SELAMATKAH MUHYIDDIN JIKA KEMBALI SERTAI UMNO


Daripada sudut yang lain, kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang mahu Muhyiddin Yassin kembali kepada parti itu dengan UMNO sedia mengubah keputusan pemecatannya pada 2016 dahulu, ia juga adalah suatu berita buruk buat Bersatu.
Ia secara tidak langsung bermakna, UMNO tidak mahu bekerjasama dan berkongsi kerusi dengan Bersatu dalam pilihanraya akan datang nanti.
UMNO nampaknya hanya ingin mencari jalan mudah iaitu mahu Muhyiddin kembali semula ke pangkuan parti itu agar tidak berbangkit soal pembahagian kerusi dengan Bersatu.
Dengan Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, oleh kerana beliau sekarang adalah Perdana Menteri, UMNO juga bersedia mengekalkannya lagi untuk jawatan tersebut.
Tetapi, jika Muhyiddin enggan menyertai UMNO semula, ini juga bererti kedudukan Perdana Menterinya tidak akan dipertahankan sama sekali.
Secara mudahnya, selepas PRU nanti, UMNO tetap mahukan wakil parti itu yang duduk di kerusi Perdana Menteri, bukan lagi daripada Bersatu.
Kalau Muhyiddin masuk UMNO semula, boleh dikata terjaminlah kedudukannya kekal sebagai Perdana Menteri, namun jika beliau enggan, maka “bye-byelah” jawabnya.
Bagaimanapun, yang menjadi persoalan, jika Muhyiddin masuk semula UMNO, apakah beliau akan diberi laluan untuk jadi Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tahun depan?
Sediakah Zahid Hamidi yang kini merupakan Presiden UMNO melihat Muhyiddin mengambil alih tempatnya?
Kalau Zahid Hamidi sedia memberi laluan, apakah pula ganjaran untuknya?
Bagaimana pula dengan pemimpin Bersatu yang lain, apakah mereka juga dengan mudah diterima menyertai UMNO atau “karpet merah” hanya dibentangkan untuk Muhyiddin seorang saja?
Yang pasti, jika PRU mengejut diadakan pada tahun ini atau sebelum pemilihan UMNO tahun depan, bermakna Zahid Hamidi masih merupakan Presiden UMNO dan akan berkuasa penuh dalam menentukan calon-calon untuk bertanding.
Dalam hal ini, pastilah bukan mudah untuk pemimpin Bersatu selain Muhyiddin diberikan tempat untuk bertanding memandangkan UMNO sendiri ada pemimpinnya sendiri di setiap kawasan Parlimen dan DUN seluruh negara.
Pasti Geng Hamzah Zainuddin atau Geng Azmin Ali khususnya, tidak semudah Muhyiddin untuk diberikan kerusi bertanding, walaupun mereka ketika ini memegang jawatan menteri dalam kerajaan.
Maka, akhirnya apa jadi kepada Muhyiddin?
Apakah beliau akan bersendirian bertanding dalam UMNO, manakala calon-calon lain adalah pilihan Zahid Hamidi belaka?
Jika begitu, kalau ditakdirkan Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional memenangi PRU mengejut dalam waktu terdekat ini, berapa lamakah Muhyiddin akan dipertahankan sebagai Perdana Menteri?
Tidak mungkinkah selepas itu UMNO akan menolak Muhyiddin untuk meletakkan pemimpin mereka menggantikannya?
Yang nyata, keadaan akan tampak lebih selamat buat Muhyiddin jika kembalinya beliau ke dalam UMNO turut disertai dengan laluan menjadi Presiden parti itu menggantikan Zahid Hamidi serta semua pemimpin Bersatu yang ada bersamanya sekarang dikekalkan bertanding sekali lagi.
Cuma, mungkinkah perkara itu boleh berlaku? (Shahbudindotcom 25/07/2020)

Anwar nafi PH beri laluan kumpulan Dr M tanding di PRK Slim


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
sharethis sharing button 
Anwar Ibrahim berkata, PH akan menghantar wakil untuk berbincang dengan geng bekas perdana menteri itu sebelum membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu Selasa ini.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan belum memutuskan untuk memberi laluan kepada kumpulan serpihan PPBM yang diketuai Dr Mahathir Mohamad bertanding pada Pilihan Raya Kecil Slim, kata Presiden PKR dan Pengerusi gabungan itu, Anwar Ibrahim.
“Kita sudah putuskan, pertamanya PH akan berunding dengan pecahan Mahathir sebab mereka bertanding pada pusingan sebelum ini. Jadi, ada salah faham tentang apa yang dikatakan (bekas) setiausaha agung (PPBM).
“Keputusan kami adalah untuk berunding dengan mereka, bertanya apakah pandangan mereka. Pada Selasa, PH akan bertemu untuk putuskan. Pada PRK DUN Chini sebelum ini, kebimbangan kami adalah Covid-19 dan ruang lingkup terhad untuk berkempen.
“Kita akan dapatkan keputusan pada Selasa. Saya juga tidak menyedari perjumpaan yang mereka laksanakan. Kita akan hantar wakil untuk berbincang dengan wakil pasukan Mahathir,” katanya dalam sidang media di Port Dickson hari ini.
Terdahulu, media melaporkan bekas setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya berkata, kumpulannya akan meletakkan calon pada PRK Slim selepas mendakwa seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu gabungan pembangkang itu tidak akan bertanding pada PRK kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya pada Jumaat lepas menetapkan PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini dengan hari pencalonan pada 15 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos.
PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lali, Khusairi yang mewakili Barisan Nasional mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

KES POSITIF KOVIC 19 BERHATI HATI SEMUA . KITA BELUM BEBAS SEPENUHNYA

Kenyataan Akhbar KPK 25 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan ...

DAP kecam cubaan ejen politik beli wakil rakyat di Sabah



Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Kuala Lumpur 24 Julai 2020
DAP mempertahankan tindakan Pembantu Menteri Negeri Sabah merangkap Adun Kepayan, Jannie Lasimbang yang menolak politik wang dan tawaran jawatan bagi mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat Sabah.
Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini telah memberi amaran yang jentera negara telah dimanipulasikan untuk menakutkan wakil-wakil rakyat dan menggalakkan pengkhianatan di kalangan mereka bagi menjatuhkan kerajaan negeri Sabah sekarang dan mendirikan sebuah kerajaan baharu yang menyokong kerajaan persekutuan.
Shafie juga tegas menentang penubuhan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) dan sebaliknya menghormati keputusan rakyat 2018 untuk memberi mandat kepada Pakatan Harapan Plus.
Tambahan pula terdapat laporan yang disebarkan tentang cubaan untuk menggunakan politik jijik bagi membeli wakil-wakil rakyat dengan jawatan dan duit.
DAP dengan tegas menentang tawaran sebegini, malah ada yang sanggup menawarkan sejumlah RM32 juta selain jawatan Timbalan Ketua Menteri. 
Bagi membuktikan jentera kerajaan tidak digunakan sebagai alat politik, tindakan tegas harus diambil terhadap “saudagar katak” dan ejen politik ini. DAP amat berbangga bila wakil rakyat kami secara terbuka mencela ejen-ejen politik ini dan meminta ejen-ejen ini agar tidak lagi mengganggu mereka lagi kerana pimpinan DAP bukan katak yang boleh diperdagangkan.
DAP menegaskan sekali lagi yang kami memberi sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
DAP akan memberi dukungan dan bantuan kepakaran undang-undang kepada semua wakil rakyat kami di Sabah yang diganggu dan diugut.
Wakil rakyat kami, Jannie Lasimbang kini diancam dengan tindakan undang-undang kerana mendedahkan apa yang terjadi.
Saya telah meminta peguam-peguam kanan DAP iaitu Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Biro Guaman DAP, Ram Karpal untuk memberikan bantuan.


SEMBANG BERSAMA WALAUN


ZES ZES

Mohd Mat Nasir Putra Karala Bg Mee Iswardi Ismail Abdul Razak Zahari Bin Hashim

Tadi direzekikan makan semeja dgn sahabat ana walaun tegar PAS Gombak. Pada mulanya ana malas nak bukak cerita politik. TAPI bila dia mula pancis API, ana pun terhibur laa.

Mcm² isu ana utarakan KAT dia tadi. Dari isu aurat pramugari, RUU355, pemandu MABUK sehinggalah ke isu Sajat. Dari perbincangan ana dgn sahabat PAS ana tu, ana DAPAT fahami cara walaun berfikir.

Walaun sebenarnya tahu PAS tak mampu NAK bawak ISLAM. Walaun tahu PAS berdolak dalik dalam banyak HAL. Walaun tahu PAS dah lari dari perjuangan asal. TAPI walaun MASIH berharap kat PAS. Ana ulang, BERHARAP. That's the word. Walaun masih berharap lebai² PAS ni memperjuangkan Islam walaupun apa yg dilakukan adalah sekadar perhiasan untuk dijual.

Yang PALING best walaun masih KUAT beriman dengan lebai² PAS mereka. Mereka masih kuat bersangka BAIK bahawa politikus² PAS ini bukan gilakan jawatan. Walaun juga percaya politikus seperti Hadi Awang, TITM, Takiri & sebagainya adalah sosok insan mulia YANG tidak sesekali gilakan jawatan dunia. Mereka sangat ikhlas memperjuangkan ISLAM. Malah bukan jawatan Menteri YANG diidamkan tetapi HANYA mahu melihat ISLAM subur di Malaysia. Beliau BERI contoh Hadi Awang YANG tidak menjadi Menteri TAPI tidak marah pun.

Kemudian ana tanya, kalau Hadi Awang SIAL TAK idamkan jawatan Menteri, kenapa tak TOLAK aje jawatan DUTA Khas bertaraf Menteri tu? Terus tak leh jawab. Kenapa tiada 1 PUN jawatan GLC di Kelantan & Terengganu diberikan KEPADA UMNO? Lepas tu ana tanya lagi, kenapa tak tutup kilang ARAK? Dia JAWAB benda ni KENA buat berperingkat sb berpuluh tahun kilang arak dah wujud. Jawapan standard DALAM Harakah.

Baiklah, ANA TANYA lagi, KENAPA tak tutup aurat pramugari? Dia jawab mana boleh NAK SURUH semua org tutup aurat. Ana jawab, bukan semua org tp pramugari SAJA. Pramugari MAS sahaja. MAS bawah kerajaan & PAS sebahagian kerajaan skrg. PAS cuma perlu desak supaya pengurusan MAS keluarkan Pekeliling supaya pramugari tutup aurat aje. Takkan usaha sekecil itu pun PAS tak BOLEH buat?  Terus DIA tukar topik lain. Tak per, BAGI dia berfikir apa yg ana hujahkan hari ni dulu. Ana tau dia seorang walaun TEGAR tapi hidayah itu milik ALLAH.

Jaya Pulau
Roziyanti Rahman
Bob Kelanang
Tok Saboh
Pas Pis Pus

Slogan kempen produk Malaysia tidak harus ditukar



Adakah slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ yang digunakan dalam kempen kesedaran tentang minyak sawit keluaran Malaysia menyasarkan warga Malaysia atau masyarakat antarabangsa?
Itu soalan mantan Menteri Industri Utama, Teresa Kok kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali.
Teresa berkata, sekiranya ia merupakan kempen yang menyasarkan masyarakat antarabangsa, maka slogan bagi kempen penerangan sawit tersebut haruslah kekal ‘Love MY Palm Oil’ atau ‘Sayangi Sawitku’.
“Ia tidak haruslah bertukar hanya kerana pertukaran kerajaan ataupun pertukaran menteri demi menunjukkan kesinambungan mesej di masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum ini dilaporkan menjenamakan semula kempen ‘Sayangi Sawitku’ kepada nama baharu iaitu ‘Sawit Anugerah Tuhan’.
Jelas Teresa, meskipun berasa lega kempen kesedaran minyak sawit keluaran Malaysia yang dimulakan beliau diteruskan kerajaan hari ini, namun beliau kesal apabila slogan ‘Sayangi Sawitku’ diubah kepada ‘Sawit Anugerah Tuhan’.
Sawit sememangnya anugerah tuhan kepada dunia, katanya, tetapi apabila kempen ‘Sayangi Sawitku’ dilancarkan, ia tidak menyasarkan warga Malaysia sahaja.
Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Seputeh itu, beliau juga menjalankan kempen yang menyasarkan warga asing dan masyarakat antarabangsa dari Malaysia, iaitu ‘from Malaysia, we speak to the world’.
“Itu sebab kami mewujudkan slogan dalam bahasa Inggeris ‘Love MY Palm Oil’, MY bermaksud Malaysia. Slogan dalam bahasa Inggeris ini untuk ‘sambil menyelam minum air’,” ujarnya.
Beliau memberitahu, minyak sawit dan produk sawit merupakan eksport negara yang ketiga besar dan cabaran yang dihadapi oleh industri sawit Malaysia adalah persepsi negatif dunia terhadap minyak tersebut.
Tambahnya, industri sawit dan kerajaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk menjalankan publisiti dan penerangan tentang minyak sawit kita di seluruh dunia.
Oleh itu, beliau menjelaskan, pihaknya melancarkan kempen ‘Love MY Palm Oil’ untuk memberi penerangan tentang sawit dari Malaysia ke seluruh dunia.
“Sekiranya tidak berlakunya pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN) dalam Februari tahun ini, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan saya memang telah berancang untuk mengadakan kempen ‘Sayangi Sawitku’ di seluruh negara bersama dengan program Tahun Melawat Malaysia 2020 oleh Kementerian Pelancongan.
“Ini adalah supaya pelancong asing yang datang ke Malaysia boleh mendapat maklumat tentang kebaikan sawit di Malaysia,” katanya. 



ANWAR DI PORT DICKSON 1

Meninjau proses temuduga terbuka jawatan kosong di Hospital UCSI yang akan memulakan operasi tidak lama lagi di Bandar Springhill, Port Dickson.

Program yang turut mendapat kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson ini berjaya menarik minat lebih 7000 permohonan.
Inisiatif ini juga diambil selepas melihat kadar pengangguran negara yang makin parah dan meruncing akibat pandemik Covid-19.

Saya sendiri turut menemuramah seorang pemohon hari ini.

Semoga usaha dan langkah ini dapat diikuti oleh semua wakil rakyat lain di seluruh negara.

Nasihat saya kepada yang mendapat pekerjaan agar dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Manakala bagi yang tidak berjaya, pihak pejabat Parlimen Port Dickson akan cuba membantu untuk menempatkan mereka di sektor lain.

#PortDickson #PD

ANWAR DI PORT DICKSON 2

Di Port Dickson hari ini bagi merasmikan pembukaan cawangan ke 450 kedai serbaneka KK Super Mart yang diasaskan oleh usahawan tempatan.
Dengan adanya kedai serbaneka 24 jam seperti ini ia akan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan keperluan asas.
Namun harus diingat supaya sentiasa tawarkan harga yang berpatutan agar tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Saya juga memberi cadangan kepada KK Super Mart agar dapat membantu memasarkan produk tempatan di kedai mereka.
Semoga KK Super Mart terus maju dan berjaya mencapai sasaran pembukaan 500 kedai pada tahun ini.

ANWAR DI PORT DICKSON 3

Seperti biasa apabila berada di Port Dickson saya tidak akan lupa untuk melakukan ziarah kebajikan rumah ke rumah.
Untuk kali ini tiga buah rumah di Kampung Jimah Lama di Lukut saya kunjungi bagi bertanya khabar serta memberikan bantuan keperluan asas kepada mereka yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Semoga mereka sentiasa dilindungi, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

ANWAR DI PORT DICKSON 4



Memenuhi jemputan Hj Muhamad Ridza Ab Hamid ke majlis perkahwinan anak perempuannya Fatin Amalina dan pasangan Aiman Hakeem di Seremban.
Selamat menempuh alam hidup baru. Semoga menjadi keluarga yang sakinah, diberikan keturunan yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki serta berkat.


LAGI BERITA MENYUSUL MALAM INI



SILA KE OLDER POST ATAU TEKAN 

BUTANG > UNTUK BERITA SIANG TADI.  21 

BERITA SEHINGGA KINI

SYUKUR...


Alhamdulillah, hudud sekarang telah pun berjaya dilaksanakan di Terengganu...😑😑😏😏

PM AKUI ADA SEKANDAL...NAJIB NAJIB...


Bila PM sendiri sambut baik penyelesaian RM16.6 bilion oleh Goldman Sachs, bermakna kerajaan PN juga mengakui ada skandal dalam 1MDB....😜😜


TIADA SIAPA KE JIRAT CINA, RUU 355 DIGAGALKAN PN

PEMULANGAN WANG 1MDB OLEH GOLDMAN SACHS KEJAYAAN PH

PEMULANGAN WANG GOLDMAN SACHS BUKTI USAHA PH .WUJUDNYA SALAHLAKU 1MDB



Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum pemulangan RM16.6 bilion (USD3.9 bilion) di dalam penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Goldman Sachs, berkait salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.
Ini menjadikan keseluruhan wang rakyat yang telah dipulangkan setakat ini berjumlah RM19 bilion.
Walaubagaimanapun, proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya.
Majlis Presiden mengingatkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk hanya memulangkan USD1.75 bilion, kerana jumlah penuh yang dituntut adalah USD7.5 bilion.
Proses pemulangan wang daripada Goldman Sachs ini sebenarnya hanya bermula dengan kemenangan Pakatan Harapan dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU14.
Majlis Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini, termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan demi mendapatkan keadilan buat rakyat Malaysia.
Pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman itu.
Pakatan Harapan menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah, termasuk individu yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai “MO1” dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini belum ditahan.
Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja.
Tarikh: 25 Julai 2020.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj. Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP


DULU KATA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERATURAN KAFIR?

RIWAYAT RUU 355 BERAKHIR, PAS GAGAL KOTAKAN JANJI

TAKBIRRRR

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

KEPALA OTAK KAU

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Syahir Sulaiman @syahirnomic Terpenting adalah sumbangan bakti kita -menebang hutan, menebas belukar, menghalau binatang, memasang pagar bagi membina tapak yang kukuh bagi menegakkan hukum agama di bumi Malaysia yang tercinta. Translate Tweet 11:49 AM 24/07/2020 Twitter for Androio'

JIKA 1MDB FITNAH MENGAPA DUIT DIPULANGKAN?

BUKAN DIA NAK MINTA MAAF TAPI DIA ANGKUH...WALAUN GAGAL MATEMATIK NAMPAKNYA



Bukan nak minta maaf kerana menfitnah..tapi percaya fitnah itu betul..teruk betul PAS sekarang.Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks



APA HABAQ SYAFIE...JANGAN CARI ANWAR YA....


Piee Afdal apa habaq pagi ni???
Kepong adun-adun, jangan terlepas pandang. Lupakanlah hajat jadi PM tu, jawatan sendiri pun hampir melayang.Masa orang ajak kau TUBUH KERAJAAN PH WARISAN ,kau ikut atok saka tu..sekarang kerajaan engkau hampir lenyap....kepung cepat cepat supaya tak jatuh...


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks yang berkata 'TAN SRI MUSA MENGHADAP TYT 24 JULAI 2020 JAM 10 MALAM'

WALAUN GAGAL MATEMATIK

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Umno Johor buli Pas, tidak pedulikan Bersatu


Umno Johor buli Pas, tidak pedulikan Bersatu




Umno bukanlah rakan kongsi yang jujur dalam usaha gabungan antara Muafakat Nasional (MN) mahu pun Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berpendapat Umno di negeri itu membelakangkan semangat setiakawan dalam pelbagai gabungan baharu itu.


Baru-baru ini Pas Johor, ujarnya, telah meluahkan rasa terpinggir dan menyatakan untuk tidak bersependapat dengan keputusan dari peringkat pusat.

“Sebelum ini pun Umno seperti tidak langsung mahu berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menggerakkan agenda politik di Johor.

“Yang terbaru mangsanya adalah Pas yang dilihat tersepit dalam kekuatan parti majoriti terbanyak dalam PN kerana tidak diraikan dengan baik oleh Umno.


“Kita mendapat maklum bahawa pihak akar umbi Pas memang dilihat kurang berpuas hati dengan prestasi rakan kongsi mereka Umno dalam mengendalikan pembahagian kuasa dalam kepimpinan kerajaan negeri,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Terdahulu, penggerak Pas di Johor dilapor kurang berpuas hati dengan prestasi yang disepakati dalam MN di negeri itu.


Pas yang mempunyai seorang Adun di Johor sebelum ini dipercayai telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan di dalam kerajaan.


Walau bagaimanapun, sehingga hari ini difahamkan hal tersebut masih sukar menjadi kenyataan.

Terus dibuli

Mengulas lanjut, Taqiuddin yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, gabungan MN di Johor juga akan menjadi rapuh sekiranya Pas hari ini terus dibuli oleh rakannya dari Umno.

“Sekuat mana gabungan tersebut pasti akan menjadi rapuh apabila ada pihak di dalam MN hanya memikirkan soal kepentingan diri sendiri berbanding kejujuran dan setiakawan.

“Umno tidak perlu menuding orang lain sedangkan diri mereka sendiri masih membawa pemahaman ‘abang besar’ dalam sebuah gabungan.

“Ternyata hari ini Pas dan Bersatu hanya dijadikan sebagai alat untuk Umno terus kembali berkuasa dalam mentadbir negeri mahupun negara ini sahaja.


“Selain itu antara mangsa lain adalah masyarakat Melayu yang termakan dengan dakyah yang dilakukan oleh mereka,” ujar Taqiuddin lagi.