BELANJA LAWAK 3


 

BELANJA LAWAK 2

 


BELANJA LAWAK 1


 

SKMM sahkan pempengaruh disiasat babit cubaan dedah data peribadi tanpa kebenaran.





SITI NUR ZAWANIApril 28, 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengesahkan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial telah dijalankan berikutan aduan yang diterima daripada orang awam.

Setakat ini dua sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya pada 25 dan 28 April 2025.

Siasatan awal mendapati kandungan yang dikaitkan dengan pempengaruh berkenaan melibatkan penyebaran maklumat palsu berkaitan institusi diraja dengan dakwaan tidak berasas.

Selain itu terdapat cubaan untuk mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang

“Tindakan ini berpotensi mencetuskan kegusaran awam, menyemarakkan fitnah, mengundang ancaman terhadap keselamatan individu terlibat serta melanggar undang-undang komunikasi dan perlindungan data peribadi,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan.

SKMM menegaskan bahawa semua aduan akan disiasat berlandaskan undang-undang tanpa mengira status, populariti atau pengaruh individu terlibat.

 

Setiap siasatan dijalankan secara profesional, berlandaskan prosedur yang adil serta mengikut peruntukan undang-undang di bawah AKM 1998, dan merupakan langkah awal untuk mengumpul maklumat berkaitan.

SKMM turut mengingatkan orang ramai bahawa sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh isu 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja), bersifat mengancam, mengganggu, atau menceroboh privasi individu adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan sedia ada.

 


Masa minta peruntukan tunjuk muka manis, bila dah dapat…





Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegur sikap pemimpin pembangkang yang bermuka manis saat meminta peruntukan, tetapi di belakang selepas peruntukan diluluskan mereka kembali menghentam kerajaan.

Ahmad Zahid berkata, tidak salah untuk berbeza pendapat namun jangan sampai menghenta seolah-olah tidak berterima kasih.

Katanya, beliau tidak mahu menyebut siapa individu berkenaan namun itulah yang berlaku di negeri pembangkang.

“Saya lumat (dihentam), tidak salah untuk kita berbeza pendapat. Janganlah, masa minta muka senyum, muka 10 sen. Bila dapat hentam Perdana Menteri balik.

“Jangan begitu, mesti bersyukur dan terima kasih,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sikap begitu perlu diubah kerana ia sesuatu yang tidak baik.

“Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan MADANI. Salah satu sikap kerajaan MADANI adalah ihsan,” ujarnya.


Hetty Koes hiburkan tetamu di majlis Aidilfitri KPKM tanpa bayaran, kementerian jimat besar


 

SITI NUR ZAWANIApril 28, 2025

Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjimatkan kira-kira RM100,000 kerana penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang membuat persembahan nyanyian secara percuma.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu telah membuat penjelasan lebih awal mengenai kehadiran Hetty Koes untuk mengelak terpalit kontroversi sama yang berlaku di majlis rumah terbuka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.

Ketika sidang media bersama pemberita hari ini, Mohamad berkata penyanyi tersohor itu hadir dan membuat persembahan percuma sebagai tanda persahabatan mereka sejak sekian lama.

“Kalau nak ambil dia (menyanyi, kena bayar) RM100,000. Tapi dia beri khidmat percuma di atas sahabat saya dengan dia dan isteri saya kenal dengan dia.

“Dia kebetulan nak datang bercuti ke Langkawi, maka dia sedia untuk singgah di sini dan memberi persembahan percuma. Kalau kita nak bayar, kita tak akan mampulah bayar, sebab dia taraf profesional,” katanya hari ini.

Kemunculan Hetty Koes mendapat perhatian dan sambutan yang meriah apabila beliau mendendangkan tiga buah lagu termasuk lagu popular beliau seperti Tak Ingin Sendiri, Tradisi Hari Raya, dan Berdiri Bulu Romaku.

 

Sebelum ini Mohamad berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Hetty yang memaklumkan ingin menghadiri majlis hari raya tersebut.

.


ADUN PN ini sedar ke tidak beliau dah hasut rakyat tidak percaya pada Agong

 




SITI NUR ZAWANIApril 28, 2025


Tindakan ADUN dari Terengganu, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Muhammad Fauzi yang didakwa meremehkan perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan “ia hanya sekadar kertas”, adalah tindakan yang memperkecil kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Peguam, Zulqarnain Lukman mempersoal adakah ADUN Sura itu sedar atau tidak bahawa Perlembagaan Malaysia berkait rapat dengan kedudukan Raja-Raja.

Beliau juga bertanya adakah ADUN pembangkang itu sedar bahawa kedudukan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ini jauh lebih kuat daripada Perlembagaan Singapura.

Dalam Perlembagaan Malaysia, kesemua jawatan penting dalam kerajaan seperti Perdana Menteri, Menteri, Ketua Polis, Panglima Tentera, Ketua Hakim, Peguam Negara dan banyak lagi jawatan penting kerajaan kesemuanya perlu mendapat perkenan Agong atau Majlis Raja-Raja.

Dalam Perlembagaan Singapura pula tiada peruntukan berkaitan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja. 

“ADUN ini sedar atau tidak bahawa sebarang pelanggaran Perlembagaan itu adalah satu perkara yang serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sama ada secara sivil atau jenayah.

 

 “Tulisan ADUN ini memperkecilkan kuasa dan kedaulatan Agong dan Majlis Raja-Raja seolah-olah ADUN ini menganggap Agong dan Majlis Raja-Raja ini boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa politik.

“Tulisan sebegini adalah satu cenderung kepada perbuatan menghasut rakyat untuk mengurangkan kepercayaan rakyat kepada Agong dan Majlis Raja-Raja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Merujuk kepada kenyataan Muhammad Fakhruddin, beliau mengatakan Perlembagaan hanyalah sekadar kertas, manakala kuasa politik adalah realiti yang menentukan nasib bangsa.

Beliau memberi contoh, Perlembagaan Singapura dahulu memberi jaminan bahawa kedudukan orang Melayu terjamin melalui perkara 152, namun kini didakwanya ia telah digugat walaupun tanpa sebarang pindaan.

Beliau mendakwa masjid di Singapura dikawal kerajaan, madrasah ditekan mengikut silibus sekular, bahasa Melayu menjadi ‘hiasan’ dan jarang berlaku kenaikan pangkat dalam kalangan anggota polis, askar serta kakitangan kerajaan berbangsa Melayu.

“Semua ini berlaku tanpa perlu pinda satu huruf pun dalam perlembagaan. Kalau DAP dan geng dapat dua per tiga di parlimen (Malaysia), apa boleh jadi?,” katanya.

Dalam pada itu Zulqarnain berkata, tulisan sedemikian sudah melampaui batasan undang-undang dalam bersuara dan tindakan tegas wajar dikenakan.

 

SEKADAR PERSEPSI MELAYU CINA... TAK AKAN GUGAT KERAJAAN MADANI

Hamdan Taha. 



 Pru ke 14 ketika itu PH ada tokoh tokoh popular bersamanya


1. Tun Dr M

2.  Anwar Ibrahim

3. Tan sri Muhidden


Dan ramai lagi ketika itu dan isu besar mereka ketika itu ialah IMDB dan Dato Najib menjadi tempat serangan bersama Rosmah Mansur, dan Pas pula bertanding secara solo setelah ada kesepakatan dengan dengan Dato Najib, serawak pula masa itu tidak seperti kekuatan sekarang begitu juga sabah, maka akhirnya runtuh BN. Tapi sekarang serawak ada 31 kerusi yang boleh bersama dengan Kerajaan sekarang. Masa pru 14 BN tinggal 18 kerusi, saya yakin zaman abg jo ini tidak mungkin begitu.


Menjelang pru ke 16 PN pertamanya wajib ada tokoh PM yang boleh menyakinkan rakyat, PH masa itu ada dua tokoh, Dr M dan Anwar Ibrahim di kira sangat kuat, tapi sekarang PN saya belum nampak tokoh setanding Dr M dan PMX yang boleh menarik minat rakyat mengundi PN di kalangan semua bangsa.


Jika masih Tan Sri Muhidden, MB terengganu, Hamzah Zainudin, Azmin Ali belum boleh mengegarkan rakyat Malaysia dan boleh menarik sokongan baru atau atas pagar atau masyarakat cina dan india. Berdasarkan perkara tersebut saya secara peribadi tidak nampak untuk PN boleh menumbangkan gabungan Kerajaan sekarang. Lagi pulak PN akan bertanding sebagai Pembangkang kali ini berbanding sebagai Kerajaan pru ke 15,ada beza tu bertanding atas tiket Kerajaan dan Pembangkang


PH dan Umno masing masing dalam kerajaan dan ada tokoh kepimpinan mereka, walaupun pmx dan Dato Zahid di gambarkan pemimpin yang gagal oleh PN, tapi saya melihat gerak kerja mereka setiap masa cuba memperkukuhkan parti dan menyakinkan rakyat terutama golongan muda dengan program di University setiap bulan ini akan merubah persepsi golongan muda kepada mereka yang tak mampu di buat oleh PN kerana mereka berada di luar kerajaan


Begitu juga media sosial saya teliti secara peribadi serangan berbentuk peribadi seperti papagomo, papukari dan seangkatan mereka, ratu naga semangkin tidak lagi boleh merubah pemikiran rakyat kecuali penyokong parti masing masing, PH juga kerana mereka Kerajaan akan mengunakan kuasa dan kesempatan untuk menyekat mereka yang menyerang kerajaan, dan penyokong PH dan Umno juga sudah mula mengukuhkan jentera media sosial mereka ini akan merubah keadaan ketika PRU


Isu 2 tahun lagi saya tak pasti apa yang akan datang, kerana isu adalah sangat penting, tapi untuk jatuhkan BN dan Dato Najib Dr M dan PH mulakan serangan selama 3 tahun sebelum PRU sehingga berjaya, PN perlukan isu baru untuk menyerang PMX dan Umno setakat isu Ketimbang, minyak, harga barang, islam melayu nampaknya isu itu perlahan lahan tidak lagi berjaya, kerana rakyat boleh menilai, melayu akan lenyap, islam akan tergugat itu semua lama lama tak lagi boleh menumbangkan Umno dan PH... Umno pula mula merapatkan kedudukan parti mereka, tidak seperti pru ke 15 masih berpecah belah, sekarang sudah satu team dan ikut Presiden tidak berpecah...


Pilihanraya kecil bukan ukuran saya setuju, tapi ianya boleh jadi ukuran juga jika isu baru tak ada, jika PH dan Umno dapat bertahan dengan isu sekarang susah buat PN dan jika PN masih tak ada calun PM yang menyakinkan susah lah sikit....


Ini Sekadar pandangan peribadi saya.




Kenapa Malaysia Perlu Sukhoi SU-75 Checkmate Daripada Rusia, Jet Berbiay...

KEMPEN BABI PAS GAGAL DI AYER KUNING RAKYAT SEMAKIN MENERIMA KERAJAAN PE...

UMNO-BN MENANG SEBAB UMDAP MANTAP!! - Isham Jalil Mengulas PRK Air Kuning

Rancangan TDM Malaysia 36 Buah MLRS Baharu, Chunmoo Korea dan ASTROS 2 B...

Tanda-tanda PAS hilang sokongan Melayu di Ayer Kuning jelas, gelombang H...

HADI AWANG YANG MAKIN MERBAHAYA! PENCERAHAN MANTAP DR ABU HAFIZ ISU DALI...

YB didikan Sanusi dari cerdik terus AutoPALOI...

Industri Halal, Perdagangan Antara Fokus Perbincangan PM Anwar, Dr. Muizzu

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives Dr. Mohamed Muizzu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 28 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 28 Apr – Pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Maldives, Dr. Mohamed Muizzu sempena kunjungan beliau ke Malaysia hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk industri halal dan perdagangan.

Menurut Anwar dalam hantaran yang dibuat di Facebook rasmi beliau, pada masa sama, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu-isu strategik lain seperti pelaburan, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenalkan dengan delegasi Maldives sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives Dr. Mohamed Muizzu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 28 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pagi tadi, saya meraikan Dr. Muizzu yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia bagi mengukuhkan hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor.

“Ini merupakan lawatan rasmi julung kalinya beliau ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023,” katanya sebentar tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives Dr. Mohamed Muizzu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 28 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, sebaik tiba di Perdana Putra, Presiden Muizzu dan delegasi diberikan sambutan rasmi, diikuti pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Berlatar belakangkan Masjid Putra, usai istiadat sambutan rasmi, saya dan Presiden Muizzu menghadiri mesyuarat terhad bersama kepimpinan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyambut kedatangan Presiden Maldives Dr. Mohamed Muizzu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 28 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia bagi membincangkan isu-isu strategik, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan,” katanya.

Anwar kemudian menghoskan majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan lawatan Dr. Muizzu dan delegasi Maldives bersama-sama menikmati jamuan yang disediakan.



Permukiman Komuniti MADANI Perkukuh Jaringan Komunikasi Di Sabah – Fahmi


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di Sandakan pada 27 April 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

SANDAKAN, 28 Apr – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni hampir 500 peserta daripada 109 Komuniti MADANI negeri Sabah yang hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di sini.

Program ini adalah inisiatif strategik bagi memperkukuh jaringan komunikasi kerajaan di peringkat akar umbi.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di Sandakan pada 27 April 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

Ini termasuk memperkasakan komuniti sebagai ejen komunikasi yang berwibawa selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Turut diadakan Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Sabah yang melibatkan 150 peserta. Berkonsepkan Training-of-Trainers (ToT), program ini memfokuskan pembangunan kemahiran peserta khususnya dalam aspek penyampaian komunikasi yang berkualiti.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hadir dalam program Permukiman Komuniti MADANI Siri 1 Zon Sabah di Sandakan pada 27 April 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi

Peserta ASAS diberikan pendedahan kemahiran komunikasi bagi memastikan usaha penyebaran maklumat kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara berkesan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN), Julina Johan.


BERSATU UMPAMA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


 

‘Bersatu bangga meskipun gagal di Ayer Kuning’

HarapandailyApril 28, 2025

Timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin bangga dengan pencapaian calon Perikatan Nasional di dalam pilihan raya kecil Ayer Kuning meskipun calon tersebut gagal.

“Saya bagi pihak PN berasa bangga kerana kita dapat mengekalkan jumlah pengundi yang kita terima dalam pilihan raya yang lepas.

“Kalau dibandingkan dengan mereka (BN-PH) yang sebelum ini menguar-uarkan bahawa akan mendapat lebih kurang 18,000 undi di antara gabungan UMNO dan DAP, tetapi akhirnya mereka tidak mencapai angka tersebut,” katanya dalam majlis Aidilfitri Port Dickson.

Sasaran 18,000 undi tersebut telah diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berdasarkan syarat peratus keluar mengundi ialah 75%.

Peratus pengundi keluar mengundi adalah 58.07%.

Dalam PRK Ayer Kuning pada hari Sabtu, calon Umno – BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

 

Yusri memperoleh 11,065 undi manakala Abdul Muhaimin Malek daripada (Pas-PN) yang memperolehi 6,059 undi.

 


Berita baik untuk rakyat, Menteri umum jumlah had kampit beras yang boleh dibeli


 


K PRAGALATHApril 28, 2025

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengumumkan berita baik untuk rakyat Malaysia.

Had beras tempatan yang boleh dibeli telah dilonggarkan.

“Beras tempatan boleh dibeli lebih daripada dua kampit tak lebih dari lima kampit.

“Lebih tiga juta kampit sedang ada dalam pasaran,” umum beliau di perhimpunan bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di MAEPS, Serdang.

Sebelum itu beliau mengumumkan beras tempatan yang boleh dibeli terhad kepada dua kampit sahaja.

Beliau turut menyentuh isu pembaziran makanan yang meningkat dalam bulan Ramadan.

 

 “Dapatan dari SWCorp dianggarkan 90,000 tan makanan dibazirkan dalam bulan Ramadan sahaja dengan peningkatan sebanyak 15 hingga 20 peratus berbanding dengan bulan lain.”

Isu ini membimbangkan kerana ia memberikan kesan ekonomi negative dan bertentangan dengan ajaran Islam, katanya.

Isu keberadaan beras putih tempatan merupakan salah satu isu yang membelenggu kementerian beliau sebelum ini.

 

EMOJI KETAWA.

 



Singkat betul pemikiran lebai dan walaun. Dia dok kira 𝗲𝗺𝗼𝗷𝗶 (sebenarnya 𝙧𝙚𝙖𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣) ketawa pulak dah. Nak kata 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 ketawa tu bukti 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗶𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


𝗛𝗲𝗸 𝗲𝗹𝗲𝗵... Kalau 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 tu boleh diterjemah kepada undi ok la lagi. Tapi hakikatnya, dalam 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗣𝗥𝗞, 𝗣𝗡 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻. Siapa yang ditolak ni?


Kita tak heran pun dengan 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 gelak tu. Sebab kita tahu 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗡. Setiap walaun ada sampai berbelas bahkan berpuluh akaun. Sebab tu banyak.


Daripada 4.4k 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 gelak tu, mungkin cuma daei 500 pengguna je. Dan 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Dan dari 500 walaun tu, 90℅ beri 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮.


Buktinya, walaupun beribu 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 gelak, kerusi PN 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵. Malahan 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮. Apalah guna 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 gelak kalau tak mampu nak menangkan kerusi?


𝘙𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 gelak tu 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗮𝗽𝗮-𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 pun melainkan menjadi bukti yang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗹𝗼𝗯𝗮.


Kalau semua berita berkaitan DS Anwar dapat 𝘀𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝙧𝙚𝙖𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸 pun tak apa. Asalkan menang kerusi. PRU/PRK ni 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝘂𝗻𝗱𝗶, bukan kumpul 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 gelak. Takkan tak tahu lagi?


𝘠𝘰𝘶 𝘤𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘦 𝘢𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝙃𝘼𝙃𝘼 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴. 𝘞𝘦'𝘭𝘭 𝘵𝘢𝘬𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘷𝘰𝘵𝘦𝘴. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HOI BEROK... SANUSI PANGGE WALAUN.


 Pagi-pagi aku dah terhibur. Aku 𝗰𝗶𝗹𝗼𝗸 𝘴𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵𝘯 ni dari 𝘱𝘰𝘴𝘵 kawan aku. Aku tak 𝘧𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸 mamat ni seingat aku. Harap betul la dia yang tulis.





Persoalannya, dia ingat dia siapa sampai orang takut sangat dengan dia? Sejujurnya, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 pun yang terfikir apa yang dia sebutkan tu.


Sedangkan raja dan ratu iblis, 𝗚𝗼𝗺𝗼 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗴𝗮, elok je hadap MCMC. Tak kena bunuh pun. Apalah sangat kalau setakat dia ni yang ibarat nyamuk tak bersayap.


Siapa la agaknya yang risau tu? Mungkin orang tu ada 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹. Atau belum matang jadinya mudah terpengaruh drama Hollywood. Macam 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶.


Rasanya tak ada siapa pun yang risau. Dia je agaknya yang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. Macam budak sekolah dulu. Lagak samseng, bila cikgu panggil, terus menangis.


Atau dia sengaja reka 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Ye la. Walaupun mengaku tak berparti, tapi ramai yang kata dia ni dari 𝘀𝗽𝗲𝘀𝗶𝘀 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯. Sebab tu la 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗶 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝙨𝙘𝙧𝙪𝙩.


Kalau betul, dia maknanya telah melabelkan dirinya sebagai 𝘁𝗮𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Bukan taik biasa ni. Tapi ini taik 𝗸𝗹𝗲𝗽𝘁𝗼𝗸𝗿𝗮𝘁. 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸.


Dia ni bukan siapa-siapa pun. Tak gugat kerajaan pun. Nurul Izzah pun 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗮. Kalau bukan Liyana Marzuki beritahu, Izzah tak tahu pun 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 dia tu.


Malah Izzah tak buat laporan bahkan 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 dia disiasat. Lebih dari itu, 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗱𝗶𝙨𝙘𝙧𝙪𝙩. Jadi apa yang nak ungkit 𝗞𝗲𝘃𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗿𝗮𝗶𝘀, 𝗧𝗲𝗼 𝗕𝗲𝗻𝗴 𝗛𝗼𝗰𝗸 bagai? Perasan 𝙨𝙩𝙖𝙧 sangat ke?


Oh 𝘣𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺, kes Morais dan Beng Hock 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Zaman 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 ni, pemfitnah kerajaan pun dapat masuk radio dan tv 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘴𝘵𝘳𝘦𝘢𝘮.


Perasan sikit-sikit tu normal. Kita manusia memang ada kala hati kita dijentik iblis untuk berasa riya. Tapi sikit-sikit dah la. Tak payah la rasa macam kita hebat sangat. Itu nanti iblis pun meluat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



WALAUN TERSAKITI

 





Sebagai umat Islam kita perlu percaya dgn perancangan Allah..kenapa tak pertikaikan ketentuannya kerana ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG


Dalam surah Ali-Imran ayat 54, Allah SWT berfirman:

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِينَ 


"Mereka merancang , Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"



Belajar daripada PMX (Siri Akhir)




Sama ada awak penahan diri atau pembenci PMX, ini 17 perkara yang kita boleh belajar dari PMX dalam aktiviti kehidupan harian.


12. Anwar berjalan laju sehingga orang lain terpaksa berkejaran untuk mengiringinya. Orang yang jalan berlenggang akan kelihatan membuang masa dan tiada tenaga. Ini adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW iaitu berjalan laju seperti "bumi dilipat untuknya", dan Baginda akan melangkah kakinya dengan kuat dan dadanya condong ke depan, seolah-olah sedang turun dari tanah curam.


13. Orang kata trademark Anwar ialah panjat pintu kereta sambil melambai. Ia sebenarnya gesture selamat tinggal yang meninggalkan kesan mendalam dan kenangan peribadi oleh sesiapa saja yang berada di tempat kejadian.


14. Anwar tidak akan meninggalkan pemimpin- pemimpin negeri di belakang. Pernah sekali masa MB Klate tertinggal di belakang, Anwar berhenti berjalan, berpaling ke belakang dan memanggil MB. Seolah-olah beliau sangat peka dan sensitif dengan sekeliling. Sekurang-kurangnya dia akan berjalan seiringan dengan MB/KM/Premier walaupun terpaksa berjalan di tepi karpet merah.


15. Tiap kali kereta PM sampai ke destinasi, pegawai dan bodyguard mesti terkejar-kejar sebab Anwar akan buka sendiri pintu kereta. Kita faham tujuannya kenapa bodyguard yang akan bukakan pintu VVIP iaitu untuk safety clearance. Tapi seorang pemimpin yang tawaduk tidak akan suka ditolong-tolong atau ditatang oleh orang bawahan.


16. Pernah sekali sebaik Anwar tiba dalam satu majlis, dan hadirin berdiri untuk bagi penghormatan. Anwar kata duduk-duduk. 


17. Anwar akan bercakap mengikut laras bahasa audience. Dalam forum antarabangsa, bahasa Inggeris beliau adalah top notch. Dalam majlis ilmu, laras bahasa Melayunya sangat tinggi. Tapi dalam majlis ilmu bersama rakyat, bahasanya membumi. Satu perkara yang konsisten adalah kualiti berbahasanya sentiasa pada aras tinggi.


Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh belajar. Banyak juga yang kita boleh mengutuk, jika kita memilih untuk mengutuk. 


Cuma jika sesebuah negara direzekikan dengan sebaik-baik pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjadi sebaik-baik rakyat.



KISAH UMAH SANTAI


Norshidah Md Daud


 

Umah 2 buah, tapi katanya umah santai family hujung minggu 






Kalau umah santai ujung minggu, sebuah je makcik

Kau angkut satu kampung ke smpai bina 2 buah?

Sahihla mmg berniat cari keuntungan 😉 


Terletak d atas puncak bukit & dikatakan antara rumah atas bukit paling tinggi di Janda Baik


1st, ape status lot tanah tu?

Pertanian atau bangunan?


2nd, pelan binaan semua tu lulus pihak sepatutnya x?

Atau x submit pelan tp terus bina?


3rd, yg bina tu kontraktor berdaftar CIDB x?

Ni bukan wat umah kg ok 😊


4th, homestay berlesen x?

Bukan umah inap kg ni makcik 

Umah 2 tingkat atas bukit, xkanla dok kutip duit cust tp x berlesen


Ghisau ni sebab atas bukit

2 tingkat lak

Aliran air, air buangan kumbahan semua kena ambik kira salur ke mana

Xkan masuk sungai lak kan?


Ni kang kalau jd pape, tanah runtuh ke ape ke yg kena maki gov

Rara jugak kena jenguk


Kalau time musibah tu, makcik yg ada dlm homestay xpe

Takut cust je nanti. 


Pastu mula la dok maki DAP kait kuil kait musang king




KISAH OTAK MENGECUT


Norshidah Md Daud


 Otak x kecut, punai je mengecut

Tu pun xtau malu nak tayang kat orang 

Mu paham x ostad aku sindir mu ni.




SAMBUTAN UNTUK PRESIDEN MALDIVES



 Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.










Muizzu yang tiba di sini semalam, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.


Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeo, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.


Lawatan kali pertama Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai presiden pada November 2023 itu adalah atas jemputan perdana menteri.


Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2417365


Mohd Huzaini Daud / BERNAMA 


#BernamaNews

#BernamaImages