LEBIH MULIA PELACUR JALANAN YANG BERHARGA BERBANDING PELACUR POLITIK YANG TIDAK BERMARUAH
Sekurang-kurangnya pelacur di jalanan mempunyai nilai yang tinggi berbanding Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang tidak bermaruah apabila meninggalkan Pakatan Harapan demi bersekongkol dengan pihak lawan dan pengkhianat serta lacurkan mandat rakyat.
Pengalaman selepas Pakatan Harapan jatuh akibat Langkah Sheraton banyak mengajar kita dan adalah satu petunjuk untuk membezakan dalam kalangan kita, antara pejuang sejati serta pejuang jadian. Mereka yang sudah lama berjuang adalah pejuang sejati yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.
Kita harus lupakan DS Khairuddin yang datang tak bertambah pergi tak berkurang serta tidak lagi relevan. Dia ini boleh disifatkan sebagai pejuang jadian yang muncul dikala Pakatan Harapan mempunyai sokongan tinggi di kalangan rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kini lari ketika PH susah.
Parti Keadilan Rakyat sanggup berkorban kerusi tradisi Parlimen Jasin kepada Parti Amanah Negara atas dasar semangat setia kawan bagi memberi laluan kepada DS Khairuddin untuk bertanding atas logo KeAdilan pada PRU ke-14 seterusnya diangkat sebagai Penyelaras Parlimen Jasin.
Dikala kempen PRU ke-14 saya merupakan antara penceramah dan Ejen Tempat Mengundi yang berkempen untuk DS Khairuddin yang hanya kalah dengan 219 undi. Rakan-rakan seperjuangan daripada Amanah, DAP, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan KeAdilan telah bekerja keras untuk angkat individu ini yang diletak di tempat yang mulia oleh pimpinan Pakatan Harapan.
Kita perlu ingat pelacur politik adalah individu yang sanggup melacurkan diri untuk habuan dan menjadi parasit yang menumpang di atas sesiapa sahaja demi kelangsungan politik. Sudah berbulan-bulan DS Khairuddin tidak muncul di Parlimen Jasin untuk berkhidmat dan turun padang melihat rakyat di bawah.
Dibawah pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dengan gandingan YB Mohamad Sabu dan YB Lim Guan Eng, Pakatan Harapan semakin bertambah kuat dan konsisten menamakan DSAI untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia agar perubahan dapat dilakukan dan agenda Reformasi diteruskan demi rakyat.
Terima kasih kerana kamu memilih jalan keluar daripada Pakatan Harapan dan bersyukurlah kamu tidak dibuang sekali lagi bagaikan sampah seperti yang dibuat dulu oleh UMNO. Saya menyarankan agar DS Khairuddin bersara daripada politik kerana rakyat sudah muak dan jijik dengan pelacur politik yang tidak berprinsip.
07 JULAI 2020
PRASANTH KUMAR BRAKASAM
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG JASIN DAN NEGERI MELAKA