DR YANG DOK NGUTUK TU AKU TAK NAMPAK PUN SATU HARAM APA DIA NAK BAGI...SEMBANG JA LEBIH...YB SOKONGAN DIA LAGI LA TAK MALU....

 

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐃𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐈𝐒 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐒𝐇𝐀...



Alhamdulillah adik Anis Natasha Junoh, pelajar tingkatan 5 yang yang tular hari ini di laman Malaysiakini kerana terpaksa berulang alik sejauh 20km dari rumahnya ke rumah kawan untuk berkongsi komputer riba akhirnya telah menerima sebuah komputer riba baru pada petang ini.

Ianya apabila ketua Pemuda Amanah Negeri Kelantan saudara Jeming Hassan telah menghubungi Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam saudara Steven Sim memohon jika ada kesudian untuk membantu adik Anis Natasha yang juga adalah seorang anak yatim piatu.

Adik Anis Natasha yang tinggal di Kampung Banggol Lepah, Ketereh Kelantan memberitahu sejak kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada 2007 dia dan adiknya Ammy Nazira, 16, tinggal bersama ibu saudara mereka di usia 3 tahun lagi.

Lebih malang lagi akibat daripada PKP adik Anis Natasha tidak lagi dapat ke rumah kawannya untuk menggunakan komputer kerana jarak yang melebihi 10km

Petang ini dan hari-hari seterusnya insyAllah adik Anis tidak lagi perlu risau kerana baru saja sebentar tadi saudara Steven telah menghadiahkannya sebuah komputer riba baru yang telah di sampaikan oleh saudara Jeming.

Bukan itu saja, adik Anis juga tidak perlu risau lagi dengan capaian internet untuk dia dan kawan-kawan belajar kerana saudara Steven juga telah berjanji untuk menaja internet selama setahun.

Parlimen Ketereh Kelantan adalah parlimen yang mempunyai 2 orang menteri iaitu menteri kanan pendidikan Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin dan menteri wilayah persekutuan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa serta seorang Exco kerajaan negeri YB. Dato' Sr. Haji Azami bin Mohd Nor. - Rosly Yusof

 

Mengapa jangkitan Covid-19 global menurun, tetapi tidak di Malaysia? – Kit Siang

 

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 4 Jun 2021:

#kerajaangagal86 — Rakyat Malaysia bingung dengan peningkatan berterusan kes jangkitan Covid-19 dan kematian akibat wabak itu meskipun sudah tiga hari sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan

Rakyat Malaysia bingung dengan peningkatan berterusan kes jangkitan dan kematian akibat wabak itu meskipun sudah tiga hari sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan:

Tarikh Kes Kematian 

1.6.2021   7,105          71

2.6.2021   7,703        126

3.6.2021   8,209        103

Jumlah        23,017       300

Malaysia mengambil masa selama 10 bulan untuk mencapai jumlah kes terkumpul sebanyak 22,957 kes dan 11 bulan untuk mencapai jumlah kematian keseluruhan sebanyak 300 orang, tetapi jumlah kes jangkitan dan kematian yang dicatatkan dalam  tiga hari terakhir ini sahaja sudah menyamai kes yang dicatatkan dalam 10 bulan dan 11 bulan tersebut!

Untuk tiga hari berturut-turut, kita telah menewaskan Indonesia dan Filipina dalam peningkatan kes baharu harian Covid-19:

Tarikh Malaysia Indonesia Filipina

1.6.21       7,105        4,824        5,169

2.6.21       7,703        5,246     5,223

3.6.21       8,209   5,353        7,217

Ini merupakan hari ke-23 berturut Malaysia mengatasi Indonesia dalam peningkatan kes baharu harian Covid-19 dan merupakan hari keempat berturut-turut Malaysia mengatasi Filipina dalam peningkatan kes baharu harian Covid-19. 

Sehingga kini, Indonesia dan Filipina mempunyai jumlah kes terkumpul Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Malaysia – Indonesia berada di kedudukan ke-18 dengan 1,831,773 kes sementara Filipina di kedudukan ke-24 dengan 1,240,716 kes. Pun begitu, Malaysia dilihat semakin menghampiri kedudukan kedua-dua negara tersebut. 

Malaysia berada di kedudukan ke-39, dengan jumlah kes terkumpul positif Covid-19 sebanyak 587,165 kes sementara 2,993 kematian direkodkan akibat wabak itu. 

Indonesia dan Filipina, yang mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia, juga mempunyai jumlah kematian akibat Covid-19 yang lebih tinggi. 

Meskipun Indonesia mempunyai jumlah kes kematian terkumpul sebanyak 50,908 dan merekodkan jumlah kes kematian harian yang lebih tinggi berbanding Malaysia, negara jiran tersebut masih mampu mengekalkan kes kematian harian di bawah paras 200 sepanjang dua minggu lalu. 

Sementara Filipina, dengan 21,158 kematian akibat Covid-19, merekodkan kes kematian yang lebih rendah berbanding Malaysia dalam tempoh empat hari sepanjang dua minggu lalu. 

Jika ramalan Institute for Health Metric and Evaluation (IHME) University Washington tepat, maka kematian akibat Covid-19 di negara ini akan mencecah 26,000 orang pada September. Badan itu juga meramalkan kadar kematian harian mungkin meningkat setinggi 200 sehari menjelang Ogos. Ini bermakna Malaysia akan menewaskan Indonesia dan Filipina dalam kedua-dua kategori iaitu peningkatan kes baharu harian Covid-19 dan kes kematian harian akibat wabak itu dalam tempoh beberapa bulan lagi. 

Amat malang sekiranya Malaysia mempunyai kes jangkitan dan kematian yang lebih tinggi berbanding Indonesia atau Filipina. 

Malaysia berada di kedudukan ke-39 dengan kes terkumpul positif Covid-19 tertinggi, menewaskan 31 negara dengan kedudukan yang lebih tinggi dalam aspek peningkatan kes baharu harian Covid-19 tertinggi semalam. 

Menurut Our World In Data, Malaysia mendahului banyak negara dalam kes per sejuta penduduk semalam. Kita mendapat markah 237.45, lebih tinggi berbanding India (111.07), Perancis (120.21), Kanada (71.50), Amerika Syarikat (49.06), Filipina (60.93), Itali (50.50), Thailand (56.42), Jerman (52.79), UK (51.41), Jepun (24.62), Taiwan (19.78), Indonesia (21.18), Korea Selatan (10.72), Singapura (4.49), Vietnam (2.62), Myanmar (1.33), Australia (0.41), New Zealand (0.33), Hong Kong (0.23) and China (0.01).

Berdasar data semalam, 386,337 kes baharu telah dicatatkan di peringkat global, yang mana menurun 57.2% daripada kes harian tertinggi yang pernah dicatatkan pada 29 April 2021 dengan 903,345 kes, 131,371 kes di India, menurun 68.3% dari puncak 414,433 kes pada 6 Mei 2021; 17,791 kes di Amerika Syarikat, yang mana menurun 94.2% dari puncak 304,998 kes pada 8 Januari 2021; 5,274 kes di UK yang mana menurun 92.3% dari puncak 67,843 pada 8 Januari 2021; 1,968 kes di Itali, menurun 95.2% dari puncak 41,195 kes pada 13 November 13 2020; dan 8,161 kes di Perancis, yang menurun 90.2% dari puncak 83,324 kes pada 7 November 2020.

Mengapa jangkitan Covid-19 di peringkat global menurun, tetapi tidak di Malaysia?

Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh hanya melemahkan lagi kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap cara kerajaan mengendali penularan wabak itu di negara ini. 

Berlaku seolah-olah rampasan kuasa dalam Kerajaan Perikatan Nasional selepas Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa semua surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) adalah terbatal, dan surat kebenaran baharu hanya akan dikeluarkan oleh kementerian yang berkaitan. 

Terdapat serangan balas 24 jam selepas itu, apabila kuasa mengeluarkan surat kebenaran bekerja diberikan semula kepada MITI. 

Situasi ini memberi gambaran situasi tegang dalam kerajaan pintu belakang ini. Dakwaan ini diperkuatkan lagi dengan hantaran yang dibuat Ismail di Facebook yang berbunyi “Saya dah tutup pintu depan tapi……” dan pengguna media sosial berteka-teki sama ada hantaran tersebut merujuk kepada pertelingkahan antara Ismail dan Menteri MITI, Azmin Ali berhubung kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian terbabit dalam tempoh sekatan pergerakan penuh. 

Adakah Malaysia sedang mengalami kakistokrasi?

Rakyat Malaysia terkapai-kapai tanpa panduan. Tiada seorang pun dari kalangan pemimpin kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat yang berang dengan cara kerajaan menguruskan krisis kesihatan ini atau berusaha untuk menerapkan strategi dan pendekatan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan pandemik Covid-19.

Dalam keadaan seperti itu, adakah masa depan untuk Malaysia? 

VIDEO LIVES : Pelan Dan Rencana Untuk Negara Keluar Dari Langkah PKP

VIDEO : Mat Sabu: Bagaimana Kita Boleh Menguatkan Sistem Ketenteraan Malaysia?

VIDEO : PESAWAT TENTERA UDARA CHINA - NAK PERCAYA SIAPA?



Mohd Hazmi dan Fareed menjelaskan kebanyakan kawasan maritim di Laut China Selatan adalah kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (UNCLOS) membenarkan pesawat asing terbang secara bebas melalui ruang udara di zon itu, seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 58(1). “Akan tetapi, Perkara 58(1) UNCLOS ini perlu dibaca bersama-sama dengan beberapa peruntukan lain bawahnya terutama sekali Perkara 88. Perkara 88 memperuntukkan bahawa perairan EEZ hanyalah boleh digunakan untuk tujuan keamanan.






VIDEO : Mat Sabu: Menteri Ini Umum Tutup Ini Tutup Itu, Menteri Lain Umum Buka I...

RAYU MAJLIS RAJA RAJA : TERBAIK LAH..JANGAN HARAP PAK LEBAI...NAK KEKALKAN KUASA ..WALAU MAKAN GAJI BUTA

 Terkini! Hasanuddin rayu Majlis Raja-Raja Melayu bertindak selamatkan keadaan negara yang semakin parah

Terkini! Hasanuddin rayu Majlis Raja-Raja Melayu bertindak selamatkan keadaan negara yang semakin parah

Rakyat kini sudah tidak ada sekelumit kepercayaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berasaskan tamak kuasa, bertopengkan Muafakat Islam dan Melayu.

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, rata-rata merasakan kerajaan benar-benar telah menghampakan dan mengecewakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru katanya, Majlis Raja-Raja Melayu perlu bertindak segera sebelum kemusnahan lebih besar melanda negara.

“Saya percaya semua (rakyat) tidak sanggup menyaksikan kemusnahan demi kemusnahan yang menyusahkan negara dan rakyat yang berlaku saban hari.

“Entah apa yang perlu ditunggu lagi? Para Menteri dan Pengerusi GLC bercakaran demi kuasa peribadi dan organisasi rapuh mereka.

“Mohon Majlis Raja-Raja Melayu bertindak segera sebelum kemusnahan lebih besar melanda negara,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata, Ahli-ahli Parlimen pembangkang sudah bersedia untuk menyelamatkan negara.

Selepas dikecam, ulamak Pas ubah pendirian isu vaksin

 


Selepas dikecam, ulamak Pas ubah pendirian isu vaksin

Berdasarkan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak sehingga mencapai 9,020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu, Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan kerajaan dalam menangani penularan wabak itu melalui kaedah vaksinasi.

Beliau menyatakan demikian ketika sesi soal jawab sewaktu menyampaikan kuliah rutin secara atas talian, hari ini.

“Sebelum ini saya bersikap negatif dalam isu vaksin, tetapi berdasarkan situasi hari ini saya bersama kerajaan.

“Apabila direnung dan difikirkan kembali, kerajaan yang ada pada hari ini bertindak dan bertanggungjawab ke atas rakyat berdasarkan maslahat atau situasi yang berlaku kini,” katanya. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan pasti ada sebabnya tersendiri.

“Pihak kerajaan menyampaikan cerita yang zahir saja yang di sebaliknya kita tak tahu, jadi dalam situasi ini saya menarik semula pendirian saya dengan bersama kerajaan.

“Melihat kepada orang ramai yang perlu dikuarantin, seperti orang tua dan kanak-kanak yang menunggu tanpa ada ubat, saya merasa kasihan,” ujarnya lagi.

Beliau juga merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Disember lalu iaitu mengharuskan pengambilan vaksin.

“Berdasarkan keputusan tersebut, saya bersama dengan fatwa berkenaan kerana perkara ini telah dibincangkan oleh mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan fatwa.

“Berdasarkan kaedah hukum yang kerajaan keluarkan, inilah hukum syarak, jika masih ada rakyat yang tidak mahu ambil itu terpulang kepada diri masing-masing,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, setiap perkara baharu pasti ada baik dan buruknya, namun kesan tidak bersama dengan jumhur itu lebih besar.

“Ada pun kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang sebelumnya, di mana yang sebelum ini kita hari-hari susah hati.

“Kerajaan yang ada ini kerajaan yang sah melalui undang-undang negara, saya mengajak kita semua berfikir dengan waras untuk kita bersama menangani isu Covid-19 ini,” katanya.

Beliau sentiasa merenung situasi yang berlaku ketika ini, justeru pendiriannya sebelum ini perlu berubah demi kemaslahatan ummah.

“Sebenarnya ubah pendirian ini bukanlah sesuatu benda yang salah, malah itulah yang terbaik berdasarkan situasi.

“Contoh seperti fatwa Imam Syafie, sewaktu di Iraq fatwanya lain, kemudian apabila di Mesir fatwanya lain berdasarkan penduduk setempat,” katanya.

Lockdown: Rakyat tak payah la nak kecewa, kata menteri


Lockdown: Rakyat tak payah la nak kecewa, kata menteri

Tiada sebab untuk rakyat melahirkan rasa marah kepada kerajaan pada waktu ‘total lockdown’, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, segala usaha yang diambil pihak berkuasa termasuk mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya (SJR) pada hujung minggu untuk memastikan kepatuhan kepada disiplin diri rakyat dipertingkatkan.

Menurut Hamzah, rakyat seharusnya mematuhi peraturan serta meningkatkan disiplin berikutan terlalu banyak statistik mengenai pandemik COVID-19 telah dikeluarkan.

“Kenapa mereka (rakyat) hendak kecewa? Mereka tidak seharusnya keluar, untuk mereka yang benar-benar perlu keluar dan membeli barangan keperluan, kita akan pastikan mereka dilepaskan.

“Tetapi untuk mereka yang tidak ada sebab, tambah-tambah hari minggu, tidak ada orang kata hendak ke pejabat pada hari minggu,” kata beliau dalam sidang media selepas membuat pemantauan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Jumaat.

Dalam pada itu katanya, bilangan SJR khususnya di Selangor serta ibu negara akan ditambah melebihi 1,000 pada setiap hari, berbanding 930 SJR dan Ops Benteng yang ada sekarang.

Hamzah berkata, keputusan itu dilakukan hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara dan dua negeri iaitu Selangor serta Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan.

Sebelum ini, Hamzah berkata, sekatan jalan raya di seluruh negara akan ditambah daripada 600 kepada lebih 800, bermula sekatan penuh dilaksanakan.

Kira-kira 70,000 anggota polis dan agensi bawah KDN juga akan ditugaskan sepanjang tempoh terbabit.



WEIIIII....HANG TAK MALU KA? TAK RASA BERSALAH KAH DENGAN ARWAH AYAHANDA TGNA?MUKA TAK MALU....

 

Tamat kerjasama dengan PAS? ‘Kuburkan’ mereka yang masih mahu berbalah, jawab Nik Abduh




Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan MN sebagai usaha dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, menguburkan perbalahan lampau dan menyatukan ummah.

PETALING JAYA: Pihak yang masih mahu berbalah ketika PAS dan Umno sedang mengusahakan perdamaian wajar “dikuburkan” dan dilupakan bersama-sama orang yang mahu kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) ditamatkan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau mempertahankan MN sebagai usaha dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, menguburkan perbalahan lampau dan menyatukan ummah.

“Baik lupakan orang yang mahukan MN berkubur. Orang Melayu (PAS dan Umno) sedang menguburkan perbalahan lampau. Baik kuburkan sekali mereka yang masih mahu berbalah,” katanya kepada FMT, tanpa menamakan mana-mana individu.

Komen Nik Abduh menyusuli gesaan Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang mahu partinya menamatkan kerjasama dengan PAS dengan berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan parti Islam itu bersikap ikhlas sebagai sekutu dalam MN.

Jazlan pagi tadi mendedahkan Umno sebenarnya telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS, yang menurutnya akhir-akhir ini “kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang”.

Kata pemimpin Umno itu, “ada beberapa dakwaan yang cukup serius” dalam kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang berada bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga merupakan pengarah strategi PAS.

Beliau juga menuduh PAS “dari dahulu hingga sekarang” gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya.

PADU KUTUKAN INI BUAT AT TAKIRI DAN KERAJAAN MAHIADIN

 May be an image of text

AGAKNYA INILAH YANG RAFIZI SEBUT "MENTERI SELUTUT" BUKAN MENTERI KANAN?



May be an image of 1 person and text that says "Pembukaan Parlimen lambatkan imuniti kelompok dicapai- Hamzah Astro Awani Jun 4, 2021 13:27 MYT Hamzah berkata, kerajan turut menghadapi masalah dengan sesetengah pihak yang melakukan kempen anti vaksin. -Gambar fail KUALA LUMPUR: Desakan pembukaan Parlimen oleh sesetengah ahli politik atau nihak tertentu akan menyebabkan kelewatan"


Tengok hujah dia pun buat ramai akan ketawa. Patut la negara lain tak respek negara kita kerana adanya menteri otak kat lutut seperti ini.

Tengok, apa dia kata;

"Dalam pada itu kata Hamzah, penganjuran Kongres PKR secara maya membuktikan parti itu sendiri tidak mempunyai keberanian untuk membuat sebarang perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen."(Awani)

Alasan dia tak mahu parlimen dibuka kerana melihat kepada dalil iaitu Keadilan pun buat Kongres melalui maya. Kononnya Keadilan pun akui bahaya berkumpul dan sebab itu parlimen pun tak bersidang. Nampak tak bodohnya?

Keadilan buat kongres secara maya kerana patuh kepada SOP PKP dan lock down yang tidak benarkan rentas negeri. Itu peraturan kerajaan tebuk atap kamu juga yg buat. Keduanya, berapa ramai perwakilan Keadilan yang telah terima vaksin? Ahli2 Parlimen kesemuanya telah terima vaksin. Lagipun, jumlah perwakilan jauh lebih ramai dari jumlah MP dan mereka ramai yang tidak menerima vaksin. Apakah perbahasan dlm kongres itu lebih penting dari perbahasan di Parlimen? Menteri selutut ini tahu bezakah?

Malangnya negara kita ada ramai "menteri selutut".

WFAUZDIN NS

PETITION UNTUK AZMIN LEPASKAN JAWATAN MENCECAH 150K. SILA BACA KOMEN DAN UNDI. SILA TEKAN "START A PETITION"

 

https://www.change.org/p/azmin-ali-azminletakjawatan?signed=tru

#AzminLetakJawatan

Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai Menteri Kanan yang diharapkan. Titik!

Updates

  1. 1 day ago
    100,000 supporters
  2. 3 days ago
    Kerajaan Gagal started this petition