CAKAP HADI AWANG TAK LAKU



Walaupun Hadi Awang tetap cuba melobi, mengampu, membodek dan menjilat Tun Mahathir Mohamad agar terus berkhidmat sehingga habis penggal, tindakan itu nampaknya langsung tidak laku.
Terbaru, Hadi berkata, Pas mahukan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal dan menolak kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri ke-8.
Soalnya, kenapa Hadi sibuk-sibuk dengan urusan PH dan proses penggantian Perdana Menteri ini?
Jika sebelum ini Hadi pernah meminta orang luar jangan masuk campur dalam soal kerjasama Pas dengan UMNO, kenapa beliau sendiri campurtangan urusan parti lain?
Bagaimanapun Tun Mahathir kelihatannya tidak mempedulikan kata-kata Hadi yang baru-baru ini telah membawa Pas bekerjasama secara rasmi dengan UMNO untuk menumbangkan PH pada PRU15 akan datang.
Kata Perdana Menteri, beliau tetap berpegang kepada janji penyerahan jawatan kepada Anwar sebagaimana telah dijanjikan dan dikonsensuskan oleh PH sebelum ini.
Tun Mahathir seterusnya berkata, beliau akan menunaikan janjinya dan tarikh penyerahan jawatan itu akan diumumkan kemudian.
Kalau dilihat memang pelik perangai Hadi ini, dalam dia menjalin kerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan PH, boleh pula memberi sokongan kepada Tun Mahathir.
Lebih pelik, walaupun Tun Mahathir turut mengungkit sejarah bagaimana Pas pernah mengkafirkan UMNO, beliau sekali lagi tetap juga menyokong Perdana Menteri.
Adakah Hadi benar-benar ikhlas menyokong Tun Mahathir atau beliau sebenarnya mahu PH berpecah?
Adakah juga Hadi lebih takut apabila Anwar menjadi Perdana Menteri dan PH terus bersatu hati dalam PRU15 nanti, impiannya bersama UMNO untuk menawan Putrajaya tidak akan kesampaian? (Shahbudindotcom 20/09/2019)


No comments: