SUAMI DAYUS AKHIR DITAHAN

 



Kejadian tragis, isteri muda meninggal dunia ditangan suami selepas diperlakukan dengan sangat kejam. Dipukul berkali-kali, dilemaskan dalam air berkali-kali... 








Pada 1 Februari 2026, Ananda Putri (20) dan suaminya Ali (29) telah bertengkar lalu Ananda pulang ke rumah ibu bapanya bersama anak kecil mereka. Tidak lama kemudian Ali datang dan memaksa Ananda serta anak mereka pulang semula ke rumah. Selepas dipujuk orang tuanya untuk ikut pulang bersama suaminya, akhirnya dia pun bersetuju pulang bersama suaminya.


Awal pagi 2 Februari, keluarga dimaklumkan Ananda telah meninggal dunia di hospital. Pihak keluarga terus ke hospital dan mendapati keadaan jenazah anak mereka penuh lebam. Mereka meminta polis melakukan bedah siasat dan menyiasat kes tersebut. 


Ali, suami mangsa, terus ditahan dan siasatan dijalankan. Selepas disoal siasat, terungkailah kronologi kejadian. Rupanya selepas dijemput dari rumah ibu bapanya, Ananda terus dipukul oleh Ali. Kepalanya berkali-kali ditenggelamkan ke dalam bekas air sehingga lemas. Dalam keadaan tidak berdaya, Ali melepaskan pukulan bertubi-tubi ke arah perut dan wajahnya. Melihat Ananda yang nazak, Ali segera membawanya ke hospital terdekat. 


Di unit kecemasan, dia mendakwa isterinya terjatuh dari motosikal. Belum sempat menerima rawatan, Ananda menghembuskan nafas terakhir. Hasil bedah siasat menunjukkan beberapa tulang rusuk patah dan terdapat koyakan pada organ hati.


Insiden ini berlaku di Asahan, Sumatera Utara #suamibunuhisteri #kesbunuh #SumateraUtaraa #kisahkehidupann #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang




ADUN TAK DA HATI PERUT



Aman Muhammad





 [Video] Aku baru follow kisah Pak Mail, seorang warga emas di Kelantan, di bawah Parlimen Rantau Panjang, di mana kisah warga emas ini dikurung oleh anaknya dalam bilik penuh sampah dan berlantaikan tanah.






Apa yang lebih menarik, jarak antara rumah Pak Mail dikurung tu dengan rumah Adun PAS, tidak lebih 1 km pun.


Dekat je.


Dengan kata lain, Adun PAS kawasan tu memang boleh dikatakan tak peduli langsung pasal rakyat dia.


Mujurlah ada insan bernama Abbe Hae pergi selamatkan Pak Mail. 


Dan perkembangan terbaru, pihak kerajaan negeri Kelantan tuduh pula pihak yang pergi bantu Pak Mail ni sebagai tindakan nak memburukkan negeri Kelantan.


Astaghfirullahalazim.


Puak demo tok caro ko rakyat, bila ore lain gi bantu puak mung kato ore lain nak peruduh kelate?


Baso jahat sungguh puok PAS ni.


Kepada YB Rantau Panjang, daripada duk kalut pasal DAP, adalah lebih baik YB kalut pasal rakyat tempat sendiri. YB tak caro ko rakyat tu tanda YB lebih jahat dan zalim dari DAP.

:)





SELEPAS INI KES TANDAS DI SEKOLAH SEKOLAH. SEMOGA 100#% KONTRAKTOR MELAYU TAK SAKAW DUIT YANG DIPERUNTUKKAN..

 


Kes rasuah dalam agensi kerajaan seperti imigresen, kastam dan polis bukan lagi asing. Tapi bila ia menular ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – institusi keselamatan nombor satu negara – rakyat jadi terkejut, risau dan hampir tak percaya.  






Siasatan dalaman Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sendiri mengesahkan 20 pegawai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’ yang tular di media sosial. Ditambah pula dengan siri pendakwaan pegawai kanan ATM termasuk bekas Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.  


Bidalan orang tua jelas: “ikan mula busuk di kepala, bukan di ekornya.” Bila pemimpin sendiri terpalit, kepercayaan rakyat terhadap institusi keselamatan runtuh.  


Adakah kita masih boleh percaya pada benteng pertahanan negara jika integriti pemimpin tertinggi tercalar?  

Sampai bila rakyat perlu menelan drama perbicaraan rasuah berprofil tinggi tanpa perubahan nyata?  


“Apa nak jadi, memang tak boleh jadi!” – suara rakyat mesti bergema agar institusi negara kembali bersih, berwibawa dan dihormati.  


#ISUSEMASA #FYP #FYPMALAYSIA #VIRAL




TAK SOKONG PUN TAK PA..NEGERI MISKIN PAYAH JAGA.

 


PMX Makin Dapat Sokongan, Dasar Tegas Tangani Rasu4h Tarik Perhatian Rakyat






Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin mendapat sokongan apabila pendekatan tegas kerajaan dalam menangani rasu4h mula menunjukkan kesan positif. Pelbagai langkah reformasi institusi serta penekanan terhadap integriti pentadbiran menjadi antara faktor yang mendapat perhatian ramai.


Pemerhati politik turut menyifatkan gelombang sokongan terhadap kerajaan semakin meluas, termasuk di negeri-negeri Pantai Timur, apabila rakyat mahukan kestabilan serta tadbir urus yang lebih telus.


Perkembangan ini dilihat sebagai isyarat bahawa isu integriti dan ketegasan terhadap salah guna kuasa kekal menjadi fokus utama dalam landskap politik negara ketika ini.




INI DIA PENJELASAN PEJABAT ZAKAT PENANG

 


PEMBANGKANG BOLEH BUAT ROMBONGAN KE OEJABAT ZAKAT


 

LEPAS KENA TAHAN..DITAHAN SEMULA.KES BERBEZA



 Semalam direman kerana disyaki salah guna RM600,000 tanpa persetujuan rakan kongsi. Kini pendakwah bebas yang sama direman sekali lagi kerana dipercayai bersekongkol menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.





Perintah reman selama tiga hari hingga 8 Februari turut melibatkan seorang wanita selaku Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan institusi pendidikan serta dakwah berkenaan. Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua suspek meluluskan pembayaran pembelian rumah bernilai lebih kurang RM500,000.




PENSYARAH KAH ATAU WALAUN PECACAI. UIAM?

Hasnul Zulkarnain


Acong D Nizam… lepaiihh solat Jumaat boleh la ngeteh kat area Sg Pusu. Nak tau juga maksud “barua kapir..”


By the way…jangan cemari nama baik UIA







TUUU DIAAAAA....

 Bodoh punya taki... UIA universiti terbaik. xkan nak bagi sekolah PASTI . Bebel




NAK SALAHKAN KERAJAAN ISU GISB



Hasnul


 Firdhaus Beb Abdullah, kamu dan Shuhaimi Mohd Lana merupakan pensyarah Uni Sultan Azlan Shah dlm bidang pengajian Islam.







Kamu sewajarnya lebih cermat sebelum kamu siarkan sesuatu posting. GISB jelas disepakati sesat oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam yg mana pengerusinya adalah Sultan Selangor pada ketika fatwa sesat dikeluarkan terhadap GISB. 


Begitu juga negeri Johor, Selangor, Perlis dll yg telah mengeluarkan fatwa sesat kepada seluruh jemaah GISB. Bukannya sebahagian daripada mereka.


Kamu nak beri gambaran seolah2 biz GISB ni telah dihancurkan oleh tangan2 yg bersekongkol dgn pihak berkuasa negara..? Kamu kaitkan pembinaan kandang babi lebih mudah drp menyokong biz orang Islam (GISB).


Komen kamu telah memberi sangkaan buruk terhadap pihak berkuasa seolah2 ada pakatan menjatuhkan GISB..??


Kamu boleh sahaja buat carian dalam Google atau CGPT kes2 berkaitan  GISB termasuk pendedahan aktiviti eksploitasi kanak2 bawah umur, ratusan kanak2 diselamatkan dan ditempatkan di pusat jagaan kanak2 serta beberapa lagi kes yg berat. 


Jangan kamu cemarkan nama baik Uni Azlan Shah (USAS) yg mana Paduka Seri Sultan Perak sekarang Pengerusi MKI.


Cukup2lah bermain sentimen agama dan bangsa. Kamu sepatut mengamati dan memahami titah Tuanku Sultan Perak yg menyeru ke arah perpaduan dan hormati pihak berkuasa.


*** Shuhaimi Mohd Lana merupakan pimpinan PAS Perak.




HAAA..HANGPA JA BOLEH...ORANG LAIN BUAT TAK BOLEH ? AKAI MANA AKAI?


 

𝗜𝗦𝗨 𝟱,𝟮𝟬𝟳 𝗛𝗘𝗞𝗧𝗔𝗥: '𝗡𝗢 𝗠𝗔𝗡’𝗦 𝗟𝗔𝗡𝗗', 𝗧𝗔𝗞 𝗟𝗢𝗚𝗜𝗞 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝟱𝟬:𝟱𝟬 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗢𝗢𝗥𝗗𝗜𝗡𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦







✍️ Ahmad Mursi 


1.  'No Man’s Land' ni bukan istilah teknikal undang², hanya ungkapan orang awam.


2.  Bukan bermaksud tanah kosong atau tak boleh diurus, cuma kedaulatan belum dimuktamadkan.


3.  Itu yang PMX secara teknikal perincikan lagi sebagai Outstanding Boundary Problem (OBP) tu.


4.  Indonesia urus secara de facto sahaja sementara status hak milik de jure masih belum selesai.


5.  Memang dari zaman kolonial, Belanda (kemudiannya Indonesia) yang urus 5,987 hektar tu.


6.  Hanya bila ada teknologi ukur yang moden GPS, baru tau ukuran peta dan teknologi lama tu ralat.


7.  Maka sejak 1977, mula berunding sebab kedua-dua pihak akui ini OBP.


8.  Ditanya, kenapa tak bahagi 50:50? Ini bukan bahagi kek.


9.  Ini betulkan balik kesilapan sempadan berdasarkan perjanjian zaman kolonial dulu yang dah ditentukan koordinat.


10.  Jika dah diukur semula, dah ditentukan hak kita sekadar 780 hektar sahaja, dan Indonesia pula 5,207 hektar ikut koordinat dalam perjanjian, apa benak sangat kita nak minta lebih?


11.  Kan Nabi SAW pesan: “Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah bukan haknya, akan dikalungkan tujuh lapis bumi pada hari kiamat.” (HR al-Bukhari & Muslim)


12.  Patutnya kita bersyukur dapat tambahan 780 hektar yang selama ni belum dimuktamadkan, tapi difitnah kita 'serah' hak milik kita.


13.  'Serah' ni, bila tanah tu dah jadi milik muktamad dan kita bagi pada orang lain. Ini bukan kesnya.


14.  Bila Fadhli Shaari kata dia 'keliru', saya boleh faham kerana topik ni mungkin terlalu berat untuk dia yang keputusan akademiknya biasa-biasa je.



𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗭𝗔𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗕 𝗡𝗚𝗔 𝗞𝗢𝗥 𝗠𝗜𝗡𝗚: 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗟𝗔𝗧 ‘𝗠𝗘𝗠𝗨𝗞𝗨𝗟’, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 ‘𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚’

 







✍️ Ahmad Mursi 


1.  “Adakah YB beriman? Adakah YB percaya kepada Allah?” — soal YB Zailah (PAS) kepada Nga Kor Ming (DAP).


2.  Ini soalan menghukum, bukan berdakwah.


3.  Selama ini, bukan Islam dalam DHPP menyebut banyak kalimah umat Islam — ayat, alhamdulillah, insya-Allah, masya-Allah — tidak pula diserang hendap dengan soalan keimanan seperti ini.


4.  Begitu juga ketika DAP bersama PAS dahulu. Berkali-kali pemimpin DAP menggunakan kalimah Islam dalam ceramah dan ucapan, tidak pula dipersoalkan malah diterima dengan baik.


5.  Sikap berbeza ini menunjukkan satu perkara jelas: sikap ghuluw ini bukan berpunca daripada agama, tetapi daripada politik.


6.  Sepanjang sejarah, politik memang kerap melahirkan ghuluw khususnya apabila agama dijadikan alat untuk memukul lawan, bukan untuk membimbing manusia.


7.  Jika benar pemimpin PAS ada jiwa dakwah, soalan yang ditanya tentu berhikmah, nadanya memujuk, cara yang betul dan tujuannya mendekatkan, bukan menghukum.


8.  Soalan seperti ini dibuat secara terbuka begitu, tidak mendidik, bahkan menjauhkan manusia daripada Islam.


9.  Semakin ghuluw agama ditunggang PAS, semakin rosak imej rahmah Islam di mata masyarakat.


10.  Islam tidak menjadi mulia dengan soalan menghukum begitu, tetapi dengan akhlak, hikmah, kompeten dan bersikap adil.



DHPP TAK IKLAS LA GITU.

 

Che Ibrahim


Mafhum Mukhalafah dari kata kata Kak Lah ini ialah puak puak Non Muslim dalam DHPP tidak ikhlas menyokong perjuangan Islam Pas, sebab itu tidak ada seorang pun yang memeluk Islam... Pukul anak sindir menantu.





JANGAN LUPA PENGORBANAN RAFIZI







Norshidah Md  Daud



 Mula2 malas nak up

Tapi terpaksala jugak bila nampak ada yang cerdik pandai pun keluar jugak bangang dia time pemimpin kena petik...



Anwar obses nak jadi PM

Ape yang salah?


Rafizi sendiri lepas kalah dengan Jemin dulu, buat gerakan ke seluruh negara guna idea sendiri (bukan guna parti) hanya untuk memastikan cita2 Anwar jadi PM terlaksana


Kena ingat, time tu Jemin langsung x peduli hal parti

Family Anwar xde sape peduli

Izzah?

Malas nak cakap la


Situasi sama berlaku bila Anwar dah bebas

Rafizi masa tu dalam fasa "bertenang", x involve politik sampaikan ada si bodoh terpaksa angkut Ezam ke hulu ke hilir demi nak tunjuk PKR masih relevan

PKR time tu berada pada titik terendah 

Bukan saja x dipandang rakyat, malah parti2 lain dalam PH pun nak tolak Anwar sebagai calon sebab katanya x relevan


Ada pulak cadangan2 bodo dari geng2 kita ni (malas nak sebut nama) untuk lantik Kak Wan jadi PM wanita bla bla bla...


Rafizi buat comeback 

Dalam masa yang semakin genting menghampiri PRU, dia pusing Malaysia sekali lagi untuk angkat Anwar sebagai calon PM

Masa ni korang xyah nak nafikan, semua orang nampk, tetibe nama Anwar yang sendu, yang dihina kawan2 sendiri tetiba naik & jadi harapan rakyat


Ape maksud Rafizi soal Anwar obses nak jadi PM?


Rafizi tu kecewa, Anwar dah berkuasa tapi reform yang dilaung2kan b4 ni x kemana

Kenapa dia kecewa?

Op coz la sebab xde sape boleh nafikan, dia yang terlalu bekerja keras b4 ni untuk naikkan semula Anwar & dia PERCAYAKAN REFORMASI yang dilaungkan b4 ni

Wei, Izzah sendiri pun buat bodo je masa bapak dia kena attack macam2


Kau bayangkan mana nak letak muka, dulu perli Najib pegang jawatan PM & Menteri Kewangan

Sekarang dia pun buat benda sama


Dulu dok attack Tengku Zafrul, sekarang dia lak dok julang Tengku Zafrul siap ambik masuk parti


Dulu ada himpunan lawan Azam Baki, sekarang x abis2 lagi balance Azam dipuji


Tiga2 isu aku sebut ni, xde kaitan langsung dengan parti2 lain dalam MADANI

So x relevan langsung komen2 yang dok kata Rafizi kena ingat ni bukan kerajaan PH, ni kerajaan MADANI bla bla bla