Gagal dakwa MP Pasir Salak: Peguam Negara amalkan pendakwaan terpilih?

 




Pakatan Harapan (PH) meminta Peguam Negara menjelaskan apakah motif beliau tidak mendakwa seorang Ahli Parlimen yang juga pemimpin Umno selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ahli politik itu pada Mei lalu.


Menurut Majlis Presiden PH, pendakwaan terpilih tidak wajar berlaku apatah lagi ketika Malaysia cuba memperbaiki imejnya selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad.


"Majlis Presiden PH meneliti siri tindakan Peguam Negara berhubung isu pendakwaan dan kehakiman baru-baru ini, termasuk kes YB Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang telah ditahan SPRM atas dakwaan salah guna kuasa.


"Namun, seperti yang semua sedia maklum, hingga ke hari ini beliau masih tidak dibawa ke mahkamah. Pada ketika itu, dilaporkan bahawa SPRM menunggu arahan Peguam Negara untuk mendakwa beliau," dakwa mereka.


Menurut Majlis Presiden lagi, kegagalan Peguam Negara mengambil tindakan dalam kes berkenaan selepas 6 bulan berlalu menimbulkan dakwaan bahawa beliau sendiri menyalahgunakan kuasa dengan melakukan pendakwaan berpilih yang bermotif politik.


Kata mereka, pemimpin tersebut yang didakwa bakal menjadi duta Malaysia ke Indonesia perlu mempunyai imej bersih dan tidak mewujudkan persepsi buruk terhadap negara.


"Adakah penghormatan tertinggi diberikan kepada sebuah negara jiran penting apabila Malaysia melantik seorang Duta Besar yang pernah ditahan Kerajaan atas dakwaan salah guna kuasa?


"Kami meneliti isu ini bersekali dengan siri tindakan Peguam Negara, termasuk dalam membatalkan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor dari dakwaan rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.


"Ahli perniagaan tersebut telahpun mengaku bersalah dan didenda kerana memberi sogokan kepada Tengku Adnan. Majlis Presiden amat kesal bahawa sehingga hari ini, Peguam Negara masih belum lagi memberi sebarang penjelasan terhadap tindakan beliau itu," kata mereka.


Justeru, Majlis Presiden menggesa Peguam Negara segera memberi penjelasan mengapa Ahli Parlimen Pasir Salak tidak dihadapkan ke mahkamah. Sekiranya beliau gagal mendakwa pemimpin Umno itu, kata mereka, Peguam Negara tidak layak memegang jawatan penting berkenaan.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibtrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Madius Tangau.

 

Ini punca mengapa parti komponen PH Sarawak guna logo masing-masing

 

Ini punca mengapa parti komponen PH Sarawak guna logo masing-masing. Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook, keputusan Pakatan Harapan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiada kaitan dengan kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Ia berdasarkan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Harapan negeri itu dalam menentukan penggunaan logo berkenaan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti, kata Anthony Loke Siew Fook.

“Kami berikan kuasa autonomi kepada kepemimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.

Punca

“Kalau lihat sejarah, dalam pilihan raya yang lalu juga mereka gunakan logo masing-masing walaupun di Semenanjung kita buat logo bersama,” katanya selepas program penyerahan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Sungai Jai di Seremban.

MUNAFIKUN -YASSIN SALLEH

 

Bersahabat kita ikat dengan kesetiaan. Berjuang kita ikat dengan tekad pantang undur sebelum ajal. Berkasih kita ikat dengan cinta keramat yang abadi.

Tapi
kenapa ada bohong dalam bicara, ada janji termungkir, ada kepercayaan terkhianat.
Munafik lah itu.
Yang tumbuh dan membesar
di ladang ternak sang gembala
setiap kerbau lembu kambing
dan anjing-anjing, terkembiri-dikasi.
Maka beraraklah kabilah sida-sida
menjulang panji-panji setia memacak tangan di dahi
menadah tempurung di kaki
merayu remah nasi-basi.
Maka
ketahuilah kalian bahawa
kalian menyembah orang-jadi-dewa.
Tuhan kalian pinggirkan
di mana?
Mana ada lagi persahabatan
perjuangan dan percintaan
kerana para munafikun tidak punya kelayakan untuk itu.
Maka
berhentilah mendabik dada
membusungkan kehinaan darjatmu
di tiang seri dengan kerdipan bintan-bintang jatuh.
yassinsalleh.
26.11.2021
Galeri Ikan Ikan Di Kaca.
Hak Cipta 2021 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.


May be an image of 2 people




Selamat datang Dr Mazlee Malik...

 Selamat datang Dr Mazlee Malik...

BERITA BAIK & BURUK...
Saya sgt mengkagumi dua tokoh agama ini iaitu Dr Maza dan Dr Mazlee. Mereka keduanya juga merupakan rakan baik. Saya anggap keduanya intekektual agama yg sering menjadi rujukan saya.
10 tahun dahulu saya pernah berdoa agar kedua mereka ini akn bersama dlm perjuangan bersama DS Anwar. Akhirnya Allah berikan salah seorang dari mereka. Alhamdulillah🤲
Apapun hari ini kita menerima tokoh hebat dan kehilangan seorang figura hebat. Politik begitulah ada yg suka atau membenci. Ada yg gembira dan ada yg duka. Saya harap figura itu tidak kecewa begitu lama kerana bagi saya dia tetap mempunyai keistimewaan yg tiada ada org lain.
Seperti dia sudah nekad... jika benar saya doakan dia berjaya dgn urusan perniagaannya. Saya tetap bersahabat... itu style saya berkawan dgn semua org. Utk saya... tak peduli permainan politik ini cz saya bukan 100% fokus dlm politik.
Dlm wall saya pelbagai cerita samada politik, sukan, hiburan, history, kisah keluarga, rakan2 dan bermacam macam. Jika anggap sumbangan saya berguna alhamdulillah... dlm politik fokus saya agar negara ini berubah kpd yg lebih baik. Peace...👍


NORMAN RADZUAN








May be an image of 3 people, people standing and people sitting


MASAALAH MANDI SAFAR

 

Sebagai orang awam, saya malas nak ambil port tentang perselisihan faham antara agamawan tapi bila ada yang kata mandi Safar itu "ada ulama silam" benarkan, padahal Majlis fatwa telah lama haramkan, bagi saya ia adalah satu benda dongeng yang di tokok tambah dan merosakkan. Tambahan pula tapi dia sendiri tak boleh nak bagi sumber ulama tersebut, macam buat tesis tapi citation blanket "ulama", ulama mana satu pun dia tak tahu.

Cuma saya nak sentuh benda ini patut jatuh pada jabatan agama negeri. Saya tak pasti dia ada tauliah ataupun tidak, kalau tak ada tauliah, dia boleh di dakwa atas seksyen 91 mengajar tanpa tauliah. Kalau ada tauliah, boleh di tarik balik tauliah dan di tuduh atas seksyen 119 & 93, kerana masalahatnya sangat besar. Kes macam ini lebih penting dari pejabat agama ketuk rumah mereka yang di syaki berkhalawat kerana khalwat itu dosa peribadi, tapi fatwa menyesatkan itu dosa umum dan merosakkan masyarakat secara am.
Moga nanti dia boleh beri sumber ulama mana di dalam mahkamah. Kalau ini pun tak boleh nak laksanakan, simpan sahajalah cita-cita hendak laksanakan RUU355.
"Justice must not only be done, but must also be seen to be done"






UNTUNGNYA RAKYAT MELAKA

 

Usahkan ayam, daging, minyak masak, telor, roti pun naik harga? Kerajaan paling ramai menteri dan timbalan nak sampai 70 orang, nak jaga ayam dgn roti pun tak pandai?

Apa pun tahniah orang Melaka. Ayam dan roti kat sana turun harga khabarnya sbb umno BN dapat 2/3 majoriti.


May be an image of ‎text that says "‎November 2021 Retailers, ആക്ാതസ്‌ക.. mphasis Gardenia products productivity our products. recent years, affected cost old market Therefore, Gardenia products from December 2021 table Product ncrease ollowing raw the new 4.00 120136 2.60 Vanilla 450g your 1800-88-3228. 556231 and support regards the above matter. Thank you. Best Regards, any further information assistance, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. رله Chief Executive 40300 Shah Alam, Darul Ehsan, Malaysia. (603) 5542 3228 Lines) Fax: 3213‎"‎

UMNO GESA UMNO.

 

Umno gesa kerajaan Umno untuk tangani kenaikan harga barang?. Tok Mat ni dah makan ubat lom? Ke dia ingat kerajaan sekarang ni masih PH lagi?

Wahai tok mat, kerajaan sekarang PM nya adalah Naib Presiden Umno, Ismail Sabri. Kamu tu Timbalan Presiden Umno. Takde power ke? Sebab tu jangan khianat rampas mandat rakyat, memang tak berkat memerintah.

W.FAUDZIN

May be an image of 1 person, sitting and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH ΤΑ ERI mk BERITA MBER malaysiakini.com Umno gesa kerajaan tangani kenaikan harga barang Diterbitkan: Nov 25, 2021 8:19 PM. Dikemaskini: Nov 26, 2021 9:08 AM"

Langsung dari Bumi Kenyalang : Makmur Bersama KEADILAN

Tak bertanggungjawab adakan PRU15 dalam masa terdekat, kata KJ

 FMT Reporters

 -
Kes Covid-19 masih membimbangkan dengan kemasukan ke hospital semakin meningkat, ditambah kemunculan varian baharu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Sangat tidak bertanggungjawab jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendirian PRU15 masih belum sesuai diadakan berdasarkan trend kemasukan ke hospital akibat Covid-19 makin meningkat.

Menurutnya, kes Covid-19 masih membimbangkan dengan kemasukan ke hospital semakin meningkat ditambah dengan kemunculan varian baharu.

“Jika diadakan PRU dalam masa terdekat ia sangat tidak bertanggungjawab. Sementara itu mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pula ada beberapa permintaan dikemukakan yang sedikit berbeza dengan PRN Melaka,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Khairy berkata, hujah mereka ada kawasan di Sarawak tidak mempunyai capaian Internet dan agak sukar untuk berkempen.

“Jadi KKM adakan beberapa siri perbincangan dan libat urus bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di mana semalam pun saya ada sesi libat urus itu.

“Ada beberapa perkara yang perlu dipersetujui KKM di mana ia nanti akan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan prosedur operasi standard (SOP) ketika PRN nanti,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, menyuarakan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mempertimbangkan PRU15 diadakan dalam masa terdekat, supaya mandat baharu dapat diserahkan semula kepada rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno dilaporkan berkata, pihaknya menyuarakan perkara itu kepada Ismail, sebaik saja BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini.


PRN Sarawak: KEADILAN bakal letak semua calon di Mukah

 


KEADILAN dijangka meletakkan calon di DUN Balingian, Tellian dan Dalat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


Ketua KEADILAN Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang berkata, ketiga-tiga calon telah disenarai pendek berdasarkan prestasi mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.


“Bagaimanapun, kita akan tunggu presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.


Tambahnya, KEADILAN Mukah sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN Sarawak.


“Kami sudah bersedia untuk keluar mengundi dan bersedia sepenuhnya dengan jentera pilihan raya kami,” katanya.


Beliau juga berharap semua ahli dan penyokong KEADILAN menyokong tiga calon di Mukah untuk memenangi pilihan raya.


Bagi DUN Balingian, KEADILAN mula meletakkan calonnya sejak Pilihan Raya Umum ke-9 pada 2006.


Pada Pilihan Raya Negeri 2016 lalu, KEADILAN tidak bertanding di kerusi itu untuk memberi laluan kepada calon Amanah.


KEADILAN meletakkan calon untuk kedua-dua kerusi Tellian dan Dalat pada pilihan raya negeri yang lalu tetapi mengalami kekalahan.

 


PADAN MUKA : Harga alat ganti kenderaan pula naik 60%. kAMI TAK KISAH,KAMI PAKAI vellfire

 


Harga alat ganti kenderaan pula naik 60%

Harga alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat sehingga 60 peratus dalam tempoh terdekat ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan selepas semua sektor ekonomi dibuka dan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.

Peningkatan harga alat ganti termasuk alat ganti terpakai turut menggusarkan pemilik bengkel kenderaan dan secara tidak langsung bakal menekan pemilik kenderaan yang sedang menanggung pelbagai kenaikan harga barang lain ketika ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Pemilik dan Pengusaha Bengkel Automotif Bumiputera Perak, Hadiman Ariffin yang melihat situasi itu bakal menjejaskan ramai pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, kenaikan tersebut bukan sahaja melibatkan alat ganti baharu tetapi turut melibatkan alat ganti terpakai ekoran kenaikan mendadak cukai import dan caj penghantaran.

Katanya, masalah tersebut sekali gus bakal memberi kesan kepada pemilik kereta dan pengusaha bengkel termasuk yang turut berdepan risiko gulung tikar.

“Kami sedaya upaya cuba untuk mengelakkan pelanggan terbeban. Namun masalahnya kenaikan agak tinggi sehingga ada alat ganti yang naik lebih daripada 60 peratus.

harga

“Justeru, sebagai pengusaha, kami perlu ikut harga semasa dan tidak mampu menyerap kenaikan kos.

“Sebagai langkah yang lebih baik, kami sedaya upaya cuba membantu pelanggan termasuk memaklumkan kepada mereka lebih awal harga baharu alat ganti dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum meneruskan kerja penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Hadiman memberitahu, peningkatan paling ketara melibatkan gas pendingin hawa yang sebelum ini berharga RM300 satu tong, dijangka meningkat kepada lebih RM400.

Menurut beliau, harga tayar pula melibatkan kenaikan antara 35 sehingga 60 peratus selain kenaikan harga minyak enjin yang meningkat lebih 15 peratus.

Katanya, walaupun berlaku kenaikan kos alat ganti, pengusaha masih memberi jaminan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan milik pelanggan.

“Namun, jaminan dikurangkan kepada enam atau tiga bulan berbanding dahulu selama setahun.

“Ini kerana terdapat risiko kepada pengusaha bengkel kerana ada alat ganti seperti kompresor pendingin hawa tulen yang tidak diberikan jaminan pengeluar. Walau apa pun kami sebagai pengusaha tetap berikan jaminan kepada pelanggan atas dasar tanggungjawab,” katanya dengan memberitahu kos upah membaiki atau menyelenggara kenderaan kekal sama.

Sehubungan itu, Hadiman menggesa kerajaan melakukan pemantauan dalam kalangan pengedar, pembekal, pengeluar dan pengilang bagi mengawal kenaikan harga alat ganti sekali gus mengelakkan pengguna terbeban.

Bagi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pula, pihaknya turut menjangkakan kenaikan tersebut.

Malah jelas beliau, peningkatan kos alat ganti akan memberi kesan kepada sektor automotif pada masa akan datang termasuk penurunan dari segi pembelian.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa, kebanyakan pengilang alat ganti kini menyimpan semua stok sedia ada sebagai langkah untuk meningkatkan harga barangan tersebut.

“Berdasarkan risikan, kita telah mengenal pasti pengilang dan mereka yang terlibat dalam bidang ini sedang menyimpan stok dan menimbulkan isu kononnya tiada bekalan alat ganti walhal hanya menunggu masa untuk mengenakan harga baharu kepada pengusaha bengkel kereta.

“Perkara ini sudah dirancang sejak September lalu. Jadi dalam keadaan ini, ia adalah satu perkara yang amat dukacita dan tidak boleh diterima,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, seorang pengusaha bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Asyraf berkata, sekiranya berlaku peningkatan mendadak terhadap alat ganti, dibimbangi berlaku lambakan komponen tiruan.

Jelasnya, ini sekali gus memberi implikasi terhadap keselamatan pengguna yang tiada pilihan dan terpaksa mencari alternatif membeli alat ganti lebih murah untuk menyesuaikan dengan kemampuan.

IDRUS SENDIRI SALAH GUNA KUASA, TIDAK LAYAK JADI PEGUAM NEGARA – PH

 Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti siri tindakan Peguam Negra berhubung isu pendakwaan dan kehakiman baru-baru ini, termasuk kes YB Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Mei lalu atas dakwaan salah guna kuasa.

Namun, seperti yang semua sedia maklum, hingga ke hari ini beliau masih tidak dibawa ke mahkamah.

Pada ketika itu, dilaporkan bahawa SPRM menunggu arahan Peguam Negara untuk mendakwa beliau.

Kegagalan Peguam Negara mengambil tindakan dalam kes ini selepas 6 bulan telah berlalu jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri menyalahgunakan kuasanya dengan melakukan pendakwaan berpilih yang bermotif politik.

Pada ketika YB Pasir Salak bakal menjadi duta Malaysia ke Indonesia, isu penahanan beliau oleh SPRM ini mungkin akan mewujudkan persepsi amat buruk terhadap negara.


Terkini !!! Dr Maszlee Malik sertai PKR esok?

 

Terkini !!! Dr Maszlee Malik sertai PKR esok?

Dr Maszlee Malik sertai PKR esok? Dr Maszlee Malik yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam dijangka menyertai PKR esok.

Penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR Anwar Ibrahim menurut sumber daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Simpang Renggam.

“Esok Maszlee akan serahkan 500 borang keahlian baru (kepada Anwar). Sebanyak 20 ranting baru (PKR) akan ditubuhkan di Simpang Renggam,” kata sumber itu yang dilaporkan portal Malaysiakini.

Terdahulu tular poster yang memaparkan Anwar dan Maszlee akan menyertai satu program di Simpang Renggam esok hari

Dalam poster yang tular itu, Dr Maszlee Malik dilihat mengenakan pakaian dengan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr Maszlee Malik yang sebelum ini merupakan seorang ahli akademik dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Maszlee

Dr Maszlee Malik merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat pada Mei 2020 susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH, seterusnya meruntuhkan pentadbiran yang diketuai Perdana Menteri ketujuh iaitu Tun Mahathir.

Sementara itu, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat bersama-sama menubuhkan Pejuang, Dr Maszlee Malik ketika itu memutuskan untuk menjadi ahli parlimen bebas.

1MDB: Bukan Hanya Hubby ROSMAH ya!


 

1MDB: Bukan Hanya Hubby ROSMAH ya!

Please share.

More cartoons @ www.zunar.my

#1MDB #zeti #najibrazak #najib #rosmahmansor #rosmah



Smart Sawah berskala besar, projek perintis tidak pasti kejayaannya?

 


Kerajaan akan memperkenalkan program Smart Sawah yang mana beberapa syarikat pertanian besar akan dibenarkan mengusahakan sawah sawah di beberapa kawasan seluruh negara mengambil alih peranan pesawah sedia ada.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim Bandar Baharu) bertanya di manakah projek perintis yang boleh dinilai kejayaan untuk mengimplimentasikan program Smart Sawah di peringkat kebangsaan.


"Smart Sawah program berskala besar. Saya perlu YB Menteri berkongsi sedikit tentang tiga perkara. Pertama, bila kementerian pilih syarikat peneraju, ada 11 atau 12, bolehkah diterangkan apakah kriteria yang digunakan kementerian untuk memilih syarikat ini? Apakah ada pengalaman dan di mana pilot projek (perintis) yang mereka buat yang memberikan success stories 7 tan satu hektar?


"Saya tak fikir dia mulakan roll out 150,000 hektar.


"Kedua, apa sebenarnya berlaku di bawah, apakah sesi libat urus telah dibuat dengan Pertubuhan Peladang Negeri, Peladang Kawasan, sebab mereka ini watak penting untuk menjayakan projek berskala besar.


"Boleh tak berkongsi apa jadi peranan Nafas apabila projek berskala besar ini berlaku? Nafas juga menjaga kepentingan ratusan ribu pesawah," katanya dalam sesi bahas Dewan Rakyat sebelah petang.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, menjawab pihak beliau telah mengenalpasti 12 syarikat yang telah membuktikan kesungguhan mereka. Bukan sahaja mereka dapat memajukan kawasan tetapi boleh menghasilkan keluaran padi melebihi 9 tan sehektar.


Projek perintis dilakukan di Sabak Bernam dan beberapa kawasan. Katanya, syarikat yang diberi peluang melaksanakan Smart Sawah juga mempunyai teknologi dan kewangan kukuh seperti FGV, Bernas dan beberapa yang lain.


Jawapan yang kurang memuaskan itu menyebabkan Saifuddin mencelah dan bertanya, mengapakah syarikat tersebut mahu mengusahakan Smart Sawah di kawasan yang telah berhasil tetapi tidak di kawasan tanah terbiar atau sebagainya.


"Kalau keupayaan syarikat peneraju itu hebat dari segi dana, keupayaan, pengalaman, kenapa tidak mereka ini diminta mengusahakan tanah sawah terbiar atau tanah sawah yang hasilnya rendah? Kenapa mesti diberikan kawasan sedia ada," katanya.


Timbalan Menteri menjawab, syarikat terbabit juga akan memajukan tanah di luar kawasan jelapang padi termasuklah di Melaka.

Anwar mahu peruntukan sama rata ke seluruh Parlimen pembangkang

 

Peruntukan sama rata yang diterima oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) susulan perjanjian kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan PH diminta diluaskan kepada ke semua kawasan pembangkang yang lain


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) meminta Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan saksama biar pun beberapa parti pembangkang lain tidak termasuk dalam perjanjian MoU berkenaan.


"Dibangkitkan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen. Saya nak bezakan, walaupun MoU ini terikat kepada memorandum saya sebagai Ketua Pembangkang, secara konsisten dari awal (saya) memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua pembangkang, walaupun tidak terikat dengan memorandum kerana tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat pagi tadi.


Namun pada sisi lain, Anwar yang juga Pengerusi PH berpuas hati dengan kemajuan dalam hal hal berkaitan pengendalian Parlimen yang semakin baik selepas MoU, terutama penubuhan Jawatankuasa Khas yang lebih banyak.


"Keduanya ada kemajuan ketara. Saya setuju apa yang disebut Menteri. Ada kemajuan terutama tentang Jawatankuasa Pilihan.

"Dengan peruntukan kuasa yang ditambah. Ketika ini tidak ada peruntukan kuasa memanggil (pelbagai pihak untuk menjawab) dan ini menteri telah beri jaminan untuk diteliti," katanya lagi.


Bagaimanapun, Menteri Undang-undang dan Parlimen Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab peruntukan sama rata berdasarkan kepada Jawatakuasa Pemandu kerajaan dan PH yang membenarkan pihak terlibat dalam MoU diberi peruntukan terlebih dahulu dan yang lain akan ditimbulkan kelak.


Untuk rekod, Parlimen kini mempunyai 9 Jawatankuasa Pilihan Khas dan mempunyai keanggotaan dengan nisbah 5:4 iaitu lima Ahli Parlimen Kerajaan dan empat Ahli Parlimen Pembangkang dengan jumlah keahlian kini menjadi sembilan ahli.

 

Selamatkan rakyat Afghanistan dari malapetaka kebuluran - Anwar

 

Anwar mahu peruntukan sama rata ke seluruh Parlimen pembangkang



Afghanistan menuju malapetaka kebuluran rakyatnya pada musim sejuk kali ini.

Anggaran Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) terdapat 23 juta orang memerlukan bantuan. Manakala Wakil Khas PBB untuk Afghanistan memberi amaran negara itu "di ambang malapetaka kemanusiaan," dengan 22% penduduk sudah hampir kebuluran dan 36% lagi menghadapi kesukaran mendapatkan makanan.

Bagi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan penting di negara itu ditambah penutupan aliran dana ke Afghanistan telah memburukkan keadaan.

Selama ini, katanya, kiriman wang asing menyumbang kepada 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Afghanistan yang kini disekat sepenuhnya.

"Permulaan musim sejuk dalam konteks ini menggambarkan senario suram untuk berjuta-juta orang dan boleh mencetuskan gelombang pelarian besar-besaran

"Pemimpin-pemimpin dunia Islam tidak seharusnya terlibat dengan pengabaian dan hukuman kolektif rakyat Afghanistan oleh sistem antarabangsa yang telah mengecewakan mereka sebelum ini untuk mengecewakan mereka lagi.

"Pemindahan wang yang diperlukan untuk membayar makanan dan keperluan serta kerja-kerja pekerja bantuan, doktor, jururawat, penjawat awam harus dipermudahkan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar, penyelesaian kepada konflik di Afghanistan yang membolehkan bantuan asing masuk ke negara itu perlukan campurtangan antarabangsa dengan membawa semua pihak ke meja rundingan, sama ada Pasukan Pejuang Kebangsaan (NRF) dan juga rejim Taliban yang merampas kuasa.

"Saya komited menyokong penyelesaian politik yang adil dan saksama membolehkan rakyat Afghanistan membina semula masyarakat mereka dengan cara yang memberikan maruah kepada semua. Untuk tujuan ini, rakyat Afghanistan berhak mendapat belas kasihan dan bantuan kita.

"Menjadi tanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk melibatkan diri dengan semua kumpulan dan parti di Afghanistan termasuk Taliban. Ia juga menjadi tanggungjawab kumpulan di Afghanistan yang ingin mengambil bahagian dalam masa depan negara untuk menunjukkan komitmen yang teguh terhadap keadilan, pembinaan keamanan dan kerjasama yang selaras dengan piawaian hak asasi manusia dan maruah yang terdapat dalam tradisi Islam dengan kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad dan khususnya digariskan dalam Piagam Madinah.

"Dalam pembinaan semula Afghanistan, tidak ada tempat untuk keganasan, intimidasi dan diskriminasi. Legitimasi kerajaan Afghanistan dan legitimasi kumpulan politik yang mengambil bahagian dalam kerajaan mesti diperoleh daripada persetujuan pihak yang ditadbir melalui pelbagai bentuk penyertaan demokratik dan masyarakat sivil. Ini termasuk memelihara dan melindungi peranan yang dimainkan oleh wanita dan minoriti," katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu juga berpandangan pihak antarabangsa tidak boleh berputus harap dengan Afghanistan dan mengekalkan mitos bahawa rakyat Afghanistan sendiri yang harus dipersalahkan di atas kesusahan mereka kerana keinginan berperang yang melampau.

"Ini adalah trend membimbangkan yang muncul di kalangan pasukan penjajah yang gagal - untuk melabelkan Afghanistan sebagai 'hilang punca' atau sebuah negara yang ditakdirkan oleh kitaran keganasan yang tidak berkesudahan.

"Menerima pandangan ini menafikan peluang kaum yang tidak pernah diberi peluang. Membiarkan mereka mengikut nasib mereka adalah sikap penjajah yang telah meresap dalam sejarah ketidakstabilan dan peperangan Afghanistan.

"Tambahan pula, penyederhanaan yang berlebihan menggariskan sentimen anti-Asia dan Islamofobia yang lebih mendalam yang mesti dikenal pasti dan ditentang.

"Dalam setiap keadaan di mana kuasa asing menceroboh dan menduduki tanah yang bertentangan dengan kehendak orang aslinya dan menggunakan kuasa ketenteraan yang paksaan, akibatnya ialah kematian, kemusnahan, pengasingan, keganasan dan kekeliruan," katanya lagi.

Oleh itu, Anwar menyeru agar rakyat Afghanistan diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa dengan mengadakan rundingan damai yang jujur serta tidak melibatkan campurtangan kuasa-kuasa asing sebagaimana sebelum ini, untuk penyelesaikan jangka panjang di negara tersebut.

Sebelum itu, katanya, masyarakat antarabangsa harus menyegerakan bantuan bagi rakyat negara itu yang sedang berhadapan malapetaka kemanusiaan.