Suara Lantang Anwar Bela Rakyat Palestin Bergema Dalam, Luar Negara




 Oleh: Noraini Nordin



ANALISIS: Selepas mengakhiri jadual yang padat dalam lawatan rasmi ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak antara Negara-Negara Teluk (GCC) dan ASEAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya mengadakan pula lawatan singkat ke Turkiye dan Mesir sebelum berlepas pulang ke tanahair.



Anwar dijadualkan tiba di tanah air pada Selasa pagi.



Di Arab Saudi, selain menghadiri sidang tersebut, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh.



Dalam kedua-dua acara itu, isu Palestin dan isu kemanusiaan akibat perang di Gaza merupakan agenda yang terus disuarakan oleh Anwar untuk diberi perhatian oleh semua.



Beliau mengajak semua pihak agar berusaha menghentikan peperangan di Palestin yang kesannya hanya membawa kesengsaraan kepada warganya, terutama kanak-kanak, wanita dan warga tua.



Demi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia - Arab Saudi pula, Anwar turut mempelawa Mohammed Salman melawat negara ini dan ia dijangka akan berlangsung pada Januari, tahun depan.



Di Turkiye selepas mengakhiri lawatan ke Arab Saudi, Anwar telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Recep Tayyib Erdogan selama hampir dua jam.



Perbagai isu dua hala dan kepentingan bersama diangkat sebagai topik perbincangan dalam pertemuan tersebut dan tentunya isu Palestin tidak terkecuali.



Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_826f2a40f1974931bfdc88681cab4881~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_660,al_c,q_85,enc_auto/4449e2_826f2a40f1974931bfdc88681cab4881~mv2.jpg



Dalam perbincangan itu, Anwar dan Erdogan sama-sama memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan warga Palestin yang dinafikan hak mereka oleh regim Israel.



Anwar turut menyatakan pendirian Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak dua hari lalu dan bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.



Dalam waktu yang sama, Anwar bertegas bahawa Malaysia tidak berganjak daripada pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat dalam isu Palestin ini.



Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan 2024, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian bantuan RM10 juta sebagai dana awal kepada Tabung Kemanusiaan Palestin.



Beberapa hari kemudian, tabung tersebut telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM81 juta, menghampiri sasaran yang ingin dicapai iaitu RM100 juta.



Malam esok, 24 Oktober, beberapa jam selepas menjejakkan kaki dalam negara, Anwar sekali lagi akan memperdengarkan suara lantang dan tegas Malaysia berkaitan isu Palestin dalam program Himpunan Malaysia Bersama Rakyat Palestin.



Program itu akan diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 7.30 malam.



Pemimpin-pemimpin pelbagai parti politik dan NGO dijangka terlibat dalam himpunan tersebut dan acara kemuncak ialah ucapan oleh Perdana Menteri.



Pendek kata, dalam isu Palestin ini, suara dan keprihatinan Anwar telah bergema di mana-mana dan ia akan terus kedengaran sampai bila-bila sebagai pemimpin Malaysia yang konsisten membela nasib rakyat Palestin.



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

·         Berita

0 comments

1 like. Post not marked as liked

Isu kalimah Allah: Majlis Raja-Raja akan putuskan minggu ini


 Oleh: Abdullah Zaid


Isu berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijangka bermula pada 25 hingga 27 Oktober ini.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan garis panduan tersebut sudah pun dikemuka kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.


"Kita sudah mengadakan lima sesi libat urus, hasil libat urus itu sudah pun kita bentangkan kepada MKI yang dipengerusikan Tuanku Sultan Selangor.


"Saya difahamkan, agenda mengenai hasil libat urus itu sebagai satu cadangan ke arah membina Arahan Pentadbiran KDN baharu dijadualkan akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang antara 25 hingga 27 Oktober," katanya dalam Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang meminta penjelasan dan status terkini berkaitan isu Kalimah Allah serta langkah kerajaan bagi menyelesaikan isu tersebut.


Pada 15 Mei KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.


Keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan percanggahan pentadbiran KDN dan Jemaah Menteri pada 1986.


Justeru, kerajaan sebelum ini telah mengadakan sebanyak lima kali libat urus dengan pihak berkaitan termasuk Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membuat garis panduan baharu sebelum diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menyanyi dalam Dewan Rakyat tak kira menghina dewan ke?



Sedih aku tengok MP Sabak Bernam. Dia berucap dalam dewan tu buat macam bercakap di pentas ceramah. Menjengkilkan.


Entah macamana PN tapis calon. Setakat ni belum jumpa lagi MP PN yang berkualiti. Ini termasuklah Mahiaddin dan Hadi sendiri.


Kadang rasa mual tengok MP PN ni berhujah. Kalau ada orang luar tengok, memang memalukan nama negara. Tak macam pemimpin.


Kalau pilih calon pun sambil lewa, macamana kita nak percaya PN mentadbir? Mesti mereka sambil lewa juga tadbir negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


104 KERTAS SIASATAN TELAH DIBUKA. APA YANG DIKATAKAN TAPI TAK TAHU BILA DAN DIMANA. TU LA DIA HADI AWANG


 

MASA DOK KUTUK NAJIB BUKAN MAIN LAGI. DAPAT JADINPM KENAPA PENYELESAIAN BEGITU RENDAH.


 

ORANG LAIN DIGELAR MACAM MACAM. JADI JANGAN JADI MUNAFIK


 

DIA NI DAKWA MAHATHIR ADA DUIT BANYAK....TEDIAAA AIHHH NO....

 


SEMOGA BERJAYA


 Confirm calon PH (GPS) menang dan kedua pihak lawan akan hilang deposit. Yang penting amalan demokrasi hidup segar dan berkempen secara berhemah. Di Swak orang berpolitik secara gentleman tanpa guna isu 3R dan lempar serangan peribadi. PN tak nak letak calon ke..?




WALAUN DAH BERHUJAH


Che Ibrahim.


Harta yang pimpinan Amanah cari masa daalam Pas seperti Pej Agong Pas di Jalan Raja Laut, Wisma Tok Guru di Salor dll mereka dakwa milik Pas, tapi hutang yang dibuat atas nama Pas tak mahu mengaku pula..... Walaun oh walaun


 Walaun dah berhujah.




Tentang hutang Harakah dengan kilang pencetak tu, dengan selamba walaun talakan ke Abg. Mad. Dia kata Abg. Mad yang tak pandai urus.


Benda mudah. Buat apa nak pening kepala. Tauke kilang tu kata hutang dah 7 tahun, maknanya dari tahun 2016 lagi tak bayar.


Amanah ditubuhkan pada 2015. Bermakna sejak 2015 lagi Abg. Mad bukan ahli PAS. Itu bermakna bermula 2015, Harakah diuruskan oleh orang lain.


Kesimpulan yang kita boleh buat, semenjak Abg. Mad tak uruskan Harakah, semenjak itulah bayaran kepada kilang pencetak tak dibuat. Nampak?


Punyalah bodoh lebai yang tinggal sampaikan sejak Abg. Mad tak ada, nak bayar kilang pencetak pun tak reti. Masa Abg. Mad jaga dulu elok je.


Even kalau betul hutang tut zaman Abg. Mad dulu pun, lebai yang dalam tu semua kayu ke sampai tak boleh nak settlekan?


Walaun ni konon nak salahkan Abg. Mad. Tapi otak dia sinting. Tak mampu nak analisa data. Akhirnya memakan diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DULU MASA SEKOLAH RENDAH,HANG DOK KELAS BELAKANG SEKALI. LEPAS UPSR DAPAT 5E MAK AYAH HANTAQ PI PONDOK NGAJI. HANG TETAP TAK LULUS MATEMATIK. TU LA DIA.

 

Che Ibrahim


Hidup memang keras dik..... Orang masak bubur asyura satu kawah dari pagi sampai petang baru habis 1 tong gas, hang masak nasi 10kg habis 1 tong gas??


Nasib baik hang tak telan sekali dgn tong gas, lagi tinggi belanja bulanan..




#PDRM- SEMOGA ENGKAU FAMOUS LEPAS INI.


 Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kena ambil tindakkan terhadap pemilik FB ni...seolah2 menuduh Anwar Ibrahim bersekongkol dgn Israel...jom kita fameskan dia agar ke dalam minah ni




BAGI YANG RAJIN DAN MAHU BERUSAHA. IANYA TIDAK DATANG SENDIRI,TAPI HARUS BERUSAHA

 







Rafizi Ramli.

Saya kongsikan perkembangan semasa projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN-IPR) di Shah Alam, Selangor. Kawasan di sini kita usahakan tanaman pokok cili dengan kerjasama Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI).


Seramai 16 peserta yang terdiri daripada kategori B40 mengusahakan 16,000 tanaman dengan kesemua mereka telah diberikan latihan serta kaedah proses tanaman bermula dari peringkat awal.


Khabar gembira ialah hasil tanaman berjaya diperoleh. Untuk tuaian pertama setiap polibeg telah menghasilkan sebanyak 2.3kg cili dengan harga jualan sekitar RM8/kg.  


Rata-rata pendapatan peserta agak lumayan dan kita akan teruskan IPR INTAN untuk bantu peserta jana pendapatan seterusnya untuk pastikan mereka keluar dari kepompong kemiskinan.



SELAMAT MENEBUK ATAP SAMPAI 2027.

 

Che Ibrahim.


Pas ada masa sehingga Dis 2027 untuk rampas Kerajaan dari PMX dan juga kerajaan kerajaan negeri yang lain, maknanya panjang lagi masa penyokong penyokong Pas memasang angan angan....silakan.


Masa hang jadi menteri undang undang sampai kena tegur dengan YDPA.Apa punya tak guna.


Dia ni tak lama nak kena saman sampai tinggai teloq dwngan Amiruddin Saari MB Selangor dan tycoon Vincen Tan. Padan muka diucapkan.


Tak kalut lagu mana nohh....kes REE pun dok kalut. Kalau didapati subahat kena la....byk juga tu..Ni la pala bana dok menipu rakyat Kedah. Dengar cerita dengan pemain dan dengan padang sekali nak kena lego...Jangan marah....kena brutal...


Dekat nak pilihanraya parlimen Kemaman 
, pemimpin Pas main isu nak rampas kuasa..Taunla pilihanraya Kemaman tu hangpa ada peluang menang. Tapi kan jumlah 74 parlimen tak berubah juga kalau menangbpun. Hangpa saja auka tipu walaun.




PMX BERTEMU MAHASISWA /SISWI DI KAHERAH.

 









Bertemu dengan mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini dan juga rakyat Malaysia di Kaherah sejurus tiba dari Istanbul. 


Saya mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil. Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik. 


Saya turut menjawab mengenai kedudukan ringgit yang kini tercabar parah akibat tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang secara agresif meningkatkan kadar faedah yang turut mengesankan matawang renmimbi China dan yen Jepun. 


Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi, dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan matawang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh. 


#MalaysiaMADANI



Apa lagi masalah dengan PAS ni? Banyak masaalah. Ramai bakal kena tangkap dan kena saman sampai tinggai teloq. Tanya sanusi.

 Apa lagi masalah dengan PAS ni?




Pertama sekali dia tuduh Kerajaan Perpaduan ini Kerajaan Gagal. Apa yang gagal tidak dinyatakan. Masalah ayam, telur dan barangan keperluan asas yang lain? Itu semua masalah yang diwarisi dari pentadbiran PN. Dan Alhamdulillah telah selesai.


Masalah bekalan beras? Itu berpunca dari larangan yang dikenakan oleh India kesan bencana el-nino yang melanda negara itu dan menjejaskan sektor pertanian mereka. Tapi Alhamdulillah, masalah itu juga telah berjaya diselesaikan dengan baik.


Masalah ekonomi? Ekonomi kita berkembang baik. Inflasi juga telah turun secara konsisten. Terkini dah jadi 1.9%. Pelaburan juga telah mencurah masuk. InsyaAllah dalam setahun lagi, kita mula nampak kesan daripada pelaburan yang dicanangkan ini.


Masalah kejatuhan nilai ringgit? Ianya berpunca dari pengukuhan nilai dollar Amerika yang menaikkan OPR mereka. Juga kesan daripada pergolakan yang berlaku di Palestin selain kelembapan ekonomi di Negara China. Negara lain, termasuk juga Jepun, Indonesia dan Thailand juga turut terkesan.


Aku berani jamin, melihatkan kualiti menteri yang ada semasa PN memerintah dahulu, kalau PN yang mentadbir negara pada waktu ni, duit kita mungkin dah jadi RM10 untuk setiap dollar Amerika. Iyalah. Masalah ayam dan telur pun tak boleh selesaikan, lagi nak selesaikan masalah nilai ringgit?


Jadi atas dasar apa Taki nak kata kerajaan gagal? Kalau nak dibandingkan dengan PN, kerajaan yang ada ni berkali ganda lebih berjaya. Hakikatnya PN adalah kerajaan paling gagal di seluruh cakerawala.


Kedua, sejak bila kerajaan bertukar sebab gagal? Kalau kerajaan gagal sekali pun, pertukaran berlaku ketika pilihanraya. Macam PN la. Gagal mentadbir. Jadi dalam PRU rakyat tolak PN. Nak tukar kerajaan pun kena tunggu PRU. Takkan itu pun tak faham?


Nak tukar kerajaan gunakan SD yang jadi favorite Mahaiddin pun dah tak boleh sebab adanya akta anti lompat parti. Jadi apa maksud Taki bila kata nak ambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat?


Melainkan kalau PAS rancang untuk buat rampasan kuasa secara ketenteraan. Betul ke? Sebab tak ada cara lain dah boleh berlaku pertukaran kerajaan.


Aku rasa PDRM kena panggil dan siasat Taki ni. Ucapannya ada berbaur ancaman. PAS jangan cuba heret negara ke kancah pergolakan. Cukuplah kita menderita selama 33 bulan PAS dan PN dalam kerajaan. Jangan kerana nafsu sendiri yang tamak dan haloba, rakyat sekali lagi dimangsakan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANWAR PEMIMPIN ISLAM KECAM TINDAKAN ISRAEL...


 

KAH..KAH..KAH...NAK ISLE KO NAK BAYAQ UTANG SURATHABAQ.,...ISHHH..ISHHH...TAK SAYANG AKHIRAT BETUL.

 


KITA MESTI JATUHKAN KERAJAAN MADANI DENGAN APA CARA SEKALIPUN. TAU TAU KELAB BOLA PUN NAK KENA JUAI.....APA PUNYA LEKEH....

 


KENAPA MUHYIDDIN MENGGELABAH


 

KISAH RATU BANGKAI FITNAH WAN AZIZAH


 

FAWWAZ HANG JAWAB SOALAN NI..APA UNDANG UNDANG YANG DIGUBAL DAN 33 BULAN PAS JADI KERAJAAN APA PAS GUBAL UNDANG UNDANG. JAWAB MAI SAT.


 

Penat,jadi Imam pun tak boleh.


.



"Memang tak boleh,sebab ni Masjid utama. Tertakluk pada Majlis Agama."

.

Tapi ya Akh,jadi Imam sahaja. Takkan era Solat di belakang Imam berlainan aliran Politik haram kembali semula? Teruk sangat. Kalau ceramah kita boleh faham,ini jadi Imam. Takkan baca Surah Al-Munafiqun,terus terasa. Berat nanang.



JANGAN LAGI JEMPUT UMNO SERTAI PN, KAMI SELESA DENGAN KERAJAAN PERPADUAN – ZAHID HAMIDI


 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa parti itu, selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Justeru, katanya yang juga adalah timbalan perdana menteri dan pengerusi BN, tidak timbul persoalan gabungan itu akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Bagi kami, kami selesa dengan penglibatan kami dalam kerajaan perpaduan, dan jangan buang masa jemput kami menyertai PN,” katanya mengulas saranan pembangkang agar Umno menyertai PN.

Zahid berkata demikian kepada media selepas majlis penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) (MAKSPEN) XIV di Putrajaya, semalam.

Sabtu lalu, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berpandangan penyertaan Umno dalam PN dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu yang antara lain bertujuan membantu masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan hari ini bukan hanya bertanggungjawab terhadap masyarakat Melayu dan Islam malah bagi keseluruhan rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, BN menerusi Umno akan meletakkan anak kelahiran Kemaman, Terengganu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.


Menurutnya, Umno telah menerima beberapa nama sebagai calon dan ia akan disenarai pendek dalam masa terdekat.


“Yang pastinya kami akan ambil tokoh anak Kemaman yang berada di peringkat nasional atau di peringkat negeri untuk bertanding bagi PRK Kemaman,” katanya.

Dia berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang juga Pengarah Jentera BN bagi PRK Parlimen Kemaman Ahmad Said akan mengumumkan nama calon berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/683815