FAKTA DI MAHKAMAH



Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur

Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia

(Bahagian Sivil)


GUAMAN SIVIL NO: S4-23-15-2006

Antara

DS Anwar Bin Ibrahim – PLAINTIF

DAN

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad – DEFENDAN


Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan


■ 14 (vii). Plaintif akan merujuk, ketika perbicaraan, kesemua laporan polis yang dibuat oleh Plaintif mengenai perkara di atas dan lain2 perkara (dan ekshibit2 yang terkandung di dalamnya), termasuk iaitu: Tun H S Lee Reports Nos. 19625/99; 20455/99; 14752/2000; 22517/99; dan Dang Wangi Reports Nos. 20255/99.


■ 14 (vi). Lebih kurang pada 1997, Konsortium Perkapalan di mana Mirzan Mahathir, salah seorang anak Defendan, yang mempunyai kepentingan besar di dalamnya, mengalami kerugian besar akibat daripada krisis ekonomi. Defendan telah mencadangkan bahawa Perbendaharaan memikirkan satu skim khas untuk bailout Datuk Mirzan Mahathir.


■ Plaintif (DSAI) telah menggesa Defendan (Tun Mahathir) untuk menimbangkan semula skim 'bailout' tersebut ketika memohon dana Perbendaharaan kerana ianya terlalu susah untuk direalisasikan dan dijustifikan. Defendan berkeras hati dan telah tersinggung terhadap Plaintif. Selanjutnya, Plaintif telah menerangkan bahawa ianya boleh dilakukan sekiranya Perbendaharaan mengemukakan permohonan bajet sokongan untuk kelulusan Parlimen.


■ Ketika Plaintif menerangkan perkara ini, Defendan ternyata kecewa dan menyatakan bahawa ia akan memalukan beliau apabila ianya dilakukan seperti yang diterangkan.


■ Selepas itu, lebih kurang pada awal tahun 1998, Tan Sri Hasan Merican, CEO Petronas telah berjumpa dengan Plaintif (DSAI) dan telah menzahirkan bantahan beliau dan lain2 eksekutif kanan terhadap cadangan Defendan (Tun Mahathir) untuk membolehkan Lembaga Petronas menyusun satu bailout untuk Datuk Mirzan Mahathir. .


■ Plaintif kemudiannya mengadu kepada TS Hasan mengenai kesulitan beliau semenjak hubungan beliau dengan Defendan telah menjadi tegang terutamanya mengenai isu Datuk Mirzan Mahathir.


■ Walaubagaimanapun TS Hasan menggesa Plaintif (DSAI) untuk campur tangan dan memujuk Defendan (Tun Mahathir). Apabila Plaintif (DSAI) melakukannya, Defendan (Tun Mahathir) merasa tersinggung dan mengatakan secara ringkas dan kasar "Petronas is not under the control of the Treasury".


■ Plaintif (DSAI) akan menegaskan bahawa Defendan (Tun Mahathir) telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri di dalam mengarahkan Petronas untuk bailout Datuk Mirzan Mahathir menurut S.3(2) dan (3) Petroleum Development Act 1974. Bailout tersebut melibatkan, bayaran tunai lebih kurang RM700 juta kepada Datuk Mirzan Mahathir yang mana seharusnya telah menguntungkan Datuk Mirzan Mahathir.

No comments: