KENYATAAN MEDIA 8 JULAI 2020



Saudara Mohd Azhar bin Che Mat Dali, Setiausaha Politik Presiden AMANAH telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan atas tuduhan rasuah pada petang semalam.

Susulan dari itu SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di ibu pejabat parti di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi ini.

Tindakan geledah itu telah dilakukan tanpa dikemukakan terlebih dahulu dokumen waran geledah kepada pegawai keselamatan Wisma Amanah Negara. Apabila ditanya, mereka menjawab waran itu akan diserahkan kepada Saudara Azhar yang telah dibawa bersama.

Seterusnya SPRM telah membuat permohonan reman terhadap Saudara Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya. Mahkamah telah memberikan kebenaran reman selama 6 hari.

AMANAH menuntut agar SPRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas siasatan dengan mengikut lunas-lunas perundangan dan prosedur dengan teratur.

AMANAH yakin Saudara Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM dan oleh itu tiada keperluan SPRM memohon penahanan reman. Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama dengan SPRM mungkin ada alasan untuk dia direman.

AMANAH memandang serius tindakan SPRM yang bersifat keterlaluan (excessive). AMANAH memohon supaya beliau diberikan hak untuk bertemu peguam sejajar dengan prinsip hak asasi dan perlembagaan.

Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan bahawa tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imej SPRM.

DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (AMANAH)

BERSEDIAKAH ZAHID HAMIDI MEMBERI LALUAN KEPADA MUHYIDDIN AMBIL ALIH PRESIDEN UMNO


Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO demi untuk mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz.
Menurut Nazri, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.
Kata beliau, dengan kembalinya Muhyiddin ke pangkuan UMNO, banyak masalah akan dapat diselesaikan, antaranya pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS.
“Muhyiddin tidak tinggalkan kita (UMNO) tetapi dipecat dan sekiranya beliau kembali, sumbangannya amat besar kerana bawa balik jawatan Perdana Menteri kepada UMNO.
“Tidak berbangkit apa akan jadi kepada Presiden UMNO kerana yang penting adalah parti, kita kena terima dengan tangan terbuka,” katanya kepada Astro Awani.
Nazri mencadangkan, sekiranya Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, jawatan presiden parti juga perlu diserahkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Hujah beliau, secara tradisinya, Perdana Menteri adalah merupakan Presiden UMNO dan pemimpin serta ahli parti perlu menerima penyertaan semula Muhyiddin dengan tangan terbuka.
“Kita sebagai orang Melayu kena sentiasa sedia bermaaf-maafan demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
“Kita kena bagi jawatan Presiden UMNO sebab beliau kembali bukan dengan tangan kosong tetapi dengan jawatan Perdana Menteri, kita kena terima, kena berkorban dan menerima dengan terbuka.
“Saya seorang anak Melayu, pada saya tidak ada pengorbanan yang tidak boleh kita lakukan demi agama dan bangsa kita,” katanya lagi.
SHAHBUDIN HUSSEIN


UMNO TOLAK MUHYIDDIN



HORAS

Apakah dengan kenyataan ini akan meyakinkan kita bahawa sampailah masa nya BERSATU dibawah Muhyiddin memikirkan kembali bahawa Umno jauh sekali ingin menerima BERSATU sebagai kawan dalam siasah sepertimana yang pernah diakukan oleh AMANAH, DAP dan PKR semasa pru14...inilah masanya ahli BERSATU harus memikirkan tindakan yang dilakukan oleh TSMY adalah salah dan perlu diperbetulkan dan hakikat politik diMalaysia sesiapa sahaja berfikiran berendirian dalam siasah seolah ingin menguburkan partinya sendiri sebab parti yang bersendirian tidak mampu memerintah sendiri malah ia dikenal sebagai berangan angan sahaja...fikirkan

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

ISU AIR KELANTAN: PELAWOK SEPANJANG ZAMAN

JAKIM PUN PADAM JUGA




SOKONGAN MUAFAKAT NATIONAL TERHADAP MUHYIDDIN HANYA SANDIWARA


Hanya dalam tempoh dua hari, nada kenyataan Annuar Musa berhubung sokongan UMNO kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dilihat sudah mulai berbeza.
Dua hari lalu, beliau berkata, secara prinsipnya Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas telah bersetuju menyokong atau mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri seterusnya.
“Di peringkat jawatankuasa bersama Muafakat Nasional yang saya Setiausaha Agungnya, memang betul apa disebutkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang berkenaan perkara tersebut.
“Pendirian UMNO dan Pas dalam soal ini adalah pendirian yang sama.
“Saya sahkannya,” kata Annuar yang juga Setiausaha Agung BN serta Menteri Wilayah Persekutuan.
Semalam pula, Ahli MT UMNO itu berkata, sokongan Muafakat Nasional kepada Muhyiddin untuk terus menjadi Perdana Menteri hanya terhad jika pilihanraya mengejut diadakan dalam tempoh terdekat ini saja.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan pendirian sebenar Muafakat Nasional terhadap Muhyiddin untuk tempoh yang jauh ke depan.
“Politik ini benda yang dinamik. Pendirian kita sekarang, kita menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
“Jika pilihanraya diadakan secara mengejut, kita bersama dengan Muhyiddin.
“Tapi selepas, itu, jika jauh ke depan, saya tak boleh jawab perkara yang terlalu jauh ke depan,” katanya lagi.
Pulakkkk?
Kenapa jadi begitu?
Apa bezanya menyokong Muhyiddin untuk pilihanraya mengejut yang mungkin diadakan dalam dua tiga bulan akan datang dengan pilihanraya sebenar yang bakal diadakan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi?
Mengapa sokongan yang konsisten dan berkekalan tidak boleh diberikan kepada Muhyiddin, tidak kira sama ada pilihanraya untuk mengejut atau pilihanraya sebenar?
Bukankah jika sokongan itu ikhlas dan Muafakat Nasional benar-benar ingin mengekalkan lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tidak kira bila pun pilihanraya diadakan, pendirian yang diberikan sepatutnya adalah sama?
Apakah ini bermakna Muhyiddin sedang disandiwarakan oleh Muafakat Nasional, UMNO dan juga Pas?

 (Shahbudindotcom 08/07/2020)

TU DIAAA....KENA TAHAN...

Rasuah projek RM56 juta, setiausaha politik bekas menteri direman enam hari #BHkes

SPRM tahan setiausaha politik bekas menteri


Share



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik bekas menteri untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek pertahanan bernilai lebih RM56 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini hingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.


Menurut sumber, bekas Setiausaha Politik yang berusia 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan. 
Siasatan awal mendapati suspek dikatakan menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem itu yang dikeluarkan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada sekitar Ogos 2019.
SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Kenyataan Media [Untuk Edaran Segera] Pesanan Kepada Saudara Khairuddin Abu Hassan,


LEBIH MULIA PELACUR JALANAN YANG BERHARGA BERBANDING PELACUR POLITIK YANG TIDAK BERMARUAH
Sekurang-kurangnya pelacur di jalanan mempunyai nilai yang tinggi berbanding Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang tidak bermaruah apabila meninggalkan Pakatan Harapan demi bersekongkol dengan pihak lawan dan pengkhianat serta lacurkan mandat rakyat.
Pengalaman selepas Pakatan Harapan jatuh akibat Langkah Sheraton banyak mengajar kita dan adalah satu petunjuk untuk membezakan dalam kalangan kita, antara pejuang sejati serta pejuang jadian. Mereka yang sudah lama berjuang adalah pejuang sejati yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.
Kita harus lupakan DS Khairuddin yang datang tak bertambah pergi tak berkurang serta tidak lagi relevan. Dia ini boleh disifatkan sebagai pejuang jadian yang muncul dikala Pakatan Harapan mempunyai sokongan tinggi di kalangan rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kini lari ketika PH susah.
Parti Keadilan Rakyat sanggup berkorban kerusi tradisi Parlimen Jasin kepada Parti Amanah Negara atas dasar semangat setia kawan bagi memberi laluan kepada DS Khairuddin untuk bertanding atas logo KeAdilan pada PRU ke-14 seterusnya diangkat sebagai Penyelaras Parlimen Jasin.
Dikala kempen PRU ke-14 saya merupakan antara penceramah dan Ejen Tempat Mengundi yang berkempen untuk DS Khairuddin yang hanya kalah dengan 219 undi. Rakan-rakan seperjuangan daripada Amanah, DAP, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan KeAdilan telah bekerja keras untuk angkat individu ini yang diletak di tempat yang mulia oleh pimpinan Pakatan Harapan.
Kita perlu ingat pelacur politik adalah individu yang sanggup melacurkan diri untuk habuan dan menjadi parasit yang menumpang di atas sesiapa sahaja demi kelangsungan politik. Sudah berbulan-bulan DS Khairuddin tidak muncul di Parlimen Jasin untuk berkhidmat dan turun padang melihat rakyat di bawah.
Dibawah pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dengan gandingan YB Mohamad Sabu dan YB Lim Guan Eng, Pakatan Harapan semakin bertambah kuat dan konsisten menamakan DSAI untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia agar perubahan dapat dilakukan dan agenda Reformasi diteruskan demi rakyat.
Terima kasih kerana kamu memilih jalan keluar daripada Pakatan Harapan dan bersyukurlah kamu tidak dibuang sekali lagi bagaikan sampah seperti yang dibuat dulu oleh UMNO. Saya menyarankan agar DS Khairuddin bersara daripada politik kerana rakyat sudah muak dan jijik dengan pelacur politik yang tidak berprinsip.
07 JULAI 2020
PRASANTH KUMAR BRAKASAM
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG JASIN DAN NEGERI MELAKA

KESIAN SAJAT TAUUUU.....


HARIAN BECOK

Takkan pi Mekah tak boleh, up gambar mengghairahkan boleh kot??? Dulu bising sangat. Tak nak buat pape ke Kerajaan of the day ni?
Smiling face with open mouth and tightly-closed eyes


Image

ALOO...ADA ORANG TAK TUTUP AURAT

PARZIVAL

Salam Pemimpin PAS,




. Ada orang tak tutup aurat ni. Takde nasihat ke?



ImageImage

ECRL: Antara Ego Pemerintah dan Nasib Rakyat



Tiada penerangan foto disediakan.



1. The Edge Malaysia melaporkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membuat pertimbangan untuk mengembalikan jajaran projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada cadangan pertama ketika di bawah kerajaan BN. Jajaran asal akan melalui Bentong, Gombak dan Lembah Klang manakala jajaran yang dicadang oleh Pakatan Harapan melencong ke Jelebu dan Nilai.
2. Menteri Pengangkutan Dato Seri Wee Ka Siong pula dalam kenyataannya dua hari lalu berkata, cadangan kembali ke laluan asal adalah datangnya dari Menteri Besar Pahang. Apakah kerana cadangan yang serba regresif ini mendapat kecaman lalu Wee Ka Siong menolak puncanya kepada MB Pahang?
3. Seperti yang telah sedia maklum, perubahan jajaran yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah sembrono tetapi adalah berdasarkan kelebihan pelbagai aspek termasuklah faktor penjimatan, faktor geo-ekonomi dan juga faktor kelestarian alam sekitar.
4. Jarak landasan baharu meliputi sejauh 648 kilometer berbanding rancangan awal sejauh 688 kilometer. Ini sudah tentu mengurangkan jumlah hutan yang bakal dijarah khususnya apabila membelah banjaran titiwangsa menerusi Bentong-Gombak.
5. Penjimatan jarak sebanyak 40 kilometer juga mengurangkan kos sebanyak RM21.5 bilion iaitu daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer. Penjimatan ini merangkumi sejumlah 35 peratus dari kos asal dan dikatakan mampu membina lagi dua KLCC menurut Tun Daim Zainuddin.
6. Jajaran baharu juga membolehkan lebih banyak negeri mengambil bahagian, termasuklah Negeri Sembilan dalam manfaat ekonomi dan pembangunan hasil daripada perjanjian yang ditambah baik berbanding ketika pentadbiran BN.
7. Dari sudut warisan alam sekitar pula, Rabung Kuarzit Klang Gates yang terletak di Gombak Selangor, sebuah daripada rabung kuarza tulen terpanjang di dunia mampu diselamatkan dengan jajaran yang tidak melalui Gombak.
8. Jajaran baru ini juga dapat menghubungkan Laluan Ekspres KLIA (ERL) sedia ada, serta laluan MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pada masa depan. Ia sekaligus melengkapkan jaringan pengangkutan awam dari lembang Klang - Putrajaya - KLIA - Nilai - Jelebu dan seterusnya ke negeri pantai timur.
9. Bagaimana kos mampu dijimatkan? Hasil dari sebuah kajian kejuruteraan nilai atau ‘value engineering exercise’ secara menyeluruh mendapati, laluan jajaran baru dilihat lebih sesuai sekiranya dibina melalui Jelebu dan Nilai. Ini bertujuan untuk mengelak dari banyak perobohan kediaman, bangunan dan kemudahan lain yang sedia ada bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan dan stesen ECRL.
10. Kos mengambil alih tanah juga jauh lebih murah di Jelebu dan Nilai berbanding jika jajaran merentasi Lembah Klang. Reka bentuk dan jajaran yang lebih sesuai dengan keperluan semasa projek ECRL (laluan Jelebu-Nilai) turut berjaya mengurangkan kuantiti bilangan terowong dan laluan bertingkat yang akan dibina sekaligus mengurangkan kos pembinaan projek ECRL.
11. Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Aminuddin Harun dalam satu temuramah semalam berkata, perubahan ke jajaran asal ini selain akan melewatkan pelaksanaan, ia turut akan menyebabkan kurangnya impak ekonomi ke atas Negeri Sembilan.
12. Dato' Seri Aminuddin juga sedia membuat rayuan agar jajaran tersebut tidak diubah semula. Kenyataan ini menyerlahkan lagi sikap ambil peduli serta keprihatinan seorang MB terhadap rakyat dan negeri yang ditadbirnya.
13. Pada hemat saya, janganlah hanya kerana perbezaan politik, maka hak rakyat Negeri Sembilan untuk menikmati anjakkan ekonomi dan pembangunan bakal dinafikan seandainya jajaran ECRL kembali kepada yang asal.
14. Pihak kerajaan pusat harus mempunyai justifikasi yang komprehensif dan munahsabah jika berhasrat untuk mengubah semula jajaran tersebut kepada yang asal. Janganlah dibazirkan wang rakyat (dengan segala kos perubahan jajaran) hanya kerana keegoan menjadi pemerintah.
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger



AKHLAK TIM MENTERI AGAMA KELAUT



Kelmarin diberitakan JAKIM atau timbalan  Menteri Agama menyumbang RM 100 ribu dari tabung atas nama "Musa'adah" kepada pusat asuhan milik parti PAS ..pertamanya, pesan aku pada hentikanlan guna istilah Arab.. cakap jer Tabung bantuan,

Kedua pada prinsipnya, aku takda masalah bantuan kepada Pasti itu..Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dah lama pun beri bantuan pada PASTI walaupun dia milik PAS..cumanya, Sepatutnya melalui peruntukan lain bawah JAKIM terutama bahagian pendidikan..

Kita kena faham, Tabung Musa'adah ini ditubuhkan bagi tujuan membantu mereka yang terdesak dan memerlukan diwaktu musibah COVID-19, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan seperti penjaja, atau dibuang kerja.. mahupun mereka yang miskin..

 kalau ada Guru pasti itu ditakrifkan miskin dan kehilangan pendapatan dalam waktu wabak COVID-19..boleh saja disalurkan bantuan ini..tetapi bukan atas nama dan kapasiti bantuan kepada PASTI... institusi PASTI itu milik parti... Jadi ia jadi urusan Parti..

Apapun, Jika ada keutamaan.. PASTI bukanlah keutamaan..Rakyat di Kelantan,Terengganu sendiri ramai yg memerlukan bantuan dan pertolongan berbanding PASTI... ramai hari ini yang kehilangan kerja dan pendapatan..Mereka lebih utama dibantu..

Kalau takat RM 100 ribu.. apalah sangat, bayangkan Gaji buta dan Elaun Duta Asia timur tengah pun sebulan dah lebih RM 50 ribu tak termasuk elaun Ahli Parlimen.. 2 Bulan Elaun Haji Hadi yang sepanjang PKP duduk dirumah..lepak di Marang sepatutnya disumbang kepada PASTI.. 2 Bulan gaji dan Elaun sudah melebihi RM 100 ribu...bukan dari tabung sumbangan orang ramai dan agensi Islam...

Itu belum masuk Gaji buta, dan elaun dari lantikan Kerajaan tebuk atap sebagai Menteri dan GLC GLC Kerajaan.. Apa perlu tabung Musa'aadah untuk rakyat miskin dan terdesak digunakan untuk bantuan kepada pasti milik parti..

Mudah faham kan.. PASTI boleh dibantu.. tetapi bukan dari tabung Musa'aadah..Guru Pasti yg terjejas boleh saja dibantu melalui bantuan Tabung ini tanpa mengunakan saluran melalui pusat asuhan milik parti... :)

Ipohmali/


PARASIT !!!!!


ibrahim Mat Isa


Kalau ditakdirkan Anwar jadi PM satu hari nanti, ayat yang sama juga lebai keparat akan katakan.. Ulamak politik memang sejenis parasit!



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks

Pemimpin Umno terus membebel tolak Muhyiddin PM

*Hikmah Di Sebalik Kejatuhan Kerajaan PH*


MOHD SWAZWAN

Antara kegembiraan saya apabila naiknya kerajaan PN walau pun dari pintu belakang adalah dengan "terjumpa"nya semula kecerdikan segolongan masyarakat
1. Kes pemandu mabuk walau pun kian neningkat kini bukan lagi salah Menteri Agama mahu pun Menteri Kewangan. Ianya adalah salah pemandu tersebut kerana tidak menempah e-hailing selepas mabuk.
2. Kes Arwah Adib bukanlah satu kes kritikal yang perlu diselesaikan kerajaan dengan segera walau pun Menteri KDN dahulu adalah Perdana Menteri sekarang dan Menteri KPKT dahulu adalah sama dengan sekarang. Profile picture Arwah Adib juga dilihat telah diturunkan dan diganti dengan gambar kucing.
3. Penjualan arak kini bukanlah haram secara mutlak di seluruh negara tetapi dibolehkan kepada masyarakat bukan Islam menurut Menteri Undang-Undang dari parti PAS.
4. Hudud bukanlah lagi sebuah syariat yang wajib dilaksanakan tanpa penangguhan dan parti MCA dan MIC yang anti hudud kini merupakan rakan taawun penting dalam membina sebuah negara berbilang bangsa.
5. Dong Zhong dan UEC adalah salah satu komponen sistem pendidikan negara. Tiada lagi bantahan dan seruan pengharaman terhadap Dong Zhong dan Sekolah Vernakular. Peguam UMNO juga telah menarik saman terhadap Sekolah Vernakular pada beberapa bulan lepas.
6. Peruntukkan jutaan ringgit untuk kolej persendirian Cina kini diterima dengan hati tenang walau pun SRITI dan SMITI tidak diketahui entah dapat atau tidak sumbangan kerajaan.
7. e-wallet atau e-tunai kini adalah mekanisma penting dalam membantu meringankan bebanan rakyat dan bukan lagi mekanisma kerajaan untuk mencuri data peribadi.
8. Tiada kata-kata nista dilemparkan kepada Menteri Agama atas penutupan masjid walau pun sudah 3 bulan. Bayangkan modal politik yang boleh dilemparkan pembangkang andai Dr. Mujahid masih lagi Menteri Agama.
Alhamdulillah syukur. Ada hikmah dalam setiap kejadian, In Shaa Allah.
😉



WUJUDKAN MAJLIS MEDIA, JANGAN TINDAS KEBEBASAN WARTAWAN – FAHMI




http://chng.it/CzkTFHCP9R


Menteri disaran beri lebih perhatian kepada murid berkeperluan khas



Oleh Teo Nie Ching
(Mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Ahli Parlimen Kulai)
Saya ingin menyeru Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin untuk melihat kepada keperluan, kebimbangan dan keresahan para ibu bapa serta guru-guru terhadap prosedur operasi standard (SOP) untuk murid-murid berkeperluan khas apabila pulang ke sekolah dan ke asrama.
Sejak implementasi Dasar Penolakan Sifar oleh pentadbiran terdahulu, jumlah murid berkeperluan khas telah meningkat dengan signifikan. Ini menunjukkan para ibu bapa, guru-guru serta anak-anak berkeperluan khas merupakan golongan pemegang taruh yang semakin penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sejak pelangsungan dasar ini juga, Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan saya sentiasa meletakkan golongan ini dalam kategori keutamaan ataupun prioriti.
Oleh itu, adalah seruan saya supaya Menteri Pendidikan memberikan sokongan yang jitu serta perhatian yang sewajarnya kepada aspek ini. Sila beri perhatian kepada Bahagian Pendidikan Khas, KPM kerana semestinya pegawai kerajaan kita yang pakar dalam bidang ini mempunyai cadangan dan langkah-langkah penting yang sepatutnya sudah pun dimasukkan dalam SOP yang dilancarkan beberapa hari lepas.
Aspek ini juga harus dititikberatkan supaya Dasar Penolakan Sifar tidak mengalami kejutan negatif yang keterlaluan yang akan menjejaskan para guru, ibu bapa, murid-murid serta semua pegawai Bahagian Pendidikan Khas.
Selain itu, saya juga menasihatkan Kementerian Pendidikan, jika kementerian rasa aspek ini perlu dipertingkatkan lagi, mungkin bantuan pakar dari UNICEF boleh dihubungi bagi memastikan semua cadangan/pendapat serta idea berhubung dengan cara-cara murid berkeperluan khas harus ditangani dalam keadaan menangani Covid-19 dapat dihalusi