ANALISA KERUSI- KERUSI YANG BN MENANG DALAM PRK SETAKAT INI



Abdul Rahman Adul Talib

Dari semua kerusi-kerusi yang dimenangi BN setakat ini boleh disimpulkan:

1) 3 kerusi BN menang kerana pengundi2 Cina tidak pulang mengundi: Cameron, Semenyih dan Kimanis

2) Pengundi Cina protes Dr Mahathir : Tanjung Piyai

3) Pengaruh Pribadi calon UMNO: Rantau

Untuk kategori 1), PH boleh rampas kembali dengan mudah kerana contohnya kerusi Teluk Intan. DAP kalah pada PRK 2014 TAPI menang semula pada 2018.

Untuk memastikan BN tidak kembali semula, pengundi-pengundi Cina akan pulang mengundi. Jangan takut.

Kategori 2) pula perlu pertukaran PM kepada Anwar Ibrahim maka ia akan kembali pada PH.

Apa yang perlu sekarang ni adalah pertukaran kepada Anwar Ibrahim kerana pengundi-pengundi Melayu dan Cina menolak Dr Mahathir tapi mereka menerima Anwar Ibrahim.

TULANG BESI


SIAPA YANG ROSAKKAN MANIFESTO DAN JANJI?



Norshidah Mohd Daud

Masa mula-mula DSAI dibebaskan lepas PRU, ada yang menyalak konon x follow proses undang-undang. Ok kita diam.

Bila setahun pemerintahan Tun, ada suara-suara yang x yakin dengan janji Tun untuk lepaskan jawatan (atas sebab-sebab kisah silam Tun sblm ni), kemudian mereka dikatakan x sabar kononnya patut tunggu hingga 2 tahun pemerintahan. Ok kita tunggu hingga 2 tahun

Bila nak masuk hampir 2 tahun, masih x nampak proses peralihan kuasa, dengan peletakan jawatan MM yang penuh kontroversi & mengekalkan menteri-menteri lain yang langsung x berwibawa. Ok kena tunggu lepas APEC

Aku xtau ape yang jadi sebenarnya. Tapi bila dalam keadaan ni, memang susah nak bersangka baik lagi. 

Kau bising konon "kami" ni sibuk nakkan DSAI jadi PM, bukan nak pikir masalah rakyat, bukan nak laksanakan manifesto. Hoi, PM sekarang yang rosakkan perjalanan perlaksanaan manifesto tu, bukan DSAI. Cerdik sket la.

Pasni kalaula DSAI jd PM, kau pun dok jilat DSAI lak. Idop ni kena ada pendirian. Bukan pikir perut sendiri je.

Macai pembangang dilarang komen menyemak


INILAH PEGAWAI KHAS PRESIDENG...

Nizam Aka



Rupa-rupanya nya inilah budak bodoh yang dilantik sebagai pegawai khas presiden paspispus..Hoi pegawai khas bodoh,kalau kerajaan nak ambil data peribadi rakyat,dalam ic dah berlambak..

Kerajaan petik aje JPN.. Masa puak-puak walaun mohon BSH dulu,dia orang guna ic Siam kot?
Sebab tu tak boleh ada dara peribadi mereka di JPN dan LHDN..Masa nk mohon BSH dulu,tak pula mu kalut soal data peribadi?

Tak takut pun soal data peribadi?Aku yakin,kalau kerajaan bagi RM300 seorg untuk E-Tunai Rakyat tu,tak ada seekor pun barua-barua pas akan sembang atau takut soal data peribadi..Bila mangkuk-mangkok hayun pas nak faham dengan fitnah barua-barua MCA Pas ini?


Kerajaan PH perlu utamakan reformasi institusi, kembalikan kestabilan politik (Malay/English)



Artikel ini terbit pada 15 Januari.

1
39
 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janji mereka kepada rakyat dan segera mengutamakan janji manifesto untuk mereformasikan institusi utama negara agar untuk menjadi benar-benar bebas serta berfungsi sebagai badan semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan yang mungkin menjadi kleptokratik dan menyalahgunakan kuasa pada masa akan datang.
Telah hampir 19 bulan sejak PH mengambil kerajaan dan kita masih belum melihat mereka memenuhi janji Teras 2 manifesto untuk mereformasi institusi dan struktur politik negara ini. Daripada memenuhi hasrat rakyat dalam era Malaysia Baharu, kita disajikan dengan politik kotor, pergelutan kuasa, intrik politik serta retorik agama dan kaum yang boleh menyahstabilkan negara serta menyebabkan pudarnya harapan pengundi yang mengundi untuk perubahan.
Bersih 2.0 sedia maklum bahawa kerajaan PH telah membawa era baharu untuk kebebasan, kedaulatan undang-undang, libat urus dan akses awam semenjak mengambil pejabat. Media menjadi lebih bebas dan ada lebih toleransi terhadap suara yang kritikal daripada kerajaan dan gerakan sivil.
Sejauh pemerhatian kami, institusi seperti judisiari, Suruhanjaya Pengcegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya berfungsi dengan lebih bebas daripada campurtangan eksekutif.
Dengan penubuhan 10 jawatankuasa khas parlimen, Parlimen sedang mengalami reformasi dalaman yang memperkasakannya untuk berkhidmat sebagai badan semak dan imbang yang berkesan kepada eksekutif.
Melalui pembentukan jawatankuasa khas seperti Majlis Penasihat Kerajaan, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dan Jawatankuasa Pembaharuan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, kerajaan PH sedang mendepa tangan kepada maklum balas dan libat urus orang ramai untuk sektor yang memerlukan reformasi. 
Walaupun kebebasan baru ini, pengasingan kuasa dan keterbukaan sangat dialu-alukan, namun ianya masih tidak cukup melainkan pindaan undang-undang dibuat dan reformasi ini diinstitusikan. Undang-undang baharu juga diperlukan untuk mengukuhkan institusi dan pentadbiran negara, serta sesetengah undang-undang perlu dimansuhkan.
Namun reformasi struktur ini tidak akan berjaya sekiranya kestabilan politik tidak dikembalikan oleh kerajaan PH yang mencadangkan dan menjanjikan agenda reformasi kepada negara. Sebarang konfigurasi semula oleh parti pemerintah akan mencairkan agenda reformasi atau langsung membatalkannya dan perkara ini perlu ditolak. Orang ramai mengundi untuk kerajaan baharu dan perubahan berdasarkan janji dalam manifesto PH, dan sebarang usaha untuk melarikan diri daripada reformasi akan mengkhianati kehendak rakyat. 
Berdasarkan penerangan di atas, Bersih 2.0 ingin mencadangkan tindakan berikut kepada kerajaan PH untuk dilaksanakan pada tahun 2020. Memenuhi janji reformasi institusi

Memenuhi janji reformasi institusi

Daripada 19 janji di bawah Teras 2 manifesto PH untuk reformasi institusi dan politik, kebanyakannya tidak dipenuhi dan paling baik pun hanya dipenuhi secara minima. Janji utama yang kritikal untuk pengasingan kuasa adalah had penggal dan kuasa perdana menteri (Janji 12), reformasi SPRM (Janji 14), pengasingan peguam negara dan pendakwa raya (Janji 15), mengembalikan kewibawaan Parlimen (Janji 16), reformasi sistem pilihan raya (Janji 17), menggubal undang-undang pendanaan politik (Janji 18), mengembalikan keyakinan awan terhadap institusi kehakiman dan judisial (Janji 19), membebaskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada naungan politik (Janji 22), mengembalikan semangat federalisme (Janji 24), mengukuhkan demokrasi tempatan (Janji 25) dan memansuhkan undang-undang menindas (Janji 27).
Banyak daripada reformasi ini dapat dicapai tanpa pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan majoriti dua-pertiga, dan di mana pindaan perlembagaan diperlukan, pihak pembangkang juga perlu diyakinkan untuk menyokongnya kerana sebarang reformasi yang boleh menyeimbangkan kuasa kerajaan adalah untuk kepentingan mereka juga.
Reformasi institusi ini tidak memerlukan sumber kewangan bagi memenuhinya dan di mana sumber yang diperlukan untuk kebebasan institusi, wang ini akan disalurkan bagi memastikan tiada kerajaan dapat merompak kekayaan negara. 

Memanjangkan tempoh sidang Parlimen

Supaya tempoh Parlimen cukup untuk menjalankan pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang baru yang diperlukan, Bersih 2.0 mencadangkan Dewan Rakyat untuk bersidang minimum 100 hari dalam setahun, dan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun pertama kerajaan PH untuk melaksanakan reformasi perundangan. Ini adalah jelas dalam Janji 16 manifesto, namun Parlimen masih bersidang hanya 68 hari pada tahun 2019.

Tetapkan prose dan tarikh peralihan perdana menteri

2019 kita telah menyaksikan kebangkitan politik kotor dengan penularan video seks yang dikatakan pelakunya adalah Menteri Ekonomi Azmin Ali dan seorang lagi pasangannya. Ianya adalah rahsia terbuka bahawa adanya pergelutan kuasa untuk siapa yang akan menggantikan Perdana Menteri Mahathir, 94, apabila beliau turun daripada jawatannya atau kekal sehingga ke akhirnya. 
Bersih 2.0 sekali lagi menekankan seruan kami pada April 2019 untuk mengembalikan kestabilan politik agar reformasi dapat terus berada di landasan dan tidak dilencong oleh politik yang berlebihan. Kami berpandangan bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen ala Westminster, bukannya tugas PM untuk menentukan pewaris jawatannya atau menentukan tarikh peralihan tetapi ianya tugas parti-parti dalam gabungan parti kerajaan untuk membuat keputusan.
Oleh itu, majlis presiden PH perlu mengembalikan kestabilan politik dengan mengumumkan pelan peralihan kuasa yang jelas dengan tarikh yang tetap. Mereka juga perlu menegaskan kembali komitmen untuk memenuhi janji manifesto PH dan agenda reformasi dengan menjelaskan garis masa untuk memenuhinya dalam tempoh sepenggal pemerintahan PH. 
Kesan tidak mempuntai pelan peralihan yang jelas dan mengunjurkan komitmen kepada agenda reformasi adalah buruk. Pergelutan kuasa politik, teori-teori konspirasi, berita dan khabar angin palsu sedang membentuk iklim ketidakstabilan dan ketidaktentuan, dan ino menghakis keyakinan terhadap kerajaan memerintah. Pelabur asing dan pelabur tempatan serta penjawat awam sedang mengambil pendirian tunggu dan lihat, menjangkakan PH akan menjadi kerajaan sepenggal sekaligus menyekat sokongan dan kerjasama mereka. 
Bersih 2.0 ingin mengingatkan kerajaan PH bahawa masa kian suntuk untuk mereka mengotakan janji mereka, dan sekiranya mereka tidak mengutamakan reformasi institusi pada 2020, mereka akan terlepas peluang keemasan untuk membaiki kerosakan institusi utama negara dan meninggalkan Malaysia terdedah kepada kerajaan kleptokrat yang lain. 
Satukan tenaga, Malaysia baru!
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

Melawan persepsi negatif zaman berzaman



Oleh MOHAMMED SOFIAN
Rakyat sejak sekian lamanya telah dimomokkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan persepsi kononnya DAP membawa ancaman kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Pelbagai istilah digunakan oleh mereka, seperti ‘parti cauvinis Cina’, ‘parti perkauman’ dan sebagainya untuk menggambarkan seolah-olah DAP sebagai musuh orang Melayu.
Menggunakan jentera propaganda mereka terutama media cetak dan elektronik, pihak ini secara berterusan menyerang parti ini dengan pelbagai isu yang tidak berasas.

Sentimen kaum dan agama sering kali dimainkan dalam usaha mencipta naratif songsang kononnya kewujudan DAP hanya akan memudaratkan kedudukan orang Melayu.

Tanpa henti, pelbagai persepsi diwujudkan mereka untuk memburuk-burukkan DAP, sehinggakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pun, pembohongan dan fitnah yang dilemparkan pihak lawan terus dicanang, seolah-olah kekeringan modal.

Pun begitu, rakyat telah sedar dan tidak terperangkap dalam permainan mereka. Gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP menjadi pilihan majoriti rakyat di negara ini pada pilihan raya berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak tersebut tidak putus asa. Mereka terus memainkan persepsi sama sehingga kini dengan harapan, ia akan memberi lonjakan politik kepada parti mereka.
Pendekatan politik seumpama ini pastinya membawa kepada permasalahan-permasalahan berbangkit terutama melibatkan hubungan antara kaum di negara ini.

DAP junjung Perlembagaan

Oleh itu, adalah penting untuk mengingatkan kepada semua pihak bahawa DAP yang diasaskan pada 1966, adalah sebuah parti pelbagai kaum yang mahu membawa rakyat bersama negara ke arah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran tanpa mengira kaum, agama, jantina dan wilayah.

Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, DAP menggalas matlamat untuk mempertahankan Perlembagaan, Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana di negara ini.

Selain itu, DAP komited dengan matlamat untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar Perkara 153.
Malah, DAP mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan.

Tambahan pula, parti ini turut memartabatkan penggunaan bahasa Melayu selari Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua francia serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

DAP juga vokal dalam mengecam Israel serta mempertahankan hak Palestin.
Perkara-perkara ini cuba dikaburkan oleh pihak BN kerana khuatir naratif-naratif songsang yang dipromosikan mereka sejak sekian lama itu sudah tidak lagi berkesan. 

Kekangan modal ini amat dibimbangi kerana ia akan menjadikan mereka tidak relevan di mata penyokong-penyokongnya.

Peruntukan sekolah agama meningkat

Ini ditambah pula dengan pemberian-pemberian pelbagai peruntukan oleh Kerajaan PH kepada institusi-institusi umat Islam di negara ini antaranya melibatkan sekolah agama, tahfiz dan sekolah pondok.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan menyerahkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf institusi-institusi Islam bagi tahun ini merangkumi:
  1. Sekolah tahfiz sebanyak RM50 juta
  2. Sekolah agama rakyat dan persendirian sebanyak RM25 juta dan
  3. Sekolah pondok yang berdaftar sebanyak RM25 juta.
Peruntukan tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding dengan peruntukan oleh kerajaan terdahulu dalam Belanjawan 2018, yang tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. 

Peruntukan RM100 juta ini menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan para pelajar menikmati persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa di sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan persendirian serta sekolah pondok yang berdaftar. 

DAP turut komited dalam meletakkan negara ke landasan betul dari segi ekonomi. Suntikan dana oleh kerajaan telah membuktikan usaha untuk memulihkan FELDA.

Siapa yang akan meraih manfaat daripada semua perkembangan ini kalau bukan orang Melayu itu sendiri?

Sehubungan itu, dakwaan-dakwaan BN bahawa DAP adalah parti perkauman bolehlah dibakulsampahkan. Mari kita bergerak ke depan dalam membina sebuah negara yang progresif dan maju untuk dimanfaat oleh anak cucu kita kelak.


AHLI MPP PKR YANG TIDAK SENADA HARUS DIAMBIL TINDAKAN



PKR dalam mesyuarat MPP semalam telah bersetuju untuk membawa isu peralihan jawatan Perdana Menteri ke dalam mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan.
Untuk tujuan itu, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, mesyuarat juga membuat ketetapan agar enam wakil PKR dalam Majlis Presiden PH hendaklah membawa suara yang sama sepertimana keputusan parti.
“Seperti yang diketahui umum, calon Perdana Menteri untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad sudah jelas iaitu Anwar Ibrahim dan perkara ini telah dipersetujui sejak Januari 2018 lagi,” kata beliau.
Enam wakil PKR dalam Majlis Presiden PH ialah Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Tian Chua, Dr. Xavier Jayakumar dan Saifuddin.
Berdasarkan perjanjian yang sudah dipersetujui sebelum PRU14 lagi iaitu Anwar sebagai pengganti kepada Tun Mahathir, isu yang belum selesai sekarang hanyalah tentang tarikh peralihan kuasa saja.
Ini bermakna, kedudukan Anwar untuk menggantikan Tun Mahathir tidak boleh dipertikai atau diubah lagi dan enam wakil PKR dalam Majlis Presiden mesti berpegang kepada pendirian tersebut.
Berkenaan tempoh peralihan kuasa, berdasarkan janji mulut Tun Mahathir sendiri, beliau hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun atau sehingga Mei 2020 saja.
Perkara itu diulangnya banyak kali sama ada di dalam negara, mahu pun di luar negara.
Bagaimanapun, baru-baru ini Tun Mahathir meminta agar peralihan kuasa dianjakkan sehingga November iaitu selepas Sidang APEC 2020 di Kuala Lumpur.
Oleh kerana sebarang keputusan mengenai tarikh peralihan kuasa seharusnya diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, permintaan Tun Mahathir itu boleh dianggap tidak sah sehingga ia diputuskan oleh badan tersebut.
Untuk itu, Majlis Presiden perlu bermesyuarat dalam waktu terdekat ini untuk memutuskanya.
Apa yang difahami, khususnya berdasarkan janji mulut Tun Mahathir sendiri, peralihan kuasa sebenarnya mesti dilakukan dalam tempoh lingkungan dua tahun atau dua tahun setengah sehingga November 2020, itu pun jika Anwar dan Presiden bersetuju dengan anjakan tarikh itu.
Dalam hal ini, adalah penting, sebelum Majlis Presiden PH bermesyuarat, PKR sebagai parti terbesar dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar hendaklah bermesyuarat terlebih dahulu memutuskan tarikh peralihan kuasa itu.
Jika PKR dalam mesyuaratnya MPPnya memutuskan Mei sebagai tarikh peralihan kuasa, maka ia adalah keputusan parti dan enam wakil dalam Majlis Presiden PH wajib bersetuju dan senada mempertahankan tarikh tersebut.
Bertindak sebaliknya atau engkar dengan keputusan parti, bermakna mereka telah khianat kepada PKR dan tindakan disiplin boleh diambil berkenaan dengannya.
Untuk kebaikan PKR dan masa depan PH keseluruhannya, sudah sampai masanya PKR lebih bertegas dalam isu peralihan kuasa ini.
Lagi pun, tanpa PKR dan laungan reformasi yang diasaskan oleh Anwar dan diperjuangkan tanpa henti sejak 1998, menumbangkan BN dalam PRU14 lalu adalah sesuatu yang mustahil, walau oleh siapa dan segagah mana pun aura yang dimiliki oleh seseorang itu. (ShahbudinHusin 19/01/2020)

PH KALAH LAGI: TUN MAHATHIR WAJIB LETAK JAWATAN

SELESAIKAN MASALAH EKONOMI PUNCA RAKYAT TAK PUAS HATI

KEGAGALAN PH DARI PERLIS KE SABAH

AMBIGA TURUN KE JALAN RAYA? JAGA JAGA TAKUT SEPENGGAL SAJA...

DATA PERIBADI: KENAPA PEMBANGKANG BANGANG?

(function() { var d = document, w = window; w

Kenali tiga golongan penyebab negara kita mundur

  OLEH :  NORMAN RADUAN POSTED BY AMIR WRLR Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 Ahli Parlimen dikecam dengan pelbagai andaian. Bodoh, ti...