𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 '𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡' 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔



Ahmad Mursi   ✍️


1. Samada Ulama' atau Pelacur, tiada siapa boleh jamin 100% pengakhiran hidupnya baik atau buruk. Semua dalam rahsia dan rahmat Allah.


2. Ramai yang awal hidupnya ahli maksiat, tetapi akhir hidupnya bertaubat dan amal soleh. Begitulah sebaliknya. Manusia ini boleh berubah.


3. Hidayah dan Rahmat Allah itu luas. Bukan hak mutlak puak tertentu.


4. Sebab itu kita diajar sentiasa berdoa diberi Husnul Khatimah bukannya Su'ul Khatimah.


5. Jangan menggelar "kamu ahli neraka" pada yang jahat kalaupun kamu orang baik. Ada yang baik tapi akhirnya ke neraka kerana bercakap begitu. Bacalah Hadith.


6. Terkadang Ulama' boleh tersesat bukan kerana kurang ilmu, tapi kerana Hawa Nafsu maka mereka menjual agama untuk dunia dan jadi pencetus fitnah.


7. Seorang ahli maksiat pula apabila bertaubat dan membuat islah, Allah terima amal solehnya.


8. "Terkadang Allah menolong agama ini dengan manusia yang fajir (ahli maksiat)". HR Bukhari & Muslim.


9. Hentikan judge manusia lain kerana kita pun belum tau pengakhiran kita bagaimana. Hanya mampu berdoa dan berusaha.


10. Benci kepada ahli politik kerana penyelewengannya, tapi sayanginya dan berdoa semoga mereka diberi hidayah. 


11. Jangan lah sibuk mengkafirkan, menerakakan, memunafikkan mereka. Tugas kita bawa seramai mungkin manusia ke Syurga Allah tidak kira siapa.


12. Nabi SAW susah payah mengislamkan manusia, jangan kita pula mudah mengkafirkan dan menghalau mereka dari hidayah Allah hanya kerana politik. Wallahu a'lam.



No comments: