DR YANG DOK NGUTUK TU AKU TAK NAMPAK PUN SATU HARAM APA DIA NAK BAGI...SEMBANG JA LEBIH...YB SOKONGAN DIA LAGI LA TAK MALU....

 

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐑𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍, 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐃𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐈𝐒 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐒𝐇𝐀...



Alhamdulillah adik Anis Natasha Junoh, pelajar tingkatan 5 yang yang tular hari ini di laman Malaysiakini kerana terpaksa berulang alik sejauh 20km dari rumahnya ke rumah kawan untuk berkongsi komputer riba akhirnya telah menerima sebuah komputer riba baru pada petang ini.

Ianya apabila ketua Pemuda Amanah Negeri Kelantan saudara Jeming Hassan telah menghubungi Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam saudara Steven Sim memohon jika ada kesudian untuk membantu adik Anis Natasha yang juga adalah seorang anak yatim piatu.

Adik Anis Natasha yang tinggal di Kampung Banggol Lepah, Ketereh Kelantan memberitahu sejak kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada 2007 dia dan adiknya Ammy Nazira, 16, tinggal bersama ibu saudara mereka di usia 3 tahun lagi.

Lebih malang lagi akibat daripada PKP adik Anis Natasha tidak lagi dapat ke rumah kawannya untuk menggunakan komputer kerana jarak yang melebihi 10km

Petang ini dan hari-hari seterusnya insyAllah adik Anis tidak lagi perlu risau kerana baru saja sebentar tadi saudara Steven telah menghadiahkannya sebuah komputer riba baru yang telah di sampaikan oleh saudara Jeming.

Bukan itu saja, adik Anis juga tidak perlu risau lagi dengan capaian internet untuk dia dan kawan-kawan belajar kerana saudara Steven juga telah berjanji untuk menaja internet selama setahun.

Parlimen Ketereh Kelantan adalah parlimen yang mempunyai 2 orang menteri iaitu menteri kanan pendidikan Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin dan menteri wilayah persekutuan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa serta seorang Exco kerajaan negeri YB. Dato' Sr. Haji Azami bin Mohd Nor. - Rosly Yusof

 

No comments: