Serangan Najib terhadap blogger lemahkan jentera siber Umno, kata wartawan veteran

NAYA BLOGGERS Umno DIGELAR BANGGANG SETELAH PUAS MEMAKI HAMUN ANWAR IBRAHIM, DAN NIK AZIZ SERTA DAP DAN JUGA PAS. AKHIRNYA DI GELAR SEBAGAI BANGANG......DIBAYAR TAPI DIMAKI HAMUN. UMPAMA BERI UMPAN DAPAT TAPI TAK IKLAS....HA..HA.HAA   ......KESIAN..


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengakui secara terbuka partinya  mengupah bloggers. – Gambar The Malaysian Insider, 30 November, 2014.   


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengakui secara terbuka partinya mengupah bloggers. – Gambar The Malaysian Insider, 30 November, 2014. Pengakuan Datuk Seri Najib Razak blogger pro Umno didanai akan melemahkan jentera atas talian parti itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, pertama kali seorang pemimpin Umno mengakui secara terbuka mereka mengupah bloggers untuk menulis bagi pihak mereka.

“Pendedahan dan herdikan Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber.


"Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan,” kata Kadir menerusi kiriman terbaru di blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.
  Semalam, Najib menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Katanya, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa menggulung ucapan di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kadir berkata ungkapan bangang yang digunakan Najib kepada blogger Umno semalam adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

“Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Najib itu,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk “Mohd Najib kecam blogger upahan Umno”.

Menurut Kadir, sebelum Najib, sudah ada beberapa pemimpin Umno yang menggelar blogger dengan gelaran yang buruk.

"(Tan Sri) Zainudin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi menteri penerangan melabelkan blogger 'goblok'.

"Khairy Jamaluddin menanggil mereka 'beruk' dan (Datuk Seri) Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi timbalan menteri tenaga, komunikasi dan air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi," katanya. – 30 November, 2014.


BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi.
Timbalan presiden Umno itu berkata, ahli Umno perlu bekerja keras bagi mengelakkan senario itu berlaku dan meningkatkan peratusan undi sebanyak 5% untuk meneruskan kelangsungan Umno dan BN.
“Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).
"Kurang dari 112 kerusi bermakna BN pasti kalah. Minta dijauhkan,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin berkata, untuk mengelakkan Umno tersungkur semasa PRU14 maka ahli parti itu perlu menggiatkan usaha menangani perspektif negatif yang dilontarkan pihak tertentu.
“Kalau ini hendak diatasi, inisiatif kita mesti diambil secara bersunguh-sungguh. Kalau naik 2%, kita naik ke 141 kawasan Parlimen. Bolehkah kita naik ke paras 141 (kerusi)?
“Kalau kita kerja kuat sikit naik 5%, 159 kawasan, dua pertiga yang kita sasarkan boleh tercapai. Hanya dengan 39 bulan daripada hari ini, pilihan raya mesti diadakan. Dalam tempoh begini singkat, apakah inisiatif baharu yang boleh kita laksanakan untuk mengembalikan keyakinan perbetulkan persepsi?” katanya.
Muhyiddin berkata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga sudah menyatakan komitmen meluangkan lebih masa bagi memantau gerak kerja parti.
“Beliau akan meluangkan lebih banyak masa untuk parti dalam tempoh tiga tahun. Perdana Menteri akan mengorbankan masa selain tugas rasmi untuk melihat urusan parti dan turun ke setiap kawasan,” katanya. – 29 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-hilang-kuasa-jika-undi-merosot-2-di-pru14-kata-muhyiddin#sthash.CPYXpIP1.dpuf