Sumbat Mahasiswa dalam Universiti bukan dalam Gua

 

NORMAN RADZUAN

Menteri Pendidikan/Tinggi akal pendek


Image may contain: 1 person, indoor


PERLU ADAKAN SOP MEMADAI

Maaf jika saya mengatakan Menteri Pendidikan/ Tinggi kita hanya mengambil jalan mudah utk melepaskan tanggungjawab kpd ibu bapa. Hingga pelajar dan Mahasiswa kita terkorban kerana Menteri hanya fikirkan lockdown tanpa memikirkan mekanismaterbaik untuk anak-anak kita.

Saya ingin berikan pandangan buat Menteri Pendidikan. Sejarah membuktikan peratusan yg sgt kecil pelajar2 terbabit Pandemik Covid19 ini ketika jutaan pelajar diarahkan ke sekolah pada Jun lalu.

Beginilah... saya ingin bertanya kpd Menteri Pendidikan sampai bila kita ingin menangguhkan Peperiksaan SPM dan STPM? Jika ada 4th wave barangkali bulan Jun baru mereka boleh menduki peperiksaan tersebut atau jika masih ada tahun 2022 baru mereka mengambil SPM?

Cadangan 1

1. Bermula 1 hb Dis hanya pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja dibenarkan ke sekolah dengan SOP yang ketat.

2. Pada awal Januari pelajar Form 5 sudah boleh menduduki peperiksaan SPM dan STPM sambil menunggu pelajar-pelajar lain memasuki persekolahan 2021 pada 20 hb Januari.

3. Ini sangat penting kerana mereka bakal melanjutkan pengajian ke IPT, IPTA, Matrikulasi dan Form 6.

PENGAJIAN TINGGI

IPT @ Universiti Online

Memandangkan IPT seluruh negara mempunyai pelbagai kemudahan di dalam Kampus seperti Klinik, Masjid, Surau, Koperasi, Library, Kompleks Sukan, Kantin, Cafe dan kemudahan Internet yang bagus adalah lebih baik dari sekarang Kementerian bersama KKM dan pihak pengurusan IPT membuat mekanisma bagaimana untuk membenarkan Mahasiswa ini memasuki Universiti.

Masyarakat kita ini mudah paranoid dan kesempatan itu diambil oleh pemimpin yang hanya memikirkan bagaimana untuk bermain Tik Tok tanpa mahu memikirkan bagaimana ingin membawa anak-anak kita berada di dlm kampus. Yang memikirkan bagaimana membenarkan aktiviti hiburan di adakan.

Saya pernah mencadangkan agar Universiti dijadikan Green Zone kpd Mahasiswa Univerisiti. Kita patut sumbatkan mereka ke dlm Kampus dan bukan di dlm Gua. Bagi saya membiarkan mereka di halaman kampung masing-masing lebih mengundangkan risiko yang lebih besar.

Di UK kes mereka sejuta lebih. 2nd wave mereka mengambil pendekatan Universiti tidak boleh ditutup lagi. Meraka mengadakan mekanisma atau SOP utk pelajar Universiti di sana.

Antaranya, pelajar yang tinggal di kampus tidak dibenarkan sama sekali pulang ke rumah keluarga. Pelajar tidak dibenarkan lepak beramai ramai di Cafe, tidak boleh mengadakan private party, tidak dibenarkan keluarga dan org luar hadir ke dlm kampus.

Ada sesetengah pengajian hanya dibuat secara online. Hanya memerlukan kehadiran fizikal dibenarkan hadir ke kelas. Pensyarah keluar masuk mesti sentiasa dipantau kesihatan mereka.

Di sana pada kali pertama Pandemik menyerang Universiti ditutup kerana dunia baru ingin mengenali Covid19. Namun kali kedua mereka lebih terbuka dengan hanya mengetatkan SOP sahaja. Malah dikhabarkan mereka yang terlibat dengan pelajaran secara online boleh refund yuran pembelajaran mereka.

Jadi cadangan saya dan kenapa perlunya Mahasiswa ini disumbatkan ke dlm kampus...

1. 1 Dis ini benarkan Mahasiswa terutama yang memerlukan pengajian fizikal masuk ke kampus dgn terma-terma atau SOP seperti disebutkan di atas. Bila masuk tidak dibenarkan keluar lagi.

2. Ia lebih baik kerana jika berlaku pengajian secara online utk beberapa kelas ia memudahkan pelajar kerana kemudahan Internet secara percuma yg ada di situ.

3. Jika ada pemasalahan pembelajaran mereka boleh adakan study group atau merujuk kepada pensyarah sendiri.

4. Ia akan membuatkan pelajar lebih fokus kepada pelajaran. Tidak seperti di rumah pelbagai gangguan ketika belajar, masalah Internet, masalah kefahaman study online yang rata2 mereka sukar memahaminya.

Bayangkan jika Mahasiswa masih dikurung... awal Januari nanti mereka akan Cuti Sem. Hujung Februari mereka akan kembali ke Kampus. Mei mereka akn sekali lagi pulang ke kampung kerana cuti Hari Raya dan Julai kembali cuti Sem selama 3 bulan.

Bimbang Menteri Tik Tok akn mengatakan alang2 biar sahaja Mahasiswa masuk ke kampus selepas Hari Raya Mei nanti.

Jadi Kementerian Pelajan/Tinggi masing2 ada masa utk membenarkan pelajar dan Mahasiswa kembali ke sekolah dan Universiti. Fikir2 kan lah wahai Menteri bukan 'makan gaji buta'.

Penulis

Norman Radzuan