KEADILAN dijangka meletakkan calon di DUN Balingian, Tellian dan
Dalat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Ketua KEADILAN Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang berkata,
ketiga-tiga calon telah disenarai pendek berdasarkan prestasi mereka selepas
Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
“Bagaimanapun, kita akan tunggu presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim
membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.
Tambahnya, KEADILAN Mukah sudah bersedia sepenuhnya untuk
menghadapi PRN Sarawak.
“Kami sudah bersedia untuk keluar mengundi dan bersedia sepenuhnya
dengan jentera pilihan raya kami,” katanya.
Beliau juga berharap semua ahli dan penyokong KEADILAN menyokong
tiga calon di Mukah untuk memenangi pilihan raya.
Bagi DUN Balingian, KEADILAN mula meletakkan calonnya sejak
Pilihan Raya Umum ke-9 pada 2006.
Pada Pilihan Raya Negeri 2016 lalu, KEADILAN tidak bertanding di
kerusi itu untuk memberi laluan kepada calon Amanah.
KEADILAN meletakkan calon untuk kedua-dua kerusi Tellian dan Dalat
pada pilihan raya negeri yang lalu tetapi mengalami kekalahan.