Tak habis2-habis lagi org tua ni merepek dan meratib nama Anwar. Dulu
kata, Anwar tak boleh jadi PM sebab moral. Kemudian kata, Anwar boleh jadi PM,
tapi dia perlu dapatkan sokongan majoriti dalam parlimen. Kata orang tua nyanyok
ni lagi, Anwar tidak layak jadi PM kerana dia mengetuai parti berbilang kaum.
Dan, orang tua ni terus berkata, Anwar tidak boleh jadi PM kerana orang melayu
tidak suka kepadanya. Ratib Mahathir tua seterusnya, Anwar tidak boleh jadi PM
jika negara ada krisis ekonomi dan kewangan. Hakikatnya, apa yang Mahathir hati
busuk ini mahu sebenarnya?
Mahathir mahu nyatakan fakta ini sebenarnya, iaitu;
1. Selagi aku belum mampus, Anwar tidak pernah layak jadi PM.
2. Anwar seorang reformis dan akan bawa reformasi kepada negara,
maka orang yang paling benci kepada reformasi adalah diktator. Sebab itu Mahathir
benci kepada Anwar.
3. Setakat ini, hanya Anwar sahaja yang tahu 'rahsia' aku, anak-anak aku dan kroni-kroni aku kerana Anwar berbelas tahun menjadi 'sayap' ku sewaktu aku
jadi PM kali pertama dulu. Apakah aku begitu bodoh untuk izinkan Anwar menjadi
PM hanya untuk menghancurkan keluarga kami?
4. Anwar bukan sahaja seorang ekonomis yang pernah dinamakan sebagai Menteri KewanganTerbaik Asia oleh sebuah majalah antarabangsa, tetapi Anwar juga seorang pemimpin Islamis moden yang bakal lahir sebagai 'Erdogan II " di sebelah sini. Mahathir tidak mahu namanya hilang dari sejarah negara kerana kemunculan Anwar.
5. Anwar pemimpin yang mampu menyatukan kaum. Amat bahaya, mana-mana pihak yang suka bermain dengan isu perkauman untuk kepentingan masing-masing,
mustahil mereka izinkan Anwar menjadi PM.
Terlalu banyak perkara yang amat ditakuti oleh Mahathir terhadap
susuk tubuh bernama Anwar Ibrahim ini yang tidak mampu saya coretkan di sini.
Sebab itu, bermacam-maca dalil, dalih dan auta yang digunakan oleh si tua nyanyuk
ini bagi menghalang Anwar untuk diangkat sebagai PM.
Sorry to say, selagi kami masih ada, selagi pendokong reformasi
masih bernyawa, kami akan pastikan semua cita-cita jahat dan busuk Mahathir serta
seluruh keturunannya akan gagal. Kejayaan kami bukannya mengangkat Anwar
sebagai PM, tetapi kejayaan terbesar kami adalah apabila dapat menghancurkan
diktator, munafik serta politikus jahat seperti Mahathir dan balaci-balaci yang
pernah teguk air lebihan orang tua ini.
WFAUZDIN NS