Pengarah Tanah Perompak Geran, Polis Tutup Mata?


VIDEO : Skandal Wakil Rakyat Semporna?

VIDEO : Skandal Wakil Rakyat Semporna?

WALAUPUN beragama Islam, namun pemimpin UMNO Semporna gagal mempertahankan Surau yang dibina di Jalan Kastam Semporna yang dirampas pemilik Seafest Hotel dengan persekongkolan wakil rakyat Semporna.

Saksikan videoklip ini untuk membolehkan anda mengetahui betapa agama rasmi tidak dilindungi di Semporna sehingga surau mahu diroboh sesuka hati tanpa pampasan dan surau gantian. Betapa malangnya nasib rakyat bumiputera Semporna yang merupakan 98% daripada jumlah pengundi Semporna.

Nasib nelayan juga terabai apabila tanah seluas 10 ekar dirampas oleh pemilik Seafest Hotel (Cina) yang merupakan 2 % daripada jumlah pengundi dengan subahat dan kerjasama wakil rakyat Semporna.

Najib dianggap tidak berlaku adil kerana ‘singkir’ Presiden MCA bertanding PRU-13

Najib dianggap tidak berlaku adil kerana ‘singkir’ Presiden MCA bertanding PRU-13
11 April 2013
GELANG PATAH, 11 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menganggap Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak tidak berlaku adil apabila tidak menyenaraikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.


Katanya, beliau bersimpati dan kasihan dengan nasib Chua yang hari ini terpaksa mengaku dia tidak akan bertanding pada PRU-13 tidak lama nanti.
“Ini sangat memalukan dan dianggap menghina Chua yang terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk memberi laluan kepada pemimpin muda menggantikan beliau supaya parti itu terus kekal relevan,
“Hakikatnya Presiden MCA itu tidak dibenarkan bertanding oleh Najib kerana perjuangan MCA dikatakan menyimpang dalam landskap politik Malaysia yang baru selepas tsunami politik 2008.


“Najib bimbang mencalonkan Chua mungkin untuk mengelak beliau daripada menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO/BN mengikut ramalan RAHMAN,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Chua sebelum ini menuduh Kit Siang sebagai seorang “pelarian politik’ apabila memilih bertanding di Gelang Patah, Johor daripada kerusi Ipoh Timur yang dimenangi dua penggal dengan majoriti lebih 21,000 undi.
“Najib tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia bukan urusan UMNO sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Presiden MCA menentukan pemilihan calon MCA.


“Jika Chua tidak layak menjadi calon BN, bagaimana dia boleh cergas dan dipilih menjadi Presiden MCA,” katanya.
Kit Siang yang juga penyandang Ahli Parlimen Ipoh TImur berkata, kepimpinan MCA perlu berani bersuara menentang ketidakadilan Najib terhadap Chua kerana Najib tidak berhak menyingkirkan Chua menjadi calon BN pada PRU-13.


Katanya, belum ada Perdana Menteri sebelum ini termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir atau Tun Abdullah yang berani menggunakan kuasa veto untuk menyingkirkan Presiden MCA sezaman mereka seperti Tun Tan Siew Sin, Tun Dr Lim Chong Eu, Tan Sri Lee San Choon, Tan Koon Swan, Tun Dr Ling Liong Sik atau Tan Sri Ong Ka Ting daripada bertanding sebagai calon BN pada setiap kali pilihan raya.-Roketkini.com


Hindraf usah perlekeh DAP, PR bantu masyarakat India

Hindraf usah perlekeh DAP, PR bantu masyarakat India
11 April 2013
KLANG, 11 APRIL: Hindraf diminta menghentikan sikap kebudak-budakkan dalam semua tuntutan kerana mereka bukan satu-satunya organisasi yang mengetengah dan memperjuangkan nasib masyarakat India negara ini.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago menganggap dakwaan Hindraf yang menuduh Deklarasi Gelang Patah diplagiat daripada mereka sebagai tidak masuk akal dan tidak wajar.
“Kami akui Hindraf mengeluarkan manifesto mereka dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India.

“Tetapi ada lagi pertubuhan India yang lain seperti Badan Bertindak Hak Asasi Masyarakat India Kebangsaan (NIAT) yang mengeluarkan 68 muka surat pelan dan dasar pembaharuan untuk memperdaya masyarakat India,” jelas beliau.

Charles juga Penyandang Parlimen Klang mengingatkan semua pihak bahawa aspirasi untuk memperdayakan sosio-ekonomi masyarakat India negara ini tidak boleh di monopoli sesebuah pertubuhan semata-mata kerana setiap pihak mempunyai ruang untuk memberi sumbangan.
“Pada Pilihan Raya Umum 1999, sebuah NGO yang bergabung di bawah Kumpulan Warga Prihatin (GCC) menyediakan sebuah dokumen “Tuntutan Masyarakat India Malaysia: Demi masa depan yang lebih baik” (Demands of Indian Malaysians: For a Better Future).

“Dokumen itu disokong dan didokong parti politik seperti DAP, PAS, PRM, dan PKR ketika itu,” katanya.
Charles juga mahu Hindraf melihat semula dasar dan sumbangan yang diberi kepada masyarakat India di negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana MIC gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.


“Pemimpin Hindraf perlu sedar bahawa ramai pemimpin dalam PR telah lama bekerja keras bersama masyarakat India sebelum pertubuhan itu dibentuk.

“Setelah kerajaan PR dibentuk, kami telah buat banyak program dan memberi peruntukan untuk sekolah Tamil, kebajikan, keagamaan termasuk memulakan perniagaan kecil-kecilan,” jelas beliau.