LEPAS JASA, NAK HIDUPKAN SEMULA AKTA 803 PULA



"Kami akan terus memantau berita palsu dan melibatkan pihak berkepentingan untuk mencari langkah-langkah yang berkesan, termasuk menggubal undang-undang (berita anti-palsu) baharu, jika perlu," katanya dalam balasan bertulis kepada Anggota Parlimen Baling, Dato' Seri Abdul Azeez Rahim. Azeez bertanya apakah Kerajaan sedang merancang untuk menghidupkan kembali undang-undang antiberita tidak benar 2018, kerana ada banyak artikel berita menghasut yang disebarkan.