadikan lebihan RM88 juta . Pada tahun 2009 kita deficit RM – 40juta kita jadikan Tambahan 77 juta sepatutnya 92 juta kita bayar skandal tanah di zaman Bn sebanyak RM 15juta.

Sk Agama rakyat kita tambah program dan bantuan sebanyak RM 24,5juta . Di zaman Umno hanya RM12 juta diberikan .

Warga tua di beri RM100setahun sekurang-kurangnya .Macam kifalah di Kelantan. Ini semua kkta buat dan Umno tuidak buat ini dulu.


5. Ketika BN perintah Pulau Pinang , tanah Melayu hanya tinggal 5 % di Pulau. Mengapa Melayu bantah DAP yang tidak rampas tanah, maknanya propaganda dewan perniagaan PP dan GPMS berkesan. Apa strategi PR tangani racun yang ditabur itu?

Kita akan adakan siri ceramah dan penerangan.rakyat Pulau Pinang tahu menilai kita selama ini dan berharap penerangan ini akan dapat di laksanakan dengan lebih menyeluruh.Ini semua harus di terangkan di kawasan pengundi Melayu. Pengundi Cina tidak ada masalah kerana akhbar mereka lebih bebas.Kita kaum melayu hanya bergantung kepada akhbar dan juga berita Tv yang sudah tentu termakan dengan mainan politik pemerintah.Ini kita sedar dan kita akan tingkatkan lagi program di kalangan kawasan Melayu supaya mereka tahu apa yang kita lakukan dan akan lakukan untuk membantu orang Melayu.





DAPATKAN AHBAR KONSEP ERA PAKATAN MENGENAI KEMELUT KERAJAAN NEGERI DAN JAWAPANNYA.







(function() { var d = document, w = window; w

Hannah Yeoh: Nak Melanjutkan Masa Mensyuarat Kerajaan Ini Pun Takut, Ker...