Dome milik Israel gagal menghalang serangan roket H4m4s?

 

Lelaki ini dedah kenapa sistem Iron Dome milik Israel gagal menghalang serangan roket H4m4s?

Lelaki ini dedah kenapa sistem Iron Dome milik Israel gagal menghalang serangan roket H4m4s?

Pertama sistem iron dome adalah sistem peluru berpandu pengangkis, bertujuan menangkis sebarang objek serangan yang masuk kedalam parameter pertahanan sistem.

Setiap set selongsong sitem Iron Dome memiliki 20 buah peluncur interceptor (mengikut spesifikasi pertahanan). Iron Dome berfungsi dengan radar ‘EL/M-2084 active electronically scanned array’, mengesan dan mengunci sasaran yang masuk.

Kos Iron Dome $50 juta per battery dan $40,000 per missile.

H4M4S melancarkan sistem serangan yang dikategorikan missile barrage, ‘hujan peluru berpandu’, oleh itu walaupun Iron Dome mempunyai peluncur interceptor yang berkemampuan, tetapi dalam situasi yang berlaku baru-baru ini, serangan tersebut menang dalam segi jumlah, mengalahkan jumlah selongsong peluncur yang akhirnya kosong dan perlu diisi semula, dalam kaedah ini pertahanan ini dikategorikan sebagai pertahanan pasif, berbeza dengan penggunaan platform berkenderaan yang mempunyai mobiliti dan pasukan pengisian/reload.

Nisbah serangan telah mengagalkan sistem pertahanan tersebut.

Photo : Sistem pertahanan Iron Dome

Abdul Baqi Muhammad