SAKSIKAN VIDEO INI : Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain

Locked Up in Malaysia's Lockdown | 101 East


FMT Reporters
 



(Gambar Reuters)
PETALING JAYA: Polis mengesahkan media antarabangsa, Al Jazeera disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Al Jazeera didakwa menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar dalam laporan beritanya mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani wabak Covid-19.
“Sehingga hari ini, polis menerima 5 laporan polis dan mengenal pasti beberapa individu yang terlibat untuk membantu siasatan kes ini.
“Polis akan memanggil wartawan Al Jazeera serta semua yang terlibat dalam membuat liputan berita dimaksudkan itu dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Al Jazeera menyiarkan episod “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” menerusi program 101 East.
Dalam program selama 25 minit itu, Al Jazeera menuduh Putrajaya menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap mereka yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Hari ini, Huzir berkata, laporan tidak berasas dan berat sebelah itu menimbulkan kegusaran serta kebimbangan majoriti rakyat negara ini seolah-olah kerajaan berlembut apabila ia menyiarkan berita tidak benar mengenai kejayaan Putrajaya membendung penularan Covid-19.
“Polis ingin menegaskan tiada pihak yang akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang, sekiranya ada cubaan pihak tertentu memburukkan imej Malaysia di mata dunia.”

No comments: