MGID

CERAMAH TERKINI DSAI

MAHASISWA KINI SUDAH BANGKIT DARI LENA

Jangan perlekeh siswa : “Kami sokong Saifuddin Abdullah” - Bantah


Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah) menyokong kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Saifuddin Abdullah berhubung seruannya agar semua pihak tidak lagi memperlekeh idea-idea mahasiswa hari ini.

Pengerusi Bantah Mohd Aizat Mohd Saleh berkata, pihaknya memandang positif terhadap seruan tersebut sekali gus mendesak agar KPT mendengar segala luahan yang dilontarkan mahasiswa mutakhir ini.

"Kami menyeru kematangan Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin agar meneliti memorandum mahasiswa Jumaat lalu di Putrajaya, bukannya memberi kenyataan bahawa mahasiswa hari ini tidak matang," kata beliau.

Mohd Aizat berkata, menteri sendiri yang kurang matang ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kami cabar Khaled agar segera menjawab segala tuntutan mahasiswa kalau benar-benar mahu tunjukkan sikap matang kepada kami. Mahasiswa sudah mengguna semua tindakan profesional termasuk berbincang dengan menteri dan pentadbiran universiti, tetapi semua ini dibakul-sampahkan," katanya.

Tambah beliau, mahasiswa akan bertindak lebih agresif selepas ini jika kementerian masih lagi tidak mendengar tuntutan mahasiswa.

"Kami juga menggesa supaya tidak mempersalahkan mahasiswa dengan tindakan-tindakan selepas ini yang lebih agresif setelah jalan selamat yang diambil tidak didengari.

EGEN Bn/Umno:SPR MULA MEMAINKAN PERANANNYA




Belum pun adanya ura-ura melainkan pilihanraya di peringkat negeri Perak yang sedang hangat di perkatakan, SPR sekali lagi cuba menjadi egen bagi menjayakan rancangan terkebelakang dengan usul agar undi pos di perluaskan.Gara-gara takut akan kehilangan tampuk kuasanya,Bn dilihat cuba memainkan lagi peranan dengan membanyakkan pusat latihan askar dan polis serta cuba pula menambahkan bilangan undi pos di kalangan pengundi yang belum tentunya wujud.Baru-baru ini kenyataan yang di buat oleh Menteri Besar Perak yang sah, DS Nizar Jamaluddin, bahawa jika pilihanraya di adakan di seluruh Perak, Pakatan yakin akan mengambil alih semula negeri tersebut kecuali kawasan Melayunya yang di anggap masih bebal dengan dakyah yang di mainkan Bn /Umno bagi mengabui mata mereka.Umum mengetahui bahawa media memainkan peranan penting di kalangan pengundi di kawasan pedalaman, dan sehingga kini Pakatan Rakyat masih lagi gagal untuk menembusi kawasan pedalaman dimana maklumat tidak dapat di sampaikan, malahan , tumpuan di kawasan bandar di utamakan.

Umum mengetahui bahawa BERSIH iaitu satu badan yang ditubuhkan bagi menghapuskan undi pos dan penggunaan dakwat bagi melihat telusnya bilangan undi dikalangan rakyat, agar ianya tidak boleh dimanipulasikan oleh pemerintah telah mengeluarkan cadangan agar ianya di hapuskan terus dan bukannya memperluaskan lagi.Menurut Mat Sabu lagi, jika inilah cadangan yang akan di gunapakai oleh SPR , kita sendiri akan bertemu SPR dan membantah kerana bukan sahaja melanggar hak asasi, malahan ianya di lihat gagal untuk membersihkan daftar pengundi .Malah menurut Mat Sabu lagi jika ini di teruskan ia akan menjadikan matlamat mewujudkan kebebasan dalam demokrasi terhapus.

Kerajaan Bn/Umno buat masa kini bukan sahaja di asak dengan berbagai kes yang di dedahkan, malahan hampir setiap hari dan minggu ada sahaja bukti-buti baru di ketengahkan dalam akhbar bebas di dalam internet. Kes terbaharu ialah habuan wang dan seks di berikan kepada pengekspot pasir ke Singapura.Inilah apabila undang-undang yang di lihat tidak dikuatkuasakan sehinggakan dari pasir, pulau, enjit jet,memperlingkupkan khazanah negara , malahan hasil dan kesan dari semunya ini, rakyat menerima padahnya.

Bn yakin mereka akan kalah dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Semua fakta dan juga maklumat yang di terima menunjukkan bahawa mereka akan tewas , walau pun ada kesilapan yang di lakukan gabungan pakatan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat, yang sedang berusaha membuktikan kekuatan di kalangan negeri yang diperintah, Bn dilihat masih gagal untuk mengambil semula kerana mereka di lihat lebih lemah dari gabungan parti Pakatan Rakyat.Dengan masalah dalaman parti yang kini melibatkan PPP dan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, isu MCA, Gerakan, Mic masih lagi membelenggu kestabilan politik Bn.Ini ditambah pula dengan berbagai tuntutan dan juga deretan dakwaan yang di kemukakan berjaya di senyapkan oleh pemerintah kerana Pakatan berhenti di tengah jalan tanpa ada cara-cara lain lagi yang difikirkan logik bagi mendesak semua dakwaan ini di ketengahkan.

Hanya dengan memberikan penerangan dan mengasak sahajalah akan dapat mendesak kerajaan menyiasat dengan telus dan peranan besar ini tidak boleh di laksanakan tanpa bantuan askar rakyat turut serta.Sebagaimana desakan dan juga tuntutan yang di lakukan, tanpa kerjasama rakyat, ianya di lihat hanya menyalak bukit dengan semua kuasa yang masih ada dan egen yang di bentuk tidak pula menyokong rakyat, maka usaha ini harus di lipatgandakan lagi dengan penglibatan rakyat dengan lebih besar.


Kini rakyat sedang melihat suasana politik Perak dengan adanya desas desus bahawa pilihanraya di peringkat negeri akan di adakan.Desas desus yang mengatakan bahawa mahkamah telah punya keputusan, dan keputusan itu pula tidak memihak kepada Bn/Umno, maka keputusan tersebut di tangguhkan sehingga kini.Bn/Umno menurut sumber pimpinan negeri , akan mengistiharkan pilihanraya sebelum keputusan mahkamah di keluarkan , demi menunjukkan ketelusan mereka. Namun penggumuman yang dibuat DS Nizar bahawa Pakatan akan mengekalkan kemenangan adalah isyarat awal agar semua gabungan parti Pakatan Rakyat tidak senang lenang melayan kerenah di timbulkan di peringkat negeri masing-masing, kerana inilah strategi bagi melalaikan perkara asas di Perak.

Serangan di negeri bertujuan agar pimpinan tidak pula sempat untuk mengambil dan memperkemaskan jentera pilihanraya di negeri Perak, malahan dengan cara menyerang pimpinan negeri, dilihat tumpuan di berikan di satu- satu tempat agar kes di Perak di lalaikan. Ingatlah tanpa gembeleng tenaga , maklumat, dan juga sokongan dan dokongan rakyat, bukan senang juga untuk merampas kembali apa yang telah terlepas di tangan orang lain.




AMIRUDDIN AHMAD
adalah wartawan bebas dan menulis untuk
Akbar konsep Era Pakatan,

Exco ALIRAN,
ALIRAN kesedaran negera.



(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR PD - BEBERAPA AKTIVITI MEMBANTU MASYARAKAT

  4 MAC   Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...