K PRAGALATHApril 28, 2025
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu telah
mengumumkan berita baik untuk rakyat Malaysia.
Had beras tempatan yang boleh dibeli telah dilonggarkan.
“Beras tempatan boleh dibeli lebih daripada dua kampit tak lebih dari
lima kampit.
“Lebih tiga juta kampit sedang ada dalam pasaran,” umum beliau di
perhimpunan bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan, di MAEPS, Serdang.
Sebelum itu beliau mengumumkan beras tempatan yang boleh dibeli terhad
kepada dua kampit sahaja.
Beliau turut menyentuh isu pembaziran makanan yang meningkat dalam bulan
Ramadan.
“Dapatan dari SWCorp dianggarkan
90,000 tan makanan dibazirkan dalam bulan Ramadan sahaja dengan peningkatan
sebanyak 15 hingga 20 peratus berbanding dengan bulan lain.”
Isu ini membimbangkan kerana ia memberikan kesan ekonomi negative dan
bertentangan dengan ajaran Islam, katanya.
Isu keberadaan beras putih tempatan merupakan salah satu isu yang
membelenggu kementerian beliau sebelum ini.
No comments:
Post a Comment