Mahathir mengidap sakit kronik "Anwar-0- Phobia" - Oleh Zunar( VERSI ORIGINAL)

 Mahathir mengidap sakit kronik "Anwar-0- Phobia" - Oleh Zunar


ANWAR tak mampu tadbir negara ketika krisis, begitulah kata Mahathir seperti dilaporkan oleh media. Kenapa bekas perdana menteri itu masih mengeluarkan kenyatan seperti ini sedangkan beliaulah yang datang berjabat tangan dengan Anwar di mahkamah untuk membentuk gabungan PH sebelum PRU ke 14?


Kenapa kenyataan yang bersifat gelisah, penuh dendam kesumat dan berhati kaldu ini masih diucapkan?


Memerhati dengan rapat tingkah laku beliau, penulis dapat katakan bahawa Mahathir mempunyai sejenis penyakit, "Anwar-0-Phobia," iaitu sejenis penyakit kronik yang mana pesakitnya hidup dalam ketakutan terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim.


Pesakit bernama Mahathir ini tidak akan dapat tidur lena selagi Anwar mempunyai walaupun 1% peluang untuk jadi PM.


Kenapa Mahathir takut kepada Anwar? Mudah, kerana beliau tak mahu ada orang yang lebih baik dari beliau memimpin negara ini. Selama ini dia dianggap sebagai PM yang hebat - sebagai jagoan, Wira Dunia Ketiga dan pemimpin serba maha. Sudah tentu kewiraan ini nampak jelas jika dibanding dengan Pak Lah, Najib dan Muhyiddin.


Tetapi jika dibanding dengan Anwar, kemungkinan tidak.

Kerana itu, Anwar harus dihalang untuk menjadi PM selagi hayat Mahathir ada.


Berbalik kepada kenyataan terbaru Mahathir bahawa Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis. Maksud Mahathir bahawa beliaulah orang yang paling layak mentadbir negara ketika krisis.


Mari kita lihat sebahagian dari senarai rekod-rekod Mahathir mentadbir negara ketika dalam krisis.

Dari segi ekonomi, pada krisis kewangan 1988, seorang ahli pernigaan telah mengalami kerugian besar dalam perusahaan perkapalan. Mahathir telah mengarahkan supaya wang negara berjumlah RM1.7 bilion digunakan untuk mem'bailout" syarikat tersebut. Ahli pernigaaan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Mirzan, anak Mahathir sendiri! Orang yang tidak mahu mengeluarkan wang negara bagi tujuan tersebut ketika itu ialah Menteri Kewangan, iaitu Anwar Ibrahim. Kerana itu Daim dilantik sebagai Menteri Khas untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.


Berapa billion lagi wang negara dihabiskan untuk membantu keluarga dan kroni beliau? Ruang ini tidak cukup besar untuk mengupas isu Empangan Bakun, Lebuhraya PLUS, Perwaja dan lain-lain yang mempunyai cerita yang hampir sama. Apakah ini kriteria seorang kepala negara yang pandai mentadbir ketika krisis? Untuk selamatkan anak dan kroni?  

Dari segi politik- pada 1998, ketika krisis kempimpinan Umno yang menyaksikan Mahathir hampir-hampir kalah kepada Tengku Razaliegh sebagai presiden dalam pemilihan Umno, Mahathir menggunakan kuasa kuku besi untuk bertindak ke atas hakim-hakim yang mahu membicarakan kes tersebut


Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersama lima hakim -Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat oleh Mahathir.  

Tindakan Mahathir tersebut menyebabkan kehancuran parah kepada sistem kehakiman negara dan ia gagal dipulihkan sampai hari ini. Hakim-hakim tersebut dipecat untuk menyelamatkan kedudukan Mahathir sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Apakah memijak kedaulatan undang-undang bagi menyelamatkan kedudukan sendiri dianggap sebagai kemampuan mentadbir?


Sebelum itu, Oktober 1987, Mahathir juga menangkap 119 aktivis dan ahli politik di bawah undang-undang tanpa bicara ISA dalam Operasi Lallang.  

Dua akhbar bebas ketika itu - The Star dan Watan juga diharamkan. Selepas itu, ISA terus digunakan Mahathr untuk menutup mulut pengkritik-pengkritik pemerintahan beliau. Tidak perlu jadi santis roket untuk menyatakan cara kekuasaan kuku besi ketika krisis bukanlah ciri-ciri seorang pemimpin yang bagus untuk negara. Semua diktator di dunia menggunakan cara ini untuk mengekalkan kuasa


Ketika berkonspirasi untuk memfitnah serta memenjarakan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Mahathir turut menyeret semua institusi negara untuk terlibat dalam  percaturan kotor itu. Jabatan Peguam Negara, Hakim-hakim, PDRM, institusi pendidikan dan hampir kesemua jabatan kerajaan dikerah untuk menyokong dan menyelamatkankan beliau. Akhirnya institusi-institusi yang dulunya sangat independen dan berwibawa bertukar menjadi lemah dan kehilangan jati diri. Ia menyebabkan rakyat dan mesyarakat turut menjadi lemah. Siapa yang menjadi tukang menghancurkannya? Mahathir sendiri. Apakah Anwar tidak layak mentadbir? Jawapanmya mudah saja. Beri peluang Anwar sebagai PM dan biar rakyat menilai. Noktah.


MAHATHIR-PENGIDAP SAKIT KRONIK. ANWAR 'O-FOBIA'

 

Anwar Ibrahim tak mampu tadbir negara ketika krisis, begitulah kata Mahathir seperti dilaporkan oleh media. Kenapa bekas perdana menteri itu masih mengeluarkan kenyatan seperti ini sedangkan dialah yang datang berjabat tangan dengan Anwar di mahkamah untuk membentuk gabungan PH sebelum PRU14?

Kenapa kenyataan yang bersifat gelisah, penuh dendam kesumat dan berhati kaldu ini masih diucapkan?

Memerhati dengan rapat tingkah lakunya, saya dapat katakan bahawa Mahathir mempunyai sejenis penyakit "Anwar-o-fobia," iaitu sejenis penyakit kronik yang mana pesakitnya hidup dalam ketakutan terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim.

Pesakit bernama Mahathir ini tidak akan dapat tidur lena selagi Anwar mempunyai peluang untuk jadi perdana menteri, walaupun ia hanya satu peratus.

Kenapa Mahathir takut kepada Anwar? Mudah, kerana dia tak mahu ada orang yang lebih baik darinya memimpin negara ini. Selama ini dia dianggap sebagai perdana menteri yang hebat - sebagai jagoan, wira dunia ketiga dan pemimpin serba maha. Sudah tentu kewiraan itu nampak jelas jika dibandingan dengan Pak Lah, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

Namun jika dibanding dengan Anwar, kemungkinan tidak. Oleh sebab itu, Anwar harus dihalang daripada menjadi perdana menteri selagi hayat Mahathir ada.

Berbalik kepada kenyataan terbaru Mahathir bahawa Anwar tak berkeupayaan untuk mentadbir negara di saat krisis. Maksud Mahathir bahawa dialah orang yang paling layak berbuat demikian.

Mari kita lihat sebahagian dari rekod Mahathir mentadbir negara ketika dalam krisis.

Dari segi ekonomi - pada krisis kewangan 1998, seorang ahli perniagaan telah mengalami kerugian besar dalam perusahaan perkapalan. Mahathir telah mengarahkan supaya wang negara berjumlah RM1.7 bilion digunakan untuk bailout syarikat tersebut.

Ahli pernigaaan yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Mirzan, anaknya sendiri. Orang yang tidak mahu mengeluarkan wang negara bagi tujuan tersebut ketika itu ialah menteri kewangan, iaitu Anwar Ibrahim. Kerana itu Daim dilantik sebagai menteri khas untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Berapa billion lagi wang negara dihabiskan untuk membantu keluarga dan kroni Mahathir? Ruang ini tidak cukup besar untuk mengupas isu Empangan Bakun, Lebuhraya Plus dan Perwaja yang mempunyai cerita hampir sama.

Apakah ini kriteria seorang kepala negara yang pandai mentadbir ketika krisis? Untuk selamatkan anak dan kroni?

Dari segi politik - pada 1988, ketika krisis kempimpinan Umno yang menyaksikan Mahathir hampir-hampir kalah kepada Tengku Razaliegh sebagai presiden dalam pemilihan Umno, dia menggunakan kuasa kuku besi untuk bertindak ke atas hakim-hakim yang mahu membicarakan kes tersebut

Ketua Hakim Negara keitika itu, Salleh Abas bersama lima hakim - Azmi Kamaruddin, Eusoffe Abdoolcader, Wan Hamzah Mohamed Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh dan George Seah telah dipecat oleh Mahathir.

Tindakan Mahathir tersebut menyebabkan kehancuran parah kepada sistem kehakiman negara dan ia gagal dipulihkan sampai hari ini. Hakim-hakim tersebut dipecat untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Apakah memijak kedaulatan undang-undang bagi menyelamatkan kedudukan sendiri dianggap sebagai kemampuan mentadbir?

Sebelum itu, Oktober 1987, Mahathir juga menangkap 119 aktivis dan ahli politik di bawah undang-undang tanpa bicara ISA dalam Operasi Lalang. Dua akhbar bebas ketika itu - The Star dan Watan juga diharamkan.

Selepas itu, ISA terus digunakan Mahathr untuk menutup mulut pengkritik-pengkritik pemerintahannya. Tidak perlu jadi saitis roket untuk menyatakan cara kekuasaan kuku besi ketika krisis bukanlah ciri-ciri seorang pemimpin yang bagus untuk negara. Semua diktator di dunia menggunakan cara ini untuk mengekalkan kuasa

Dalam usahanya untuk menyingkirkan Anwar pada tahun 1998, Mahathir turut menyeret semua institusi negara untuk terlibat ke dalamnya. Jabatan Peguam Negara, hakim-hakim, polis, institusi pendidikan dan hampir kesemua jabatan kerajaan dikerah.

Akhirnya institusi-institusi yang dulunya sangat bebas dan berwibawa bertukar menjadi lemah dan kehilangan jati diri. Ia menyebabkan mesyarakat turut menjadi lemah.

Siapa yang menjadi tukang menghancurkannya? Mahathir sendiri. Apakah Anwar tidak layak mentadbir? Jawapanmya mudah saja. Beri peluang Anwar sebagai perdana menteri dan biar rakyat menilai. Noktah.


ZUNAR, atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ul-Haque, adalah seorang kartunis.

Artikel ini asalnya hantaran penulis di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendiriran rasmi Malaysiakini.


BADIGOL FAKE NEWS

 Image may contain: 9 people, text that says "NASIONAL PERIKANAL YAB DATUK SERI PANGLI MA HAJIHI ETUAMENTERI SABAH J.NOR Rakyat sepatutnya tidak salahkan Ketua Menteri atau Menteri atas kelewatan dan masalah pengagihan Bakul Makanan. Yang patut di persalahkan ialah penjawat awam kerana lembab dan tidak ikhlas berkerja. Penjawat awam kebanyakannya hanya berkerja sambil lewa dan mengharapkan gaji bulan. Kerajaan GRS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka."

OWHHH....PATUT SELAMBA TAK PAKAI MASK.....

 Image may contain: 2 people, text that says ""Dapatkan Air Penawar ZA'FARAN SYIFA' QUR'ANI RM50 Sekali Postage! Air tulisan ayat-ayat Syifa dengan tinta herba Za'faran yang ditulis oleh Ust Dr. Khairuddin at-Takiri berfungsi menangani gangguan jin dan sihir serta merawat pelbagai masalah kesihatan." Dapatkan Penawar Air Zam Zam Hanya RM25 Sekali Postage! Pelbagai masalah kesihatan dan doa pelbagai hajat dengan tambahan doa dan bacaan ayat-ayat Syifa' oleh Ust Dr. Khairuddin at-Takiri." Hati Ka Jaron XANI α Iaburt AIR ZAM ZAM Syifa Qur'ani PEASESSONDAN D Hati"

FAKTA MEMBALAS SERANGAN TERBARU DR MAHATHIR KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

 

Image may contain: 2 people, text that says "SA Kenapa Tun Mahathir Masih Tak Berputus Asa Untuk Menyerang DS Anwar Ibrahim?"

RINA HAMZAH


Datuk Sri Anwar Ibrahim merupakan mantan Menteri Kewangan terbaik yang Malaysia pernah ada.

Berikut merupakan fakta Dan rekod Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Description: 👇

1. Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan

terbaik

yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.

2. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991.

3. Tahun kedua Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia 1992,Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dengan mendapat untung iaitu ‘ Pendapatan Melebihi Perbelanjaan ‘ atau surplus budget sebagai mana yang telah dibentangkan di parlimen.

4. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat ‘ UNTUNG ‘ iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.

5. Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dan Malaysia boleh berdikari sendiri, akhirnya Anwar Ibrahim menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari sendiri.

6. Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan, Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.

7. Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang

terbaik

di dunia.

8. Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan

terbaik

di Asia. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang

terbaik

di Asia.

9. Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’

Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.

10. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Malaysia di kenali sebagai The Asian Tiger dikalangan negara-negara Asian.

11. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 tahun berturut-turut.

i. Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia nombor 1 di Asean.

ii. Persaingan ( Competitiveness ) Malaysia nombor 1 di Asean.

iii. Pelaburan langsung ( Foreign Direct Investment ) Malaysia nombor 1 di Asean.

iv. Capitalisation Malaysia nombor 2 di Asean.

12. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia yang mendapat ‘ Untung ‘ atau pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama 8 tahun berturut-turut.

Selepas Anwar Ibrahim dan sehingga kini tiada Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan bajet pendapatan melebihi perbelanjaan seperti yang dicapai oleh Anwar Ibrahim selama 8 tahun berturut-turut.

13. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang berjaya menurunkan hutang luar Malaysia keparas paling rendah.

14. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,beliau berjaya menutup kebocoran dan ketirisan.

15. Kejayan Anwar Ibrahim mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dengan baik dan cemerlang adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik Malaysia pertama yang diakui sebagai ‘ Pakar Perundingan Kewangan ‘ oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

16. Kejayaan Anwar Ibrahim mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia ketika menjadi Menteri Kewangan adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik pertama Malaysia yang diakui sebagai ‘ pakar ekonomi dan kewangan oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.

17. Kesimpulan, berdasarkan fakta-fakta di atas Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan

terbaik

yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dengan trek rekod yang baik di Malaysia, Asia dan Dunia.

PERHATIAN : SILA RUJUK KEMENTERIAN KEWANGAN DAN HANSARD PARLIMEN BAGI MENGUKUHKAN LAGI FAKTA DAN REKOD DATUK SRI ANWAR IBRAHIM ADALAH MANTAN MENTERI KEWANGAN

TERBAIK

DI MALAYSIA BAHKAN DI ASIA.

Terima Kasih..

SR

 

KE MANA PERGINYA WANG PETRONAS UNTUK KELANTAN?


"Ini berkaitan dengan keadaan semasa sebab tanggungjawab wakil rakyat semakin berat. “Dalam keadaan pada hari ini, sekiranya ada kenaikan sekali pun, ia akan turut dinikmati oleh rakyat," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Abdullah, seperti dipetik Berita Harian pada 5 November lalu.




JANGAN POTONG GAJI MENTERI 10% TAPI 30%


Mahathir Bohong Mengatakan Anwar Pinjam IMF Walhal Sebenarnya Dialah Yan...

DAULAH TERPENDAM DAN PENGKHIANAT RAKYAT


Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN, Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menganggap perbuatan King Sing telah menceroboh ke kawasan larangan. “Oleh itu, bila YB ini menyatakan sesuatu , yang bagi saya, amat tidak wajar kepada " wira atau hero frontliners negara", bagi saya, maaf katalah, itulah, malangnya, kualiti perbahasan YB ni. Cuma kali ini saya anggap YB ni telah melepasi garis merah. Beliau telah "encroached a forbidden zone!".



LEPAS JASA, NAK HIDUPKAN SEMULA AKTA 803 PULA



"Kami akan terus memantau berita palsu dan melibatkan pihak berkepentingan untuk mencari langkah-langkah yang berkesan, termasuk menggubal undang-undang (berita anti-palsu) baharu, jika perlu," katanya dalam balasan bertulis kepada Anggota Parlimen Baling, Dato' Seri Abdul Azeez Rahim. Azeez bertanya apakah Kerajaan sedang merancang untuk menghidupkan kembali undang-undang antiberita tidak benar 2018, kerana ada banyak artikel berita menghasut yang disebarkan.




24 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR....SILA TEKAN  > UNTUK BERITA AWAL.


CUBAAN MAHATHIR JATUHKAN PH DAN MANDAT RAKYAT

Dr MiM: Mahathir Tidak Bertanding PRU15 Tapi .....

FAKTA DI MAHKAMAH



Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur

Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia

(Bahagian Sivil)


GUAMAN SIVIL NO: S4-23-15-2006

Antara

DS Anwar Bin Ibrahim – PLAINTIF

DAN

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad – DEFENDAN


Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan


■ 14 (vii). Plaintif akan merujuk, ketika perbicaraan, kesemua laporan polis yang dibuat oleh Plaintif mengenai perkara di atas dan lain2 perkara (dan ekshibit2 yang terkandung di dalamnya), termasuk iaitu: Tun H S Lee Reports Nos. 19625/99; 20455/99; 14752/2000; 22517/99; dan Dang Wangi Reports Nos. 20255/99.


■ 14 (vi). Lebih kurang pada 1997, Konsortium Perkapalan di mana Mirzan Mahathir, salah seorang anak Defendan, yang mempunyai kepentingan besar di dalamnya, mengalami kerugian besar akibat daripada krisis ekonomi. Defendan telah mencadangkan bahawa Perbendaharaan memikirkan satu skim khas untuk bailout Datuk Mirzan Mahathir.


■ Plaintif (DSAI) telah menggesa Defendan (Tun Mahathir) untuk menimbangkan semula skim 'bailout' tersebut ketika memohon dana Perbendaharaan kerana ianya terlalu susah untuk direalisasikan dan dijustifikan. Defendan berkeras hati dan telah tersinggung terhadap Plaintif. Selanjutnya, Plaintif telah menerangkan bahawa ianya boleh dilakukan sekiranya Perbendaharaan mengemukakan permohonan bajet sokongan untuk kelulusan Parlimen.


■ Ketika Plaintif menerangkan perkara ini, Defendan ternyata kecewa dan menyatakan bahawa ia akan memalukan beliau apabila ianya dilakukan seperti yang diterangkan.


■ Selepas itu, lebih kurang pada awal tahun 1998, Tan Sri Hasan Merican, CEO Petronas telah berjumpa dengan Plaintif (DSAI) dan telah menzahirkan bantahan beliau dan lain2 eksekutif kanan terhadap cadangan Defendan (Tun Mahathir) untuk membolehkan Lembaga Petronas menyusun satu bailout untuk Datuk Mirzan Mahathir. .


■ Plaintif kemudiannya mengadu kepada TS Hasan mengenai kesulitan beliau semenjak hubungan beliau dengan Defendan telah menjadi tegang terutamanya mengenai isu Datuk Mirzan Mahathir.


■ Walaubagaimanapun TS Hasan menggesa Plaintif (DSAI) untuk campur tangan dan memujuk Defendan (Tun Mahathir). Apabila Plaintif (DSAI) melakukannya, Defendan (Tun Mahathir) merasa tersinggung dan mengatakan secara ringkas dan kasar "Petronas is not under the control of the Treasury".


■ Plaintif (DSAI) akan menegaskan bahawa Defendan (Tun Mahathir) telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri di dalam mengarahkan Petronas untuk bailout Datuk Mirzan Mahathir menurut S.3(2) dan (3) Petroleum Development Act 1974. Bailout tersebut melibatkan, bayaran tunai lebih kurang RM700 juta kepada Datuk Mirzan Mahathir yang mana seharusnya telah menguntungkan Datuk Mirzan Mahathir.

Tun M jangan gagalkan usaha kembalikan kerajaan mandat rakyat - Shamsul Iskandar

 


Bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad digesa agar tidak cuba menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengembalikan kerajaan mandat rakyat.

Gesaan itu dikeluarkan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas Ahli Parlimen Langkawi itu sekali lagi mengeluarkan kenyataan menyerang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperlecehkan kononnya Ahli Parlimen Port Dickson tersebut tidak mampu memerintah negara sekiranya menghadapi krisis kewangan.

Bagi Shamsul, kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih sebagai taktik politik yang menggambarkan bahawa beliau dalam keadaan terdesak untuk dilihat relevan dalam arus politik perdana.

"Serangan beliau terhadap Datuk Seri Anwar tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha PH mendapatkan semula kerajaan.

"Kita semua sedia maklum kegagalan Tun Mahathir sebagai PM dalam mempertahankan agenda Reformasi dan mandat yang diberikan oleh rakyat sepanjang 22 bulan PH memerintah negara.

"Tindakan Tun yang meletak jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan PH (Februari lalu) menjadi punca kejatuhan kerajaan (mandat rakyat) seterusnya memangkin rampasan kuasa secara khianat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dukungan gerombolan pimpinan Bersatu," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, menurut Shamsul lagi, Tun Mahathir seharusnya mengambil peranan sebagai negarawan selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan tidak perlu lagi kembali menjadi pencatur politik.

Katanya, percaturan sebelum ini yang gagal telah menyebabkan negara menjadi huru-hara dan ekonomi rakyat tidak menentu menghadapi pandemik Covid 19.

"Oleh yang demikian, dalam usaha Datuk Seri Anwar dan pimpinan PH menggembleng sokongan pelbagai pihak mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas, Tun perlu menghentikan tindakan-tindakan beliau yang kini dilihat seolah-olah mahu memecahbelahkan PH serta menggagalkan usaha tersebut.

"Tun Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri.

"Beliau seharusnya menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan dan membantu usaha Datuk Seri Anwar dan PH untuk mengembalikan mandat rakyat dan bukan menggagalkannya," katanya lagi.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang diterbitkan hari ini, Tun Mahathir berkata Datuk Seri Anwar tidak mampu mengemudi negara sekiranya berlaku krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika krisis matawang melanda Asia. Dr Mahathir kemudiannya memecat Datuk Seri Anwar dengan tuduhan skandal seks yang direkayasa sehingga mencetuskan gerakan Reformasi pada September 1998.



PKR dakwa Mahathir cuba gagalkan usaha PH jadi kerajaan

 

PKR dakwa Mahathir cuba gagalkan usaha PH jadi kerajaan

Kenyataan terkini Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) bagi mendapatkan semula kerajaan, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya, kenyataan Mahathir menggambarkan beliau terdesak dilihat relevan dalam arus politik perdana ketika ini.

“Kita semua sedia maklum akan kegagalan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam mempertahankan Agenda Reformasi dan mandat yang diberikan oleh rakyat sepanjang 22 bulan PH memerintah negara.

“Tindakan Tun Dr. Mahathir yang meletak jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan PH adalah punca kejatuhan kerajaan seterusnya memangkin rampasan kuasa secara khianat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dukungan gerombolan pimpinan Bersatu,” katanya.

Shamsul berkata, dalam usaha Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Harapan menggembleng sokongan pelbagai pihak untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas, Tun Mahathir perlu menghentikan tindakan-tindakan yang kini dilihat sebagai langkah untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan serta menggagalkan usaha tersebut.

Katanya, Tun Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa punca segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri.

“Beliau seharusnya menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan dan membantu usaha Dato’ Seri Anwar dan PH untuk mengembalikan mandat rakyat dan bukan menggagalkannya,” kata beliau di Facebooknya.

Terdahulu, dalam wawancara bersama The Malaysian Insight Tun Mahathir dilaporkan berkata Anwar tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri di saat negara sedang berhadapan dengan krisis.

Mahathir berkata, Anwar yang pernah menjadi timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.



SURAT UNTUK MAHATHIR

 

Sudah-sudah  la Mahathir.

 lebih baik diam daripada terus dimaki dan dikeji.Rakyat dah terlalu kenal siapa dia manusia yang bernama Tun Mahathir Mohamad.dulu betul nama hang diangkat dan dijulang sebagai negarawan hebat,tapi sekarang nama hang sudah jadi busuk disebabkan perangai buruk hang sendiri.

 Hari ni keluar pula kenyataan dari mulut puaka hang, bahawa

‘Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis'..xdan apa-apa hang dah kata xmampu,awat atas dunia ni hang sorang saja mampu buat segalanya.

apa masalah hang sebenarnya?pasaipa hang xboleh hidup dalam keadaan tenang,bila dengar saja nama Anwar hang masti jadi macam orang sasau dan terlalu takut sanggt.hang ada sembunyi apa-apa ka?Mahathir,umur hang ni sepatutnya pikiaq untuk perbanyakkan amalan untuk dibawa kesana nanti,bukannya dok kalut nak pelingkup negara dan mencari salah orang untuk kepentingan diri.

 Mahathir,hang lupa ka atau hang xtaw yang manusia bernama Anwar Ibrahim diiktiraf sebagai menteri kewangan terbaik Asia,dan dia dipecat disebabkan manusia yang bernama Mahathir Mohamad rasa terancam kerana mungkin waktu itu Mahathir Mohamad ada lakukan kesalahan hingga terpaksa pecat dan membuat rancangan jahat untuk melindungi diri dan keluarga serta kroni dan mengunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan manusia bernama Anwar..

 Mahathir sudah la,negara ni bukan hak milik manusia bernama Mahathir Mohamad.Hang sepatutnya sedar diri sikit,hari ni sokongan kat hang berapa saja yang  ada.hang dah xbernilai lagi dah.hang kena ingat Mahathir,rosakknya negara hari ini disebabkan hang sendiri,hang satu-satunya manusia yang tidak mengenang budi dan lupa diri.Hang perosak segalanya.hang dah letak jawatan sebagai PM,lepas tu hang salahkan orang lain.Hang gila ka?lepas tu hang dok kalut nak jd PM pula,hang gila jawatan...

Duduk di rumah diam-diam la Mahathir,Jangan menyusahkan rakyat.Simpan gila hang tu sikit Mahathir oiii.

 

Syauqi Sahimi

Alor  Setar

14/11/2020

 

 

 

IKRAR AHLI KEADILAN


Saya ahli Keadilan. Saya bukan ahli Umno, jauh sekali, Na'uzubillah, ahli Pas. Tetapi jika berlaku pertandingan di antara Umno dan Pas, saya akan undi Umno kerana Umno tidak menjual agamanya. Saya pilih yang kurang mudharat dari yang banyak mudharat.

 Image may contain: 1 person, text that says "MI&S 3:18PM Mokhtar Dup walaupun saya parti PAS dan PAS itu sebahagian dari kerajaan PN. Namun apa jua bentuk maksiat yg kerajaan anjur atau benarkan saya berlepas diri darinya dan menentano perlaksanaannya. Namun jika mengundi saya tetap undi PN berbading PH. Kerana PH lebih besar kemudharatannya. harap maklum. UMS Kuala Triang Pahag. 13.Nov.2020"

MAHATHIR INGAT KUBUR , JANGAN BENCI ANWAR. HARI INI PENUH FB MAKI KAMU..

 

Image may contain: ‎text that says "‎English Bahasa 中文 Daftar Log Masuk וויור Berita Seksyen insight talk LIVE Purgaurs •16 November 2.30PM Facebook The Malayaian might Anwar tidak boleh jadi PM kalau ada krisis ekonomi, kata Dr Mahathir‎"‎


NORSHDAH MOHD DAUD


Susah jadi orang bernama Madey ni

Masa muda sibuk jatuhkan PM sediada sebab mereka semua x layak jadi PM Msia

Timbalan-timbalan dia pun semua xde yang mampu galas tanggungjawab dia katanya

Jibby yang dia naikkan sebagai PM merangkap anak murid dia pun sama merosak negara macam tok guru dia, bezanya Jibby merosakkan negara secara terang-terang, dia secara sembunyi

Dah tua-tua nak mampos pun sibuk nak jatuhkan DSAI walau Yiddin yang jadi PM

Dari muda smpai tua x aman idop dia

Pak Lah jugak kekal tenang jalani sisa-sisa hidup yang ada

Nape la mak DSAI ni p beranakkan DSAI

(tu contoh Madey berkata-kata dalam hati )



(function() { var d = document, w = window; w

Lelaki ini geram kenyataan Menteri Kesihatan yang flip flop

  September 26, 2021  “KERAJAAN PN BN, TOLONG UNTUK TIDAK BODOH SEHARI BOLEH?” Saya tak faham kenapa menteri atau kerajaan ni sukar mengguna...