15 MEI 2020, TARIKH PALING SESUAI UNTUK TUN M SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR


Bilakah tarikh paling sesuai untuk Anwar Ibrahim jadi PM?

Memandangkan isu penyerahan jawatan daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar terus berlarutan dan tiada kesudahannya, semakin ramai kini merasakan amat wajar Majlis Presiden PH menetapkan suatu tarikh yang tetap mengenainya.

Dirasakan, selagi tidak ditetapkan tarikh yang khusus, bukan saja ketidaktentuan akan berlanjutan, tetapi selagi itulah juga Tun Mahathir akan terus bercakap berubah-ubah macam sesumpah.

Daripada dua tahun, kemudian dua setengah tahun, seterusnya sehingga ekonomi pulih dan terbaru mahu tiga tahun pula.

Tidak mustahil selepas ini, seperti tidak sedar usianya sudah 94 tahun, beliau akan berubah nada lagi, tambahan jika dikelilingi golongan cari makan dan pengampu di kiri kanannya.

Walaupun diakui tiada tarikh khusus berkenaan penyerahan kuasa itu dalam perjanjian yang dimetrai bersama PH, harus disedari bahawa tempoh dua tahun itu mula-mula disebut oleh Tun Mahathir sendiri.

Katanya, oleh kerana beliau pernah ada pengalaman sebagai PM sebelum ini, tempoh dua tahun memegang jawatan itu buat kali kedua adalah mencukupi untuk tugas memulihkan ekonomi dan memperbaiki kerosakan dalam negara sebelum menyerahkan kepada Anwar untuk menggantikannya.

Disebabkan berpegang kepada janji Tun Mahathir itulah Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya menolak tawaran Yang Dipertuan Agong untuk dilantik sebagai PM, meskipun PKR memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam PRU14 lalu iaitu 47  kerusi Parlimen berbanding Bersatu yang hanya menang sebanyak 13 kerusi  saja.

Untuk rekod, dalam PRU14 lalu, Bersatu telah diperuntukkan 52 kerusi berbanding PKR sebanyak 51 kerusi Parlimen.

Kalau Dr. Wan Azizah boleh berpegang kepada janji, apa sebenarnya masalah Tun Mahathir yang sudah berusia 94 tahun, tetapi begitu liat dan berbelit-belit untuk patuh kepada janji?

Jika ikut logik, disebabkan tiada tempoh masa tertentu ditetapkan untuk penyerahan jawatan PM itu, bukan  saja Tun Mahathir yang boleh mempermain-mainkan atau melewatkan tarikh penyerahan, bahkan tidak menjadi kesalahan juga bagi pihak Anwar menuntut agar ia dipercepatkan.

Ditambah lagi,  selain kerana PKR memiliki jumlah kerusi terbanyak, prestasi Tun Mahathir sendiri dilihat gagal membawa apa-apa perubahan dalam negara sejak 16 bulan beliau menerajui negara ini.

Tun Mahathir bukan saja gagal memulihkan ekonomi sehingga pengundi bukan Melayu, jika kita rajin berbual-bual dengan mereka, ramai antaranya turut mahukan beliau berundur kerana perniagaan masih tidak berkembang dan merasakan peluang mesti diberi kepada Anwar menawarkan sesuatu yang baru kepada rakyat.

Tidak cukup dengan itu, janji reformasi dalam urus tadbir negara yang dipersetujui Tun Mahathir sebelum memegang kuasa juga gagal dilaksanakannya sehingga semakin lantang kedengaran menggelar beliau sebagai reformis palsu.

Tanggapan mereka, oleh kerana Tun Mahathir sudah terbukti gagal, memberinya lebih masa lagi memegang kuasa bersama usianya yang semakin tua, hanya akan menjadikan rakyat lebih derita dan sengsara.

Terlanjur pengganti pun sudah disediakan, mengapa harus ditunggu lebih lama lagi?

Maka itu, apakah tarikh yang sesuai sebenarnya untuk Tun Mahathir berundur bagi membolehkan Anwar mengambil alih teraju pentadbiran negara?

Jika ikut janji mulut Tun Mahathir sendiri iaitu dua tahun, tarikh penyerahan jawatan kepada Anwar sepatutnya ialah pada 10 Mei 2020.

Tetapi, kalau berdasarkan gagalnya beliau mentadbir negara, sebaliknya yang bertambah hanya kekalutan demi kekalutan dalam pelbagai isu, selain rakyat derita dan sengsara, seharusnya sekarang juga peralihan itu patut dilaksanakan.

Namun, demi masih menghormati beliau sebagai orang tua dan negarawan yang ada juga jasanya sebelum ini, jalan tengah paling mudah ialah mengambil kata janji Tun Mahathir sendiri sebagai pegangan dalam soal peralihan kuasa ini.

Tarikh itu ialah muktamad dua tahun sebagaimana janji Tun Mahathir sendiri tanpa ruang untuk dipercepatkan atau dilewatkan.

Dua tahun daripada 10 Mei 1998 ketika mengangkat sumpah ialah 10 Mei 2020.

Disebabkan 10 Mei 2020 itu jatuh pada hari Ahad, demi timbangrasa kepada seseorang yang sudah lanjut usia, barangkali tiada salahnya diberi “masa kecederaan” tambahan selama lima hari sehingga 15 Mei 2020 kepada beliau untuk melakukan penyerahan jawatan kepada Anwar.

15 Mei 2020, bersamaan hari Jumaat adalah paling sesuai untuk Tun Mahathir berundur dan mudah-mudahan ada berkat juga untuk Anwar memulakan tugasnya  sebagai PM yang baru pada hari mulia itu. (Shahbudindotcom 02/10/2019)


BERHENTILAH JADI MUNAFIK MAHATHIR



1. Buat kesekian kalinya pemimpin Melayu menganjurkan Kongres lagi.(Walaupun mereka akan berdalih penganjur adalah IPT ,kita tahu siapa dibelakangnya)
2. Memalukan. Setelah lebih 50 tahun merdeka dan sepanjang masa itu PM dan pemimpin2 utama politik dan kerajaan adalah semuanya Melayu, hari ini Melayu berkongres untuk mempertahan maruah Melayu.
3. Allah swt beri kita kuasa untuk kita jadi kuat dan adil. Kuasa memimpin ini bukan hanya untuk bangsa kita tetapi semuanya yang dibawah pemerintahan kita. Agar syiar Islam itu sampai kepada seluruh Alam. Pelajarilah dari Nabi Sulaiman AS yang diberikan kuasa dan kekuatan dan mengunakan kuasanya menjaga bukan sahaja seluruh bangsa manusia tetapi seluruh makhluk termasuk semut makhluk paling kerdil.
4. Pemimpin Melayu bila diberi kuasa hanya jaga anak bini dan kroni. Bangsanya sendiri pun tidak diberikan keadilan. Buktinya jelas. Lihatlah yang diatas pentas kongres itu nanti majoritinya jutawan, anak2nya jutawan, rumah dan kereta paling besar dan mewah di kota2 besar dunia semuanya ada diatas pentas itu.
5. Yang melarat adalah bangsa Melayu yang dibawah pentas. Yang diluar dewan lebih ramai yang melarat dan lebih parah sengsara mereka. Hakikatnya bukan rakyat Melayu sahaja. Rakyat Cina, India, Sikh, Kadazan, Iban semuanya ada yang sengsara dan melarat kerana ekonomi semakin mencengkam. Semua mereka wajib dibela oleh pemimpin negara. Tetapi tidak.
6. Maka berhentilah jadi munafik dan hipokrit wahai pemimpin2 negara. Khusus buat Tun Dr Mahathir Mohamed yang Allah telah beri kuasa paling panjang dan lama, berhentilah. Tun telah gagal. Kongres ini adalah manisfestasi sebuah kegagalan.
7. Kalau masih tidak mahu berhenti, setidak2 nya lakukanlah pembetulan dengan jujur, ikhlas demi rakyatmu yang susah. Ingat pesan Saidina Abu Bakar, ‘yang paling dekat denganku adalah yang paling lemah dikalangan ku’.
8. Atau sekurang2nya lakukanlah 2 perkara ini :
i) Buanglah kalangan menteri-menteri yang diberi kuasa kali ini tetapi melakukan perangai serupa seperti mana menteri2 yang diberi kuasa dahulu. Hanya sibuk mengumpul harta buat anak pinak dan kroni sahaja. Bermewah dan menikmati kuasa disaat rakyat bergelut dengan seribu kepayahan.
ii) Sesuai dengan nama kongres maruah. Buanglah menteri yang paling tiada maruah dikalangan kamu. Yang terang melakukan perbuatan tidak bermaruah. Ditayang seluruh dunia. Dicabar untuk didakwa. Diam seribu bahasa. Terus jadi menteri. Dilindungi oleh PM. Tiada maruah.
9. Saya yakin PM tidak akan lakukan semua pembetulan ini. Kerana kongres ini bukan untuk bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak perlu kongres ini kerana maruah bangsa tetap utuh. Yang hilang maruah dan perlukan kongres ini untuk menjaga kepentingan mereka adalah PM dan pemimpin2 Melayu yang terus menjadi munafik dan hipokrit, terus bermain kuasa, kaya raya anak pinak dan kroni mereka.
10. Menjijikkan. Memang tepat namanya kongres maruah tetapi bukan maruah Melayu, maruah pemimpin2 Melayu yang sudah hilang maruah. Nama yang betul dan sewajarnya ialah KONGRES MARUAH PEMIMPIN MELAYU.
Selamat berkongres.(Dengan pembetulan nama kongres)
Mohamad Ezam Mohd Nor
2 Oktober 2019, 3 Safar 1441H.

SKANDAL MENGGEMPARKAN BABIT PENGERUSI PAC DAN MENTERI BN?

Image result for NAJIB 1 MDB

DASHYAT SUNGGUH MODUS OPERANDI UNTUK LINDUNGI NAJIB....

◼️ Mengubah Laporan Akhir PAC ke atas 1MDB.

◼️ Laporan PAC tiada skop siasatan terhadap Najib tetapi Najib menggunakan Laporan tersebut konon sebagai membersihkan diri dia.

◼️ Pengerusi PAC sorok Surat Bank Negara yang mengesahkan Goodstar Limited adalah milik Jho Low daripada semua Ahli² PAC.

◼️ Pengerusi PAC Hassan Ariffin, Ahli Parlimen BN Rahman Dahlan, CEO Media Prima Farid Redzuan dan beberapa orang lain mengadakan pertemuan sulit sebelum dan selepas setiap sesi soaljawab PAC untuk membimbing Shahrol Halmi menjawab soalan² oleh PAC. Jawapan² juga disediakan oleh Jho Low.

◼️ Hassan Ariffin merupakan Ahli Parlimen Rompin yang menang By-Election menggantikan Jamaluddin Jarjis.

◼️Jamaluddin Jarjis bersama² Dato Azlin Alias terbunuh dalam satu kemalangan helikopter. 

◼️ Rahman Dahlan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan salah seorang jurucakap PM berhubung kes 1MDB.

◼️ Rahman Dahlan pernah hire Eric See To @ Hantu Tongsan Lim Sian See sebagai balaci berhubung kes 1MDB ? 😁

◼️ Kesemua mereka sangat rapat dengan Najib.

◼️ Orang dari Pejabat Perdana Menteri menyuruh Arul Kanda dan Shahrol mengelakkan diri daripada hadir ke PAC dengan beredar ke luar negara.

◼️ Maka tidak hairan apabila Jho Low diatur supaya tidak perlu hadir ke PAC.

◼️ Juga tidak hairan apabila ramai saksi² utama yang dikehendaki oleh badan² penyiasat diarahkan supaya menghilangkan diri ke luar negara.

◼️ Mereka termasuklah Jho Low, Nik Faisal, Mohd Suboh, Eric Tan Kim Loong, Casey Tang, Terence Geh dan Jasmine Loo (iaitu penasihat Najib, proxi dan pegawai² tinggi 1MDB dan SRC).

◼️ Laporan Jabatan Audit Negara (JAN) berkaitan 1MDB / SRC yang dikemukakan kepada PAC turut dipinda di mana Najib dan Arul Kanda telah didakwa di mahkamah berkaitan tuduhan ini.

Berasaskan keterangan Shahrol Halmi, mereka ini perlu disiasat dan jika terbukti terbabit dalam usaha melindungi penyelewengan oleh Najib dan kunci²nya, mereka wajar diheret ke mahkamah untuk pengadilan.

https://m.kinitv.com/video/8cb386de-2d46-454e-9575-914f57fc29e3

SEMUA AKAN TEMPIAS JIKA MAHATHIR TIDAK TUNAIKAN JANJI


PETALING JAYA: Kumpulan pro-Anwar mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bahawa semua pemimpin bawahnya tidak akan dipercayai rakyat lagi jika beliau tidak tepati janji peralihan kuasa yang diuar-uarkan sebelum ini.
Otai Reformis 1998 mengulas kenyataan Mahathir mengatakan dia mungkin ada tiga tahun lagi sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15, mengatakan pimpinan komponen bersetuju Anwar akan mengambil alih tempatnya dalam tempoh dua tahun.
“Sekiranya janji Mahathir ini tidak ditepati maka kita yakin rakyat teramai akan hilang keyakinan bukan sahaja terhadap tahap kebolehpercayaan mereka kepada kata-kata dan janji-janji Mahathir, tetapi mereka juga hilang kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin PH secara keseluruhannya,” kata Pengerusi Idris Ahmad dalam kenyataan.
Kumpulan itu juga menolak alasan jawatan itu akan diserahkan sebaik negara pulih daripada beban hutang, mengatakan ketidakpastian sekitar isu peralihan kuasa menyebabkan pelabur asing rasa was-was.
“Selagi Mahathir tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan kepada Anwar, kita khuatir ekonomi kita akan berada dalam keadaan tidak menentu ekoran pelabur asing merasa was-was terhadap senario yang tidak kondusif ini,” katanya.
Peringatan daripada kumpulan pro-Anwar itu menyusuli kritikan pengasas PKR, Syed Husin Ali terhadap isu peralihan kuasa baru-baru ini.
Ahli politik veteran itu secara terbuka mengatakan dia tidak boleh pegang kata-kata Mahathir kerana beliau memberikan jawapan yang berlainan apabila bercakap mengenai hal itu.
Mahathir berkata dia mungkin ada tiga tahun lagi pada satu dialog di New York, Amerika Syarikat pada 24 Sept lepas.
PRU-15 dijadualkan berlangsung pada 2023.
Mahathir yang dilantik menjadi perdana menteri selepas Pakatan Harapan menang PRU-14 pada Mei tahun lepas berkata dia akan berundur selepas dua tahun.
Bawah perjanjian antara parti komponen PH, Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar, pilihan pertama sebahagian besar parti komponen, tetapi tiada tarikh ditetapkan.

MENTERI SUMBER MANUSIA CAMPUR TANGAN MASALAH FOODPANDA

MAT SABU REALISTIK PELUANG DI TANJUNG PIAI

90% PENDUDUK KAMPUNG BHARU SETUJU TAWARAN KERAJAAN

(function() { var d = document, w = window; w

RAKYAT AKAN TERUS TERKURUNG DALAM KEHIDUPAN SELAGI MAHIADDIN TIDAK SEGERA DIBUANG

  Sebagaimana disebut banyak kali dan diperkatakan pelbagai pihak, kegagalan utama kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin ialah mengawal penularan ...