ANWAR DI PORT DICKSON 1

Meninjau proses temuduga terbuka jawatan kosong di Hospital UCSI yang akan memulakan operasi tidak lama lagi di Bandar Springhill, Port Dickson.

Program yang turut mendapat kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson ini berjaya menarik minat lebih 7000 permohonan.
Inisiatif ini juga diambil selepas melihat kadar pengangguran negara yang makin parah dan meruncing akibat pandemik Covid-19.

Saya sendiri turut menemuramah seorang pemohon hari ini.

Semoga usaha dan langkah ini dapat diikuti oleh semua wakil rakyat lain di seluruh negara.

Nasihat saya kepada yang mendapat pekerjaan agar dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Manakala bagi yang tidak berjaya, pihak pejabat Parlimen Port Dickson akan cuba membantu untuk menempatkan mereka di sektor lain.

#PortDickson #PD

No comments: