KEMENTERIAN KESIHATAN YANG LEMAH


HAMDAN TAHA



Convid 19 serangan kali kedua ini saya teliti dan baca dari kenyataan KKM boleh di katakan kesemuanya berpunca dari kes import yang di kenakan HSO di rumah. Antara kesilapan paling besar di lakukan oleh kerajaan.
Sepatutnya tidak boleh berlaku kes yang sebegini kerana pengalaman banyak negara mengalami kes yang sama. Kenapa kita terlupa dan terambik ringan dengan perkara sebegini
Kedua sikap kita terutama mereka yang di arahkan hanya duduk di rumah. Mereka bebas keluar dan di rumah pula bebas berjumpa keluarga dan menerima tetamu datang ke rumah pula tu...kebanyakan yang balik dari luar negara ini orang yang cerdik pandai dan tepelajar tak suka dengan kongkongan. Jenis merasa mereka bijak juga selamat....akhirnya ada yang tidak selamat...
Menteri kanan umum hari ni saja lebih dari 1400 orang balik ke Malaysia dari luar negara. Maknanya sebulan yang lalu berapa ramai rakyat kita pulang dan balik terus ke rumah...yang ambil mereka di airport pula keluarga. Perkara perkara MKN dan KKM terlepas pandang....
Semoga tindakan yang telah di ambil bermula hari ini akan memberikan impact yang baik buat kita...
Persoalan kita sekarang ni ialah Raya Haji lagi beberapa hari dan kampung kampung menjadi tumpuan termasuk rumah rumah yang ada orang yang sedang di HSO kan di situ....
Sekolah sekolah juga telah di buka....pilihanraya juga akan di adakan di Slim dan semua ini wajib di pantau semula dengan baik....jaga diri dan keluarga masing masing...
Antara perkara paling susah ialah orang sentiasa hulur tangan nak bersalam salaman bila berjumpa....ini susah kerana kita orang islam dan budaya Melayu pula...


No comments: