KEH..KEH...YAHUDI..ATAU MALAM JUMAAT "NAK BUNUH YAHUDI"....KEH..KEH PUNCA TAK MAHU DIVAKSIN....

 


Alasan agenda Yahudi punca rakyat Kelantan enggan divaksin


Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin menjelaskan alasan agenda Yahudi merupakan punca rakyat negeri itu enggan divaksin.

Pada sidang media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata mereka terdiri daripada golongan yang takut untuk divaksin selain mengganggap usaha itu sebagai ‘agenda Yahudi’.

“Yang enggan divaksin ini macam-macam alasan mereka, takutlah, kata ada agenda Yahudi,” ujarnya dipetik Malaysiakini.

Bagaimanapun beliau yang juga Adun Kijang tidak mahu melabelkan golong tersebut sebagai antivaksin, sebaliknya tetap berharap mereka berubah fikiran dan tampil menerima vaksin.

Terdahulu beliau memaklumkan, sejumlah 65,727 orang penduduk dewasa di Kelantan masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah tersebut katanya seramai 9,953 penduduk enggan menerima vaksin tanpa sebarang alasan munasabah.

“Daripada jumlah itu seramai 9,953 orang sudah isytihar tidak mahu disuntik dan sekitar 17,000 orang mereka yang tidak sesuai divaksin atas faktor kesihatan.

“Jadi jumlah keseluruhan yang tidak mahu disuntik kerana alasan tertentu atau mereka yang memang enggan terima vaksin seramai 27,700 orang,” katanya.

Dalam perkembangan sama tambahnya, sehingga kini sejumlah hampir 1.04 juta penduduk negeri itu sudah menerima vaksin bagi dos pertama.

Katanya, ia meliputi 94 peratus berbanding jumlah penduduk dewasa iaitu 1.1 juta orang.




No comments: