ADAKAH BENAR ANWAR SUDAH HILANG TARINGNYA


 

Kalau tengok, lepas PRN Melaka, nampak sangat tekanan demi tekanan, kenyataan demi kenyataan yang ditujukan terhadap DS Anwar Ibrahim.

Mungkin ada yang terpengaruh. Bukan setakat ahli biasa, yang bergelar pemimpin juga ada yang ikut sama memainkan sentimen ini. Tapi kenapa?
Adakah benar DS Anwar tidak lagi
hebat
dan tidak lagi relevan?
Sebenarnya, lebih banyak kritikan terhadap DS Anwar, lebih jelas bukti bahawa DS Anwar sangat relevan dan masih berpengaruh. Kenapa?
Kalau lihat, Najib adalah orang yang menjatuhkan BN. Zahid sendiri pun buatkan BN bahan ketawa. Manakala di sebelah PAS, Hadi sudah jadi pelawak sepenuh masa.
Manakala Mahiaddin sendiri gagal membawa apa apa kelebihan kepada PN walaupun dia baru berapa bulan turun daripada kerusi PM Malaysia.
Tapi mereka ini semua tidak dikritik sehebat yang berlaku kepada DS Anwar. Sebab jelas mereka ini tidak membawa nilai kepada parti mereka.
Berbeza dengan DS Anwar. Beliau adalah individu yang mengangkat PH ke mana level PH berada sekarang ini. Maka sebab itu beliau diserang.
Sebab jika DS Anwar jatuh, maka PH juga akan jatuh. Sebab itu, nak tewaskan PH, DS Anwar perlu diserang habis-habisan. Supaya biar dalam PH sendiri pun cuba tolak DS Anwar dan kemudian, PH sendiri akan terbenam.
Tak pelik bila musuh serang DS Anwar. Kerana memang tujuan mereka hendak jatuhkan PH. Tapi bila PH sendiri serang, mereka sebenarnya bekerja untuk siapa?

No comments: