TUN M TERIMA SYARAT JADI PERDANA MENTERI SEMENTARA

Yong Intan Noor





TUN M TERIMA SYARAT JADI PERDANA MENTERI SEMENTARA

Bagi penyokong Pengerusi BERSATU, yang tidak percaya wujudnya perjanjian tentang peralihan kuasa dalam kalangan EMPAT parti gabungan ketika itu, iaitu KEADILAN, DAP, AMANAH dan BERSATU, Yong beri sedikit pencerahan.

Ia bukan cerita penglipur lara, tetapi sedutan dari Bernama bertarikh 30 Disember 2018.


Media rasmi Kerajaan itu melaporkan:


Tun Dr Mahathir berkata "Saya pegang janji jadi Perdana Menteri sementara."


Matlamat "utama bukan jadi Perdana Menteri, tetapi menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak."


Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti BERSATU pada hari itu.


“Satu ketika dahulu kita adalah pembangkang, kita menubuhkan sebuah parti dan kita harap parti itu akan dapat sokongan orang Melayu.Tetapi kalau kita dapat sokongan orang Melayu sahaja tanpa parti lain, saya tak yakin kita boleh dapat kemenangan.


“Kita telah berunding dengan rakan-rakan kita dan satu daripada syarat yang dikenakan ialah perdana menteri dan bekas musuh ketat mereka ini, jadi perdana menteri buat sementara sahaja." ujarnya.


Tun Dr Mahathir memberitahu perwakilan bahawa beliau bersetuju dengan syarat tersebut.


“Tetapi yang lebih utama ketika itu ialah menjatuhkan Najib. Untuk ini kita perlu korban, saya perlu korban dan terima syarat itu kerana yang utama bukan jadi Perdana Menteri tetapi menjatuhkan Najib.”


Maknanya ketika itu beliau menolak saranan perwakilan BERSATU, supaya beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.


“Tetapi Alhamdulillah kerana kita sanggup terima sedikit syarat ini, kita menang. Kita tak sangka kita menang.


“Sampai ke akhir sekali pun saya belum yakin kita boleh menang. Tetapi Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kita menang. Pengorbanan yang kita buat telah mendatangkan hasil,” katanya.


Tun Dr Mahathir melihatnya sebagai satu pengorbanan yang diperlukan. Kenapa penyokongnya meracau sebaliknya?


Tiada nama lain yang keluar sebagai pengganti kecuali Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Cuba kita ingat apa ciri-ciri munafik?


"Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."


Kita hormat Tun Dr Mahathir dan tak mahu beliau dikenang sebagai pemimpin yang termasuk dalam golongan ini.


Ini pandangan peribadi. Bukan pandangan JOM Channel.


No comments: