SEKIRANYA ANDA IBUBAPA- ADAKAH ANDA MERASAKAN MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH TIDAK SELAMAT ?

 



Jangkitan Covid-19 bawah 18 tahun naik mendadak





Sebanyak 62 kematian akibat Covid-19 membabitkan kelompok berusia bawah 18 tahun direkodkan sehingga kini, menurut Khairy Jamaluddin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kes jangkitan Covid-19 membabitkan golongan di bawah usia 18 tahun menunjukkan peningkatan mendadak dengan lebih 400,000 kes dilaporkan tahun ini berbanding 12,000 tahun lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 252,569 kes membabitkan murid sekolah manakala 42,831 pula terdiri daripada kes dalam kalangan murid prasekolah.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 62 kematian juga telah direkodkan.

“Ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan semua kanak-kanak dilindungi daripada Covid-19 menerusi keadaan persekitaran yang selamat termasuk mengambil langkah pencegahan dan perlindungan yang sepatutnya,” katanya di webinar bertajuk “Hidup Bersama-sama Virus Covid-19: Kanak-Kanak dan Remaja”, pagi tadi.

Khairy juga berkata, sebanyak 30% daripada 2.5 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Beliau menekankan bahawa vaksin sahaja tidak mencukupi untuk melindungi semua orang daripada virus tersebut dan langkah pencegahan serta keselamatan masih diperlukan.

Ini termasuk untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mengalami simptom atau menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, memastikan pengudaraan yang baik di sekolah, melakukan saringan dan sanitasi.

No comments: