RENTIKAN KALAU NAK KAYAKAN ANAK BERANAK DALAM KERAJAAN MADANI


 Petang semalam, saya mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Dan Ketua Perkhidmatan daripada semua kementerian/agensi di Seri Perdana. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.







Perbincangan sekitar satu jam ini menyentuh seputar keperluan menyelaras dan memperkukuh gerak kerja bertunjangkan pendekatan Keseluruhan Kerajaan (Whole of Government), selain pelaksanaan dasar serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.


Saya turut mengulangi kepentingan mengangkat tatakelola dalam urus tadbir kementerian dan jabatan secara tegas tanpa kompromi bagi menutup sepenuhnya ruang salah guna kuasa dan rasuah.


#MalaysiaMADANI



No comments: