KAH.. KAH.. KAH... PENYEGAN NAK MAMPOIH.

RMS


 Memanglah dia tak updated, yang tulis ni admin.. hihi.. dia sibuk na.. 😆😆




BARU DRAF.. LA BENGGONG RUPANYA....

  Che Ibrahim


Owww baru draf..... Ambo ingat wat kena sign dah. 

Draf ni kalau tak setuju, beri la cadangan balas, bukan terus hentam macam macam.


KATA SAIFUDDIN NASUTION


Pemimpin PH itu setuju pandangan TPM bahawa tak perlu PN berunding jika mereka memilih media untuk berhubung dengan kerajaan.




Menarik jugak pasal JAKIM ni.

Zuwairi Md Yuaof









JAKIM dah benarkan semula Tareqat Naqsyabandi Aliyah sedangkan Syeikh Nazim mendakwa dia adalah lantikan Tuhan dan mendapat ilmu terus dari Tuhan.Dakwaan ni semua hampir sama dengan GISB/Arqam cuma GISB ni kantoi sebab menggunakan kanak²ðŸ¤”🤔🤔 Tiga lagi lelaki yang berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan di dakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, esok https://x.com/hmetromy/status/1836407701980733918


Ramai pastinya menunggu pemilik GISBH itu yang kena tangkap dan dakwa di mahkamah sebab dialah kepala mereka semua.Op Global : Polis kesan dua kenderaan rekreasi dengan lambang GISBH, tahan lima lelaki di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menghala Thailand 6 petang tadi - KPN https://x.com/BernamaTV/status/1836417943653241151


Ada petualang GISBH cuba melarikan diri melalui Bukit Kayu Hitam tapi tidak berjaya.Kalau tak salah kenapa mahu cabut lari,kehkehkeh.Segera serbu semua baki premis2 GISB di semua negeri untuk sitaan harta dan aset2 mereka,macihhhh.



KARTEL IMIGRESEN PULA SUDAH LUMPUH. RASUAH DIHAPUSKAN.


Sham Ghaz


 Tahniah Kerajaan Malaysia Madani dan SPRM , berjaya hapuskan kartel Pegawai Rasuah di Imegresen, rombakan besar besaran di Jabatan Imegresen Malaysia kalini. Terbaik Anwar Ibrahim & Saifuddin Nasution Ismail.





SPRM merampas wang tunai hampir RM800,000 yang disimpan di dalam bilik tidur ketika serbuan terhadap dua pegawai Jabatan Imigresen (JIM) berkaitan sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi “counter setting”.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata seramai 60 individu, termasuk 50 pegawai agensi penguatkuasaan, didapati bersekongkol dalam kegiatan itu.


Sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka dengan 95 individu telah diambil keterangan, katanya lagi.


Berita penuh: https://mk.my/ZzQM1VS



TU DIA HARTA ISMITH. ULAM RAJA..


Zainuddin Omar


 Punya banyak harta sehingga 8 bulan baru siap? Fuuuh.


Tunggu geng Walatok masuk 😊




Banyak betul duit dia boleh hidup lama overseas.

 

Zainuddin Omar


Banyak betul duit dia boleh hidup lama overseas. 


Macam mana dia boleh elak dari dikesan oleh Interpol? 


Tentu takkan lama dia duduk sesuatu negara kecuali dia pegang paspot Antigua and Barbuda, Dominica, Grenada, St Lucia, atau St Kitts and Nevis? 



****************

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih gagal mengesan menantu Muhyiddin Yassin iaitu, Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lalu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, situasi ini menyebabkan pihak mereka tidak dapat membawa pulang Muhammad Adlan untuk didakwa di mahkamah berhubung pertuduhan pecah amanah.


"Beliau (Muhammad Adlan) tak dapat lagi, tak dapat dikesan untuk dibawa balik ke Malaysia," katanya ringkas ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.


Pada 13 Jun lalu, SPRM memaklumkan cuba mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa lain bagi memburu Muhammad Adlan.


Tak campur kes GISBH

Sementara itu dalam isu berasingan, Azam berkata SPRM tidak campur tangan dalam urusan penyiasatan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).


Katanya tiada unsur rasuah dalam kes berkenaan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.


"Yang ini kita serah pada pihak polis pihak polis SPRM tak campur tangan.


"Jadi pihak polis boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan daripada SPRM," katanya.



TAK MAU SUDAH. BUKAN ADA DALAM PERLEMBAGAAN PUN.


Che Ibrahim


 1. Tidak ada apa apa peruntukan dalam Perlembagaan atau disebut dalam mana mana akta bahawa kerajaan kena beri peruntukan kepada MP Pembangkang. 






2. Semenjak belum merdeka lagi, tidak ada amalan kerajaan memberi peruntukan kepada MP Pembangkang. 


3. Atas kepentingan kerajaan pada waktu itu, PM DS Ismail Sabri telah memberi peruntukan kepada pembangkang dengan syarat tidak ada lagi usaha usaha untuk guling kerajaan selain beberapa persetujuan lain yang mesti dipatuhi oleh PH sebahai pembangkang. 


4. Bagi ambo kerajaan ada berbagai cara untuk membantu rakyat dalam kawasan/parlimen  yang dimenangi oleh pembangkang walaupun peruntukan kerajaan tidak diberi melalui MP pembangkang.