"TAK MUNGKIN KAMI TINGGALKAN UMNO..KERANA KAMI TELAH BERUNDING SEJAK 2008"....SAYANG KETAT KETAT.....KAH......KAH...KAH...KAMI DAPAT APA KAMI NDAK....

 



Mungkinkah isu cabutan khas 4D boleh cetus keretakan PAS dan kerajaan?



Penganalisis berkata, peningkatan jumlah cabutan judi boleh menjadi contoh bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob cuba ‘memuaskan hati ramai orang dan kelompok berbeza pada satu masa’. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Ketidakpuasan hati PAS berhubung peningkatan jumlah “cabutan khas” nombor ekor 4D boleh menjadi petanda tercetusnya masalah dalam pentadbiran kerajaan dan mengundang keretakan dalam parti itu sendiri, kata penganalisis.

Baru-baru ini Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa syarikat nombor ramalan diberikan kebenaran untuk mengadakan 22 cabutan khas setahun selain cabutan tiga kali seminggu yang menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pemimpin PAS seperti Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.

Ketika Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa, jumlah cabutan itu dikurangkan kepada lapan kali setahun tetapi ia ditambah kepada 22 cabutan selepas gabungan itu tidak lagi memerintah.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura memberitahu FMT walaupun kerajaan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembangkang, PAS juga menggunakan “kelebihan” itu untuk “membatalkan” pakatannya dengan Umno.

Oh Ei Sun.

“Jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat memuaskan hati PAS, yang hanya menunggu masa untuk berpecah, parti itu boleh membawa haluannya sendiri dan menamatkan Muafakat Nasional (MN),” katanya.

“Ini akan menjadi masalah kerana jika PAS meletakkan calon di kawasan Parlimen majoriti Melayu seperti dilakukan Umno dalam pilihan raya umum akan datang, kita akan lihat keadaan yang berlaku pada 2018 berulang semula apabila mereka memecahkan undi dan calon Pakatan Harapan (PH) boleh memberi tentangan kepada mereka.”

Oh berkata, peningkatan jumlah cabutan itu boleh menjadi contoh bahawa Ismail cuba “memuaskan hati ramai orang dan kelompok berbeza pada satu-satu masa” dan ia boleh menjadi taktik untuk menarik pengundi bukan Melayu dengan mengorbankan sokongan penyokong PAS.

“Memetik kata-kata Abraham Lincoln, anda boleh memuaskan hati beberapa orang setiap masa, anda juga boleh memuaskan hati semua orang pada satu-satu masa, tetapi anda tidak boleh memuaskan hati semua orang pada setiap masa.”

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, ketegangan dilihat berlaku antara “backbencher” idealis PAS yang menentang peningkatan jumlah cabutan dan “anggota Jemaah Menteri yang realistik” yang memahami kerjasama dalam kerajaan.

“Keretakan boleh timbul seperti yang berlaku pada 2015 antara ulama dan profesional yang akhirnya melahirkan Amanah,” katanya.

“Untuk mengelakkan sejarah berulang, saya percaya penting untuk ahli strategi parti membuat rangka tindakan dalaman yang menggariskan terma, syarat dan prinsip penglibatan dalam kerajaan yang mungkin tidak berkongsi ideologi agama yang sama.”

No comments: