Zainuddin Omar
Hati-hati dengan fitnah walaun. Tak kisah berapa kali kau isi petrol sehari asal kuota bulanan masih ada.
Zainuddin Omar
Hati-hati dengan fitnah walaun. Tak kisah berapa kali kau isi petrol sehari asal kuota bulanan masih ada.
Dalam satu video yang tular, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengulas tentang intergriti polis di Malaysia.
Menurutnya, polis dan mana mana jabatan kerajaan lain pasti ada isu dengan integriti. Dan ianya hal yang serius.
Tan Sri Ayob Khan berkongsi kisah bagaimana seorang polis berpangkat inspektor yang masih baru bertugas di Johor, mampu memiliki kereta mewah, Vellfire.
Beliau berkata: “Ada Pegawai polis ni dekat Johor, pangkat inspektor baru keluar dari pusat latihan Inspektor, campur-campur gaji mungkin ada RM4,000 ke RM5,000. Sekarang ini dah Pakai Vellfire.
“Saya dan isteri saya pun kerja polis jugak, kereta pertama saya beli, saga terpakai harga dalam RM17,000 jugak, dulu lah, 1993.
“Lepas tu kereta kedua pun second hand jugak, kereta ketiga pun second hand. Kereta keempat barulah merasa kereta baru, ketika itu sudah berpangkat superintendent.
“Yang ini baru keluar, saya minta pegawai JIPS – Jabatan Integriti, siasat inspektor tersebut. Baru sahaja dilantik, namun kereta vellfire. Sedangkan saya pun tak pakai vellfire.
Datuk Ayub kemudian menegaskan bahawa pegawai itu disiasat, dan menyatakan bahawa kereta mewah itu adalah hadiah daripada emak saudaranya.
Beliau meneruskan perkongsiannya: “Selepas siasatan, dia kata mak saudara dia bagi. Saya tanya balik, mak saudara dia kerja apa? Mana tahu, mak saudara dia jutawan kan, okey lah kan.
“Tengok tak ada pun emak saudara dia jutawan. Apabila ditanya dua tiga soalan, haaa, tersangkut sangkut, jadi sah memang tak ada [emak saudara jutawan].
“Rupa rupanya dia ada ”collection’ bulan-bulan.
“Saya cerita ni bukan nak cerita keburukan polis. Sama sahaja, dalam kebanyakan tempat-tempat agensi lain pun sama.
“Macam tadi dekat Jabatan Imigresen, kita tangkap. Dia ada counter setting . Di mana dia sudah memberitahu untuk seseorang itu pergi ke kaunter 8 pada jam tertentu. Dia tak cop pun dokumen, lepaskan begitu sahaja.
“Benda itu memang berlaku, dan tak akan berakhir. Sebab dan terbiasa rasa duit haram tu. Dia tak akan puas, tak akan cukup.”
Tangkap yang atas
Tan Sri Ayob kemudian berpendapat, untuk melumpuhkan rasuah ini, harus jangan ada pilih kasih dalam mengambil tindakan. Terutama sekali, melibatkan pegawai yang berpangkat tinggi.
Ayob menambah: “Sebab itu kalau nak tangkap mereka yang menerima rasuah ini, kita tangkap yang di atas. Kalau di atas betul Insya Allah yang bawah tu pun betul.
“Kalau dia tak betul pun, dia takut nak buat. Tapi kalau yang di atas tak betul, macam mana kita nak betulkan orang bawah?
“Kalau saya, [sebagai contoh] saya buat collection bulan-bulan mungkin RM2 juta, RM3 juta. Mustahil yang di bawah tak sakau. ‘Tok Ayob pun sakau Pakat-pakat sakau lah kan?’
“Oleh itu, jangan ada double standard. Kadang-kadang kita ambil tindakan ni.
“Misalnya, dalam polis ni, anggota-anggota kita ni yang MPV [Unit kereta peronda], URB [Unit Rondaan Bermotosikal] yang nak tahan orang kan, ada lah dia ambik pun mungkin RM300 atau RM1,000, tertangkap, terus dibuang kerja.
“Tetapi mereka yang di atas, collection dia mungkin seratus ribu ringgit sebulan, mungkin tiga juta ringgit, jarang ataupun kadang kadang sahaja kena tangkap walaupun ada.”
Sumber: The Vocket
Timbalan Ketua Polis Negara
TS Ayob
Alif Jamil
Hahaha walatoksakatua meroyan dgn abam.
Dia bengang bila abam puji PMX turunkan harga petrol.
Dia nak claim jugak atok pon pernah turunkan 27sen harga petrol walaupon sebenarnya harga minyak tu naik balik ke harga asal lepas sebulan 😂
Ajer gampang punya saka 😂
Ketibaan saya disambut mesra oleh Presiden, Dr José Ramos-Horta, dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão, diiringi persembahan budaya yang penuh harmoni, cerminan persahabatan erat kedua-dua negara.
Dalam satu simbolik istimewa, saya dijemput menaiki Mini Moke, kenderaan klasik berbumbung terbuka yang sinonim dengan gaya Ramos-Horta mendekati rakyat pada majlis rasmi, malah beliau sendiri memandu, dengan saya di tempat duduk hadapan dan Gusmão di belakang, sebelum kami bertiga meneruskan perjalanan bersama ke sebuah hotel berdekatan.
Mohon doa dan dukungan agar segala urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudahkan, Insya-Allah.
///
Arrived at Presidente Nicolau Lobato International Airport for a two-day official visit aimed at further strengthening bilateral relations between Malaysia and Timor-Leste.
I was warmly received by President Dr José Ramos-Horta and Prime Minister Kay Rala Xanana Gusmão, in a cordial atmosphere that reflects the close friendship between our two nations.
🇲🇾🤝🇹🇱
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Baru² ni pakar ekonomi dari Bank Dunia dah puji ekonomi Malaysia.
Sekarang pulak , agensi antarabangsa S&P Global pun sahkan benda yg sama.
Kedua² pihak antarabangsa ini mengakui bahawa ekonomi Malaysia harini sangat steady.
Hutang negara berjaya dikawal dgn baik.
Kewangan negara diurus dgn cemerlang.
Apa maksudnya untuk kita ?
1. Pelabur yakin.
Bila pelabur yakin , semakin banyak pelaburan akan masuk. Apabila pelaburan banyak masuk, maka banyak peluang dan ruang kerja yg terhasil.
2. Hutang terkawal.
Kerajaan berjaya mengurus dan menjimatkan pembayaran faedah hutang dan duit lebihan untuk diagihkan kpd rakyat secara adil dan bersasar.
3. Reformasi terbukti dalam dasar Madani.
Perlaksanaan subsidi bersasar dan sistem cukai yg adil diiktiraf oleh badan antarabangsa.
Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia harini sedang
bangkit dibawah pemimpin yg tepat.
ISWARDY Morni
Daripada 28 alasan melalui petisyen rayuan itu, 15 alasan berhubung pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan manakala sembilan alasan bagi tuduhan menyalahgunakan harta mengikut Seksyen 403 kanun sama dan empat alasan bagi dua tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram 2001.
Antara alasan yang diberikan, Pendakwa Raya menyatakan Hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila membuat tuduhan liar kepada pendakwaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia dengan kononnya (pendakwaan dan SPRM) telah memberikan tekanan kepada saksi pendakwaan ke-13 iaitu bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, untuk memberikan keterangan bagi menyenangkan hati SPRM dan menyesuaikan keterangan bagi kes pendakwaaan.
Aliff Jamil
Hari ini, medan politik bukan lagi hanya di pentas ceramah atau ruangan parlimen, tetapi dihujung jari rakyat di media sosial.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023, lebih 30.25 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet aktif, iaitu sekitar 91% daripada keseluruhan populasi.
Manakala laporan Digital 2024 oleh DataReportal mencatatkan bahawa 84.3% rakyat Malaysia aktif di media sosial.
Angka ini jelas menunjukkan majoriti rakyat membentuk pandangan politik mereka melalui apa yg mereka baca, tonton dan dengar di platform digital.
Ingat, keadaan politik harini tidak sama seperti 10-20 tahun lalu.
Dulu, propaganda hanya tersebar melalui televisyen, akhbar dan ceramah kelompok.
Tetapi kini, fitnah dan tohmahan boleh sampai kepada jutaan rakyat hanya dgn hanya satu hantaran diFacebook, TikTok, Instagram atau X.
Inilah realiti baharu, media sosial telah menjadi medan propaganda paling utama yg menentukan jatuh bangunnya sokongan politik.
Kerana itu, tugas Pemuda Pakatan Harapan harini bukan sekadar menunjuk muka dalam mesyuarat, bergambar dgn clutch bag dan kasut muncung buaya, kemudian memuat naik foto seolah-olah itu sudah tanda perjuangan..
Itu gaya politik lama yang basi.
Itu hanya gaya politik mencari kawan dan mengisi masa lapang , ia tidak mengisi makna perjuangan sepenuhnya..
Politik hari ini menuntut kerja keras di ruang digital, menulis dgn fakta, berkongsi dasar kerajaan perpaduan, membetulkan naratif dan menangkis fitnah yg dilemparkan terhadap PMX dan kerajaan Madani.
Jangan lupa, politik bukan sekadar memuat naik gambar hulur bantuan dikampung atau kawasan.
Ya itu penting, tetapi ia hanya sebahagian dari perjuangan.
Yang lebih penting adalah bagaimana barisan Pemuda menyampaikan dasar² kerajaan dari sudut ekonomi, pendidikan, kesihatan hinggalah kpd isu kos sara hidup..
Dalam bahasa mudah yang difahami rakyat.
Jika rakyat tidak faham, mereka akan termakan dgn fitnah pembangkang yg penuh racun dusta.
Pemuda Harapan harus menjadi benteng utama. Benteng yg bukan hanya berdiri di jalanan, tetapi juga di medan maya.
Pemuda Harapan harus menjadi nadi penerangan kerajaan Madani yg menjelaskan dasar dgn hujah, tangkas menangkis fitnah dgn fakta dan membina naratif dengan keberanian dan kebenaran..
Ingat wahai Pemuda Harapan, senjata paling tajam dizaman ini bukan lagi keris atau tombak, tetapi papan kekunci dan pena digital.
Jika kalian terus lena, medan propaganda ini akan terus dipenuhi oleh suara fitnah yg meracuni rakyat.
Tetapi jika kalian bangkit, bersatu dan menulis dgn keberanian, maka fitnah akan tumbang dan kebenaran akan menang..
Bangkitlah Pemuda Pakatan Harapan..
Bangun dari tidur kerana fitnah itu tidak pernah tidur..
Inilah masa untuk kalian menjadi juru bicara rakyat, pembela kebenaran dan benteng kerajaan Madani.
Kerajaan Madani harini sedang bekerja keras untuk menstabilkan ekonomi, menarik pelaburan, menurunkan kos sara hidup hinggalah membina dasar jangka panjang untuk masa depan negara.
Tapi semua ini tidak bermakna jika para Pemuda Harapan tidak menjelaskan kepada rakyat dalam bahasa yang mudah difahami.
Jika rakyat tidak tahu, mereka akan percaya cerita bohong lawan.
Ingatlah, senjata paling tajam pada zaman ini bukan lagi keris atau tombak, tetapi papan kekunci dan pena digital.
Jika Pemuda terus lena, ruang digital akan terus dipenuhi racun fitnah.
Namun jika Pemuda bangkit, bersatu, dan menulis dengan keberanian, fitnah akan tumbang, kebenaran akan menang.
Pemuda Pakatan Harapan jgn hanya jadi penumpang. Jadilah benteng utama dan nadi penerangan kerajaan perpaduan.
Berhujah lawan dgn fakta, tawan naratif dgn tulisan dan bakar semangat rakyat dgn kebenaran.
Dan ingat , jika kalian terus lena dan malas berjuang dimedan maya ini, kalian merupakan salah satu penyumbang kpd kejatuhan kerajaan Madani khususnya Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kerana dalam perang propaganda ini, tiada ruang untuk yg lemah dan ragu².
Sama ada kalian bangkit sebagai singa yg mengaum, atau kalian rela menjadi kambing yg disembelih.
Pilihan ada ditangan kalian.
Hasnul Zulkarnain
Bersyukurlah en Sulaiman M M Mujer. Sekurang2 berkhidmat dlm PDRM ada kenaikan gaji. Awal tahun dpn naik lagi.
Hujung minggu pula en Leman boleh part time tangkap gambo pengantin. Masyukkk la juga.
Banyak mana sangat minyak petrol yg en Leman isi? Kalau ada lebih pun mungkin rumah pengantin jauh dari Ipoh. Tapi servis cameraman bukan pree..
Harap En Leman tabah dan cekal menerima kehadiran pegawai JIPS Bkt Aman yea…
Che Ibrahim
Sesiapa yang rasa payah nak ikut syarat kerajaan untuk beli minyak dgn harga subsidi, mereka masih boleh membeli minyak ikut suka hati mereka, tanpa guna ic, tanpa lesen memandu... Dok kalut bakpo???
Gaji guru Pasti jauh lebih rendah berbanding gaji guru Tadika di Brunei.
Deris Sagon kata UMNO tinggal 26 kerusi.
Tapi Deris ni lupa nak tengok cermin.
UMNO walaupon tinggal hanya 26 kerusi, tapi UMNO tetap ada leverage.
UMNO tetap ada nilai tawar.
Dan paling memedihkan hati PAS, 26 kerusi UMNO itu tetap menjadi komponen kerajaan Perpaduan.
Tapi PAS?
Sekarang dah terjun masuk kolam sempit yg penuh dgn parti² Melayu-Islam konservatif.
PAS parti Melayu-Islam.
Bersatu pon parti Melayu-Islam.
Tambah lagi dgn Putra, Pejuang, Berjasa, Ikatan dan Iman…
Semuanya jual koyok retorik yg sama.
Inilah sindrom “overcrowding”.
Bila terlalu ramai berebut pada kolam undi yg sama, akhirnya undi Melayu akan menguncup, ia tidak akan berkembang.
Dan inilah punca “vote dilution” yg bakal memakan PAS sendiri nanti.
Lebih parah lagi, PN memang gagal tembus kawasan bandar dan kerusi campuran.
Meskipun dalam Perikatan Nasional ada Gerakan. Tapi Parti Gerakan itu hanya parti 'scrap car'.
Ada pon macam takde.
Tak “gerak”, tak “makan”. Itulah Gerakan..
Maka undi bukan Melayu dan kawasan campuran kekal bersama PH.
Undi bandar & semi-bandar tetap majoriti pada PH.
Bezanya, PH-BN tidak berebut kolam sama.
UMNO bawa kekuatan akar umbi luar bandar.
UMNO masih ada kekuatan dikawasan 'Malay Belt Region'.
PH pulak bawa kekuatan dari bandar & bukan Melayu.
Dua blok ni bila bergabung , maka akan tambah pasaran baru dan undi boleh dikembangkan.
PAS pula?
Asyik berpusing dalam gelanggang lama dalam kolam yg sama.
Overcrowding makin teruk dan sokongan semakin statik.
Silap haribulan , Perikatan Nasional boleh hilang kerusi² selamat dan kerusi² Melayu kembali ke UMNO semula.
Lebih bala lagi jika pengundi² atas pagar majoriti mengundi PHBN.
Jika fenomena ini berlaku , tak mustahil PAS akan kembali merasa 18 kerusi atau hangus deposit mcm parti Pejuang.
Jadi sebelum Deris Sagon nak sindir UMNO, eloklah cermin parti sendiri dulu.
Bala besar sedang tunggu PAS dalam PRU akan datang.
Akhir sekali , 26 kerusi UMNO tu setidaknya berperanan sebagai pembuat dasar berbanding 40 kerusi PAS yg hanya jadi pasu bunga..
Pmx kenapa turunkan harga minyak petrol Rm1.99 sen Seliter,Walaun penat bersilat buat perhimpunan turun anwar, alih-alih minyak yang turun, kecewa walaun dan walauntit,
Tak ada modal lah depa lepas ni bila Pmx tak turun tetapi minyak pula yang turun harga,
Alhamdulillah terima kasih Pmx dan kerajaan perpaduan kerana berjaya menurunkan harga minyak dan melindungi subsidi rakyat agar warga asing tidak dapat merompak dengan sewenang-wenangnya,
Che Ibrahim
Anwar telah tunaikan kata katanya "hari ini kita menang, besok minyak turun...." walaupun mungkin agak terlewat dari zaman kata kata tersebut dikeluarkan.
Kata keramat ini disebut tahun 2012, ketika itu Pas bersama Anwar dalam PR, janji tersebut adalah janji PR, bukan janji Anwar. Semasa kata kata tersebut disebut, pemimpin Pas bersama Anwar atas pentas yang sama, penyokong Pas melaungkan takbir menyokong kata kata tersebut.
Namun sekian lama kata kata itu menjadi bahan ejekan yang berulang ulang kerana permusuhan dan kebencian atas kejayaan Anwar menjadi PMX, sedangkan Pas kekal sebagai pembangkang.
Kita menunggu pula janji lebai untuk tegakkan hudud walaupun 33 bulan berkuasa mereka sunyi sepi. SG4 (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis) pun dah sunyi dari agenda pelaksanaan hudud, mungkin kerana penasihatnya ialah Tun Mahathir, seorang PM yang telah menghalang hasrat Pas untuk laksanakan hudud di Kelantan tahun 1993.
De De
Cuba baca komen2 dalam ni... Tiap Kali ada berita baik oleh kerajaan Malaysia Kepada rakyat.. pasti akan masuk berita Dari seberang..Dan rakyat mereka sentiasa tak henti2 puji cara negara kita Bina negara dengan menyamtuni rakyat..
Tapi rakyat kita yg type W langsung tak pernah rasa bersyukur pada Allah..apatah lagi berterimakasih pada kerajaan jauh sekali..malah siap maki hamun lagi adalaaa.. 🤷♂️
🚨 Breaking News dari Negeri Jiran!
Mulai 30 September 2025, Pemerintah Malaysia resmi menurunkan harga BBM RON95 menjadi hanya Rp7.800 per liter. Harga ini jauh lebih murah dibandingkan Pertalite di Indonesia yang kini masih di angka Rp10.000 per liter.
Kebijakan ini berlaku khusus untuk warga Malaysia dengan kuota subsidi maksimal 300 liter per bulan. Sementara warga asing tetap membayar harga non-subsidi sebesar RM2,60 atau sekitar Rp10.200 per liter. Pemerintah berharap langkah ini dapat meredam tingginya biaya hidup masyarakat dan sekaligus menata ulang beban subsidi negara.
💡 Bagaimana reaksi publik dan apa dampaknya bagi kawasan, terutama Indonesia? Baca analisis lengkapnya hanya di Update Nusantara 👉 updatenusantara.com/berita/ekonomi/2700/malaysia-turunkan-harga-bbm-ron95-rp7800/
300L, kalau kereta yang kapasiti tangkinya 60L, 𝗹𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗶𝘀𝗶 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 je dah habis kuota.
Ishk... Betul jugak kan?
Bro... Jangan kira saiz tangki kereta bro. Kira jumlah kilometer la. Pada kebiasaan, setiap 100km gunakan minyak dalam 6L - 8L. Bergantung kepada CC kereta.
Tapi kita cuba kira guna kereta yang agak 𝗹𝗮𝗿𝗮𝗽 (kuat makan minyak) la. 10L untuk setiap 100 kilometer. Atau 1L untuk setiap 10 km. Nak bagi mudah kira.
Jadi dengan 300L tu, darabkan dengan 10km, boleh dapat 3,000 km! Tak cukup lagi?
Memang boleh isi 5 kali je kereta yang tangkinya 60L tapi jarak perjalanan boleh pusing satu semenanjung dah tu. Buat la kira-kira mudah sikit
Kereta yang lagi besar CC macamana?
Alah... Beli kereta mahal mampu kan? Tak la miskin maknanya tu. Mampu la bayar RM2.60 seliter. Lagi pun, kereta CC besar takkan pakai RON95 bro. Buat malu je. 𝘈𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵 RON97. Eloknya RON99. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KUALA LUMPUR – Permohonan prosiding komital terhadap aktivis Mona din bagi penghinaan mahkamah berkaitan hantaran menyentuh inkues Zara Qairina Mahathir, tetap diteruskan meskipun beliau sudah mengemukakan pernyataan maaf, Jumaat lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, pihaknya tidak menerima permohonan maaf aktivis itu atau nama sebenarnya Che Muna Din yang dikemukakan menerusi laman Facebooknya.
Fendi Apple
Ini lah punca ia dah mula sakit hati bila mejoriti penduduk yng lain dapat unit rumah Condominium melebihi 2 unit sekeluarga. Selepas ia mula dengki dan ingin ganggu & gagal projek pemaju dgn pelbagai cara😂🤣😅😁


KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan pada 10 Oktober ini, dijangka akan sarat dengan pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan langsung kepada kesejahteraan rakyat, termasuk kenaikan bantuan tunai, serta pelarasan gaji pusingan kedua untuk penjawat awam.
Menurut penganalisis dari pelbagai firma penyelidikan, belanjawan kali ini, yang adalah yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), akan mengimbangi antara agenda reformasi fiskal dan keperluan untuk menyokong rakyat di tengah-tengah cabaran kos sara hidup.
Golongan berpendapatan rendah dan sederhana dijangka boleh menjangkakan berita baik, di mana peruntukan untuk program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka akan dinaikkan.
Penganalisis dari TA Securities meramalkan peningkatan peruntukan sebanyak 8.0 hingga 10 peratus daripada paras RM15 bilion pada tahun 2025.Kira-kira 1.7 juta penjawat awam juga bakal menerima khabar gembira melalui pelaksanaan fasa kedua Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Di bawah fasa ini, penjawat awam dalam kumpulan Pelaksana, Pengurusan, dan Profesional akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7.0 peratus, manakala kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan 3.0 peratus. Gaji minimum dalam perkhidmatan awam juga akan dinaikkan lagi kepada RM2,327 sebulan.
Bagi membiayai perbelanjaan ini sambil terus mengamalkan disiplin fiskal, kerajaan dijangka akan memperkenalkan beberapa langkah percukaian baharu. Antara yang paling signifikan ialah pelaksanaan cukai karbon buat kali pertama, yang akan dikenakan ke atas industri besi, keluli, dan tenaga.
Langkah ini selari dengan komitmen negara terhadap agenda kelestarian dan dianggarkan boleh menjana hasil tambahan sehingga RM5 bilion setahun.
Kerajaan juga mungkin akan menyemak semula cukai pelancongan yang dikenakan ke atas pelancong asing, dengan potensi kenaikan daripada RM10 kepada julat antara RM20 hingga RM50 setiap malam, terutamanya menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Walau bagaimanapun, penganalisis secara amnya tidak menjangkakan sebarang kenaikan cukai 'dosa' ke atas produk seperti rokok dan arak dalam belanjawan kali ini.
Langkah reformasi ini, terutamanya melalui kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lebih kukuh dan pelaksanaan e-invois, dijangka akan membantu mengukuhkan hasil kerajaan.
Hasil yang lebih kukuh ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara ke paras yang lebih rendah.
Penganalisis dari BIMB Securities dan OCBC mengunjurkan defisit fiskal bagi tahun 2026 akan berkurangan ke paras antara 3.5 hingga 3.6 peratus daripada KDNK, paras terendah yang pernah dicatatkan dalam tempoh tujuh tahun.
Dari segi perbelanjaan pembangunan, kerajaan dijangka akan lebih banyak menggunakan model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) untuk membiayai projek-projek pembangunan, terutamanya dalam sektor baharu seperti tenaga boleh diperbaharu dan infrastruktur pelancongan.
Di sebalik semua langkah ini, prospek ekonomi negara bagi tahun 2026 kekal positif.
Ekonomi Malaysia diramalkan akan berkembang antara 4.4 hingga 5.0 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
Pertumbuhan ini akan disokong oleh peningkatan pendapatan isi rumah hasil daripada kenaikan gaji, bantuan tunai, serta limpahan ekonomi daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Secara keseluruhannya, Belanjawan 2026 dijangka akan menjadi satu belanjawan yang seimbang, di mana kerajaan akan terus menyokong rakyat dan pertumbuhan ekonomi, sambil memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan untuk jangka masa panjang.
JOHOR BAHRU: 17 Jun - Penyokong Pas dilihat kena tipu apabila tiada seorang pun pemimpin dari ‘parti Islam’ itu disenaraikan sebagai ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Malah, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tiada dalam senarai ulama biarpun terdapat Dewan Ulama dalam parti itu.
Para ulama, asatizah, ilmuwan agama ini ramai daripadanya memiliki ijazah sarjana dan PhD serta bergelar profesor dalam bidang masing-masing serta diiktiraf ulama dunia.
Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuwan Islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal agama.
Seorang ulama akhlaknya cukup tinggi dan alim kerana mereka mempunyai ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, Qadi, Faqih dan Muhaddith adalah contoh ulama sebenar. Pemimpin-pemimpin Pas bukannya ulama.
Antara ulama, asatizah dan ilmuwan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia yang diakui dan diiktiraf ialah :
1. Maulana Aswadi (Hadith)
2. Maulana Abdullah Amir (Hadith)
3. Maulana Hussein Abdul Qadir (Hadith)
4. Sheikh Wan Izzuddin (Hadith)
5. Maulana Helmi, Tahfiz Pulau Tawar.
6. Maulana Johari, Tahfiz Sungai Salan Jerantut.
7. Maulana Wan Mohd Adli, Tahfiz Sungai Badak Jerantut.
8. Baba Li Sepanjang (Aqidah, Feqh)
9. Sheikh Husni Ginting (Aqidah, Sirah, Hadith)
10. Maulana Hasnul Hizam (Hadith)
11. Tuan Guru Hj Salleh Pondok Sik Kedah (Aqidah, Feqh)
12. Tuan Guru Hj Abdul Wahab bin Hasan (Ustaz Awang Lanai)
13. Tuan Guru Hj Rafaei Carok Salang Parit Panjang
14. Tuan Guru Hj Bakar (Belantek) Umar Parit Panjang
15. Tuan Guru Hj Rahim Jaafar Ulu Bakai Malau
16. Tuan Guru Hj Adnan Majid Sungai Karangan, Padang Serai
17. Tuan Guru Ustaz Rosyam, Sungai Kob, Kulim
18. Tuan Guru Ustaz Ridhouddin bin Tuan Guru Hj Wahab, Mudir MIU Mengkuang Titi
19. Tuan Guru Hj Bakar Penanti
20. Tuan Guru Ustaz Mutalib Md Arof Kubang Semang
21. Tuan Guru Hj Abdul Wahab Padang Cempedak Tasik Glugor
22. Ustaz Salmi Sungai Bakap
23. Sheikh Fahmi Zamzam (Aqidah, Feqh, Tasawuf)
24. Sheikh Nuruddin al Banjari (Feqh, Tasawwuf)
25. Dato’ Wan Zahidi – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan (Aqidah, Feqh)
26. Dato Haji Mohd Salleh Hj Ahmad (Aqidah, Feqh)
27. Ustaz Dr Jahid Sidek (Aqidah, Feqh, Tasawuf)
28. Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (Aqidah, Falsafah, Pemikir Islam)
29.. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki (Aqidah, Tasawuf, Hadis)
30. Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Hadith)
31. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre (Feqh)
32. Ustaz Nazrul Nasir (Aqidah, Feqh, Tasawuf)
33. Ustaz Rashidi Abdul Wahab (Aqidah, Feqh)
34. Ustaz Khalif Muammar (Aqidah, Falsafah)
35. Ustaz Dr Nik Roskiman (Aqidah, Tasawwuf)
36. Ustaz Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (Aqidah, Falsafah)
37. Habib Ali Zaenal Abidin (Sirah, Tasawwuf)
38. Habib Najmuddin Othman Al-Khered
39. Ustaz Muhadir bin Hj Joll (Aqidah, Feqh)
40. Ustaz Dr Asmadi Mohamed Naim (Aqidah, Feqh)
41. Syeikh Hj Abdul Raof Bin Nurin (Aqidah, Feqh, Tasawuf)
42. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (Aqidah, Tasawwuf, Tafsir, Hadith)
43. Ustaz Ellyeen Aminen (Aqidah)
44. Ustaz Al-Amin Daud (Aqidah)
45. Ustaz Abdul Rahman ar Raniri (Hadith)
46. Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain (Feqh)
47. Ustaz Nik Nazimuddin – Mudir Madrasah Khairuummah (Feqh)
48. Ustaz Muhammad Subki Abd Rahman – Mudir Pondok Repek Pasir Mas (Feqh)
49. Ustaz Mazrisyam (Feqh)
50. Ustaz Zamihan al Ghari (Aqidah, Feqh)
51. Ustaz Engku Ahmad Fadzil (Feqh)
52. Ustaz Basir Mohamed al Azhari (Aqidah, Feqh)
53. Ustaz Abdullaah Jalil (Feqh)
54. Ustaz Abu Zahrah Abdullah Tohir (Aqidah, Feqh)
55. Ustaz Umar Mohammad Noor (Hadis)
56. Ustaz Ayman al Akiti (Aqidah, Feqh)
57. Ustaz Dr Afifi al Akiti (Aqidah, Feqh, Falsafah)
58. Ustaz Dr Fauzi Hamat (Aqidah)
59. Ustaz Dr Luqman Haji Abdullah- Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah (Feqh)
60. Ustaz Hafiz Mansor (Aqidah, Feqh)
61. Ustaz Ibrahim Masran – Pondok Ledang (Aqidah, Feqh, Tasawuf)
62. Ustaz Wan Haslan Khairuddin (Aqidah, Dakwah)
63. Ustaz Mohammad Elias Al Malakawi – Madrasah Khairuummah (Aqidah, Feqh)
64. Ustaz Shahul Hamid (Dakwah)
65. Ustaz Mohamad Hanif Haron (Hadis)
66. Ustaz Danial Farhan Dolmat
67. Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin
68. Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah (Aqidah, tasawwuf)
69. Dr Shuhadak Mahmud
70. Ustaz Azahar Hashim
71. Ustaz Faiz (PU Faiz)
72. Ustaz Don Daniyal Biyajid
73. Ustaz Zakuan Faiz (Ibnu Batoota)
74. Ustaz Wadi Anuar (Aqidah, Sirah)
75. Ustaz Fawwaz Mat Jan (Fiqh, Sirah)
76. Sheikh Ahmad Sheikh Said Al Linggi Mufti N9 Rasah (Aqidah, Fight, Tasawuf).
77. Sheikh Rashid Sheikh Said Al Linggi N9 Rasah (Aqidah, Fight, Tasawuf)
Che Ibrahim
Sepasang suami isteri jika kedua duanya warganegara, ada ic yang tidak rosak cipnya, ada lesen memandu yang aktif, berhak dapat petrol bersubsidi 600 liter sebulan @ rm1194.00 sebulan.
Kalau kamu kata tak cukup, maka sahih la kamu tergolong dalam golongan kaya, sewajarnya kamu membeli minyak petrol tanpa subsidi.