ADA WALAUN KATA PERJUANGAN MEREKA BERJAYA TUTUP KEDAI ARAK....KAH....WOIII....BERJAYA APANYA.....

 

Hanya premis khusus jual arak tidak boleh beroperasi, tiada larangan bagi kedai runcit jika ada lesen



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata, tiada larangan bagi premis menjual barangan perlu untuk menjual arak, dengan syarat mereka patuh dengan peraturan ditetapkan.

PETALING JAYA: Hanya kilang dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (PKP), namun tiada halangan bagi premis menjual barangan perlu yang mempunyai lesen untuk menjual arak.

Hal ini dijelaskan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid dalam kenyataan hari ini.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memutuskan bahawa kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (lockdown) bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

“Sidang Khas MKN pada 4 Jun 2021 juga telah memutuskan penjualan arak di kedai runcit seperti 7-Eleven dibenarkan sekiranya mempunyai lesen,” katanya.

Tambahnya, terdapat sebahagian premis menjual barangan dikategorikan sebagai perlu seperti makanan dan minuman yang dibenarkan beroperasi, turut mempunyai lesen dan bahagian khas untuk menjual arak.

“Oleh itu, tiada larangan untuk premis terbabit yang dikategorikan sebagai perlu dan mempunyai lesen untuk menjual minuman keras yang telah mendapat kelulusan beroperasi untuk menjual barangan yang terdapat dalam premis mereka, termasuklah minuman keras, dengan syarat mereka patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengikut sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh MKN.”

Awal hari ini, Rosol memberitahu The Vibes bahawa semua premis perniagaan dilarang menjual minuman keras sewaktu sekatan pergerakan penuh.

“Ini kerana minuman keras dikategorikan MKN sebagai barangan tidak perlu,” katanya.

Namun, menurut DBKL dalam kenyataan hari ini, penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka dan pasar raya sepanjang tempoh tersebut.

Semalam, sebuah pasar raya di Bangsar diarah menutup operasi jualan minuman keras selepas didakwa menyalahgunakan surat kebenaran operasi dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

No comments: