NASIHAT Pada Cvd 19



 NASIHAT Pada Cvd 19 

 Dr Zaleha md Amin 


 *Sila baca sampai habis dan tolong forward*

 * INFO KREDIA COVID-19. * 

*Oleh kerana kes yang semakin meningkat, kami, para profesional kesihatan, telah menyiapkan pesanan ini untuk orang ramai*

 __________ 

 ◉ Gejala muncul dari *hari ketiga* selepas jangkitan (gejala virus). 

 ➙ Fasa pertama; 

 ◉ Sakit badan 

 ◉ Sakit mata 

 ◉ Sakit kepala 

 ◉ muntah 

 ◉ Cirit-birit 

 Berair hidung atau kesesakan hidung 

 ◉ Penguraian 

 ◉ Membakar mata 

 ◉ Membakar ketika membuang air kecil 

 ◉ Merasa demam 

 ◉ Tekak yang sakit (sakit tekak) 

 ➙ *Sangat penting untuk menghitung hari-hari gejala: 1, 2 , Ke-3*

 ◉ Tindakan SEBELUM DEMAM Bermula

 ◉ minum banyak AIR terutamanya air yang bertapis/ meniral 3L sehari.

Minum banyak air untuk memastikan tekak anda lembab dan membantu membersihkan paru-paru anda. 


Kumur tekak anda 3x dengan air suam bergaram atau Listerine  waktu pagi, petang dan malam. Kumur sehingga lendir ditekak keluar dan di buang.

 __________ 

 ➙ Fasa ke-2; *(dari hari ke-4 hingga ke-8)* adalah *RADANG*

 ◉ Kehilangan rasa dan / atau bau 

 ◉ Keletihan walaupun buat kerja ringan

 ◉ Sakit dada (tulang rusuk) 

 ◉ Dada rasa berat dan rasa sesak nafas

 ◉ Sakit di punggung bawah (di kawasan ginjal) 

 __________ 

*➙ Virus menyerang ujung saraf*

 ◉ Perbezaan antara keletihan dan sesak nafas: 

 • _ Kekurangan udara adalah ketika orang itu duduk - tanpa berusaha - dan kehabisan nafas; 

 • Keletihan adalah ketika orang itu bergerak untuk melakukan sesuatu yang sederhana dan merasa letih. 

 __________ 

 ➙ Ia memerlukan banyak penghidratan dan vitamin C. 

 __________ 

 Covid-19 mengikat oksigen, jadi kualiti darah kurang baik, dengan kurang oksigen. 

 __________ 

*➙ Fasa ke-3 - penyembuhan❤️*

 ◉ Pada hari ke-9, fasa penyembuhan bermula, yang boleh berlangsung sehingga hari ke-14 (pemulihan). 

 

 *Cadangan*

. Qurantine diri 10 hari jika ada close contact

. wawarkan pada saudara2 rakan2 jiran yang anda Dalam tempoh qurantine

. Anda tidak boleh keluar dan Anda tidak boleh terima Tetamu

. Tenangkan Minda anda

. Rehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari

. Minum 3 liter air sehari 

. Banyak kan mengambil vit C dari buah2an atau pil vit c

. Makan makanan yang panas 

 *➙ Perlu diingat bahawa pH coronavirus berkisar dari 5.5 hingga 8.5* 

 Jadi yang perlu kita lakukan untuk menghapuskan virus adalah dengan memakan lebih banyak makanan beralkali, melebihi paras asid virus seperti:

 

 ◉ Pisang, Kapur → 9,9 pH 

 ◉ lemon kuning → 8.2 pH 

 ◉ Avocado - pH 15.6 

 ​​◉ Bawang putih - pH 13.2 

 ◉ Mangga - pH 8.7 

 ◉ Mandarin - pH 8.5 

 ◉ Nanas - 12.7 pH 

 ◉ Selada air - 22.7 pH 

 ◉ Jeruk - 9.2 pH         ◉ Air Bio Hunza - 8.5 pH                                                                                     

 __________ 

 ➙ Bagaimana anda tahu anda menghidapi Covid-19?! 

 ◉ tekak gatal 

 ◉ Tekak kering 

 ◉ Batuk kering 

 ◉ Suhu tinggi 

 ◉ Kesukaran bernafas 

 ◉ Kehilangan bau dan rasa 

 __________ 

 JANGAN simpan maklumat ini...


Buka Parlimen, bincang isu pembelaan Palestin

 

Pada 

Oleh B. Suffian

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa membuka Parlimen dengan segera bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin yang kian kritikal. 

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, amat wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka Parlimen dan segera membahaskan isu pembelaan rakyat Palestin secara bersama tanpa mengambil kira perbezaan politik, untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin. 

Dengan pembukaan semula Parlimen, menurutnya, ia akan merintis jalan untuk membincangkan isu-isu besar dan penting di dalam negara kita, khususnya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Pada 12 Januari 2009, Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah memanggil sidang khas parlimen bagi membahas dan mengusulkan 10 ketetapan bagi membela nasib rakyat Palestin akibat serangan rejim Israel ke atas Gaza pada waktu itu, bersama semua ahli parlimen. 

“Selepas itu, setiap kali Israel bertindak ganas, Parlimen Malaysia sentiasa mencapai kata sepakat mengutuk keganasan rejim tersebut, termasuk kali terakhir pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PKPD di 1 lokaliti Pahang, beberapa di Kedah

 

FMT Reporters
 -

PKPD dilaksanakan di lokaliti terbabit susulan peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam tempoh seminggu, kata Ismail Sabri Yaakob.

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di satu lokaliti di Raub, Pahang, serta beberapa lokaliti dalam Bandar Darulaman, dan Lubuk Kawah di Jitra, Kedah, mulai Selasa.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di lokaliti berkenaan akan berlangsung hingga 31 Mei.

Beliau berkata, sebanyak lapan kes positif Covid-19 direkodkan di Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Lokaliti yang terlibat dalam Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra adalah seperti berikut:

  • Taman Mahsuri 2A
  • Taman Mahsuri 2B
  • Taman Mahsuri 2C
  • Pusat Perniagaan Bandar Barat
  • Kampung Paya Kerchut
  • Taman Tunku Anum
  • Kampung Lubuk Kawah
  • Taman Desa Tanjung
  • Taman Desa Darul Aman Mukim Naga

“KKM telah melakukan 207 ujian saringan di semua lokaliti tersebut dan 94 daripadanya disahkan positif Covid-19,” kata Ismail.

Dalam pada itu, Ismail mengumumkan PKPD di Windmills Condominium, Genting View Resorts dan Apartment Mawar, Genting Highlands, Bentong, Pahang, ditamatkan hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan.

Sebelum ini, PKPD di semua lokaliti tersebut dijadualkan tamat pada 23 Mei

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” kata Ismail.

Dalam perkembangan lain, Ismail melaporkan 639 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, seramai 586 individu dikompaun manakala 53 lagi direman,” kata beliau.

Antara kesalahan terbabit adalah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (152), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (109), tidak memakai pelitup muka (103), tiada penjarakan fizikal (100), aktiviti pusat hiburan (25), aktiviti perjudian (12), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (11) dan lain-lain (127).




Mana perginya RM5 bilion dana KWAN, DAP tanya PM

 

FMT Reporters
 -

Lim Guan Eng menggesa Muhyiddin Yassin mengadakan sidang Parlimen bagi menjelaskan semua perbelanjaan ketika darurat.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjelaskan bagaimana RM5 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk program vaksin Covid-19 digunakan memandangkan kadar vaksinasi kekal sangat rendah.

Beliau dalam kenyataan berkata, kadar vaksinasi negara hanya 2.3% (untuk mereka yang menerima dua dos penuh), lebih teruk daripada Indonesia yang mencatatkan kadar vaksinasi 4.2% untuk jumlah penduduk lebih ramai.

“Bagaimana RM5 bilion ini dibelanjakan? Malaysia adalah negara Asia Pasifik terburuk dari segi jangkitan Covid-19 per kapita dan kini kadar jangkitan harian kita melebihi Indonesia.

“Tidak hairanlah Indonesia menggunakan Malaysia sebagai contoh yang menyedihkan untuk memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mengikut Malaysia dalam kegagalan pematuhan SOP Covid-19,” katanya merujuk saranan Kementerian Kesihatan Indonesia baru-baru ini kepada rakyatnya untuk belajar daripada pengalaman Malaysia yang kembali mengalami lonjakan kes.

Pandemik Covid 19: Guru, masyarakat harus usaha atasi tekanan sekeliling

 



Pandemik Covid 19 memberi tekanan yang tersendiri bukan sahaja kepada barisan hadapan tetapi juga para guru.

Sempena Hari Guru yang disambut hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mahu masyaralat membantu para guru dalam menghadapi cabaran semasa dan mengekalkan ketenangan serta ketenteraman dalam runag lingkup kerjaya mereka.

"Ketenangan yang semakin berkurang membawa kepada tekanan yang meningkat dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Perkara ini bukanlah suatu yang asing malah ia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat kita saat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amirudin, dalam suasana yang tidak menentu ketika ini para guru tetap terpaksa meneruskan usaha mendidik anak bangsa.

Katanya, tanpa didikan para guru, sebaik mana pun potensi seorang kanak-kanak tidak mungkin bakatnya dapat digilap dan menjana pembangunan masa hadapan negara.

Oleh itu, kata Amirudin, kebajikan para guru dan ketidaktentuan sistem pendidikan harus menjadi tumpuan utama kerajaan dan masyarakat.

"Tekanan yang dilalui para guru kita tidak boleh diabaikan dan wajib diperbaiki bersama-sama tanpa mempolitikkan sistem dan hala tuju pendidikan negara.

"Guru-guru turut menghadapi situasi yang sama seperti masyarakat lain; cabaran masyarakat berusia ataupun 'ageing society' dengan menjaga ibu bapa serta anak-anak, serta turut mengalami tekanan emosi dan kewangan.

"Faktor-faktor ini sudah pasti menyumbang kepada keresahan dalam kalangan tenaga pengajar sehingga boleh menyebabkan perkara-perkara yang memberi impak kepada pelajar seperti yang kita lihat dalam kes berkait Ain Husniza Saiful Nizam yang viral di Tik Tok.

"Jika guru-guru diabaikan, adakah wajar untuk kita mengharapkan keperluan, keselamatan dan kebajikan pelajar kita turut dipelihara?" tanyanya.

Tegas Amirudin, para guru merupakan aset yang paling bernilai dalam memajukan negara dengan menghasilkan generasi muda yang berakhlak, berketrampilan dan berwawasan.

Katanya, pada waktu negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan, tanggungjawab pemimpin negara adalah mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat dan perkhidmatan awam.

"Usaha sebegini akan dapat memberi nafas baharu supaya kerjaya seorang guru mencapai apa yang diungkapkan oleh Abraham Lincoln sebagai 'the better angels of our nature’.

"Kata-kata Lincoln dalam usaha mendamaikan kerenggangan di Amerika Syarikat harus menjadi dorongan kita dalam usaha memulihkan situasi negara kita termasuk masa hadapan sistem pendidikan, negara bagi manfaat para guru dan pelajar kita," katanya lagi.

Justeru, beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada petugas barisan hadapan pendidikan negara.

 

Mana 150,000 ujian saringan yang dijanjikan?

 


Oleh B. Suffian

Di manakah 150,000 kapasiti ujian saringan yang disasarkan kerajaan, soal Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin. 

Mantan menteri itu berkata, banyak pihak termasuk wakil-wakil rakyat pembangkang telah menyarankan agar kerajaan meningkatkan kemampuan jumlah saringan Covid-19. 

Malah pada Januari, jelasnya, kerajaan sendiri berkata bahawa pihaknya mensasarkan untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan RT- PCR negara dari sekitar 70,000 hingga 100,000 dengan matlamat untuk mencapai 150,000 kapasiti ujian saringan.

“Setelah empat bulan berlalu, angka-angka ujian kita masih dalam lingkungan 70,000 sehari, di mana angka 150,000 yang dijanjikan? 

“Virus Covid-19 tidak menanti sesiapa, empat bulan adalah tempoh yang lama dalam pertempuran pandemik global sekali-dalam-seabad ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambahan pula, tegasnya, kerajaan dilihat tidak mencuba untuk menjalankan inisiatif saringan berskala besar lain untuk mengenal pasti kes-kes positif dalam komuniti. 

Menurutnya, seruan banyak kumpulan agar Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dimasukkan dalam proses saringan seluruh negara nampaknya tidak diendahkan. 

Walaupun RTK-Ag mungkin kurang tepat, tambahnya, tetapi ia memiliki kelebihan dari aspek kepantasan dan kapasiti memandangkan ia boleh didapati secara meluas dan tidak terhad kepada kapasiti makmal. 

Pastinya, kata Bee Yin, ujian itu mempunyai peranannya sebagai sebuah pendekatan sementara pada saat mendepani cabaran dalam mempertingkatkan kapasiti RT-PCR.

Ternyata, menangani krisis Covid-19 tidak mudah, namun jika selepas setahun, kerajaan tidak membuat perkara asas seperti ujian dan pengasingan dengan betul, apa harapan yang boleh rakyat Malaysia ada, soalnya lagi. 

“Berapa banyak lagi PKP yang boleh kita tempuhi dalam membebaskan negara dari krisis Covid-19? 

“Kerajaan betul betul hilang akal jika mereka terus melakukan perkara yang sama berulang kali, namun berharap hasil yang berbeza,” katanya



13 penunjuk perasaan ‘kerajaan gagal’ bebas dengan jaminan polis

 

Penunjuk perasaan membakar suar dan memegang kain rentang ‘kerajaan gagal’ dalam himpunan di Batu Pahat Khamis lalu.

PETALING JAYA: Seramai 13 individu yang ditahan sejak Khamis lalu kerana disyaki terbabit dalam himpunan “kerajaan gagal” di Parit Raja, Batu Pahat, Johor dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, semuanya dibebaskan kira-kira 11.30 pagi tadi, selepas pegawai penyiasat selesai melakukan siasatan.

Katanya, tujuh lagi ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 144, 269 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan (1957),” katanya dalam kenyataan hari ini yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, mereka bakal disiasat atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (Pindaan) 2021 dan Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Khamis lalu, polis menahan 20 penduduk tempatan berusia 16 hingga 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan membabitkan pembakaran suar dan menaikkan kain rentang “kerajaan gagal” di Parit Raja.

Terdahulu, sebuah kumpulan terdiri daripada 36 NGO dan parti politik menggesa kerajaan segera membebaskan 20 individu itu dan menghentikan intimidasi terhadap anak muda itu yang hanya melaksanakan hak bebas bersuara dan berhimpun di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Kejadian ini yang dilabel sebagai rusuhan oleh pelbagai pihak sebenarnya adalah acara tahunan yang digerakkan anak muda Parit Raja, yang tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebelum ini,” kata kumpulan itu.

BEZA ANTARA BANI ISRAEL, YAHUDI DAN ZIONIS

 

Bani Israel: Anak keturunan Nabi Yaakub Alaihisalam. Dalam Quran disebut ada sebahagian dari Bani Israel yang Kufur.

Maknanya tidak semua Bani Israel yang kufur ada yang beriman.

Yahudi: Mereka yang kafir dari kalangan Bani Israel.

Jika diteliti nas-nas Al-Quran, apabila disebut Yahudi, semuanya berbentuk Celaan.

Zionis: Gerakan yang dipelopori Moses Hess untuk menubuhkan negara haram, Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897.

Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

NOTA PENTING: Bani Israel yang disebut dalam Al-Quran tidak sama dengan Negara Haram yang menggunakan istilah Israel oleh Zionis-Yahudi!

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Covid-19 terbukti pelajaran sukar buat guru

 

Kanak-kanak di pusat jagaan kini terbiasa dengan amalan penjarakan fizikal di dalam kelas. (Gambar Tadika New Sun Moon)

PETALING JAYA: Dari taman asuhan kanak-kanak ke universiti, keperluan mengawal kesan Covid-19 ke atas perkembangan pelajar kekal sebagai kebimbangan utama guru.

Januari lalu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) melaporkan purata 2/3 daripada tahun akademik lupus di seluruh dunia berikutan penutupan sekolah akibat Covid-19.

Bercakap kepada FMT sempena sambutan Hari Guru hari ini, pendidik menceritakan pengalaman mereka semasa pandemik dan bagaimana mereka terpaksa membuat pengubahsuaian dengan norma baharu.Pengetua taman asuhan kanak-kanak New Sun Moon di Bangsar, Aidelle Pang berkata, pandemik menghalang pelajar daripada mempelajari “kemahiran asas kehidupan” kerana mereka tidak dapat berhubung atau berinteraksi penuh dengan rakan lain.

Menyifatkan pandemik itu sebagai “krisis pendidikan”, katanya, ramai kanak-kanak mendapati pelajaran mereka terganggu, selain kehilangan peluang untuk mengikuti kelas bersemuka di dalam bilik darjah.

Pang mengingatkan dalam jangka panjang, ini akan menyaksikan pelajar kehilangan interaksi sosial yang sangat diperlukan dalam pembesaran mereka.

“Satu-satunya cabaran yang kita hadapi ialah mengurangkan sebanyak mungkin kesan negatif pandemik yang tidak dijangka ini ke atas pembelajaran dan persekolahan mereka.

“Paling penting, kita harus mengambil pengajaran daripada pengalaman ini supaya anak-anak dapat meraih semula semua yang terlepas daripada mereka.”

Guru di SK Convent Ipoh, Agatha Wong (tengah) menunjukkan Anugerah Guru Cemerlang yang diterimanya pada 2019. (Gambar Agatha Wong)

Bagi pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya, Goh Lim Thye, pendekatan lebih terbuka dan inovatif sangat perlu dalam penyediaan kandungan pelajaran untuk menarik perhatian pelajar dan menilai sama ada mereka mencapai matlamat pelajaran yang dikehendaki bagi setiap subjek.

“Fleksibiliti, inovasi, keterbukaan dan prinsip rahmah merupakan kunci bagi mengatasi halangan yang disebabkan pandemik.

ADVERTISING

“Saya rindu untuk berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas serta membantu mereka yang menghadapi masalah dalam memahami kandungan topik hanya dengan melihat ekspresi mereka.”

Goh berkata, beliau tidak pernah meminta pelajar memasang kamera semasa kelas dalam talian kerana sebahagiannya menggunakan pelan mudah alih dengan data yang terhad.

Dalam pada itu, Agatha Wong, guru Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6 di SK Convent Ipoh berkata, cabaran terbesar yang dihadapinya sepanjang tahun lepas ialah memastikan pelajar mempamerkan pencapaian terbaik mereka.

Katanya, “cabaran terbesar” semasa tempoh pasca pandemik masih merupakan pengajaran atas talian melalui aplikasi Google Meet dan Google Classroom, iaitu platform yang mungkin tidak dikuasai semua pelajar.

“Sukar untuk memastikan semua mendapat pengetahuan yang disampaikan, sekali gus mendorong mereka melakukan usaha terbaik.

“Saya berusaha sebaik mungkin dalam memotivasi pelajar dengan berkomunikasi dengan mereka. Saya cuba memberi inspirasi dengan mengemukakan pelajaran dan teladan hidup sebenar.

“Saya berharap untuk membentuk minda muda mereka dan memberi pelajaran berguna yang boleh dimanfaatkan.”

Pemuda AMANAH gesa sidang Parlimen khas bincang isu Pal3stin

 


Pemuda AMANAH gesa sidang Parlimen khas bincang isu Pal3stin

PEMUDA Amanah Negeri Perak menggesa satu Sidang Parlimen Khas diadakan berhubung isu keganasan Rejim Zionis ke atas bumi Gaza.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata pendirian Malaysia tidak cukup hanya dengan Perutusan Perdana Menteri di kala beliau secara jelas menyokong Penyelesaian Dua Negara (2 state solution) semalam.

Sidang Parlimen Khas ini juga katanya, perlu apatah lagi PAS pernah menolak kaedah Penyelesaian Dua Negara dalam satu kenyataan mereka pada 2017.

“Malah kenyataan terbaharu Duta Khas Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam untuk terus berjihad dalam membebaskan Tebing Gaza dari Rejim Zionis, dilihat berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri.

“Dua kenyataan yang berbeza daripada Perdana Menteri dan Duta Khas Timur Tengah sangat menuntut kepada satu Sidang Parlimen khas agar satu kenyataan rasmi dapat dikeluarkan dari Parlimen Negara.

“Pemuda Amanah Perak percaya Umno dan Pakatan Harapan juga akan bersetuju untuk diadakan Sidang Parlimen Khas ini demi kemaslahatan umat Islam di Tebing Gaza,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, mengambil sempena Hari Nakba yang jatuh pada Syawal tahun ini, Pemuda Amanah Perak menyeru agar blok kerajaan dan Pembangkang dapat bersatu hati dalam mengecam tindakan Zionis.

“Kenyataan lebih keras perlu dikeluarkan bagi memastikan Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan OIC dan Liga Arab mengambil tindakan segera bagi menghentikan kekejaman Zionis di bumi Gaza ini,” katanya..






MENYANGGAH NIK ABDUH, SEBAB ITU JANGAN KITA BERI DERMA MELALUI TIN MILO

 

Ahli Parlimen Bachok, Nik Abdul Nik Abdul Aziz meminta orang ramai yang menderma kepada Tabung Palestin agar jangan memikirkan sama ada derma yang mereka beri itu sampai atau sebaliknya.

Katanya, jangan sibuk bertanyakan soalan yang sukar kerana sebaik saja wang berpindah tangan, pahala jihad di akhirat sudah pun diperolehi.

“Jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar.

“Palestin ini bumi jihad dan perang, rukunnya lakukan saja dan jangan cakap banyak,” ujar beliau dalam catatan di laman sosialnya.

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh itu mungkin mudah diterima dan dianggap benar oleh sesetengah orang, tetapi saya secara umum menyanggah hujah AJK Pas Pusat tersebut.


Memang menderma dan bersedekah merupakan perkara baik dan dikira jihad dalam konteks Palestin khususnya, tetapi Tuhan juga memberi kita otak untuk berfikir dan menggunakan akal dalam memberi derma agar matlamat baik kita tidak diambil kesempatan oleh orang lain.

Dalam dunia ini ada manusia baik ada manusia jahat, ada manusia jujur dan ada manusia yang memangnya kerjanya suka mengambil kesempatan.

Sebab itu, dalam memberi derma untuk Palestin ini, memberinya kepada badan yang bertauliah adalah logik akal yang paling asas harus diambil oleh setiap orang.

Jangan sesekali kita memberi derma kepada NGO yang entah apa-apa yang tidak pernah didengar namanya sebelum ini, atas nama parti atau melalui individu-individu yang kini mula berkeliaran dengan tin milo atau kotak di depan bank, pasar malam atau tempat-tempat tumpuan ramai yang lain.

Memberi derma kepada badan atau pihak tidak bertauliah itu lebih memungkinkan ia tidak sampai ke Palestin seperti niat kita mendermanya.

Lagi pun, kalau kita rajin berfikir sejenak, bagaimanakah mereka itu menghantar sumbangan yang dikutip ke Palestin?

Lebih daripada itu, ia juga seperti memberi ruang kita diperbodohkan oleh pihak yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan pihak lain serta menggalakkan lagi mereka itu melakukannya di waktu-waktu lain.

Bukan tidak biasa, malah sudah kerap kita didedahkan dengan berita mereka yang mengambil kesempatan itu melakukan kerja jahat demi mengaut keuntungan peribadi semata-mata.

Maka, apakah kita mahu niat baik kita diambil kesempatan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu?

Jalan paling selamat ialah mendermanya kepada badan yang bertauliah yang perbelanjaan mereka diaudit setiap tahun, lagi pun nama-nama badan bertauliah itu bersepah-sepah ada di pelbagai jenis media.

Menderma untuk Palestin atau tujuan-tujuan apa saja sama juga seperti kita melakukan aktiviti lain dalam hidup iaitu hendaklah sentiasa menggunakan akal fikiran yang diberi Tuhan.

Kalau ada orang yang berniat jahat boleh menggunakan akal mereka untuk mengaut keuntungan peribadi dengan mengambil kesempatan atas nama Palestin atau lain-lain tragedi, bukankah kita yang mempunyai niat baik, malah mungkin juga merupakan golongan yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil kesempatan itu, seharusnya menjadi lebih bijak atau memikir ke depan dalam menggunakan otak kita?

Bagaimana dunia ini mahu berubah menjadi lebih jika orang baik yang menderma pun malas menggunakan otak, tetapi orang jahat sentiasa licik berfikir menggunakan otak mereka?


 (ShahbudinHusin 16/05/2021)




Penyelesaian dua negara: Muhyiddin khianat perjuangan rakyat Pal3stin, kata Mohd Nasir

 


Penyelesaian dua negara: Muhyiddin khianat perjuangan rakyat Pal3stin, kata Mohd Nasir

Perdana Menteri Malaysia membuat perutusan berkaitan Palestin pada 15 Mei 2021 minta agar penyelesaian konflik ini dengan bersetuju dengan penyelesaian dua negara. “Two-State Solution”. Empat hari sebelum itu, beliau menyebut perkara yang sama.

Mari kita pelajari sejarah sepintas lalu. 14 Mei 1948, Ben Gurion Perdana Menteri Israel mengumumkan pembentukan Negara Israel. 73 tahun kemudian, Malaysia melalui perutusan Perdana Menterinya Muhyiddin secara rasmi menyeru kita iktiraf negara haram ini.

Zionis menyerang dan merampas tanah Palestin. Perang Arab-Israel 1948. Arab kalah dan menyerahkan 55 peratus wilayah Palestin dan disahkan oleh PBB pada tahun 1949. Ia adalah satu Malapetaka dan disebut Nakbah. Khomeini mengisytiharkan Jumaat terakhir setiap Ramadhan sebagai hari memperingati Nakbah ini.

Tahun 1967 berlaku Perang Enam Hari. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria membawa kepada
jatuhnya Semenanjung Sinai, Semenanjung Gaza, Bukit Golan (Syria), Tebing Barat dan
Jerusalem (Baitul Maqdis). Ia adalah kekalahan yang amat memalukan walaupun negara-negara Arab.

Tahun 1993 berlaku Perjanjian Oslo yang dipimpin oleh Amerika. Ia juga adalah satu tipu muslihat bagi meligitimasikan penjajahan.

Perjanjian demi perjanjian dilanggar oleh zionis.

Sebarang usaha bagi mengiktiraf zionis Israel sebagai sebuah negara adalah satu pengkhianatan kepada Umat Islam, Yahudi dan Kristian yang menetap di situ sejak beribu tahun dengan aman.

Sebarang usaha bagi mengiktiraf penjajah zionis yang bertujuan membentuk The Greater Israil (Israel Raya) dan memusnahkan Masjidil Aqsa serta menggantikan dengan Solomon Temple adalah satu pengkhianatan.

Pengiktirafan Perdana Menteri Malaysia melalui Two-State Solution bermaksud beliau mengiktiraf Baitul Maqdis adalah Ibu Negara Israel. Menyerahkan Baitul Maqdis bererti menyerahkan al-Aqsa kepada zionis!!

Walaupun Israel sudah diiktiraf oleh enam negara Arab; Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco, Malaysia tak perlu ikut jejak langkah mereka.

Wahai Perdana Menteri Muhyiddin. Saya ingatkan dengan Firman Allah SWT :
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ
Yahudi dan Nasoro tindakan akan sekali kali redho kepada kamu sehingga kamu ikut cara hidup mereka (millah)

Juga dengan Hadis Sohih
” لا تزال طائفة من أمتي يقتتلون على الحق ظاهرين ، لا يضرهم من خالفهم ، حتى يأتي أمر الله ”
“Berterusan ada satu kumpulan dari umatku yang berperang di atas kebenaran, tiada siapa pon penentang mereka yang mampu memudaratkan mereka, sehingga datang ketentuan Allah”

Malaysia sepatutnya menyokong rakyat Palestin yang dirampas tanah mereka, yang dihalau dari tanah dan rumah mereka untuk kembali mendapat hak mereka. Lalu yang wujud hanyalah sebuah negara iaitu Palestin.

Mengiktiraf sebuah sebuah kerajaan yang diwujudkan secara Haram dan zolim adalah Haram dan satu kezaliman.

PM Muhyiddin juga mesti membuat sidang Khas Parlimen agar isu ini dibahaskan secara terbuka.

Ustaz Haji Mohd Nasir Zakaria
Pengarah Hal Ehwal Syariah
Parti Amanah Negara Negeri Kedah





SEMUA SOLAT HAJAT

 TERKINI 





Kuss..semangat!!  Berderau jantung aku.  Aku ingatkan Agong titah Parlimen dibuka atau Muhyiddin letak jawatan.


Rupa2nya, Agong titah masjid, surau serta rakyat adakan solat hajat selepas Maghrib esok mohon Allah SWT pelihara kesejahteraan rakyat Palestin.  


Daulat tuanku.  Mohon titah Parlimen dibuka, tamatkan darurat.  Muhyiddin wajib letak jawatan kerana sewajarnya PM itu dapat sokongan majoriti MP.



RAKYAT BERHAK TAHU WANG YANG MEREKA DERMAKAN SAMPAI...



 Zulaifa Rahman

Sememangnya orang yang menderma berniat ikhlas dengan perasaan taqwa untuk mendapat pahala jihad tapi sebagai badan yang bertanggungjawab mengutip derma ,mereka mesti buktikan duit itu sampai kepada penerimanya bukan untuk dimentekedarah oleh pihak-pihak tertentu yang mngambil kesempatan diatas nama kesusahan rakyat pelastin!!!.BEDOH X PERLU CAKAP BANYAK!!!

RAKYAT X SEBODOH KAMU!!

PENDERMA ADA HAQ UNTUK BERTANYA SAMADA DUIT MEREKA SAMPAI ATAU TIDAK KPD PELASTIN!!KEMANA DUIT ITU PERGI ???? KERNA IA BKN JUMLAH SEDIKIT !!!! 

 DERMA TERSEBUT ADA YG BJUMLAH PULUHAN DAN RATUSAN RIBU RM....!!!!

BUKTIKN KPD PENDERMA SEJAUH  MANA PIHAK KAMU IKHLAS MNGUTIP DERMA UTK RYT PELASTIN YG MNDERITA ?????SAMPAI BILA PENDERMA HARUS DITIPU, LICIK DGN MBERI ALASAN SYARIAAT...???TUNJUKKN BUKTI PAS BERINTEGRITI DLM PENGURUSAN MENGUTIP DERMA....!!




MAAF PALESTINE, KAMI TAK BOLEH BERSIDANG

 

Maaf Palestin, kami tidak boleh bersidang