WALAUNS...NI KEDAI ARAK BUKA NIH...JIHAD KA..DEMONTRASI KA....HAI..TAK KAN TENGOK SAJA?...LAAA.....HARI TU CLAIM KATA DESAKAN...NI TAK MO DESAK KAH?

 

Terkini! DBKL benarkan penjualan arak di kedai serbaneka dan pasaraya sepanjang total lockdown

Terkini! DBKL benarkan penjualan arak di kedai serbaneka dan pasaraya sepanjang total lockdown

Penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka dan pasar raya sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kenyataan hari ini, DBKL berkata, hanya premis khusus menjual minuman keras tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh ini.

DBKL berkata, menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), premis yang terlibat dengan penjualan makanan hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam dengan konsep bawa pulang sahaja.

“Kebenaran ini termasuk premis kedai runcit dan kedai serbaneka,” katanya.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid memberitahu The Vibes bahawa semua premis perniagaan dilarang menjual minuman keras sewaktu sekatan pergerakan penuh.

“Ini kerana minuman keras dikategorikan MKN sebagai barangan tidak perlu,” katanya.

Beberapa peniaga runcit memberitahu FMT mereka tidak dimaklumkan mengenai sebarang pengumuman oleh kementerian berkenaan, walaupun Rosol berkata demikian.

Jurucakap Lotus Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Tesco Malaysia, berkata kepada FMT, mereka sedang menunggu pengesahan lanjut daripada kementerian sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, minuman keras masih tersedia di beberapa premis kami dan kami akan melakukan yang sewajarnya untuk mematuhi keputusan kementerian setelah kami mendapat arahan lebih jelas,” katanya.

“Kami akan mengambil pendekatan seperti kawasan-kawasan lain di premis kami yang dikenal pasti sebagai tidak perlu, mengikut SOP semasa,” tambahnya apabila ditanya bagaimana pasar raya berkenaan merancang untuk mematuhi peraturan ini.

Jurucakap sebuah lagi rangkaian pasar raya turut memberitahu FMT, mereka belum menerima sebarang makluman daripada kementerian untuk menghentikan penjualan minuman keras setakat ini.

Satu-satunya maklumat relevan diterima berkenaan hal ini, katanya, adalah senarai MKN bagi SOP sekatan pergerakan penuh bertarikh 2 Jun, yang menyatakan larangan terhadap “kedai dan kilang minuman keras”.

Tidak dinyatakan tentang penjualan minuman keras di premis seperti kedai serbaneka dan pasar raya.

Semalam, sebuah pasar raya di Bangsar diarah menutup operasi jualan minuman keras selepas didapati menyalahgunakan surat kebenaran operasi dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar, polis menjalankan pemeriksaan ke atas pasar raya itu pada 2 Jun, susulan aduan seorang lelaki berhubung perkara berkenaan.

Ahad lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pasar raya boleh dibuka sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa lalu, namun terhad kepada penjualan makanan, minuman dan keperluan asas sahaja

No comments: