MAHADHIR MAHADHIRA
Sedih kerajaan mewah hari ini...moga Allah balas semua munafik
politik dengan kehinaan.
KUALA LUMPUR – Seorang bapa sanggup menjual barang keperluan
asas yang diterima demi mendapatkan wang untuk membeli susu tepung buat
bayinya.
Menurut Norazura Che Hamid, 34, dia terkejut apabila anak
lelakinya memaklumkan ada dua individu tidak dikenali di hadapan rumah yang
meminta untuk bertemu dengan suaminya.
“Mereka datang sekitar pukul 3.40 petang tadi dan saya suruh
anak beritahu orang itu ayah ada di rumah tapi sedang sibuk walaupun suami saya
sebenarnya sedang bekerja di luar kerana risau terima kunjungan orang yang
tidak dikenali
“Anak kemudian memaklumkan kepada individu tersebut sebelum dia
cakap mahu bertemu dengan saya sendiri. Individu itu menyapa saya dengan nada
suara yang terketar-ketar selain meminta maaf beberapa kali kerana mengganggu
saya di rumah.
“Saya kata tidak mengapa dan terus bertanyakan tujuannya datang
ke sini kerana saya nampak dia bawa plastik berwarna kuning yang berisi
barangan keperluan.
“Dia terus beritahu saya yang dia sangat memerlukan duit untuk
membeli susu tepung buat bayinya dan ingin menjual beras, tepung dan minyak
masak yang diterimanya dari pusat zakat,” katanya ketika dihubungi
MalaysiaGazette hari ini.