Che Ibrahim
Anwar telah tunaikan kata katanya "hari ini kita menang, besok minyak turun...." walaupun mungkin agak terlewat dari zaman kata kata tersebut dikeluarkan.
Kata keramat ini disebut tahun 2012, ketika itu Pas bersama Anwar dalam PR, janji tersebut adalah janji PR, bukan janji Anwar. Semasa kata kata tersebut disebut, pemimpin Pas bersama Anwar atas pentas yang sama, penyokong Pas melaungkan takbir menyokong kata kata tersebut.
Namun sekian lama kata kata itu menjadi bahan ejekan yang berulang ulang kerana permusuhan dan kebencian atas kejayaan Anwar menjadi PMX, sedangkan Pas kekal sebagai pembangkang.
Kita menunggu pula janji lebai untuk tegakkan hudud walaupun 33 bulan berkuasa mereka sunyi sepi. SG4 (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis) pun dah sunyi dari agenda pelaksanaan hudud, mungkin kerana penasihatnya ialah Tun Mahathir, seorang PM yang telah menghalang hasrat Pas untuk laksanakan hudud di Kelantan tahun 1993.




No comments:
Post a Comment