MGID

CAKAP HADI AWANG TAK LAKU



Walaupun Hadi Awang tetap cuba melobi, mengampu, membodek dan menjilat Tun Mahathir Mohamad agar terus berkhidmat sehingga habis penggal, tindakan itu nampaknya langsung tidak laku.
Terbaru, Hadi berkata, Pas mahukan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal dan menolak kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri ke-8.
Soalnya, kenapa Hadi sibuk-sibuk dengan urusan PH dan proses penggantian Perdana Menteri ini?
Jika sebelum ini Hadi pernah meminta orang luar jangan masuk campur dalam soal kerjasama Pas dengan UMNO, kenapa beliau sendiri campurtangan urusan parti lain?
Bagaimanapun Tun Mahathir kelihatannya tidak mempedulikan kata-kata Hadi yang baru-baru ini telah membawa Pas bekerjasama secara rasmi dengan UMNO untuk menumbangkan PH pada PRU15 akan datang.
Kata Perdana Menteri, beliau tetap berpegang kepada janji penyerahan jawatan kepada Anwar sebagaimana telah dijanjikan dan dikonsensuskan oleh PH sebelum ini.
Tun Mahathir seterusnya berkata, beliau akan menunaikan janjinya dan tarikh penyerahan jawatan itu akan diumumkan kemudian.
Kalau dilihat memang pelik perangai Hadi ini, dalam dia menjalin kerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan PH, boleh pula memberi sokongan kepada Tun Mahathir.
Lebih pelik, walaupun Tun Mahathir turut mengungkit sejarah bagaimana Pas pernah mengkafirkan UMNO, beliau sekali lagi tetap juga menyokong Perdana Menteri.
Adakah Hadi benar-benar ikhlas menyokong Tun Mahathir atau beliau sebenarnya mahu PH berpecah?
Adakah juga Hadi lebih takut apabila Anwar menjadi Perdana Menteri dan PH terus bersatu hati dalam PRU15 nanti, impiannya bersama UMNO untuk menawan Putrajaya tidak akan kesampaian? (Shahbudindotcom 20/09/2019)


MENARIK UNTUK DIBACA : KISAH KONONNYA BANTU AGAMA BANGSA DAN RAIA, FITNAH....PUAK umno KAKI KELENTONG. LEBAI PULA SANGGUP TOLONG.



Ini hero yang konon difitnah? Rata2 rakyat masih terperangkap dengan stigma kononnya raja penyamun perosak negara dan konco2nya ini difitnah. 

Propaganda puak ini sangat licik dan lebih bahaya. Mereka akan beraksi sebagai mangsa dan pura2 tidak tahu, tidak bersalah dan seolah di pihak yang benar. 

Memohon maaf kepada rakyat jauh sekali ada dalam kamus politik mereka. Sebaliknya berlagak suci dan tiba2 menjadi pejuang ummah yang KONONNYA mahu selamatkan negara dari pimpinan kafir. 

Sedangkan yang merosakkan negara, merompak hasil negara dan membina kekayaan peribadi adalah dari kaum puak mereka sebelum ini. Anda yakin manusia begini boleh selamatkan ummah? Secara rambangnya pernah anda jumpa ketua bahagian umno tidak kaya waima asalnya hanya peniaga pasar malam, posmen dll? Sedangkan semua tahu mereka bukan ahli perniagaan pun. Dari mana hasilnya? Fikirlah secara logiknya. 

Dan setelah kalah tersembam mereka mula nampak agak gusar dimana aktiviti membina kekayaan peribadi terbantut. Dari sekecil2 ketua cawangan hingga ke ketua bahagian. Mereka tahu, faham dan sedar mengapa mereka tersembam. Kerana mereka telah gagal menawan rakyat walaupun dengan pelbagai sogokan melemah bangsa sendiri. Siapa banyak beri gula2 maka rakyat akan ikut. Tetapi tidak menjadi kali ini. Mereka tahu aktiviti mereka semakin terlondeh di mata rakyat. Tetapi mereka pendam sesama mereka dan mencari jalan keluar dengan pelbagai propaganda. 

Mereka perlu menutup fokus rakyat dalam berpaksi kepada kejahatan dan penyelewengan mereka. Dan mereka mula bertindak. Pelbagai susun atur propaganda dengan perbelanjaan besar. Mereka masih punyai banyak wang untuk menggerakkan jentera. 

Mereka mulakan dengan 3 perkara dalam membina persepsi untuk ditanam di minda rakyat. AGAMA, BANGSA dan INSTITUSI DIRAJA. 

Permulaan mereka dengan pelbagai subjek2 nasional ini bermula dengan demo2 kecil. Kemudia mula ke arah demo berskala besar. Laungan keramat agama, bangsa dan daulat diraja sekadar lakonan plastik keji demi perjuangan politik gerombolan penyamun perosak bangsa dalam menggapai tali kuasa iaitu minda dan penilaian rakyat. 

Kemudian bertambah rancak dengan propaganda saluran media rakyat. Di dalam medium Facebook mereka ternyata gagal dan lumpuh sepenuhnya kerana masih ditakluki dengan fakta kebenaran pejuang2 percuma kerajaan sekarang. Tetapi mereka gah dan megah di arena whatsapp berantai. 

Rata2 maklumat palsu dengan cerita dongeng dangkal dijamu kepada masyarakat kampung terutamanya dengan susunan ayat penuh palsu dan fitnah dalam membina persepsi dan membunuh karektor kerajaan selarang di mata rakyat. 

Sebagai contohnya Tabung Haji jual aset kepada cina, Agama Islam akan ditukar sebagai bukan agama rasmi, Cina Dap kuasai kerajaan, Masjid akan ditutup, Azan tidak dibenarkan dan lain2 hal yang melibatkan sensitiviti agama dan perkauman. 

Mereka tahu dalam berhujah dengan kerajaan hari ini mengenai kebenaran mereka akan kalah kerana asas moral mereka sendiri gagal dengan gaya hidup mereka selama ini membina kekayaan peribadi menjadikan mereka tiada kredibiliti untuk bercakap. 

Namun mereka mencuba merosakkan minda rakyat dengan cerita dongengan mereka yang kebanyakan memalukan diri sendiri. Nampak mereka seolah pejuang sejati anak bangsa dan agama. 

Tetapi di mana mereka sewaktu pimpinan mereka sendiri sedap merogol harta negara hingga semua kita terpaksa menanggung legasi kebodohan mereka dalam membina kekayaan peribadi. 

Mereka senyap. Bisu, buta dan pekak kerana sewaktu berkuasa mereka kerap disuap dedak. Dan sekarang mereka lebih hebat dari hang tuah lima bersaudara konon membela melayu. 

Yang merompak, menyamun kita selama ini melayu mana? Bukan melayu yang sama?

Tambahan dengan gabungan Pas Umno mereka rasa mereka lebih kuat. Abiang malas nak ulas bab tu. Lebih Umno nak kenakan Pas dan Pas pun akan kenakan Umno. Umno hanya mahubkembali berkuasa untuk selamatkan pemimpin penyamunnya. 

Tambahan Pas tu tak pernahnya cerdik harap lebai sahaja atas kepala. Cakap berbelit dah mengalahkan orang tak sekolah. Kau lawan sikit kafirlah kau nanti. Cuma penyokong setia membabi buta. Itu nasib mereka lah. Dah nak menyokong itu hak mereka. 

Kau boleh bayang 9 billion boleh bikin apa? ITU BARU BUNGA BELUM HUTANG POKOK RM36 BILLION LAGI. Kita tanggung buta kerana lahanat perosak negara ini.  Dah pi tidoq. Esok kau tu nak sekolah.

- Mohd Ein


MUAFAKAT MULA NAK KE LAUT



Ketika sidang akhbar selepas memetrai Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas , Hadi Awang berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk memasukkan UMNO dalam pentadbiran kerajaan di negeri Terengganu dan juga Kelantan.
Katanya, UMNO kini adalah keluarga Pas.
“Itu tunggu bila tiba masa… akan lihat kepada perkembangan selanjutnya.
“Memang ada rancangan, itu dalam keluarga kami,” katanya lagi.
Bagaimanapun, hanya selepas enam hari Hadi berkata demikian, nada Pas sudah nampak berlainan.
Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hubungan kerjasama antara Umno dan PAS yang dimeterai melalui Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini umpama persefahaman (MOU) yang masih awal dan hanya bersifat kerjasama longgar.
Justeru katanya, terlalu awal untuk kedua-dua parti itu menubuhkan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
“Muafakat Nasional ini lebih kepada MOU, kita meletakkan satu tanda secara rasmi memandangkan sebelum ini kita jalinkan kerjasama tidak rasmi seperti dalam beberapa pilihanraya kecil.
“Jadi apabila kita tandatangani Piagam Muafakat Nasional ini kita rasmikan kerjasama itu, ia lebih kepada garis panduan macam mana hubungan PAS dan Umno.
“Ada yang boleh dibuat dan ada tak boleh buat,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Semalam, Pas Perlis juga menyatakan tiada keperluan untuk pihaknya menyertai kerajaan negeri itu yang ketika ini dipimpin oleh UMNO.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, oleh kerana kerajaan negeri itu yang diketuai UMNO berjalan dalam keadaan baik ketika ini, tiada keperluan buat parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Perlis.
Apakah makna semua ini?
Bukankah jika sudah menjalin kerjasama secara rasmi, ia sepatutnya dibuktikan dengan berkongsi mengurus negeri-negeri yang mereka kuasai?
Tentu lebih bermakna kerjasama itu jika dimasukkan UMNO dalam kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh Pas, sementara Pas pula dimasukkan dalam kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang dikuasai UMNO.
Ia juga dengan sendirinya membuatkan rakyat dapat merasakan benar-benar ada keikhlasan dalam kerjasama yang dijalin itu.
Tetapi, mengapa tiba-tiba Pas seolah-olah tidak mahu berkongsi?
Apabila Pas awal-awal sudah mengatakan tidak mahu menyertai kerajaan Perlis, dengan sendirinya UMNO jadi segan silu untuk minta dimasukkan dalam kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Apakah ia disebabkan Pahang dan Perlis merupakan negeri yang lebih miskin dan tiada sumber asli berbanding Kelantan dan Terengganu?
Bagaimana dengan perkongsian seterusnya – pembahagian kerusi, jawatan menteri dan Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 20/09/2019)


MURAHNYA KALIMAH LAKNAT DI LIDAH PENCERAMAH BRO AZHAR IDRUS IBNU JUBBAH..

https://m.malaysiakini.com/letters/491755




Sempena termeterainya piagam yang membawa kepada penyatuan ummah di antara Umno dan PAS, aku nak mencoret sedikit kenangan buat para pelayar media dalam talian. Mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada kalian dan aku juga.

Brother Azhar (atau nama rasmi beliau: Azhar Idrus) ketika menjawab satu soalan yang berbunyi: "Apakah pandangan (ustaz) PAS bekerjasama dengan Umno sekarang ini?" menyifatkan kumpulan yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu sebagai menentang Islam lalu berdosa.

Memetik jawaban beliau dalam sepotong klip video, Bro Azhar berkata: "(Kena) tengok tujuan. 

Tujuannya (kerjasama tersebut) supaya Islam kembali selamat daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh kafir laknatullah, maka bekerjasama sekarang hukumnya wajib. 

Siapa yang menentang adalah berdosa dan dilaknat oleh Allah. Allah sebut dalam Quran (maksudnya) “Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan berpecah belah…”

Adakah kalian rasa kata-kata itu boleh terima?

Aku perjelaskan begini. 

Pertama Bro Azhar kata tujuan kerjasama di antara PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan Islam. 

Ini aku tak mahu komen. Mereka berhak dakwa demikian.

Kedua, dia kata ada musuh-musuh Islam daripada kalangan kafir yang dilaknat Allah sedang mengancam Islam. 

Ini pun aku malas komen. 

Kita boleh andaikan mereka bersatu untuk lawan Israel atau musuh Islam yang ada di sekeliling mereka.

Ketiga, kerjasama PAS - Umno adalah wajib. Ini juga terserah kepada dia dan mereka. 

Jika dia rasa ia wajib, tidaklah bermakna semua orang wajib mengikuti pandangan dia dan mesti menyokong dan bekerjasama pula dengan Umno dan PAS.

Seterusnya bahagian keempat. Ini ada isu bagi aku, tapi terpulanglah kepada kalian. 

Dia kata sesiapa yang menentang kerjasama Umno dan PAS - yang didakwa demi Islam itu - maka berdosa dan dilaknat Allah. 

Cuba pejam mata seketika.!!!

Mana hujah dia bahawa sesiapa yang menolak kerjasama Umno dan PAS itu berdosa? 

Bukannya semua dalam Umno itu Muslim, dan bukannya selain Umno dan PAS itu semuanya kafir sehingga dia mendakwa kerjasama berkenaan seperti sebuah agama.

Bagaimana Bro Azhar mahu jelaskan bahawa sesiapa yang menentang kerjasama PAS dan Umno sama macam menentang Islam dan umatnya?

Bukankah Umno dan PAS itu hanya parti politik..? 

Bebas untuk menyertai parti itu dan harus menentangnya jika ada idea mereka yang tidak dipersetujui.

Kita hidup dalam dunia politik demokrasi. Kita berhak dan bebas berpendirian. 

Apakah politik paksaan ini wajah baru buat PAS dan Umno di Malaysia?

Lebih menonjol kekerasan Bro Azhar apabila dengan berani dan selamba menekankan bahawa mereka yang menentang kerjasama itu akan "dilaknat Allah".

Dia Malaikatkah? 
Dia Nabikah? 

Tentulah tidak. 

Bagaimana dia boleh berhujah sedemikian..? Mana dia tahu..? 

Kalian tentu faham, kan, bahawa laknat ini maksudnya seseorang itu sudah jauh daripada rahmat Allah. Dibenci Allah.

Cuba kita pejam mata dan buka semula. 

Selain Umno, PAS dan penyokong mereka, semuanya manusia dibenci Allah. Berat ni bro, berat. Berat nanang.

Aku pun tak dapat menghadam cara Bro Azhar berfikir dan berhujah. 

Kalau dilihat cara dia mengajar dan berhukum pun, selalunya lari jauh daripada disiplin usul fiqh dan kaedah fiqh. 

Tiada nilai akademik.

Jika nak promosi gagasan penyatuan ummah, lakukan sajalah. 

Tidak ada yang dapat menghalang. Kalau nak mencipta alasan mahupun sebab untuk penyatuan, ikut sajalah. 

Negara bebas, kan kita ni..?

Bukan senang nak menjejakkan kaki ke PWTC memakai baju bulan. 

Bro Azhar boleh terus menyokong dan boleh juga masuk bertanding nanti. 

Untung nasib, boleh jadi MB Terengganu. Mana tahu, kan..?

Kenapa aku kongsikan hal ini di sini? 

Sebab aku rasa rakyat Malaysia perlu sedar Bro Azhar tidak memiliki hujah untuk dengan mudah mengatakan orang yang menentang kerjasama PAS dan Umno berdosa dan dilaknat Allah. 

Seberat Bukit Uhud

Tapi dia ada pengaruh yang besar. Apabila seorang guru melaknat, maka anak murid boleh sampai mengkafirkan orang. 

Itu yang aku takut sangat.

Orang Islam di Malaysia mesti menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pendakwah-pendakwah yang bersyarah ikut sedap lidah masing-masing sehingga khabarnya kadang-kadang ada yang menyediakan soalan untuk diri sendiri lebih awal.

Tujuannya? 

Antara lain untuk memasarkan diri masing-masing dalam carta penceramah setempat. Khabarnya, ada, tetapi aku tak tahulah siapa.

Islam yang rahmah itu ialah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW, bukan yang dibawa Dr Mujahid Yusof atau Dr Mahathir Mohamad.

Jika mereka alergi sangat dengan pendekatan rahmah, tidaklah perlu melaknat orang di sana sini. Melaknat itu mudah tetapi tanggungjawab pada lidah yang menutur seberat Bukit Uhud.

Itu kiasan aku sendirilah.

Apabila seorang kawan bertanya sama ada aku nak tulis atau tidak isu ni, aku balas yang aku dah muak menulis pasal penunggangan agama. Eh, bila masa pulak aku rajin menulis? Hahaha.

Sebab gerakan ini disulami dengan kalimah jihad dan dipimpin pula oleh ulama yang serbannya besar. 

Sedangkan aku pakai jeans saja kot. Aku kata, baik laknat balik daripada menulis.

Namun, aku tak tergamak nak melaknat orang yang melaknat aku, maka aku menulis di sini untuk bacaan semua. 

Terima kasih kepada Malaysiakini yang menyiarkan tulisan aku ini dan aku faham ia tidak semestinya pendirian portal itu.

Dan aku harap editor Malaysiakini kekalkan sahaja ganti nama aku ni. 

Tidak perlulah tukar kepada "saya" atau "ana".

Membahasakan diri sebagai "aku" dalam menulis lebih mulia daripada menggunakan kalimah laknat kepada seteru politik.

OK, aku nak sambung ‘main salji’ di sini. Tenangkan fikiran di permusafiran ini. 

Harap orang Malaysia tabah dengan negara dan kehidupan yang sedang dibaham oleh pendakwah-pendakwah yang mendakyah - IBNU JUBBAH.

https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=L84XhkhsmT0

PIAGAM UMNO – PAS: ISYARAT MENGGERUNKAN PERKAUMAN, AGAMA SEMPIT

PEGAWAI KHAS NAJIB DIARAH MUSNAH DOKUMEN SEBELUM PRU

PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL: ISLAM TIDAK LAGI MEMIMPIN?

(function() { var d = document, w = window; w

PENYOKONG UMNO, PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG MUHYIDDIN

  Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN). Pembentukan Kerajaan Perikatan ...