*MEMANG PERANGAI POLITIK LABEL MELEBEL DAN SUKA MENCARI MENCIPTA MUSUH...?*



*MEMANG PERANGAI POLITIK LABEL MELEBEL DAN SUKA MENCARI MENCIPTA MUSUH...?*

Dulu mereka kata wajib bekerjasama dengan DAP untuk lawan Umno kerana Umno 'anti Islam'.

Sekarang mereka kata wajib bersama dengan Umno untuk lawan PH sebab PH yang didominasi DAP lebih 'merbahaya kepada Islam.'

Saya fikir selagi parti ini wujud, dunia ini akan dipenuhi dengan 'para munafiq' dan 'musuh Islam'. Bagi mereka, siapa sahaja yang mereka tak suka akan dilabel sebagai 'musuh Islam'. Dan 'musuh Islam' itu boleh bertukar menjadi rakan taawun bila-bila masa sahaja apabila memenuhi selera politik mereka. 

Barangkali sekiranya parti ini terjun masuk longkang atau hanyut di lautan, barulah manusia lain boleh hidup aman damai tanpa prejudis dan kebencian. Retorik 'anti agama', 'kafir harbi', 'musuh Islam' dan seumpanya hanyalah bidak-bidak catur yang disorong tarik mengikut selera dan agenda politik mereka. 

Parti ini didokong oleh para pedagang agama. Hukum agama dijadikan komoditi politik untuk membeli pengaruh, sokongan, dan kuasa.

Maka itu, siapakah yang lebih buruk bicaranya dari mereka?

Jamzuri Ardani

👉 Viral2Kan