pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor







SAMAN SAHAJA KARPAL...JANGAN BAGI MUKA KERANA DIA BERMUKA-MUKA



Hina Mahkamah, Karpal Fail Dakwaan

Friday, 16 April 2010 3:52 PM Oleh Noor Safinas Ghazali


KUALA LUMPUR : "Dia pembohong. Dia menipu pada inkues".


Berikutan kenyataan itu, satu permohonan dakwaan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, telah difailkan Karpal Singh hari ini bagi mendakwa beliau menghina mahkamah kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.


Permohonan itu dibuat mengikut Item 26 Akta Mahkamah Rendah 1948 berhubung inkues Teoh Beng Hock.


Usul supaya Nazri dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah disokong oleh affidavit yang difailkan oleh Teoh Meng Kee, yang merupakan abang Beng Hock.


Permohonan bagi mendapatkan perintah itu akan didengar di Mahkamah Koroner selepas Selasa depan.


Karpal dipetik berkata, sudah tiba masanya bagi Nazri dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana beliau telah menganggu kelancaran perbicaraan inkues itu.


"Ini boleh dilihat sebagai percubaan oleh eksekutif bagi mengenakan tekanan terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung,” katanya lagi.


Nazri melabelkan Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia menghadapi 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia setelah terbabit dengan inkues itu.


Pornthip dijadualkan memberi keterangannya pada 20 April ini dan dijangka akan disoal mengenai pengamatannya terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat mendiang Teoh.

MARI -Mari rm 2 sahaja

SAMY VELLU DAN BN MAKIN LEMAH

Samy Vellu Bakal Lepas Jawatan

Friday, 16 April 2010 11:35 AM Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Presiden MIC, S. Samy Vellu, akan berundur dari jawatan itu dalam tempoh 14 bulan lagi.

Samy Vellu mengesahkan bahawa timbalannya Datuk G. Palanivel akan menggantikan beliau untuk mengepalai MIC.

“Beliau akan jadi Presiden dalam tempoh 13 atau 14 bulan lagi.

“Apabila beliau jadi Presiden, beliau boleh pilih siapa calon disukainya untuk bertanding dan berpeluang memilih kawasan yang baik untuk dirinya sendiri,” kata beliau seperti dipetik madia hari ini.

Samy Vellu berkongsi pendiriannya ini pada hari Palanivel sah digugurkan dari tiket bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil ini.

Beliau sebelum ini pernah disebut-sebut akan meninggalkan parti dalam tempoh setahun sejak pemilihan tahun lalu.

Malah laporan awal tahun lalu menyebut beliau akan melepaskan jawatan itu sebaik selepas pemilihan September lepas.

Beliau juga dikatakan akan pergi bercuti awal tahun ini untuk memberi peluang kepada Palanivel tetapi menangguhkannya atas alasan masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan.

Samy Vellu dan Palanivel merupakan antara enam calon MIC kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Palanivel, wakil rakyat Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas dua tahun lalu digantikan oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan untuk membawa cabaran BN.

Mahasiswa Berhak Ke Hulu Selangor!

Mahasiswa Berhak Ke Hulu Selangor!

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Mahasiswa juga berhak dan tidak seharusnya disekat daripada menyertai sebarang aktiviti kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini kerana mahasiswa juga mempunyai kuasa untuk meyuarakan pendapat mereka.

“Mahasiswa juga boleh memberi kritikan kepada pemerintah Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Mereka berhak memberi pendapat dan pandangan mereka dan biarkan rakyat sendiri yang membuat keputusan,” jelas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution yang membantah amaran Menteri Pengajian Tinggi kepada mahasiswa agar tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Menurut beliau, seharusnya mahasiswa tidak perlu diugut dengan pelbagai sekatan yang ada untuk mereka menyampaikan mesej dan pendapat mereka kepada rakyat di Hulu Selangor.

Saifuddin Nasution melihat tindakan mahasiswa tidak mendatangkan masalah dan kerunsingan sekiranya mahasiswa ingin melibatkan diri dalam PRK Parlimen Hulu Selangor kerana itu merupakan hak demokrasi untuk mahasiswa.

“Universiti adalah tempat masyarakat berilmu dan sudah tentu kefahaman mereka tentang sesuatu perkara mantap dan baik.

“Jika masih wujud penafian hak maka ia tidak seharusnya digelar sebagai sebuah universiti,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam Forum Penyuburan Amalan Demokrasi Di Malaysia : Peranan Mahasiswa yang telah mempertemukan ahli-ahli politik dan mahasiswa setelah hampir 20 tahun forum berbentuk politik seperti ini dikuburkan daripada universiti tempatan.

Forum yang disertai oleh Saifuddin Nasition, Salehuddin Ayub, Loke Siew Foke dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang diadakan di Universiti Malaya telah menghimpunkan mahasiswa dari pelbagai Institut Pendidikan Tinggi (IPT) untuk berbicara mengenai peranan mahasiswa dalam menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.




MAHASISWA BERHAK DAN PERLU PERJELASKAN TENTANG PEMBOHONGAN YANG BAKAL DI LAKUKAN UMNO DAN AHLINYA...

DUIT TIMBUL MASA NI....

Menurut rakan-rakan seperjuangan, Tan Wei Shu, pengumuman ahli dewan undangan negeri Bakar Arang itu untuk keluar dari PKR adalah sesuatu yang dirancang supya ia serentak dengan penamaan calon BN di parlimen Hulu Selangor.

Bagi Adun Sungai Petani, Johari Abdul, jika benar Tan mendakwa beliau keluar PKR tidak ada kaitan dengan penggugurannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah, mengapa beliau membuat pengumumannya semalam.

“Kenapa letak jawatan sekarang? Kenapa tidak bulan lalu? Jika benar ia tidak ada kaitan, mengapa pilih tempoh masa ini? Soal Johari ketika dihubungi.