KAKITANGAN AWAM DIPAKSA POTONG ELAUN- TAPI RUMAH KERAJAAN AMAT MENYEDIHKAN

 





Kakitangan awam potong elaun tetap, maka kutipan diperolehi oleh kerajaan lebih kurang RM 30 juta.  

Dapat RM30 juta itu untuk rakyat ke?  Atau untuk kemudahan kakitangan awam?

Bukan.  Jumlah yg sama dan lebih adalah untuk mencantikkan lagi rumah PM.  Di tengah rakyat tengah susah cari makan, korang sibuk mencantikkan tempat korang guna duit rakyat.

Korang tahu tak, berapa banyak rumah kakitangan awam yang usang?  Tapi mereka dipotong elaun.  

Di era PH jadi kerajaan dulu, sedikit pun tidak hairan dengan kediaman resmi mereka.  TPM Kak Wan ketika itu tidak tinggal di kediaman resmi pun.  


WFAUZDIN NS


MALU KE CINA DAP SAJA- MASA MESYUARAT DEWAN PONTENG- -Prestasi jemaah menteri jawab soalan pun sudah gagal – Hannah

 



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh meletakkan skor ‘F’ kepada ahli jemaah Menteri khususnya berkaitan isu-isu perbahasan di Parlimen.

“KPI kehadiran pun tak boleh pass,” katanya yang dipetik di laman Twitter miliknya hari ini.

Wakil rakyat DAP itu mengulas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kesemua 31 ahli jemaah menteri agar mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari ini kepada rakyat.

Ismail Sabri dalam satu kenyataan berkata, prestasi setiap menteri akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama iaitu Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Kementerian/Jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

Pada 10 September lalu, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju agar Ahli Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran kerajaan bermula dari 1 September 2021 iaitu pada hari pertama Mesyuarat Jemaah Menteri diadakan.- MalaysiaGazette

PAS ‘jangan lupa’ petik ayat Al-Quran babit larangan berjudi di Parlimen, sindir Hanipa

 

Faiz Zainudin
 -

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memberikan ‘dalil-dalil’, susulan tindakan kerajaan menambah bilangan cabutan khas judi.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS diminta ‘tidak lupa’ memetik ayat suci Al-Quran berkaitan larangan berjudi ketika berbahas, kata Mohamed Hanipa Maidin (PH- Sepang).

Hanipa secara menyindir berkata, beliau mahu pemimpin PAS ‘berhenti’ memetik ayat Al-Quran di Dewan Rakyat, dan menumpukan sahaja kepada dalil larangan berjudi dalam Islam.

“Mereka (wakil rakyat PAS) dalam Parlimen sentiasa membaca ayat-ayat Al-Quran, baca ayat judilah. Jangan baca ayat lain, baca ayat judi,” sindir Hanipa merujuk kepada keputusan kerajaan yang meningkatkan cabutan khas judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun, bermula tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Hanipa mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memberikan ‘dalil-dalil’, susulan tindakan kerajaan menambah bilangan cabutan terbabit.

Katanya, ada kepimpinan PAS sendiri tidak senang dengan keputusan kerajaan itu.

“Kita harap kerajaan Melayu Islam yang ada PAS ini boleh menjawab kenapa di zaman kerajaan Melayu Islam ini, tiba-tiba daripada lapan jadi 22 (cabutan judi).

“Saya tabik dan harap Menteri Agama boleh jawab. Sekarang banyak desakan daripada pemimpin-pemimpin PAS supaya mereka menarik balik sokongan daripada kerajaan kerana mereka telah gagal mempertahankan Islam walaupun parti berlandaskan Islam,” katanya.

Antara Ahli Parlimen PAS yang membantah keputusan kerajaan itu membabitkan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), yang mendesak kerajaan menarik balik kebenaran meningkatkan pelaksanaan cabutan khas berkenaan.

Katanya, jika kerajaan gagal menarik balik kebenaran cabutan itu, Putrajaya bakal berdepan tentangan hebat sama ada di Dewan Rakyat dan di luar Dewan Rakyat.

TONTON VIDEO : ANWAR SINGGUNG PENJAWAT AWAM YA..TAPI KAMU TIPU RAKYAT DENGAN JANJI KOSONG MACAMANA PULA ?

 

DEPAN MATA RAKYAT PARTI KAMU PEMBOHONG..KES ADIB NAK DITUTUP, JUDI KAMU TAK HALANG...ARAK KAMU BIARKAN OKTOBERFEST BERJALAN..RUU355 KAMU TIPU PENYOKONG KAMU...SEBELUM BENDA INI DINAFIKAN DENGAN JELAS DALAM DEWAN, KAMU JANGAN BERLAGAK DAN MENGATAKAN IANYA SUCI- ANWAR SEBUT DALAM DEWAN...MAKA KAMU HARUS JELASKAN DALAM DEWAN. SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB KEATAS ISU INI IALAH MUSTAFFA MOHAMAD..MAKA MUSTAFA MOHAMAD HARUS NAFIKAN DALAM DEWAN DAN BUKAN LUAR DEWAN..DAN ANWAR BELUM MOHON MAAF....KAH KAH...ANWAR KATA ..INGAT CERAMAH DI KAMPUNG KA...



Anwar singgung perasaan penjawat awam, RMK12 bukan disiapkan konsultan asing, kata Ahli Parlimen PAS



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed sebelum ini berkata, Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertanggungjawab menyiapkan buku RMK12 tanpa membabitkan kos sehingga RM2 bilion seperti didakwa Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat PAS mendesak Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, menarik balik tuduhan kononnya kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk dibayar kepada konsultan luar negara bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) membuat desakan itu, susulan kenyataan Anwar didakwa menyinggung perasaan dan merendahkan kemampuan penjawat awam untuk melengkapkan dokumen RMK12.

“Tahniah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bekerja siang malam untuk menyiapkan dokumen RMK12. Kenyataan Ketua Pembangkang mendakwa (kerajaan) menggunakan konsultan luar negara melibatkan dana RM2 bilion untuk siapkan buku RMK-12 telah menyinggung perasaan dan merendahkan kebolehan penjawat awam kita.

“Ia (buku RMK-12) adalah hasil libat urus dan kebijaksanaan pegawai awam kita yang diketuai YB Jeli selaku Menteri Ekonomi bagi memulihkan ekonomi negara. Mereka berjaya menyiapkan rancangan yang akan menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya ketika membahaskan RMK12, di Dewan Rakyat.

Beliau juga memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, menjelaskan perkara terbabit bagi menghentikan fitnah yang dilemparkan.

Selasa lalu, Anwar mendakwa lebih RM2 bilion dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyiapkan buku RMK12.

Katanya, peruntukan tersebut yang diberikan kepada konsultan luar negara, sewajarnya diberikan kepada pakar dalam negara untuk menjalankan kajian, termasuk berkaitan kemiskinan dalam menyiapkan buku RMK12.

Bagaimanapun, Mustapa menyatakan UPE JPM tidak pernah membelanjakan sebanyak itu untuk menyiapkan buku RMK12 seperti didakwa Anwar.

Katanya, perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan oleh pegawai UPE JPM di bawah seliaannya.

APA PUNYA GABRA- DENGAR ANWAR NAK LAWAN DI PERAK PUN DAH JADI ISU BESAR. JAGA BAB KESIHATAN NEGERI BAGI ELOK SUDAH....MERABAN SAJA

 


Panas! Menantu Hadi kata Pas siap sedia lawan Anwar di Perak



Menantu Hadi kata Pas siap sedia lawan Anwar di Perak



Pas Perak berlapang dada sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, jentera parti tersebut telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sekiranya Ketua Pembangkang itu mahu bertanding di mana-mana kawasan yang ditandingi calon Pas di negeri ini.

“Itu politik dialah (Anwar), dia nak bertanding mana-mana dia punya sukalah. Sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, jentera kita sudah bersiap sedia di semua peringkat.

“Siapa sahaja calon lawan kita bersedialah… dan kalau Datuk Seri Anwar mahu bertanding kebetulan di kawasan Pas, kita bersedialah untuk lawan,” katanya.

Mohd Akmal berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzudin Shah di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dilaporkan mempelawa Anwar untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada PRU-15.

Media melaporkan, tawaran itu dibuat Farhash Wafa dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR negeri baru-baru ini sebagai langkah untuk mengukuhkan parti itu menawan Perak.

Dalam pada itu, Mohd Akmal yang juga Exco Perak meminta PKR negeri agar tidak terlalu berpolitik ketika ini, sebaliknya, memberi tumpuan terhadap usaha membendung penularan COVID-19 dalam negara.

“Nasihat saya kepada PKR jangan terlalu berpolitik sangat. Kita tumpu pada usaha vaksinasi dan memutuskan penularan COVID-19 supaya kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

“Jadi kita nasihat supaya henti sekejap politik itu. Nanti hendak dekat PRU, baru kita umumkan siapa calon untuk lawan dia (Anwar) ke atau siapa calon-calon kita di tempat-tempat tertentu,” ujarnya lagi.

KAH..KAH....PUNYA LA PENYAMUN...PERABUT PUN BALAIH-NAJIB, SILA JAWAB DAKWAAN BAWA KELUAR PERABOT SERI PERDANA?

 

Saya ingin memberikan penjelasan berhubung kerja-kerja membaik pulih Seri Perdana yang diluluskan semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.

Ketika saya mula menjawat jawatan Perdana Menteri pada bulan Mac 2020, saya telah menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana yang merupakan bangunan rasmi JPM.

Kerosakan ini melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang. Kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan telah menyebabkan kerosakan perabot built-in, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.

Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang. Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.

Berdasarkan laporan yang saya terima, pihak JPM juga mengesyorkan agar perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.

Oleh kerana bangunan Seri Perdana mengalami kerosakan fizikal yang teruk selain sistem pendawaian dan mekanikal yang telah usang, sebahagian besar daripada kos membaik pulih Seri Perdana adalah melibatkan kerja-kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal. Saiz Seri Perdana yang berkeluasan lebih 56,000 kaki persegi juga menyebabkan kos baik pulih bangunan milik kerajaan ini agak tinggi.

Keputusan membaik pulih Seri Perdana dibuat untuk memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaannya yang asal. Jika ia tidak dibaik pulih dengan segera, bangunan warisan kerajaan ini akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih pastinya akan meningkat.

Untuk memastikan proses baik pulih dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan hasil yang berkualiti, kerja-kerja baik pulih dipantau rapat oleh sebuah Pasukan Petugas yang dianggotai oleh pegawai-pegawai Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Perdana Menteri.

Saya percaya Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam urusan membaik pulih Seri Perdana mempunyai maklumat yang terperinci berhubung pelaksanaan projek ini.

Selaras dengan prinsip ketelusan dan integriti yang diamalkan oleh Kerajaan, jabatan yang berkenaan boleh tampil untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai berkenaan perkara ini.

Untuk rekod, saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang saya berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

Mantan Perdana Menteri Ke-8

30 September 2021



‘KLUSTER MAHKAMAH’ RANCAK DIBEBASKAN SELEPAS UMNO JADI PM. INI KESLAHAN AHMAD MASLAN



Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 30 April 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal mengenai isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini antara 2.45 dan 3.30 petang pada 4 Julai 2019.



DIMANA PIMPINAN KERAJAAN : KAMU DULUNYA MEMAINKAN ISU INI UNTUK KEPENTINGAN ..KINI LEPAS TANGAN - Tutup kes kematian Adib: Ibu Adib kecewa dengan kerajaan baru

 

Tutup kes kematian Adib: Ibu Adib kecewa dengan kerajaan baru



September 30, 2021

Keputusan menutup sementara kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim memusnahkan harapan keluarga Allahyarham bagi menuntut pembelaan atas kejadian yang berlaku hampir tiga tahun lepas.

Ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 54, berkata, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan bahawa kes kematian anak lelakinya itu akan ditutup sementara dan hanya akan dibuka apabila terdapat bukti baharu.

Malah, dia tertanya-tanya mengapa kes tersebut ditutup sedangkan individu yang terlibat dengan kematian anaknya itu masih belum ditangkap.

“Mengapa kes anak saya ditutup sementara tanpa dimaklumkan kepada kami terlebih dahulu. Sepatutnya tanyalah pandangan keluarga dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jikalau mereka tidak mencari pelaku kes ini, siapa lagi yang nak cari. Tak kan saya sendiri yang kena cari.

“Kami berharap agar siasatan kes tidak ditutup walaupun sementara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau di sini pada Rabu.

Asma berkata, mereka sekeluarga juga yakin bukti baharu terhadap kematian anak kedua daripada empat beradik itu akan muncul sekiranya siasatan terus berjalan.

“Cuba letakkan diri di tempat kami, golongan orang biasa. Mereka boleh cakap tutup sementara sahaja, namun pertimbangkanlah hati ibu bapa Adib,” katanya.

Asma berkata, keluarganya juga berharap kematian Muhammad Adib akan terbela apabila kerajaan baharu bertukar, namun ia tidak berlaku.

Lebih mengejutkan, katanya, ada yang bertanya sama ada keluarga Allahyarham sudah menerima pampasan yang besar daripada kerajaan atau sebaliknya berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, Asma berkata, keluarga menafikan menerima perkara tersebut.

“Saya bimbang rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini akan mendakwa keluarga Allahyarham berdiam diri selepas menerima pampasan, sedangkan ia tidak benar kerana kami tidak menerima wang dimaksudkan itu, ” katanya.

Asma bagaimanapun berterima kasih atas sokongan dan doa tanpa henti rakyat Malaysia supaya kematian anak lelakinya itu terus terbela.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu bahawa kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu.

Zuraida berkata, kerajaan kini akan memberi fokus kepada keperluan keluarga Muhammad Adib.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

APABILA ‘SANG TEWAS’ MENJADI KERAJAAN




Ismail Sabri juga memberitahu pejabat Menteri dan Timbalan Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) telah membelanjakan RM145,977 untuk pengubahsuaian manakala RM254,733 pula dibelanjakan untuk pembelian perabot baharu. Tambahnya, sebanyak RM192,870 pula telah dibelanjakan untuk pengubahsuaian pejabat Timbalan Menteri Undang-undang di mana RM10,000 pula dibelanjakan untuk pembelian perabot baharu.


HAI....DULU SAKAN NAK BERPERANG OKTOBERFEST...SEKARANG MACIAM MANA ?



BOB KELANANG



DULU - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini menjelaskan bahawa parti itu menentang penganjuran pesta arak Oktoberfest kerana ia diadakan secara terbuka di tempat awam dan tidak ada jaminan bahawa umat Islam tidak akan terlibat.
Antaranya, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Parlimen pada 2018 menyifatkan pesta arak Oktoberfest sebagai satu budaya yang tidak sesuai dipromosi di negara ini kerana ia boleh merosakkan akhlak rakyat.
SEKARANG - Kami bukan berkuasa penuh dalam kerajaan...
KOH KOH KOH... jilaker punya olamak su'!!

BEBAS AHMAD MASLAN DENGAN KOMPAUN TIDAK WAJAR LEPAS PENDAKWAAN


SELAGI TIDAK DIUJI ANDA TIDAK TAHU LAGI MASA DEPAN PERJALANAN KEHIDUPAN ANDA

 

Firdaus Wong Dedah Rakaman Suara & 'Screenshot' Perbualan Lucah Kononnya  Milik Ebit Lew - Murai MYTular video, mesej lucah ganggu siasatan kes Ebit Lew, kata polis | Free  Malaysia Today (FMT)Amin Idris tak nak campur isu Ebit Lew, Caprice, Nadir tapi…' - Utusan  Digital


Tempohari aku post tentang aku mempersoalkan keikhlasan isu Ebit Lew didedahkan. Teruk juga aku dihentam. Siap ada yang tanpa silu tuduh aku pentaksub Ebit Lew walaupun aku mulakan tulisan aku dengan berkata aku memang skeptikal dengan sebarang jenis lebai.

Aku tak layan komen dalam post tersebut sebab aku tengok ramai yang berbalah sesama sendiri. Sebenarnya yang tuduh orang pentaksub Ebit Lew pun pentaksub Firdaus Wong. Dan itulah masalah yang aku nampak. Masing-masing percaya orang yang dia sokong lebih suci dari orang lain.
Aku mulakan dengan berkata aku memang sangsi dengan semua lebai. Kerana atas pengalaman aku sendiri, memang mempercayai lebai ni ibarat ikat leher dengan tali kemudian berdiri atas bangku yang rapuh. Bila-bila masa boleh terjerut.
Kenapa agaknya mudah bagi lebai untuk menipu?
Kerana sikap orang kita juga yang suka menilai seseorang ikut luaran. Ikut kepada penampilan. Kalau orang pakai jubah serban, sahlah orang baik. Kalau nampak solat lima waktu tak tinggal, terus boleh percaya. Sedangkan soal percaya itu soal hati. Dan hati kita tak nampak.
Ada sesetengah puak lagi bahaya. Asal lebai je dia anggap pandai. Dia anggap serba tahu. Padahal lebai tu belajar bab sastera Arab je. Tapi dia anggap bukan setakat pandai bab agama, siap pandai memerintah. Yang ini lebih bahaya.
Semakin lama semakin ramai lebai curang. Kenapa agaknya? Bagaimana nak hentikan fenomena ini?
Kita saja yang boleh hentikan perkara ini. Pertama, berhentilah tafsir sifat seseorang itu berdasarkan identiti luarannya. Berhenti berfikir yang asal berjubah dan berserban saja maka orang itu baik. Asal bergelar ustaz saja, dia boleh dipercaya. Kerana itulah punca yang jadikan mereka rosak.
Kedua, letak kepercayaan kepada seseorang itu hanya selepas dia diuji. Tak kiralah lebai atau tidak. Kalau di lulus ujian, barulah boleh percaya. Contoh macam orang yang kata nak lawan judi, arak kalau dapat kuasa. Tapi bila dapat kuasa dia jadi pasu bunga. Itu tanda gagal ujian dan bodohlah kalau masih nak percaya orang sebegini.
Ramai lebai jadi rosak kerana melihat bagaimana mudahnya masyarakat diperdaya hanya kerana perwatakan mereka. Dalam erti kata yang lain, sebenarnya masyarakatlah yang merosakkan para lebai ini kerana begitu mudah letakkan kepercayaan terhadap mereka. Kalau mereka tahu masyarakat tak mudah ditipu, nescaya mereka takkan berani menipu.
Sebenarnya aku lebih risaukan lebai yang bukan menipu dua tiga wanita. Tapi menipu berjuta rakyat Malaysia. Bukan lebai yang minta gambar bogel wanita, tapi lebai yang minta nak memerintah negara.
Sebab lebai begini kerjanya memecahkan belahkan umat Islam dengan fahaman takfir untuk dapatkan sokongan namun di penghujungnya mereka sama, kalau bukan lebih jahat lagi, dari pihak yang mereka takfirkan dahulu. Serius aku lebih risaukan lebai sebegini yang jelas merosakkan masa depan rakyat dan negara.
Macam biasa, rakyat selalu keliru bila tiba soal meletakkan priority.

"BOSSKU" ARAH TUTUP BAHAGIAN SENSITIF...BOSSKU ADA APA APA KAH BAHAGIAN TU....ATAU NIAT LAIN KOT....KAH..KAH....BAB SONGLAP PANDAI JAGA LINE

 


Najib beritahu juruaudit buang bahagian ‘sensitif’ laporan 1MDB, mahkamah diberitahu





Najib Razak menegaskan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB perlu dikaji semula sebelum disiarkan kepada pencetak, kata seorang saksi kepada Mahkamah Tinggi.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha sulit Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas perdana menteri itu mengarahkannya untuk memaklumkan kepada juruaudit agar tidak memasukkan kandungan “sensitif” dalam laporan audit 1MDB.

Shukry Mohd Salleh, yang berkhidmat dengan Najib pada 2015 hingga 2016, berkata, perbualan itu berlaku di Pejabat Perdana Menteri pada 26 Feb 2016.

“Beliau berkata “Shukry, beritahu audit (Jabatan Audit Negara) bahawa isu sensitif termasuk Jho Low (Low Taek Jho), tidak dimasukkan dalam laporan. Jika diketahui pembangkang, ia akan menjadi isu,” katanya.

Selepas itu, Shukry berkata, beliau menghubungi bekas pengarah Sektor Audit Kerajaan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad dan memaklumkannya mengenai arahan Najib.

Katanya, sebelum itu pada Feb 2016, Najib telah mengarahkannya untuk mendapatkan laporan audit 1MDB daripada JAN, sambil menyatakan bahawa ia “perlu diperiksa sebelum dicetak”.

“Perdana menteri bimbang laporan itu mengandungi perkara yang bukan kebiasaan,” kata Shukry.

Saksi terbabit memberitahu mahkamah, beliau menghubungi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang untuk menyampaikan arahan Najib.

“Pada mulanya beliau enggan, sambil menyatakan laporan itu perlu dicetak segera untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Mahkamah turut mendengar bahawa Ambrin dan beberapa pegawainya melaksanakan audit 1MDB bermula 9 Mac 2015 hingga 4 Mac 2016.

Shukry berkata, Najib bertegas bahawa laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB perlu diteliti dan beliau memaklumkan kepada Ambrin mengenai perkara itu.

“Saya menerima bungkusan daripada Saadatul pada 20 Feb 2016 yang mengandungi laporan itu,” katanya.

“Saya tidak membaca laporan itu tetapi memaklumkan kepada perdana menteri mengenai bungkusan terbabit. Saya mencadangkan supaya beliau meminta Arul Kanda (Kandasamy) melihat laporan itu dan beliau bersetuju.”

Shukry berkata, beliau bertemu Arul Kanda beberapa hari kemudian di pejabatnya dan bekas ketua pegawai eksekutif itu memaklumkan “beberapa fakta perlu dipinda”.

“Dia memberitahu yang dia bertemu dengan Ambrin berhubung kandungan dalam laporan audit dan banyak dokumen tiada dengan 1MDB.

“Saya mencadangkan kepada Arul Kanda untuk bercakap dengan Ambrin dan dia (Arul Kanda) turut memberikan beberapa kertas penilaiannya mengenai laporan itu,” katanya.

Shukry berkata, beliau dan Ambrin bertemu Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa pada 23 Feb 2016. Ali berkata, beliau telah mengatur satu mesyuarat pada hari berikutnya dan menjemput pegawai kanan kerajaan daripada Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Peguam Negara dan Arul Kanda untuk membincangkan perkara itu.

“Saya memberitahu Ali dan Ambrin bahawa 1MDB adalah ‘krisis yang perlu ditangani segera’ kerana syarikat itu telah menjadi perbualan di dalam dan luar negara,” kata Shukry.

Apa yang diberitahu Shukry dalam mesyuarat pada 24 Feb 2016

Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa Ambrin dan beberapa pegawainya menghadiri mesyuarat dipengerusikan Ali pada 24 Feb 2016.

“Pada dua salinan laporan kewangan, saya memaklumkan dalam mesyuarat bahawa perkara ini mempunyai kesan terhadap keyakinan pelabur terhadap kita,” kata Shukry.

“Ini boleh menggambarkan bahawa syarikat milik kerajaan seperti 1MDB boleh dimanipulasi.”

Katanya, Ali telah meminta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Isa Hussain untuk membuat laporan polis berhubung dua penyata kewangan itu.

Selepas mesyuarat berkenaan, juruaudit kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan empat perkara – dua salinan penyata kewangan dan rujukan terhadap Low dan penerbitan bon – daripada laporan akhir.

Shukry berkata, beliau turut membangkitkan permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk menggantung penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) ketika Najib menghadap baginda pada 27 Mei 2009.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa Najib bersetuju dengan cadangan Agong untuk menggantung penerbitan bon terbabit tetapi maklumat itu tidak disampaikan kepada Jemaah Menteri pada hari yang sama.

“Komen juruaudit menunjukkan perdana menteri cuba menyembunyikan sesuatu. JAN bersetuju untuk mengeluarkannya selepas mendengar nasihat Dzulkifli Ahmad (wakil Pejabat Peguam Negara),” katanya.

Najib dibicarakan atas tuduhan menyalahguna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk mendapatkan imuniti tindakan undang-undang dan meminta laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat PAC.

Arul Kanda dituduh bersubahat dengannya.

Pendengaran di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan akan bersambung pada 20 Oktober depan.

SEKIRANYA ANDA IBUBAPA- ADAKAH ANDA MERASAKAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH TIDAK SELAMAT ?

 



Jangkitan Covid-19 bawah 18 tahun naik mendadak





Sebanyak 62 kematian akibat Covid-19 membabitkan kelompok berusia bawah 18 tahun direkodkan sehingga kini, menurut Khairy Jamaluddin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kes jangkitan Covid-19 membabitkan golongan di bawah usia 18 tahun menunjukkan peningkatan mendadak dengan lebih 400,000 kes dilaporkan tahun ini berbanding 12,000 tahun lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 252,569 kes membabitkan murid sekolah manakala 42,831 pula terdiri daripada kes dalam kalangan murid prasekolah.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 62 kematian juga telah direkodkan.

“Ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan semua kanak-kanak dilindungi daripada Covid-19 menerusi keadaan persekitaran yang selamat termasuk mengambil langkah pencegahan dan perlindungan yang sepatutnya,” katanya di webinar bertajuk “Hidup Bersama-sama Virus Covid-19: Kanak-Kanak dan Remaja”, pagi tadi.

Khairy juga berkata, sebanyak 30% daripada 2.5 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Beliau menekankan bahawa vaksin sahaja tidak mencukupi untuk melindungi semua orang daripada virus tersebut dan langkah pencegahan serta keselamatan masih diperlukan.

Ini termasuk untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mengalami simptom atau menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, memastikan pengudaraan yang baik di sekolah, melakukan saringan dan sanitasi.