TUDUH MAT SABU SYIAH...LAWAK TAK HABIH-HABIH..ADA BUKTI GRED A,B,C

Sejak menuduh Mat Sabu sebagai syiah..ianya menjadi bahan lawak.Bermula dengan kenyataan bahawa Mat Sabu ni minat Komeini, budak-budak sekolah mula menyoal mak bapa.kata budak-budak sekolah, kalau minat kat K-Pop , kita boleh jadi korea ka mak? ..mampus aku nak jawab macamana.
Punya la bengong..kemudian tuduh orang, lepas tu suruh orang kena tuduh bukti tak bersalah....hai..hukum malaun mana pulak la...macam ni. kalau dah tuduh kemuka la bukti...yang nak suruh orang kena tuduh bukti dia tak salah ..mampus la aku nak jawab pulak dengan anak-anak..

Tak pa jugak....anak aku yang dok belajaq kat Universiti ada call aku. katanya ayah, la ni bukti ada gred lak ka? aku jawab ya abang long..kerajaan la main bukti ada gred..negara pak pandir memang cam tu...ada bukti gred A, tapi tak mau tunjuk bukti. Abang long periksa nanti minta-minta dapat Gred A semua ya..baru sama dengan Bukti Gred A...dalam hati aku nak mampus dah kerajaan cam ni...ada bukti tapi kena simpan....

Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013. 

Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini "Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.

"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.

Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.

Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.

"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.

Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.

Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.

"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.

"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.

Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.


ADOIII...RAKYAT TURUN BANTU SEBAB TAK NAMPAK KELIBAT BANTUAN KERAJAAN YANG LEMBAB

 kalau nak kata rakyat bantu..malu la aku kalau jadi Perdana Menteri ni....

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keprihatinan-rakyat-bantu-mangsa-banjir-membanggakan-kata-najib