KETUA MENTERI DAN WAKIL PAS PULAU PINANG BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT







USM (Ustaz Saleh Man) danKM YB Lim Guan Eng juga Exco kerajaan negeri menyaksikan majlis penyampaian bantuan kepada rakyat dan juga ahli kelab penyokong PAS yang kurang berkemampuan.



TASEK GELUGOR-6 september 2009-Majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada fakir turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan juga calon PAS Permatang Pasir YB Ustaz Saleh Man(USM).Majlis yang di adakan petang tadi itu di adakan di pusat pengajian ustaz Sobri Arshad di Padang Menora.



Dalam Ucapan ringkas, USM menjelaskan bahawa pada pilihanraya lepas peningkatan undi dari calon kaum Tionghua meningkat sebanyak 5% manakala pengundi Melayu jatuh sedikit sebanyak 2% .Ini adalah kerana ianya di lakukan pada hari bekerja dan ramai yang tidak dapat pulang untuk mengundi.Namun dalam masa yang sama pencapaian ini boleh dibanggakan kerana walau pun dibuat pada hari bekerja semua gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.



Sementara itu dalam ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng pula , beliau menjelaskan bahawa masyarakat jangan terpengaruh dengan apa yang dikatakan sebagai ketidakharmonian dalam masyarakat disebabkan beberapa insiden kecil yang sebenarnya dapat di selesaikan dengan baik.


Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri Bn sebelum di ambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat pembahruan terutamanya bantuan kepada sekolah agama rakyat di mana sebelumnya Bn telah memberikan 12.5 juta sebelum itu kepada bahagian hal ehwal agama, namun selepas Pakatan Rakyat mengambil alih ,kerajaan Pakatan Rakyat telah menambah hampir sekali ganda iaitu sebanyak RM20.5 juta kepada bahagian hal ehwal islam .Ini semua, menurut ketua Menteri lagi , tidak dihebahkan oleh kerajaan Bn kerana mereka tahu akan kelemahan mereka selama ini.









Dalm majlis berbuka Ketua Menteri duduk bersama wakil rakyat yang lain dan bersama dengan rakyat berbuka puasa bersama.


KHABAR ANGIN YB JASMIN AKAN MELEPASKAN JAWATAN DAN JUGA TINDAKAN MEGGANTUNG UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH






Dalam satu temuramah bersama beberapa siaran Tv berhubung dengan isu yang sedang melanda Umno negeri dan adanya khabar angin bahawa 2 wakil Umno akan melepaskan jawatan iaitu ada khabar angin YB Jasmin dan juga Dato Hilmi Yahya di balik Pulau akan melepaskan jawatan , ketua Menteri menjelaskan bahawa itu adalah masalah dalaman Umno dan sekiranya mereka merasakan bahawa mereka gagal untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan, maka mereka berhak berbuat demikian.


Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Hilmi Yahya dan juga YB Jasmin ADUN Sungai Dua akan meletak jawatan. Sekiranya ini berlaku, pilihanraya kecil kemungkinan akan berlaku.Jasmi menewaskan Saleh Man dalam pilihanraya umum lalu dengan kelebihan 500 undi.Hilmi adalah bekas TKM1 Pualau Pinang dan pernah menjadi menteri Di Jabatan Perdana Menteri.


Sementara itu ada juga khabar-khabar angin menyatakan bahawa Umno bahagian Permatang Pauh akan digantung 15 september ini sebagai satu usaha bagi merombak semula bahagian tersebut yang dilihat tidak bersatu di bawah Dato Jalil.Ini berikutan berlakunya kelemahan di mana calon yang dipilih tidak mempunyai kualiti dan punca kepada kekalahan Umno di Permatang Pauh.Ianya menyaksikan bahawa Umno perlu di rombak di semua bahagian dan bukan sahaja di Permatang Pauh, malah kesemua bahagian atau akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang.