KALAU SALAH JUAI TANAH JENUH GAK LA KALI NI YA.


 Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-81 yang  merupakan platform untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri merundingi dasar berkaitan pentadbiran tanah. Ia menjadi antara pemangkin kepada konsep Kerajaan MADANI yang mengupas keperluan rakyat dari aspek pertumbuhan ekonomi serta tatakelola yang berkesan.





Dalam mesyuarat ini, saya meminta persefahaman dan pemuafakatan Kerajaan Negeri untuk mengimbangi antara keutamaan negeri dengan dasar di peringkat Persekutuan khususnya supaya ia selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia di medan antarabangsa. 


Antaranya terkait iltizam untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan kawasan berhutan sebagai langkah adaptasi dan mitigasi bagi mengimbangi kesan perubahan iklim serta pemuliharaan biodiversiti.


Saya juga menggesa Kerajaan Negeri untuk turut sama menjayakan hasrat Kerajaan Persekutuan memodenkan pentadbiran tanah, yang antaranya menjadi kayu ukur dalam penilaian Bank Dunia serta meningkatkan kecekapan tadbir urus demi kepuasan rakyat dan pelabur.


Selain itu, saya turut tekankan kepentingan melipat gandakan produktiviti guna tanah dan tidak hanya bergantung kepada keluasan kawasan semata-mata dalam mencapai matlamat negara.


Alhamdulillah, mesyuarat menerima baik segala pandangan amalan terbaik yang turut dikongsi oleh Kerajaan Negeri.in


#MalaysiaMADANI



No comments: