MAJLIS PRESIDEN PH JANGAN TERPEDAYA DENGAN DAKYAH HADI YANG SONGSANG





Hadi kata, tukar PM tak mcm tukar pemandu bas.  Dia kata perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dgn Anwar tu tak menepati Islam.  

Apa yg menepati Islam kalau ikut Hadi punya hukum?  Iaitu; 

Menepati Islam adalah dgn menyokong Umno yg dipimpin oleh Najib kleptokrasi sbg Penasihat, Zahid yg ada byk kes seleweng di mahkamah tu sbg Presiden Umno dan mesti bersama MCA yg terang2 menolak hudud serta bantah tulisan jawi di sekolah.  Menepati Islam ikut Hadi adalah beli kereta mercedes utk semua Exco dan MB dgn menggunakan duit rakyat yg kerajaan negeri berhutang dgn kerajaan Pusat.  

Kalau Hadi hidup di zaman Nabi, tentu Hadi akan kata Nabi tidak ikut Islam kerana mematuhi perjanjian Hudaibiyah dgn orang kafir.  Sedangkan perjanjian sesama Islam melibatkan Tun M dan Anwar pun hadi kata wajib dimungkiri kerana tidak ikut Islam, apatah lagi Nabi membuat perjanjian dgn orang kapir.  

Begitulah apabila ugama itu dijual beli ikut kepala Hadi.  Walaun yg lain akan terus wala' kerana mahu cepat masuk syurga tanpa gunakan otak dan ilmu yg Allah kurniakan.  Tidak peliklah kalau Tun M bermesra dengan Hadi sekarang.  Semoga Majlis Presiden PH tidak terikut dengan dakyah Hadi Awang.

WFAUZDIN NS

MAHATHIR BUKAN LUAR BIASA.JANGAN TAKUT BERLAWAN DENGANNYA



Dalam program bual bicara anjuran Otai Reformasi baru-baru ini, antara perkara yang dibangkitkan oleh hadirin ialah tentang hebat dan luarbiasanya manusia bernama Tun Mahathir Mohamad.
Ia berikutan adanya pandangan agar reformasi jalanan diadakan bagi memberi tekanan kepada beliau untuk menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang sering disebutnya sendiri.
Mereka mengingatkan bahawa Tun Mahathir adalah ahli politik yang hebat, licik dan bukan seorang yang mudah tunduk kepada tekanan serta selalu menang dalam percaturan politik yang dihadapinya.
Oleh itu, diperingatkan bahawa reformasi jalanan untuk tujuan memberi tekanan itu haruslah dirancang dengan teliti dan diperhalusi kesan serta akibatnya supaya kegagalan tidak menjadi pencapaian di penghujung perjuangan nanti.
Bagaimanapun, Otai Reformasi di akhir program bual bicara memaklumkan perancangan serta persetujuan untuk bergerak ke negeri-negeri bagi tujuan membangkitkan kesedaran tentang janji peralihan kuasa serta akhirnya mengadakan reformasi jalanan sehingga peralihan kuasa kepada Anwar benar-benar ditunaikan.
Dalam hal ini, benarkah Tun Mahathir manusia yang hebat dan luar biasa?
Secara umumnya Tun Mahathir ternampak hebat, luar biasa dan selalu menang hanyalah ketika kuasa berada dalam tangannya.
Berbanding Perdana Menteri lain, beliau dikira paling pandai, tiada perikemanusiaan dan kejam dalam mempergunakan kuasa untuk kepentingan politiknya.
Tidak kira siapa musuh politiknya, Tun Mahathir sentiasa sampai hati untuk memperlakukan apa saja kepada sesiapa yang cuba melawannya, asalkan kekuasaan kekal ditangannya.
Itulah yang menjadikan beliau mampu bertahan selama 22 tahun sebelum ini kerana kedudukannya sentiasa dipagari dengan banyak kuasa yang terkumpul di tangannya serta beliau tidak malu-malu menggunakannya.
Dalam era itu, jika diperhati, beliau tidak kisah bagaimana kotor sekali pun seseorang yang berada dalam pasukannya, yang penting mereka mesti terus menyokong dan tidak melawannya.
Tetapi, ketika tiada kuasa, Tun Mahathir bukan siapa-siapa sebenarnya. Beliau lebih kurang macam kita juga sebagai manusia biasa.
Sebab itu, selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, beliau pernah kalah untuk menjadi salah seorang daripada perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO pada 2006.
Bermakna, tanpa kuasa Tun Mahathir tidaklah hebat berbanding ketika ada kuasa dalam tangannya.
Sebelum itu, pada 1969, beliau juga pernah kalah dalam pilihanraya di tangan Allahyarham Yusof Rawa di kawasan Kota Setar Selatan.
Tanpa kuasa, terbukti Tun Mahathir tidaklah juga sekuat mana.
Kalau begitu, kenapa Tun Mahathir berjaya menyingkirkan Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak, walaupun tanpa kuasa pada waktu itu?
Ciri penting dalam resipi kejayaannya ialah beliau sentiasa fokus, gigih berusaha dan sanggup berbuat apa saja untuk mencapai apa yang diusahakannya.
Ciri itu sebenarnya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, bukan merupakan suatu anugerah Tuhan kepada Tun Mahathir seorang saja.
Sebab itu, dalam usaha untuk menjatuhkan Najib, beliau sanggup bekerjasama dengan DAP yang berpuluh tahun dikutuknya serta merangkak memanjat tangga mahkamah untuk menemui Anwar untuk memulakan langkah bekerjasama dengan bekas musuh yang pernah dipecat dan dipenjarakannya itu.
Beliau juga sanggup pergi ke rumah Mohamad Sabu untuk makan malam sehingga Abang Mat terpaksa bersusah payah memasak sendiri hidangan untuknya.
Apakah jika tanpa menumpang kekuatan PH dan tidak berbaik dengan Anwar, Najib mampu ditumbangkan oleh Tun Mahathir?
Maka itu, jika sesiapa mahu berlawan dengan Tun Mahathir, mereka juga mesti fokus, gigih bekerja dan tidak menolak untuk bekerjasama dengan siapa saja bagi mencapai tujuan itu.
Itu adalah resepi kejayaan yang normal untuk semua manusia dan Tun Mahathir hanya agak ke depan dalam mempraktikkannya.
Namun, bukankah ketika ini Tun Mahathir sedang memegang banyak kuasa di tangannya, tidakkah ini akan menjadikan beliau akan hebat kembali dan sukar ditewaskan?
Memang betul Tun Mahathir ada banyak kuasa, tetapi era BN dahulu dengan era PH sekarang banyak bezanya.
Dahulunya, UMNO adalah suara majoriti dalam BN, sekarang Bersatu cuma ada 13 kerusi saja (tak dicampur dengan kerusi lompat daripada UMNO), itu pun kerusi Tanjung Piai sudah terlepas ke tangan MCA dalam PRK baru-baru ini dan ini tentulah menjadikan kekuatan Tun Mahathir jadi berbeza.
Kedudukannya sebagai Perdana Menteri sekarang banyak berbeza berbanding ketika era BN dahulu.
Selain itu, usia Tun Mahathir juga bukan muda seperti dahulu lagi. Beliau kini sudah berusia 94 tahun, tenaganya tidak lagi kuat, daya berfikir tentu tidak secerdas dulu, telinga kurang mendengar dan bercakap pun pasti tidak lancar macam orang yang lebih muda.
Begitu juga, orang kuat yang banyak membantunya seperti Sanusi Junid, Megat Junid Megat Ayob dan Aziz Shamsuddin tiada lagi bersamanya. Yang ada lagi bersamanya hanya Tun Daim Zainuddin, itu pun sudah bertongkat sekarang ini.
Semua orang keliling Tun Mahathir sekarang adalah orang-orang baru dalam politik yang tiada pengalaman mendalam dalam pencak silat politik.
Lalu, di mana dan apa luar biasanya lagi Tun Mahathir sekarang ini? (ShahbudinHusin 24/01/2020)

Doa Seorang Nelayan/A Fisherman’s Prayer

Doa Seorang Nelayan/A Fisherman’s Prayer

0
50
[ENGLISH VERSION BELOW] Zakaria Ismail mendapat panggilan suci untuk mempertahankan kebajikan nelayan pesisir pantai dan penduduk kampung apabila mereka tiba-tiba menghadapi projek reklamasi tanah besar-besaran di selatan Pulau Pinang. Sebuah filem oleh Andrew Ng Yew Han.
Kawasan perikanan yang memberi makan kepada keluarga mereka yang tegolong dalam kelompok 40% terbawah selama bergenerasi – sekarang berhadapan risiko tertimbus di bawah tambakan seluas 4,500 ekar.
Dalam kisah tentang pertentangan kelas, pertembungan antara tradisi dan moden, dan campur tangan ala Machiavelli oleh orang politik – Zakaria berserah kepada Tuhan agar beliau diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk berdepan salah satu projek paling besar di bawah Malaysia Baharu.


KENYATAAN PENAFIAN SOKONGAN TERHADAP ZURAIDA OLEH AHLI PARLIMEN LUBOK ANTU



Press Released of Yb Jugah Muyang MP of Lubok Antu

I refer to the social media circulated on 22/2/20 refer .

I am an elected Member of Parliament by the Rakyat in Lubok Antu constituency of Sarawak .

With regard to the issue of support on the show caused letter of Yb Zuraida Kamaruddin .

I wish to make my stand clearly that I am a party man and it is my duty bound to give an undivided Full Support to the President Dato Seri Anwar Ibrahim .

I further want to reiterate here that it is WITHOUT MY KNOWLEDGE and prior Consent to agree my name to support Yb Zuraida Kamaruddin .

The party HQ  have a Disciplinary committee to deal with the issue of Zuraida Kamaruddin .

Thank you .

HAK MILIK 999 TAHUN, BAGAIMANA BANI MELAYU DIBODOHKAN UMNO.. ?




Semalam aku tulis pasal janji PH untuk hak milik 999 Tahun, Tapi ada Sahabat PAS kata kita nak bagi Tanah pada Cina.. Nampak tak bertapa jahil nya depa.. Mudahnya diperbodohkan, Sudah lah Jahil.. Ashabiyah dan Perkauman pulak tu..

2- APA JANJI PAKATAN RAKYAT 2008 DULU..?

Kerajaan bukan janji nak bagi tanah atau buka tanah baru.. Tapi tapak rumah Kg Bharu kepada mereka yang dah duduk sejak berzaman, Berketurunan, dah ada rumah dah atas tu.. Jadi kerajaan nak bagi tanah hak milik kekal sekali pun salah ker ? tak salah..

3- BERAPA LUAS TANAH DITAWARKAN ? 

Hanya 3000 Ekar.. Berapa pemilik Kampung Bahru yang ditawarkan dari 3 ribu ekar ? 47 Ribu orang.. maknanya apa ? dari 3 ribu Ekar itu dikongsi 47 ribu orang.. maknanya 1 ekar dikongsi kurang kurang 15 orang.. maknanya tanah ni hanya sebesar tanah Setinggan.. 

Penempatan ini bukan disatu tempat, tapi berterabur dengan pelbagai kampung dan daerah sepertimana kampung tersusun Melayu..

4- TANAH UNTUK CINA SAJA KAH? MELAYU TAKDE ?

Itulah jahatnya fitnah perkauman UMNO.. Depa cerita pasal Cina, tapi sorokkan fakta pasal Kg tersusun Melayu.. sejak tahun 2008.. Kerajaan Pakatan Rakyat juga tawarkan kepada tanah tersusun milik Melayu, iaitu 7 Ribu Ekar lagi untuk kampung tersusun melibatkan 100 Ribu lot untuk orang melayu.. maknanya Cina 40 ribu Lot, melayu 100 ribu Lot..

5- KENAPA 999 TAHUN ?

Sebab tawaran ini akan buat kerajaan dapat cukai premium tanah lebih tinggi kepada hasil kerajaan.. begitu juga cukai tanah setiap tahun..

Manakala bagi pemilik tanah dapat nilaian harga tanah yang tinggi, Boleh dicagarkan kepada Bank untuk membina rumah yang lebih baik.. Jadi tanah yang kecik dengan tempoh pemilikan yang lama boleh dapat nilaian yang tinggi dari bank..

Kalau kita tak setuju takpa.. Apa perlu mainkan sentimen melayu cina.. Gadai hak melayu kononnya.. Kalau 60 Tahun sekalipun.. Bukan hangpa boleh dapatkan balik tanah tu bagi pada Melayu... Depa dah berketurunan duduk situ..

6- APA CONTOH KAMPUNG BHARU DAN KG TERSUSUN ?

Kalau Kat Ipoh ni.. Kita boleh tengok perkampungan cina di Bercham, Tasek dan Jelapang.. Kampung tersusun melayu di Manjoi, Kg Kepayang dan Kg Melayu, Sg pari.. Ini tanah yang depa dah duduk berketurunan..  Kalau di KL mcm Kg Bharu la.. Dah berketurnan duduk situ..

Jadi salah ker kalau kerajaan nak bagi hak milik tanah sampai kiamat pun ? No hal lah.. Banyak perumahan hari ini dah dijual dengan title dan  hak milik kekal, Depa dapat tanah dari mana ? bukan kerajaan dan agensi dia seperti PKNP bagi pada tauke hartanah ?

7- BAGAIMANA CONTOH GADAI TANAH PADA CINA  ?

Kalau nak tahu macam mana Umno boleh gadai tanah kepada Cina.. Meh aku bagi Contoh..

A) Kalau hangpa naik Highway Utara Selatan, dari Taiping ke Kuala Kangsar - Ipoh, Kat Bukit Berapit ada nampak tak kilang simen besar dengan bukit2 belakang tu ? katanya rezab tanah sekitar kilang tu saja ada jer dekat 300 Ekar..

Dulu nama dia Perak Hanjong.. Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak ada kepentngan penuh.. Tapi kenapa hari ini kilang tu jadi nama YTL.. ? kenapa aset beharga, kilang simen dapat kat tauke YTL.. Apakah sebab DAP gadai.. Tidak.. yg gadai adalah UMNO.. Anak tokoh UMNO, adik beradik Adun UMNO tu sampai hari ni kerja dengan YTL..

b) Kalau hangpa pi manjung.. tengok seluas mata memandang tanah dan kilang sawit.. dulu tanah tu tanah Kerajaan.. UMNO bagi tanah kat seorang tauke Cina 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar, Jadi siapa gadai ? DAP ker bukan kah UMNO ? Mana besar 1 tauke dapat 20 ribu ekar, dengan rakyat 1 ekar kongsi 15 orang ?

c) Kalau hangpa balik dari KL, lalu kut Tapah.. lalu Kampar... ada Univeristi MCA (UTAR) seluas mata memandang dengan taseknya.., bukan hanya kerajaan bagi tanah bernilai kepada depa beribu ekar.. Tapi geran bantuan kpd Univeristi depa sejak zaman UMNO RM 30 Juta setahun.. Ini universiti dan tanah milik MCA.. Sapa yang bagi ? DAP ker UMNO ?

8- UMNO JUARA GADAI HAK DAN TANAH MELAYU!

Dalam sejarah negara kita.. Penjajah British tinggalkan kita lebih 60% tanah rezab melayu.. Hari ini hanya tinggal 12%.. Siapa yang Gadai ? DAP atau UMNO ?

Ingat kuasa keatas tanah dan hasil mahsul negeri dibawah kuasa Menteri Besar, dalam geran tanah ditulis atas kebenaran Menteri Besar.. Selama ini yang jadi Menteri Besar.. jadi Ketua Menteri bukan DAP dan PH.. Tetapi MB dari kalangan UMNO.. Di Perak hanya pada tahun 2008 itupun tak sampai Setahun.. Jadi siapa yg gadai semua ni..

Ini aku bagi contoh Kat Perak jer.. UMNO lah selama ini menipu kononnya jadi juara pertahankan hak melayu.. cuba tanya depa, depa gadai tanah dan gunung pada tauke judi Genting tu berapa ribu dan puluh ribu hektar ? apakah pajakan 99 tahun atau hak milik kekal ?

Bagaimana dengan tanah dan pulau di Perhentian kepada Berjaya Group milik Vincent Tan ? Depa bagi hak milik 99 tahun atau kekal ? kenapa UMNO tak bising ? Itu belum dikira sejarah depa gadai Singapura.. Apakah DAP yg gadai ? bukan hanya tanah, sampai kan air pun dijual 3 Sen seribu gelen, tapi kat orang melayu Johor depa jual RM 3 seribu gelen..

Dah lah Singapura tergadai.. Hat satu satunya tanah melayu yang ikut perjanjian selagi ada bulan dan bintang di Tanjong Pagar, tanah KTMB Tanjong Pagar pun depa gadai..

Jadi berhentilah UMNO berlakon jadi juara pertahan hak melayu.. Bagi pada rakyat tanah dan tapak rumah kampung sekangkang kera depa bising kata PH gadai pada cina, bagi tanah, gunung dan pulau pada tauke judi cina depa senyap..

Inilah Kebodohan Ummat melayu dibodohkan UMNO..!  :)

Ipohmali

SIAPA DAPAT TANDER UNTUK MERCEDES



Abu Musa


Dato yang dipertua,  berkait dgn pembelian kereta Mercedes-Benz tersebut dewan mahu tahu  peraturan kewangan dan tatacara perolehan yang mana diguna pakai oleh pihak kerajaan?

Apa kah pihak kerajaan membuat tender terbuka, membuat pembelian terus atau pihak kerajaan hanya menggunakan panjar wang runcit PWR?

Sekiranya kerajaan membeli secara tender terbuka sila dedahkan di dewan ini siapa Pengerusi dan Ajk tender dan siapa yg menganggotai jawatankuasa teknikal yg terlibat dlm membuat keputusan.

Apakah kerajaan juga sedia mendedahkan terma terma yang dipersetujui bersama antara pihak kerajaan dan pihak pembekal?

Beli Mercedes-Benz ni bukan spt beli etok datuk Yang Dipertua.

Terima kasih datuk Yang Dipertua.




PAS PUN KENCING JUGA?




Panglima Utara

KENCING HANCING PARTI PAS ☺😋🤣

Seri Seri Jiwa Suri Irwan Shah Putra Harimau Berantai Sal Ansar Muhajirin Putera Jai Satria Mohamad Tahir Hassan Labok

Sempena tahun baru, marilah sama2 kita muhasabah di antara kerajana dan pembangkang..

Tak tumbuh... Tak melata... Tak sungguh... Siapa pun tak kata.. 

SENDIRI HANCING : 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!

Di Antaranya...

1. Jika menang PRU14 di Terenggnu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air tebuk' / telaga tiub) semenjak tahun 2000.) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan  hartanah di Kelantan.

12. Tambatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum dilaksanakan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali.

15. AFTA City di Rantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003. 

25. Masjid Baru di Kampung Sireh. 

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh. 

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali 

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali. 

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta. 

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013. 

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB - BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing. 

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan Negeri  dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas. 

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati. 

42. Projek pembangunan Lundang. 

43. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab.

44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan negeri. Kini  kes saman oleh pihak Bank menanti.

45. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB - BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.

46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5  Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.

47. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu. Tanah secara Kontra basis. 

48. Projek MPKB - BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu. 

49. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi dan bungkuss. Pelan layout pun hancur.

50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan.. 🤭🤭🤭

SAMPAI NAK JADI PENASIHAT PUN ADA YANG MENYAMAR..



[ADMIN] : MAKLUMAN

Dimaklumkan pejabat Timbalan Perdana Menteri TIDAK PERNAH melantik Sdr. Raymond Cheah sebagai penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri.

Justeru itu sebarang urusan yang melibatkan individu terbabit TIADA KAITAN LANGSUNG dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri mahupun YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

Satu laporan polis juga akan dibuat kerana individu terbabit telah menyalahgunakan nama baik pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Sekian.

PEJABAT TIMBALAN PERDANA MENTERI
23 Januari 2020

TH PLANTATION: MALU APA BOSSKU..?

KERAJAAN BARU,WALAU LOMPONG SIKIT SEBANYAK, RASUAH SAPU HABIS.


Hashim Rayman 2

KERAJAAN BARU ..

Sewaktu saya memilih untuk memangkah Parti Harapan, satu menifesto PH pun tidak saya teliti. Ianya simple,  saya sudah muak melihat Parti BN yang mentadbir sekian lama,  makin hari makin menekan rakyat. Belum cukup dengan rasuah satu demi satu, dari kes 1MDB,  Tabung Haji hingga ke Skandal NFC RM250juta. Banyak lagi kes2 kerakusan ahli BN dulu yang hanya berminat menambah kekayaan diri dan keturunan. Buktinya hari ini,  RM114 juta tunai, jongkong emas dan beratus beg mewah dijumpai dalam simpanan Bekas PM kita. 

Pelik dan hairan. Walau seteruk itu pun rasuah dan kekotoran yang dilakukan Najib,  masih ramai yang membutakan mata menutup hati nurani,  terus menyokong Najib dan menghentam kerajaan baru. Aneh ya! Seolah mereka menghalalkan pemimpin ini merompak duit rakyat dengan senang hati. 

Berapa banyak peniaga yang terpaksa tutup kedai kerana GST. Makcik penjual laksa pun terpaksa tutup kedai kerana harga ikan sardin yang mencanak naik. Nilai wang kita jadi terlalu rendah. Hairan ya..itu juga masih membuat penyokong Najib gembira di bawah pentadbiran BN .....

Dan hari ini kerajaan baru telahpun menghapuskan GST,  pun mereka membahan juga. Aneh!

Di zaman BN,  siapa bersuara menentang kerajaan akan diboikot,  Di gam. Atau hilang terus dari radar. Siapa yang berani bersuara akan ditangkap dan diugut. Malah diberi amaran TAK SUKA MALAYSIA PINDAH negara lain!  Aneh ya,  harini ramai rakyat jelata lupa bagaimana cara mereka dilayan oleh pemerintah dahulu. Lupa bagaimana angkuhnya menteri-menteri kita menempelak rakyat setiap kali rakyat mengeluh tentang kenaikan harga barang.
.
Dan hari ini Kerajaan Baru memberi ruang untuk rakyat mengkritik,  lebih terbuka dan mendengar keluhan rakyat,  anehnya mereka terus memaki hamun dan mencipta provokasi. 
.
Dan hari ini ... bila mana ada sebuah Kerajaan Baru yang dipilih oleh majoriti rakyat ... kerajaan yang bersedia menukar sistem pemerintahan dengan lebih telus dan mendahulukan rakyat,  kerajaan yang bersedia mendengar keluh kesah rakyat,  yang berusaha membaik pulih negara,  mengembalikan kegemilangan Malaysia sebelum Najib memerintah,  tapi  rakyat yang tidak bersyukur terus terusan menghentam,  mengkritik,  mengejek dan menyindir. ANEH YA?? 
Apa yang kalian rugi di sini????? Sehingga kalian dengan lantang menghentam segalanya yang dibawa Kerajaan Baru?

Setelah negara ini dibaik pulih ... apa yang kalian rugiiii??

Kebanyakan yang mengkritik dan menghentam dengan gigihnya ini dari parti yang kalah. Kerana gagal menerima kekalahan. 

Berhentilah mencari salah. Sepatutnya manifesto PH itu yang mengundi PH patut bising sebab mereka undi dan tertarik pada manifesto itu. Tapi pelik,  pihak pembangkang pula yang beria-ia menuntut janji2 itu. Bising macam tin kosong. Apa yang kalian mahu sebenarnya.

Pembangkang hari ini seolah redha dan restu dengan zaman yang ditadbir Najib dahulu ... sehingga takut sekali menukar sistem pemerintahan ... takut sekali menerima perubahan walaupun PERUBAHAN ITU KEARAH KEBAIKAN.

Sesekali cuba jernihkan hati yang penuh dendam itu. Kita semua mahukan Malaysia yang lebih baik untuk anak cucu dan generasi kita seterusnya. Andai Najib dan kroni terus memerintah,  semakin miskin rakyat semakin kaya raya suku sakat mereka. Sepatutnya bersyukurlah kita berjaya menumbangkan pemerintah korup seperti itu. Sama-sama kita bantu kerajaan hari ini membaik pulih Malaysia..untuk keturunan akan datang kita juga. 

Kalah dan menang adat bertanding. Kerajaan yang menang sedang berusaha membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Apa yang anda akan rugi??? Dan jika Najib yang terus memerintah...APA YANG ANDA AKAN UNTUNG?? Nilai dengan mata hati IMAN,   bukan nafsu dan dendam.

Jadilah pembangkang yang mengkritik kerana inginkan KEBAIKAN,  bukan kerana nafsu dendam dan marah yang bermaharajalela

[Meski Kerajaan Baru hari ini tidak sempurna,  masih merangkak dan bertatih sebelum boleh berlari kencang,  namun Kerajaan hari ini jauh lebih baik dari Kerajaan Korup dahulu yang dihuni oleh menteri-menteri yang membodohkan rakyat] ..

#KeArahMalaysia Yang LebihBaik

KISAH TABUNG HAJI SIRI 1



Malam ni, aku nak up mengenai Tabung Haji..nak kongsikan sejarah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN, agar anda boleh buat perbandingan...dan segera insaf...

Siri I.

PEMBELIAN TANAH OLEH TABUNG HAJI

Tabung Haji telah membeli sebidang tanah milik 1MDB iatu TRX dengan harga tak masuk akal iatu  pada harga RM2,773/kaki persegi. 1MDB sebelum itu  membeli tanah milik kerajaan kerajaan itu pada harga RM64/kaki persegi.

Dari mana datangnya wang yang digunakan oleh TH untuk membeli tanah daripada 1MDB?

Wang itu dari pendeposit TH yang menyimpan untuk menunaikan haji..

Walaupun pihak pengurusan TH ketika itu menafikan pembelian tanah pada harga tak masuk akal, itu strategi perniagaan, sebenarnya tujuannya adalah menyelamatkan 1MDB..

Pembelian itu juga dikritik hebat oleh pemimpin PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin KEADILAN dan termasuk dari kalangan pemimpin UMNO sendiri, antaranya YB Khairy Jamaludin..

Esok, Pemuda UMNO akan menjaja AUTA tentang TH, tapi ingatlah wahai manusia Melayu.. sekiranya rejim BN masih kekal berkuasa, nasib TH ibarat telur dihujung tanduk...

SEKALI LAGI dalam mahkamah hari ni bila disoal balas oleh Timbalan Pendawa Raya, Najib hanya mampu jawab....SAYA TIDAK TAHU



Mohd Affendi Abas

SEKALI LAGI dalam mahkamah hari ni bila disoal balas oleh Timbalan Pendawa Raya, Najib hanya mampu jawab..

#SayaTakTahu

12.17 tengah hari: Najib Razak dalam keterangannya tidak dapat memberikan sebab mengapa mana-mana pihak akan memindahkan RM42 juta ke sebuah akaun bank.

Ketika pemeriksaan balas, DPP V Sithambaram bertanya Najib mengapa pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) Shamsul Anwar Sulaiman tidak dimaklumkan tentang pemindahan daripada IPSB ke akaun Najib, yang merupakan sebuah akaun yang tidak diketahui maklumatnya (undisclosed account).

IPSB didakwa terlibat dalam transaksi berjumlah RM42 juta ke akaun Najib antara Disember 2014 hingga Februari 2015.

Sithambaram juga bertanya Najib mengapa ketia setiausaha sulit kanannya ketika itu, Azlin Alias tidak memberitahu bekas CEO Yayasan Rakyat 1Malaysia Ung Su Ling tentang pemilik akaun bank tersebut.

Sebelum ini Ung dalam keterangannya berkata dia terlibat dalam memberitahu Shamsul untuk memindahkan jumlah itu.

Sithambaram: Mengapa mana-mana orang akan letakkan RM42 juta dalam satu akaun?

Najib: Saya tidak tahu. Saya tak pernah luluskan (pemindahan) wang.

#Skandal1MDB
#SRC
#SonglapRM42Juta



~SR

PERTEMBUNGAN KUMPULAN PENYOKONG KENYATAAN TUN M MENGENAI PERDANA MENTERI SEMENTARA 2 TAHUN VS KUMPULAN PENYOKONG TRANSISI TUN M 2 SETENGAH ATAU 3 TAHUN.


Wan amerulikwan




1. Dua-dua pihak ini bertelagah mengenai kenyataan Tun M mengenai tempoh transisi Peralihan Kuasa.

2. Kenyataan asal Tun M mengatakan akan memegang jawatan Perdana Menteri Sementara selama setahun atau dua tahun.

3. Kenyataan Tun M yang berubah mutakhir ini mengatakan tempoh transisi pada 2 tahun setengah atau 3 tahun pula dan ianya disahut oleh golongan yang punyai kepentingan.

4. Maka lahirlah penyokong-penyokong  tempoh 3 tahun untuk mempertahankan kenyataan Tun yang telah berubah dari perjanjian asal 2 tahun itu. Mereka terdiri daripada orang-orang kanan Tun M sendiri seperti setpol beliau, sesetengah pimpinan ppbm dan termasuklah Kitol dari Keadilan yang bukan sahaja turut mendendangkan irama ini, malah khianat dengan memburuk-burukkan Bakal Perdana Menteri ke 8 pula. (Terkena umpanan Divide & Rule)

5. Dan tidaklah ada masalah juga bagi kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyokong perjanjian asal 2 tahun yang telah diucapkan berulangkali oleh Tun M sendiri pada sebelum PRU 14 dan juga awal-awal kemenangan PH.

6. Maka telah terjadi pertembungan antara kumpulan penyokong kenyataan Perdana Menteri Sementara selama 2 tahun (seperti perjanjian asal menurut Tun M) dan kumpulan penyokong kenyataan Tun M yang telah berubah (transisi 2 setengah atau 3 tahun) seperti yang dilihat di media massa dan media sosial.

7. Seterusnya kumpulan penyokong 3 tahun ini mengatakan kumpulan penyokong ucapan Tun M 2 tahun menurut perjanjian asal itu sebagai gelojoh. Malah kumpulan 3 tahun ini disokong pula oleh puak-puak anti Anwar Ibrahim, yang mahukan Tun M kekal hingga habis penggal.

8. Dan mereka juga sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga mereka sendiri dan berpura-pura lupa dan tidak tahu mengenai perjanjian asal yang disebut oleh pemimpin utama mereka di peringkat awal dahulu sebelum kenyataannya berubah-ubah mutakhir ini.

9. Dan mereka jugalah yang telah mengapi-apikan dan memecahbelahkan kesatuan kami hingga ada dikalangan kami yang telah menjadi pengkhianat (Kitol) dan pengikut mereka secara tidak langsung, dan turut ingin melanggar penjanjian.

10. Apabila kami cuba melawan kemunafikan mereka, maka kami dituduh sebagai gelojoh.

11. Apabila kami melawan niat dan usaha mereka untuk melakukan pengkhianatan dan kecurangan perjanjian asal, kami dikatakan sebagai gelojoh.

12. Apabila kami melawan konspirasi, komplot dan perbincangan gelap mereka, (Jumpa ahli-ahli Parlimen BN), kami dilabel sebagai gelojoh.

13. Jika mempertahankan kenyataan perjanjian asal 2 tahun dianggap GELOJOH, maka yang menyokong kenyataan 3 tahun itu bolehlah dianggap PENGKHIANAT dan MUNAFIK, kerana cuba melanggar penjanjian asal 2 tahun. Golongan MUNAFIK mengatakan penyokong yang pertahan 2 tahun sebagai GELOJOH pula.

14. -Tidak salah gelojoh dalam melawan kemunafikan.
-Tidak salah gelojoh untuk mempertahankan kebenaran.
-Tidak salah gelojoh jika untuk memperbaiki keadaan.

15. Yang tetap SALAH adalah golongan MUNAFIK, Flip-flop dan ingin langgar perjanjian.

16. Celakalah pada orang-orang yang mengatakan kami sebagai gelojoh walhal mereka adalah Munafik.

Maka sesungguhnya saksikanlah, kami hanya pertahankan kebenaran, perjanjian asal, cita-cita murni perjuangan rakyat dan menentang kebathilan pihak munafik!

-WAi
Penyokong Kenyataan Tun M Perjanjian 2 Tahun

TUN M TERIMA SYARAT JADI PERDANA MENTERI SEMENTARA

Yong Intan Noor





TUN M TERIMA SYARAT JADI PERDANA MENTERI SEMENTARA

Bagi penyokong Pengerusi BERSATU, yang tidak percaya wujudnya perjanjian tentang peralihan kuasa dalam kalangan EMPAT parti gabungan ketika itu, iaitu KEADILAN, DAP, AMANAH dan BERSATU, Yong beri sedikit pencerahan.

Ia bukan cerita penglipur lara, tetapi sedutan dari Bernama bertarikh 30 Disember 2018.


Media rasmi Kerajaan itu melaporkan:


Tun Dr Mahathir berkata "Saya pegang janji jadi Perdana Menteri sementara."


Matlamat "utama bukan jadi Perdana Menteri, tetapi menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak."


Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti BERSATU pada hari itu.


“Satu ketika dahulu kita adalah pembangkang, kita menubuhkan sebuah parti dan kita harap parti itu akan dapat sokongan orang Melayu.Tetapi kalau kita dapat sokongan orang Melayu sahaja tanpa parti lain, saya tak yakin kita boleh dapat kemenangan.


“Kita telah berunding dengan rakan-rakan kita dan satu daripada syarat yang dikenakan ialah perdana menteri dan bekas musuh ketat mereka ini, jadi perdana menteri buat sementara sahaja." ujarnya.


Tun Dr Mahathir memberitahu perwakilan bahawa beliau bersetuju dengan syarat tersebut.


“Tetapi yang lebih utama ketika itu ialah menjatuhkan Najib. Untuk ini kita perlu korban, saya perlu korban dan terima syarat itu kerana yang utama bukan jadi Perdana Menteri tetapi menjatuhkan Najib.”


Maknanya ketika itu beliau menolak saranan perwakilan BERSATU, supaya beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.


“Tetapi Alhamdulillah kerana kita sanggup terima sedikit syarat ini, kita menang. Kita tak sangka kita menang.


“Sampai ke akhir sekali pun saya belum yakin kita boleh menang. Tetapi Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kita menang. Pengorbanan yang kita buat telah mendatangkan hasil,” katanya.


Tun Dr Mahathir melihatnya sebagai satu pengorbanan yang diperlukan. Kenapa penyokongnya meracau sebaliknya?


Tiada nama lain yang keluar sebagai pengganti kecuali Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Cuba kita ingat apa ciri-ciri munafik?


"Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."


Kita hormat Tun Dr Mahathir dan tak mahu beliau dikenang sebagai pemimpin yang termasuk dalam golongan ini.


Ini pandangan peribadi. Bukan pandangan JOM Channel.


Bahana Skandal Tabung Haji zaman Najib-Azeez

Bahana Skandal Tabung Haji zaman Najib-Azeez

1. Hampir dua tahun telah berlalu sejak jatuhnya kerajaan Kleptokrasi UMNO/BN.

2. Hampir RM17 bilion telah diperuntukkan oleh  kerajaan Pakatan Harapan untuk selamatkan dan modali semula TH.

3. Tetapi akibat pelanggaran Akta TH dan pengabaian tanggungjawab fidusiari oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanan dibawah telunjuk Azeez, banyak masalah dan isu masih menghantui TH.

4. Akta dilanggar untuk membayar kadar hibah yang tinggi demi undi dan puji-pujian walaupun hutang melebihi harta dengan sebanyak RM10 bilion.

5. Sekarang giliran Ladang TH pula. Kewangan dan perniagaannya dalam keadaan tenat hingga terpaksa ditanggung oleh TH.

6. Bagi tahun Kewangan 2018, kerugian berjumpah RM658 juta dan hutang RM1.4 bilion .

7. Antara sebabnya ialah kerana dipaksa beli tanah dan ladang dengan harga yang mahal di Sarawak dan Indonesia.

8. Sebahagian daripadanya belum ditanam dan didapati tidak sesuai untuk pertanian.

9. Laporan jenayah telah dibuat kepada pihak polis dan besar kemungkinan banyak lagi skandal akan didedahkan.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Kredit - A Kadir Jasin

PENYELEWENGAN TABUNG HAJI OLEH KERAJAAN BN.



SIRI : II.


SKANDAL TABUNG HAJI

Skandal Tabung Haji’ muncul di tengah hangat kita bersembang tentang bagaimana syarikat berpenyakit milik kerajaan, 1MDB; sedang bergelut untuk melunaskan hutangnya yang menggunung.

Nama Tabung Haji dipetik apabila ia didapati telah membeli sebidang tanah Tun Razak Exchange, seluas lebih sedikit daripada separuh padang bola, dengan harga yang luarbiasa mahal. Ini dipercayai telah dilakukan bagi membantu 1MDB melunaskan hutang-hutangnya.

Kebetulan, pengerusi Tabung Haji ketika hal ini terjadi adalah tidak lain, Azeez Rahim; bekas Ahli Parlimen Baling, yang duduk sangat hampir ke tengah lingkaran dalaman mantan perdana menteri merangkap suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih menarik lagi, ketika itu; empat orang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji turut berada dalam lembaga pengarah 1MDB. Empat orang ini harus dihafal nama mereka, iaitu; Datuk Johan Abdullah, Tan Sri Ismee Ismail, Datuk Abdul Samad Alias dan akhir sekali, peminat kasut merah; Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Skandal Tabung Haji meletup seawal Mei 2015. Dua bulan sebelum skandal 1MDB meletup di akhbar Wall Street Journal dengan segala macam pendedahan, diikuti tindakan undang-undang oleh DOJ tentang wang dari akaun ‘Tanore’ yang masuk ke akaun peribadi mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib.

Najib Razak mengambil masa yang begitu lama untuk bersilat dengan alasan dan justifikasi terhadap duit derma orang kaya Arab yang mulanya tidak wujud, namun kemudian diakui, dan kemudian dikembalikan sebahagiannya. Namun langkah, bunga dan buah Najib Razak ternyata sia-sia belaka.

Setelah Najib Razak dan juak-juaknya tersungkur dalam pilihanraya 9 Mei lalu, Azeez Rahim meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Tabung Haji pada 24 haribulan.

26 September, Azeez muncul di mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM.

1 Disember, Tabung Haji membuat dua laporan polis terhadap Azeez Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah. Ya, nama-nama ini kita ada sebut awal tadi.

Bukan sahaja itu, beberapa nama pengurusan kanan lain dipetik termasuk Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Dan Harta Tanah).

2 Disember, media melaporkan bahawa pada tahun 2016; Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaunnya. Ini dilakukan untuk memberi ilusi prestasi cemerlang badan tersebut demi mewajarkan dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihanraya lalu.

Dividen berjumlah RM2.7 bilion dibayar tiga bulan sebelum pilihanraya.

Itu belum campur soal kehilangan RM4 bilion daripada RM64 bilion yang dimasukkan pendeposit ke tabungan rukun Islam kelima itu. Perkara serupa pernah dibangkitkan Rafizi Ramli pada tahun 2016. Berbakul Rafizi kena maki.

Siapa dia ‘pendeposit’ yang dimaksudkan? Ya, ibu ayah kita di kampung yang menabung lama untuk mengerjakan haji. Hasil berniaga nasi lemak, menoreh getah, ambil upah jaga budak.

Dah marah belum ?
C/P : SUARA RAKYAT.

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..