PEMULANGAN WANG GOLDMAN SACHS BUKTI USAHA PH .WUJUDNYA SALAHLAKU 1MDB



Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum pemulangan RM16.6 bilion (USD3.9 bilion) di dalam penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Goldman Sachs, berkait salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.
Ini menjadikan keseluruhan wang rakyat yang telah dipulangkan setakat ini berjumlah RM19 bilion.
Walaubagaimanapun, proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya.
Majlis Presiden mengingatkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk hanya memulangkan USD1.75 bilion, kerana jumlah penuh yang dituntut adalah USD7.5 bilion.
Proses pemulangan wang daripada Goldman Sachs ini sebenarnya hanya bermula dengan kemenangan Pakatan Harapan dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU14.
Majlis Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini, termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan demi mendapatkan keadilan buat rakyat Malaysia.
Pemulangan wang ini juga menjadi bukti wujudnya pelbagai salah laku dan kebobrokan pada zaman itu.
Pakatan Harapan menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah, termasuk individu yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai “MO1” dan Low Taek Jho (Jho Low) yang sehingga kini belum ditahan.
Mereka tidak boleh dibenarkan bebas begitu sahaja.
Tarikh: 25 Julai 2020.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj. Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP


No comments: